Support My Blog

Thursday, July 31, 2025

FAKTA PERLU TAHU - KACANG BENDI

KACANG BENDI
(Hibiscus esculentus) adalah sejensia sayuran popular di Malaysia dimana tanaman ini merupakan satu aktiviti perkebunan yang mudah dan mampu memberikan pulangan yang baik. Sayuran jenis buah ini juga seringkali dipanggil sebagai 'Kacang Bendi' iaitu tumbuhan daripada keluarga Malvaceae yang mana seluas 3,981 hektar telah di tanam di Malaysia pada tahun 2021 menghasilkan sebanyak 71,302 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Penuis blog mendapati Negeri Johor paling luas menanam bendi iaitu seluas 1,596 hektar menghasilkan 27,945 tan metrik tan diikuti dengan Negeri Perak (517 hektar) dan Pahang seluas 263 hektar. Tinjauan penulis blog dibeberapa negeri mendapati dimana penanaman bendi ini selaunya ianya dikombinasikan dengan sayuran buah yang lain seperti terung, timun, peria dan juga sayuran daun. Selain itu penanaman bendi juga dilakukan dikawasan sekeliling rumah didalam pasu atau dalam polibeg sebagai salah satu tanaman dibawah program bumi hijau atau  Program Pertanian Bandar yang popular. Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng. Buahnya juga diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi. Pertama sekali saya menulis mengenai tanaman bendi adalah diposting pada 29 Disember 2009 iaitu 13 tahun dahulu dengan pautan berikut (Sila klik disini)
Tanaman bendi memerlukan kawasan tanah yang cukup cahaya matahari dimana selalu tanaman ini sesuai dan boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir, tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran baik. Bagaimana pun di Negeri Perak ada terdapat petani yang menanam bendi dikawasan tanah bekas lombong dimana dilaporkan hasilya lebih baik dengan cara pengurusan dilakukan. Dikalangan petani pula ada yang menanam jenis bendi 5 segi dan sebahagian lagi menanam bendi 7 segi.  Artikel pada subuh ini saya fanatik menulis fakta menarik kacang bendi dalam blog "Anim Agro Technology" agar ianya boleh dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Sayuran berwarn hijau ini mudah di dapatkan atau di beli dimana-mana sahaja di Malaysia sama ada di Kedai Runcit, Pasaraya, Pasar Malam, Pasar Tani, Penjaja Sayuran malah ia kini ada di jual secara on-line. Di talian Shopee di lihat sayur bendi si jual dengan harga RM1.20 satu pek (Sila lihat foto disebelah). Merujuk banyak sumber di laporkan memang kacang bendi ini mempunyai banyak khasiat dan baik untuk di ambil. Diantaranya ia didakwa ia mampu untuk Menc
egah masalah mati pucuk lelaki dimana masih ramai yang tidak tahu bahawa bendi boleh membantu dalam memperbaiki kesihatan batin orang lelaki. Ini kerana didakwa yang kacang bendi kaya dengan kandungan mineral zink yang boleh membantu mencegah mati pucuk (ED) selain ia dapat meningkatkan tenaga seksual. Bendi juga Kaya dengan asid folik dan komponen lain yang membantu dalam meningkatkan bilangan sperma. Komponen nutrisi penting dalam kacang bendi boleh membantu mencegah bilangan sperma yang rendah selain memekatkan air mani. Namun perlu juga diingat, air mani yang pekat bukanlah jaminan bahawa bilangan sperma anda tinggi. Ia juga mempunyai kadar Rendah kalori dan kolesterol dimana kajian mendapati jika bendi juga merupakan antara jenis makanan yang amat rendah kalori, kolesterol dan lemak tidak tepu. Bagi orang lelaki yang sedang mencuba menurunkan berat badan ia boleh membantu dalam memperbanyakkan makan bendi dalam hidangan harian semua. Berat badan yang optimum juga merupakan antara kunci kesihatan seksual yang terbaik. Bendi adalah Kaya dengan folat dimana unsur folat sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam kesihatan seksual lelaki. Laporran kajian pada tahun 2014 menyatakan bahawa ada kebanyakan mereka yang mempunyai masalah mati pucuk atau ED turut mengalami penurunan kandungan folat dalam badan. Dengan membanyakkan makan bendi bagi tujuan untuk mengurangkan masalah mati pucuk anda. Bendi juga memng Kaya antioksidan seperti polifenol dan flavonoid. Apa pun nutrien seperti ini sebenarnya amat membantu dalam mencegah atau mengurangkan risiko pembekuan darah selain membantu memperbaiki kesihatan jantung orang lelaki.


