Support My Blog

Friday, July 11, 2025

SEMBANG KISAH MEE KUNING (PART 3)

MEE KUNING atau Mi Kuning merupakan satu jenis produk makanan di Malaysia yang menjadi pilihan ramai sebagai makanan. Mee kuning selalunya dihasilkan melalui satu proses yang kritikal dari segi GMP (Good Manufacturing Process) untuk menjamin kebersihan dan keselamatan makanan. Mee kuning diperbuat daripada tepung gandum yang di campur dengan bahan penting (yang selamat dimakan) dan di uli menggunakan Mesin Penguli Tepong sebelum di leperkan dan di jadikan mee melalui mesin penghiris sebelum masuk dalam air panas yang sentiasa mengalir. Mee tersebut akan masuk 'çonveyer' untuk disejukkan dalam aliran air sejuk dan di uraikan dengan campuran minyak masak untuk elakkan bercantum. Mee kuning yang selamat dimakan perlukan proses yang bersih dan dijaga kualiti. Bahan-bahan membuat mee kuning terdiri daripada 4 cawan tepung gandum, 1 cawan air, 1 biji telur, Sedikit garam dan juga sedikit pewarna kuning. Bahan-bahan ini perli diproses dengan mencampurkan Air, garam dan pewarna dikacau sebati. kemudian dipecahkan telur ke dalam tepung. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh yang dinamakan sebagai Doh mee kuning (Sila lihat foto diatas). Seterusnya dibulatkan menjadi beberapa bahagian kecil dan susun dengan baik. Ada juga yang membentuk doh dengan bentuk memanjang. Kemudian doh tersebut perlu dileperkan doh dengan menggunakan tangan. Bagi proses membuat mee kuning ia kemudian digelek menggunakan mesin bahagian buat karipap no.7 (yang paling tebal-mengikut mesin masing-masing). Doh ini perlu dibuat hingga selesai menjadi mee menggunakan mesin gelek pula no.5 atau mesin No.6. Kemudian sapukan tepung pada kepingan doh tadi, supaya tidak melekat antara satu sama lain. Gelekkan pula pada mesin bahagian buat mee, pegang semasa gelek doh tersebut supaya mee tidak menjadi kerinting. Gelek sampai habis semua kepingan doh tadi. Celurkan mee ke dalam air mendidih yang dicampur dengan sedikit minyak lebih kurang selama 3 - 4minit. Angkat dan basuh sekejap di bawah air yang mengalir. Toskan, apabila kering sedikit barulah gaulkan dengan minyak. Mee yang segar ini boleh terus dimakan atau dijual dimaana sahaja. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai mee kuning dan kisah menarik untuk di jadikan bahan rujukkan dan bacaan.


Lagi-lagi dilaporkan bagaimana 'Premis proses mi kuning ditutup dua minggu' di sebuah kilang memproses mi kuning di Bandar Tun Razak yang kemudian diarah tutup setelah pemeriksaan dijalankan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati premis berkenaan kotor dan tidak menepati peraturan kebersihan yang ditetapkan. Datuk Bandar Kuala Lumpur beritahu wartawan dimana operasi dijalankan itu mendapati tahap kebersihan premis tidak memuaskan dan pemeriksaan mendapati sembilan orang warga Myanmar tidak mematuhi etika pemakaian pengendali makanan. Keadaan lantai di premis memproses mee ini dalam keadaan kotor dimana dilihat lantai premis didapati kotor serta berdaki hitam di ruang belakang premis kilang selain terdapat hurungan tikus di dalam premis perniagaan berkenaan. Keadaan premis tidak tersusun kemas dan tiada amalan First-In-First-Out (FIFO) dalam stor bahan makanan kering. Keadaan lantai di premis memproses mee ini dalam keadaan kotor apabila ada makkanan siap bungkus diletakkan terus di atas permukaan lantai (mi kuning) dimana tindakan dikenakan di bawah Undang-undang Kecil 7 di mana pengendali makanan tidak memakai apron, topi dan pakaian yang sesuai dan Notis Perintah Premis Tidak Suci di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkuasa 25 Ogos 2020.


