Menarik bagaimana 'Manfaatkan dan Kebaikan Pisang' untuk ia di kongsikan kali ini. Beberapa testimoni menyatakan dimana ada ramai wanita cenderung membuat rawatan wajah di spa atau berjumpa pakar kecantikan bagi mereka mendapatkan kulit wajah idaman selain dapat mengatasi masalah lain. Didakwa dimana rata-ratanya yakin dan percaya rawatan di pusat kecantikan lebih berkesan dan mampu memberikan hasil seperti yang diidamkan walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang agak tinggi. Apa pun didalam keterujaan bagi menjalani pelbagai jenis rawatan khususnya untuk wajah, wanita seharusnya perlu bijak dalam memilih jenis rawatan dan produk digunakan kerana setiap individu mempunyai perbezaan jenis kulit dan masalah. Hakikatnya, kecantikan diidamkan itu bukan hanya mampu diserlahkan selepas mendapatkan rawatan di spa kerana tanpa sedar, sesiapa saja boleh melakukan rawatan kecantikan sendiri dengan menggunakan bahan semula jadi di rumah. Buah pisang umpamanya mempunyai banyak manfaat untuk melancarkan proses pencernaan makanan dan pada masa sama ia dapat membantu mendapatkan kecantikan secara semula jadi. Bagi penulis blog dimana seperti yang diketahui umum, selain sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut, pisang mempunyai banyak khasiat dan kebaikan tersendiri terutama untuk kecantikan. Pisang yang kaya dengan vitamin B, C, B6, magnesium, zat besi dan kalsium, pisang terbukti dapat membantu dalam proses merawat wajah secara semula jadi. Apa pun selain untuk kecantikan, buah pisang mempunyai 1,001 khasiat untuk kesihatan iaitu sebagai sumber tenaga, menurunkan berat badan, mengurangkan rasa senggugut, menangani masalah sembelit, mengatasi rasa gatal akibat gigitan nyamuk dan meningkat emosi gembira. Di Malaysia rasanya sesiapa yang suka berbelanja untuk membeli buah tropika ini juga tidak mahal dan pada kos yang rendah dan mudah didapati dan hebatnya pisang boleh dijadikan sebagai bahan terbaik untuk kekal cantik dengan kaedah selamat. Ada banyak buah pisang segar di jual di tepi jalan, pasar malam, kedai runcit, pasaraya dan pelbagai lokasi lain dijual dengan harga murah dan pilihan varieti yang banyak di Malaysia. Pisang juga sesuai di makan dalam bentuk buah segar, dioleh dalam gorengan, di buat pengat, kerepek, jus dan sebagainya mengikut selera.
Dalam dunia kecantikan terutama di kalangan wanita dimana sudah popular satu lagi kaedah rawatan kecantikan menggunakan pisang yang boleh dilakukan di salon komersial atau dilakukan sendiri di rumah. Dilaporkan yang buah pisang mampu Mengatasi Kulit Berminyak dengan cara iaitu membersih semua kekotoran yang membantu menyingkirkan sebum berlebihan pada permukaan kulit. Ia turut mengandungi kalsium, vitamin E dan C yang melembapkan kulit supaya bersih berseri. Sesiapa yang ada mengalami masalah kulit berminyak adalah disyorkan untuk gunakan topeng muka pisang dengan jus lemon dan madu. Lumatkan pisang masak dan campurkan dengan satu sudu madu dan setengah sudu teh jus lemon untuk membuat topeng muka. Kemudian barulah dibersihkan dengan kain basah atau air