Support My Blog

Thursday, July 24, 2025

SEMBANG PASAL TEMBIKAI KUNING

TEMBIKAI KUNING
merupakan salah satu jenis buah tembikai yang popular di tanam di Malaysia selain daripada tembikai merah, melon dan rockmelon. BUAH TEMBIKAI (Citrrullus lunatus) atau Buah Semangka merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Cucurbitaceae yang sangat popular diseluruh dunia sebagai buah yang diminati oleh semua gulongan masyarakat. Buah Tembikai berasal daripada kawasan benua Afrika sebelum diperluaskan penanamannya di kawasan Meditrenean dan kini di kawasan Asia serta seluruh dunia. Daripada laporan FAO menunjukkan sebanyak 99.16 billion metrik tan tembikai dihasilkan pada tahun 2010 dengan keluasan penanaman seluas 3.467 juta hektar CHE. Negara China merupakan pengeluar utama tembikai dunia dengan penanaman seluas 1.83 juta hektar menghasilkan sebanyak 66.225 billion metrik tan diikuti dengan negera Turki seluas 150,000 hektar, Negara Iran (135,962 hektar) dan Russia seluas 117,800 hektar. Malaysia pula menanam seluas 9,310 hektar pada tahun 2020 dengan pengeluaran sebanyak 155,210 metrik tan yang dianggarkan bernilai sebanyak RM 305,210,000 (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2020). Maklumat tersebut juga menunjukkan kadar pengeluaran hasil tembikai di Malaysia adalah sebanyak 18 - 20 metrik tan sehektar. Tembikai yang ditanam di Malaysia adalkah untuk pasaran domestik dan juga pasaran ekspot. Antara destinasi ekspot tembikai dari Malaysia adalah ke Singapura, Hong Kong, China, Jepun dan sediki ke Negara Timur Tengah. Terdapat berpuloh-puloh malahan mungkin beratus-ratus varieti tembikai yang ada diselurh dunia. Kebanyakan benih tembikai yang di tanam di Malaysia adalah jenis Hybrid yang mana hampir 100% benih tersebut adalah diimpot daripada luar negara. Antara varieti ISI MERAH adalah seperti New Dragon 117, Semangka 144, Sky Light 162, New Grand Baby N123, Summer Delicious 174, Hi-U 168, Bow Long 288, Big Mel 202, Taipan 275, Hitam Manis S 108, Golden Crown 167, Diana, China Boy, Pearl 275, King Black Gold 7733 dan Super Sweet Black Lady. Varieti Isi Kuning pula seperti Golden Delight 363, Bow Fong 272, Yellow Baby, New Orchid, New Sweet Baby, Jingga Manis 383, Orange Beauty dan Yellow Beauty 262. Sementara itu Varieti Tanpa Biji adalah seperti Red Victor 226, Red Star 1818, Quality 126, Fengshan 106, Pure Luck 128, Unique 129, Sin Fon dan Seedless 200. Nama-nama varieti ini ditentukan oleh pengeluar dan pengedar benih tembikai dengan sistem mereka tersendiri. Malaysia masih belum mampu untuk menghasilkan benih tembikai sendiri dan terus bergantung kepada pengimpotan. Artikel subuh ini saya sembang dan  menulis beberapa fakta mengenai buah tembikai dalam ''Anim Agro Technology'' untuk dijadikan menjadi rujukan pembaca semua.


Penulis blog kongsikan info asas kenapa tembikai kuning isinya berwarna kuning dan enak dimakan. 
Di Malaysia biasanya buah tembikai yang mempunyai isinya yang berwarna kuning jarang ditemui dipasaran dan kalau ada pun ia ada secara bermusim. Ini adalah kerana buah tembikai ini ditanam dalam jumlah yang sedikit oleh pengusaha dan digunakan hanya untuk petani mendapatkan sumber bunga jantan untuk melakukan kerja-kerja pendebungaan kepada pokok tembikai merah bagi menghasilkan tembikai merah yang tidak berbiji.  Bagi penulis blog yang sering membuat tinjauan kepada penanam tembikai di seluruh Malaysia mendapati dimana tembikai kuning ini mempunyai kandungan kemanisan yang selalu ia lebih tinggi berbanding tembikai merah. Namun melihat kulitnya yang agak rapuh dan nipis menjadikan kerja-kerja pemasaran menjadi agak sukar. Apa pun pada dasarnya jika diperhatikan dari kulit luar memang ia seakan tidak banyak perbezaan diantara tembikai merah dan tembikai kuning. Apa pun sebenarnya fakta yang menyebabkan tembikai merah ini tembikai kuning berwarna kuning dimana mungkin memang ia ada mengandungi sedikit sahaja fitonutrien yang dinamakan lycopene iaitu antioksida sama seperti kes menyebabkan buah tomato dan buah anggur berwarna merah. Lycopene adalah antioksida yang baik untuk kesihatan tubuh badan manusia. Ia membantu mengurangkan kesan dari panahan matahari, bagus untuk kesihatan jantung dan mengurangkan risiko serangan penyakit kanser. Lycopene banyak terdapat dalam buah-buahan yang berwarna merah seperti tomato dan jambu batu merah dimana ia memberikan bonus kepada yang melihatnya dan tambah selera memakannya. Apa pun faedah kesihatan Lycopene sebagai antioksidan yang terdapat dalam buah-buahan (termasuk tembikai kuning) dan sayur-sayuran merah dan merah jambu, termasuk tomato, tembikai, betik, dan limau gedang. Pertama didakwa lycopene akan mampu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung: Lycopene boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dengan menurunkan paras kolesterol LDL dan trigliserida, dua faktor risiko penyakit jantung. Kedua kehebatannya adalah ia akan menggalakkan kulit yang sihat dimana bahan lycopene boleh membantu melindungi kulit daripada kerosakan yang berlaku disebabkan oleh sinaran UV. Ketiga dimanba ia akan bantu dalam meningkatkan kesihatan mata apabila Lycopene akan membantu mengurangkan risiko degenerasi makula yang berkaitan dengan usia, keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan. Keempat dimana lycopene ini akan meningkatkan fungsi imun dimana hasil beberapa kajian telah mendakwa bahawa likopena boleh membantu meningkatkan fungsi imuniti terutamanya pada orang dewasa yang lebih tua. Selai itu buah tembikai kuning juga mempunyai kandungan beta-carotene seperti yang terdapat pada lobak!.