Menarik kes bagaimana isu 'Bahayakah asid borik yang dihadam?' untuk isu ini di sembangkan apabila mee kuning mencatatkan kandungan asid borik yang tertinggi berbanding sampel makanan lain. Persoalan kepada pakar makanan adalah dulu mengenai asid borik yang suatu ketika dahulu dilaporkan ada banyak produk makanan seperti mi kuning dan bebola ikan akan 'dipromosikan' tidak mengandungi bahan itu. Sebenarnya apakah fungsi asid borik itu dalam makanan?. Dijawab dimana Asid Borik adalah sebatian yang terbentuk secara semula jadi yang mengandungi elemen boron, oksigen dan hidrogen. Ia juga berwarna putih dan ia tidak mempunyai bau dan hampir tidak mempunyai sebarang rasa. Ia kelihatan seperti garam biasa jika diproses dalam bentuk butiran atau kelihatan seperti bedak bayi jika diproses dalam bentuk serbuk. Untuk makluman puan, asid borik digunakan secara meluas dalam pelbagai jenis industri seperti kosmetik, farmaseutikal, pembuatan kaca, gentian kaca dan juga pengawet kayu bagi mengelakkan serangan serangga dan kulat. Asid borik juga merupakan antara bahan yang terdapat dalam racun serangga dan cecair pencuci pakaian. Boron pula terhasil secara semula jadi dalam sumber makanan yang dikenali sebagai asid borik yang wujud dalam buah-buahan, sayuran berdaun, legum dan kekacang. Produk tenusu, ikan, daging dan bijirin juga mengandungi boron, namun jumlahnya amatlah sedikit. Tidak perlu bimbang kerana kandungan boron atau asid borik dalam jenis makanan berkenaan terbentuk secara semula jadi dan kuantitinya amat sedikit. Pengambilan selamat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menganggarkan bahawa purata pengambilan harian bagi populasi awam adalah sekitar 1.2 miligram boron daripada sumber pemakanan. Ia masih berada pada kadar atau julat purata pengambilan yang selamat bagi individu dewasa iaitu antara 1.0 ke 13 miligram boron setiap hari seperti yang dicadangkan oleh WHO. Ia dilaporkan pernah digunakan dalam industri makanan terutamanya dalam pembuatan mi kuning dan bebola ikan atau bebola makanan laut. Asid borik digunakan kerana fungsinya yang mampu memberikan kekenyalan pada tekstur produk makanan. Selain itu, ia juga digunakan sebagai pengawet makanan. Asid borik sangat popular digunakan oleh peniaga ikan untuk mengekalkan kesegaran ikan atau makanan laut yang lain. Menurut kajian yang pernah dilakukan pada tahun 2008 oleh Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, asid borik telah ditemui dalam kesemua sampel makanan yang diuji iaitu mi kuning, bebola ikan, mi wantan dan kuetiau. Kadar kepekatan kandungannya pula berbeza mengikut jenis makanan. Mi kuning mencatatkan kandungan asid borik yang tertinggi berbanding sampel makanan lain.