sejuk. Pisang juga didakwa mampu Menanggalkan Sel Kulit Mati yang terdapat pada kulit dengan menanggalkan sel mati pada permukaan kulit secara perlahan-lahan. Caranya, campurkan pisang, minyak kelapa dan oat. Oat mempunyai tekstur kasar yang mampu menanggalkan sel kulit mati berlebihan pada permukaan kulit. Selain itu, kandungan isi pisang yang mempunyai 75 peratus air mampu mengatasi dehidrasi di samping menyihatkan kulit. Hebatnya pisang juga didakwa mampu Merawat Mata Bengkak dengan memakan pisang dimana ia mampu membantu mengurangkan bengkak mata kerana ia kaya dengan kalsium. Bahagian dalam kulit pisang mampu menyejukkan dan mengurangkan kemerahan serta bengkak mata. Letakkan kulit pisang ke atas kelopak mata dan rehat selama 10 hingga 15 minit. Kemudian basuh dengan air sejuk. Keempat dimana makan pisang mampu untuk Melicinkan Tumit Kaki Kasar sebab isu tumit yang kasar maka boleh dimanjakan kaki anda dengan lulur pisang khas. Ia bertujuan melembutkan dan melicinkan bahagian berkenaan. Selepas merendam kaki di dalam air limau suam, urut menggunakan dua atau tiga pisang yang dilecek ke kaki anda. Kemudian, bilas dengan air suam. Pisang sesuai di jadikan bahan Pupur Muka Untuk Jerawat sebab pisang masak dikatakan mampu merawat jerawat pada wajah dengan menyapukan pupur pisang pada muka. Caranya kisar pisang hingga halus dan lumurkan pada muka. Biarkan beberapa minit sebelum dibersihkan. Kaedah ini dipercayai berkesan dan memberikan hasil yang baik. Perlu diingat, rawatan ini harus dilakukan selama beberapa hari sehingga jerawat kering. Hebatnya juga pisang mampu Menguatkan Akar Rambut sebab ia mengandungi vitamin dan bahan mineral berkhasiat yang mampu melembapkan kulit kepala, selain melembutkan rambut kasar. Pisang mempunyai emolien yang baik untuk menjaga kesihatan rambut. Sama seperti vitamin dan mineral, emolien juga menguatkan akar rambut. Dalam pada itu pisang akan Memudarkan Parut sama ada ia parut jerawat, tanda penuaan atau tompok gelap pada wajah, ia boleh dipudarkan menggunakan pisang lenyek. Caranya juga mudah, hanya sapukan pisang yang dilenyekkan pada wajah sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Percaya atau tidak jiak didakwa Kulit Pisang Di Manfaatkan Kulit buah pisang sebagai salah satu bahan penting dalam menjaga kecantikan. Ia boleh digunakan untuk menghilangkan tanda kekuningan pada gigi, meredakan lebam dan mencerahkan kulit. Dalam pada itu ia boleh Memutihkan gigi dengan cara ambil dan menggosokkan kulit pisang selama seminit pada gigi anda setiap hari yang amalannya dibuat sekurang-kurangnya seminggu untuk melihat hasilnya. Kulit pisang juga boleh digunakan untuk mengurangkan kesan lebam. Selain menggosok kulit pisang pada bahagian yang lebam, anda juga boleh melekatkannya di situ dan biarkan semalaman. Boleh juga sapukan bahagian lebam itu dengan pisang lenyek. Apa pun pembaca blog ini boleh gunakan kulit pisang untuk mencerahkan wajah. Menggosokkan seluruh wajah dengan kulit pisang membantu mengekalkan keserian wajah dan jika dicuba lakukan selama sebulan untuk kesan yang lebih baik.