Menarik kisah dalam bharian.com yang  bertajuk '
Sedapnya Mas Kuning' apabila  Che Husain menuai tembikai Mas Kuning yang berbentuk bujur di rumahnya di Kampung Kok Pauh, Rantau Panjang, Kelantan. Buah yang bentuknya bujur dan kulit kuning seakan-akan buah betik akan tetapi ia adalah tembikai Mas Kuning yang jarang ditemui di negara ini. Dakwanya dimana buah tembikai berasal dari Taiwan itu memiliki kulit kuning berbeza daripada tembikai biasa malah lebih rangup dan manis. Dia mengusahakan tanaman tembikai itu di tanah seluas 0.8 hektar miliknya sejak tiga tahun lalu selepas mendapat pendedahan mengenainya melalui Jabatan Pertanian. Tembikau yang ditanamnya bersama menantunya dimana ia mengeluarkan hasil setahun sekali kerana ada kekangan kawasan tanaman yang rendah dan ditenggelami banjir setiap tahun. Dakwanya setiap tahun hampir 5,000 biji Mas Kuning dijual kepada pemborong di Kelantan. Tanah yang digunakan untuk menanam tembikai itu biasanya diganti dengan benih tanaman lain seperti labu dan lada. Mereka memang tidak menanam tanaman tembikai ini saja kerana dikhuatiri tanah kami tidak dapat menghasilkan buah lebih berkualiti. Tembikai ini dijual pada harga RM1.80 sehingga RM2 sekilogram dimana walau pun ia sama seperti tembikai lain namun lebih disukai ramai kerana rasa manis dan bijinya sedikit. Tembikai berkenaan mengambil masa dua bulan untuk masak sepenuhnya selepas ditanam selain memerlukan saliran air secukupnya iaitu dua kali sehari. Buah yang masak boleh dikenal pasti melalui simpulan akar di bawah buah yang mengering. Tanaman tembikai ini perlu dijaga rapi daripada serangan serangga dan kulat yang selalu akan mengganggu pertumbuhannya. Asalnya dia mendapatkan benih tembikai ini daripada pembekal di Kota Bharu dan selain membekalkan kepada pemborong selalunya dia sendiri menjualnya dari rumah kerana masyarakat setempat menggemari buah ini. Walau ada antara pelanggan tidak tahu kewujudan tembikai berkulit kuning ini malah jika dijual di kedai memang ramai menganggap ia tembikai rosak. Dia berharap tembikai ini terus diketengahkan dalam kalangan petani di sini kerana ia mendapat permintaan menggalakkan.


Hebat petani yang berjaya mengeluarkan '
18 tan tembikai merah, kuning terjual dalam tempoh 3 jam' di Parit Buntar, Perak semasa keadaan cuaca panas dan menjelang Ramadan. Pesawah ini gembira apabila buah tembikai laris terjual dalam tempoh kurang tiga jam sahaja. Dilaporkan bermula jam 8.30 pagi semalam, semua tembikai merah dan kuning licin dibeli penduduk dan peraih tempatan sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan. Bagi pesawah Mohd Khairil (42) dari Parit Tanjung Piandang dakwa buah tembikai merah dari jenis 'Crop Power' itu mula ditanamnya selepas habis musim menuai padi pada awal tahun ini. Ia bermula dari proses menyemai benih sehinggalah menuai hasil ia dilakukan sendiri di atas tanah seluas tiga ekar dan hanya dibantu anaknya. Kebiasaannya tembikai akan mengambil masa 75 hari bagi tarikh matang untuk dituai dan saya memulakan kerja menyemai dan menanam termasuk diatas batas sawah selepas habis musim menuai padi. Bagi sesi pertama dimana selalunya hasil tuaian sehari akan mencecah 18 tan dan masih berbaki lagi sekitar tujuh tan yang akan dituai pada minggu hadapan. Dia mengeluarkan kos sekitar RM 8,000 dan berjaya meraih keuntungan lebih RM 30,000. Penanaman tembikai akan menjadi apabila kena dengan cuaca dab=n penjagaan yang rapi dimana permintaan buah tembkai akan meningkat bergganda semasa bulan ramadan dan semasa musim panas berpanjangan. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TEMBIKAI KUNING... JARANG JUMPA...
ISINYA KUNING... MANIS SEKALI RASA...
KALAU MEMBELI... MAKAN SEGAR SAJA...
DI BUAT JUS... LEBIH ENAK UJIRASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kebun Tembikai dan Kelapa Hj Yusof,
Kg Kok, Langkawi,
Kedah,
Malaysia.
(14 Syaaban 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...