Dijelaskan juga sama ada kadar berlebihan pengawet boleh menjejaskan kesihatan manusia berkaitan asid borik selamat untuk dimakan dan diberi kebenaran untuk digunakan dalam produk makanan di Malaysia dan apa akan berlaku jika ada pengguna memakan makanan yang mempunyai kandungan asid borik berkenaan. Akta dan Peraturan Makanan 1985 hanya membenarkan penggunaan bahan pengawet tertentu dalam produk makanan. Bahan pengawet yang dibenarkan adalah sulfur dioksida, asid benzoik dan asid propionik. Itu termasuklah natrium, kalium, garam kalsiumnya, natrium nitrat, natrium nitrit, kalium nitrat dan potassium nitrit. Begitu juga dengan jenis-jenis antimikrobial iaitu klorin dioksida dan hidrogen peroksida yang digunakan dalam produk makanan tertentu. Asid borik tidak termasuk dalam senarai di atas. Oleh itu ia tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai pengawet makanan. Jika termakan makanan yang tinggi dengan kandungan asid borik, antara gejala yang mungkin dialami adalah loya, muntah, cirit-birit, dermatitis, fungsi buah pinggang yang tidak normal dan disfungsi peredaran darah akut. Apa yang lebih parah, ia juga boleh menyebabkan kematian namun, bergantung kepada tahap asid borik yang telah diserap oleh tubuh badan. Pendedahan tubuh terhadap kadar asid borik yang tinggi boleh menjejaskan bahagian perut, usus, hati, buah pinggang dan otak. Pada masa kini, penggunaan asid borik mungkin tidak lagi berlaku dalam skala yang besar. Pengguna perlu sentiasa berhati-hati jika ada juga individu yang tidak beretika masih mengintai peluang kecil untuk mengaut keuntungan berganda. Semak senarai bahan kandungan pada label produk terlebih dahulu sebagai langkah awal pencegahannya. Dijelaskan dalam jawapan iini domana antara kegunaan asid borik (H3BO3) adalah antiseptik, racun perosak dan racun kulat yang lemah. Ia lazim digunakan untuk kawalan serangga, pengawet kayu dalam industri perabot, industri kaca dan bidang perubatan. Penggunaan asid borik sebagai pengawet adalah dilarang seperti dalam Akta Makanan Malaysia 1983 dan Peraturan Makanan 1985. Dalam Sub-Seksyen 13 (1) Akta Makanan 1983 menyatakan bahawa 'mana-mana orang yang mempersiapkan atau menjual apa-apa makanan yang mempunyai atau atasnya apa-apa bahan yang beracun, berbahaya atau yang memudaratkan kesihatan melakukan suatu kesalahan boleh disabitkan suatu gentian yang tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya'. Dilaporkan diantara jenis makanan yang ada mengandungi asid borik adalah jenis makanan pasta, sebagai contohnya termasuk Mi kuning, Kuetiau, Laksa, Loh se fun, Mi wantan, Mi hokkien, Bihun, Pembalut popia dan juga Bak chang (Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia).

 
Kisah bagaimana ada usahawan mee kuning '
Cari modal' amat wajar disembangkan. Media laporkan dimana usahawan mee kuning Mohd Adli mencari modal perbelanjaan RM1 juta untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran melalui pembelian mesin. Dinamakan dengan Perusahaan Kecil Rambah iaitu pengeluar Mee Kuning Mohd Adli optimis melebarkan sayap perniagaan di seluruh Malaysia secara berperingkat sedang di rancang. Pengarah Urusannya, Mohd Adli Mohd Arif berkata, mi kuning keluaran syarikatnya semakin mendapat permintaan apabila setakat ini lebih 16 tan mi dihasilkan sebulan. Kalau setahun dulu dimana syarikat menyasar menghasilkan lebih 30 tan mi sebulan atau 360 tan setahun. Perniagaan Mee Kuning Mohd Adli ini diwarisi daripada arwah ayah sejak 1995 dengan kilang dan pasaran kami di sekitar Johor. Dia mengambil alih perniagaan mi kuning ini bermula 2016 dan semakin berkembang di seluruh Johor, Melaka dan Lembah Klang. Permintaan menggalakkan dari negeri lain namun kami berdepan cabaran kekurangan mesin pengeluaran dan logistik. Pihaknya kini mencari modal perbelanjaan RM1 juta untuk meningkatkan jumlah kapasiti pengeluaran melalui pembelian mesin. Syarikat menjangkakan Mee Kuning Mohd Adli mampu berada di pasaran seluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun. Selain keluaran Muslim, kelebihan Mee Kuning Mohd Adli tiada kapur atau asid borik selain boleh disimpan di dalam peti ais kerana mi tidak hancur atau patah apabila dikeluarkan. Mereka juga membuka peluang menjadi ejen dan stokis dengan modal serendah RM550. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan pada harii jumaat ini jika di baca akan memberikan ilmu berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. 
NAMA MEE KUNING...MUDAH BELI...
DI KEDAI RUNCIT...DAN DI SANA SINI...
MEMANG ENAK... PELBAGAI RESEPI...
BERKHASIAT... MAKAN DI KAWAL MESTI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 Zulhijjah 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...