Ada banyak laporan yang nyatakan 'Pisang Tanaman Yang Mudah' jika diusahakan dengan sistematik. Apa pun penanaman pisang kini ia menjadi pilihan kebanyakan petani kerana permintaan pasaran tinggi selain pulangan atau harganya lebih stabil berbanding tanaman lain. Ramai petani melihat tanaman itu antara berisiko tinggi kerana ia dikatakan mengambil tempoh yang panjang iaitu kira-kira 10 bulan sebelum dituai. Ini sekali gus mengundang pelbagai permasalahan seperti serangan penyakit dan haiwan perosak yang boleh menjejaskan pulangan hasil. Merujuk beberapa orang petani yang biasa menanam pisang di Sungai Siput (U), Kuala Kangsar, Perak seperti Mat Jaman (39) iaitu baginya tanaman itu antara paling mudah diusahakan. Tanaman pisang antara paling mudah untuk petani jana pendapatan yang lebih stabil setiap musim berdasarkan permintaan tinggi baik daripada pembekal atau pemborong produk ladang. Selepas berkecimpung dalam pertanian hampir 20 tahun dan pernah menanam pelbagai jenis tanaman, saya dapati pisang sentiasa memberi pulangan baik terutama daripada segi harganya. Kini harga pisang semasa antara RM2 hingga RM2.50 pada harga ladang dan untuk harga runcit boleh mencapai kira-kira RM4 hingga RM5. Adalah penting untuk pastikan buah berada pada kualiti baik setanding pasaran. Saya menggunakan anak benih tisu kultur kerana pokok tahan penyakit dan saiz buahnya juga besar. Dia yang mengusahakan pelbagai tanaman termasuk pisang di lima ladang dengan luas keseluruhan 36.4 hektar. Dia turut mengamalkan penanaman kaedah konvensional iaitu cara penanaman atas batas dan sumber air dari sungai simana ia berhampiran bagi memastikan ladang itu sentiasa dalam keadaan baik. Aspek penting bagi penanaman pisang ialah sumber air, cahaya dan baja mencukupi untuk memastikan pokoknya membesar dengan baik. Dilladang yang sudah diusahakan, saya akan pastikan sistem pengairan renjis (sprinkler) untuk tanaman dalam keadaan baik. Ini penting bagi penanaman lebih moden iaitu jarak tanaman lebih dekat. Apa pun jika kaedah sama digunakan dengan cara orang terdahulu, bagi keluasan tanah 0.4 hektar, hanya boleh tanam sekitar 500 pokok, tetapi dengan sistem pengairan baik saya boleh tanam sekitar 1,000 hingga ke 1,200 pokok pada keluasan sama. Dia menanam kira-kira 8,000 pokok pisang iaitu bagi pisang nangka dan tanduk. Pengeluaran mencecah kira-kira 65 hingga 70 tan berdasarkan sepokok dapat menghasilkan buah dengan berat sekurang-kurangnya 12 kilogram. Kini menerusi anak benih tisu, pengeluaran buah konsisten antara 12 hingga 20 kilogram semusim dimana selalunya pendapatan kasar boleh diraih sekitar RM100,000 dengan tuaian kira-kira lebih 60 tan semusim. Aamalan ladang baik seperti hubungan dengan komuniti termasuk penternak setempat membantu bagi mendapatkan pilihan baja lebih murah. Penggunaan baja pula digunakan baja tahi ayam dibeli daripada pengusaha ladang berhampiran yang jual lebih murah. Selalu ada isu bagi golongan petani terbeban dengan input pertanian seperti baja dan racun yang mengalami kenaikan harga 100 peratus. Amalan menanam labu dilakukan dimana hasil labu juga membantu menghalau babi daripada merosakkan anak pokok pisang. Apabila labu sudah matang iaitu kira-kira 70 hari selepas ditanam, anak pokok pisang sudah tinggi. Babi sebenarnya tidak suka dengan pokok labu kerana daun atau pokok labu ini miang. Hasil tuaian labu juga membantu menjana pendapatan tambahan sementara menanti pengeluaran hasil pisang yang biasanya dituai selepas 10 bulan ditanam. Antara cabaran lain dalam mengusahakan ladang dengan kapasiti skala ini adalah tenaga kerja berkurangan. Setakat ini dia menggunakan 10 hingga 15 pekerja terutama ketika tempoh kahwin bunga dan tuai. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...

DIMAKAN SEGAR...POKOK HIASAN ADA...
MAKANAN BERKHASIAT...RAMAI SUKA...
MEMBACA ARTIKEL... ILMU DI TERIMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Syaaban 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.