Fakta ini juga di laporkan dalam portal sinarharian.com bertajuk 'Ketahui khasiat kacang bendi' yang sesuai di rujuk. Bendi atau nama saintifiknya Abelmoschus esculentus (L) Moench merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang menghasilkan buah berisi kekacang yang boleh dimakan sebagai sayuran. 
Sayur bendi yang tergolong dalam keluarga Malvaceae ini banyak ditanam di negara-negara yang beriklim panas dan lembap. Bendi juga dikenali dengan nama kacang lendir, kacang bender, ladies finger, okra, okua (Jepun), bamia (Timur Tengah) dan qiukui (Cina). Khasiat bendi untuk tubuh badan yang mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan badan, di mana ia kaya dengan khasiat termasuk serat, vitamin C, A, B6, vitamin kompleks, besi, dan asid folik. Bendi juga dikatakan rendah dalam kalori dan bebas kandungan lemak. Serat dalam bendi dikatakan mampu meresap air dan mencegah serta merawat sembelit. Di samping itu, bendi bukan sahaja menggalakkan kesihatan pencernaan yang baik, malah bendi mengandungi kalsium tinggi yang baik untuk pembentukan tulang. Pokok bendi mempunyai daun berbentuk hati, besar dan helaian daunnya berpilin serta bunganya pula daripada jenis tunggal, berwarna kuning dan terletak di tepi daun. Bendi dikatakan amat baik kerana mempunyai biji yang halus dan psyllium di mana tidak seperti bran bijiran yang boleh ianya merangsang atau mencederakan sistem usus. Lendir bendi dapat dijadikan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit. Serat dalam bendi juga dikatakan mampu menstabilkan gula dalam darah di mana gula itu diserap daripada sistem usus. Bendi juga dilaporkan ia mengandungi vitamin K yang berperanan mengurangkan keretakan tulang akibat rapuh dan sekaligus mengurangkan risiko osteoporosis. Selain itu juga, hasil pembacaan penulis, memakan sayuran yang tinggi vitamin C seperti bendi walau dalam jumlah yang sedikit mampu mengurangkan gejala asma. Bendi dikatakan amat baik kerana mempunyai biji yang halus dan psyllium di mana tidak seperti bran bijiran yang boleh merangsang atau mencederakan sistem usus yang sekali gus dapat melegakan dan mengawal pembuangan najis dengan lebih selesa. Serat dalam bendi juga dikatakan mampu menstabilkan gula dalam darah di mana gula itu diserap daripada sistem usus. Perlu tahu dimana ada pelbagai jenis bendi dimana selalunya pokok bendi mempunyai daun berbentuk hati, besar dan helaian daunnya berpilin. Bunganya pula dari jenis tunggal, berwarna kuning dan terletak di tepi daun. Kapsul buahnya sepanjang tiga hingga 10 inci dan berbentuk silinder atau meruncing (Sila lihat foto disebelah).  Walau bagaimanapun terdapat pelbagai jenis bendi antaranya Bendi Clemson iaitu mempunyai kapsul bersudut berwarna hijau tua dan mengambil masa kurang dari dua bulan untuk masak, Bendi Emerald memiliki warna hijau tua dan mempunyai kapsul berbentuk bulan licin dan Bendi Lee pula tidak mempunyai tulang dan berwarna hijau terang serta kapsulnya bersudut yang lurus. Selain itu, Bendi Cina merupakan buah yang panjangnya boleh mencapai sehingga 10 hingga 13 inci dan Bendi Ungu sejenis yang hanya boleh dijumpai pada musim tertentu sahaja. Dilaporkan dalam aspek kegunaan tradisional bahawa orang-orang tua dahulu sering menggunakan air rebusan atau jus akar bendi untuk merawat bahagian luar anggota badan seperti luka, kudis dan bisul. Apa pun ada dakwaan jika bahagian biji, akar dan bunga bendi pula dikatakan boleh direbus dan diminum untuk melawaskan pembuangan air kecil. Manakala buahnya begitu baik untuk dimakan dan diamalkan bagi menguatkan otak terutamanya bagi memudahkan daya ingatan dan kecergasan. Minum air rebusan bendi yang dicampurkan dengan gula sebagai sirap ubat batuk dan rawatan sakit kerongkong lebih-lebih ketika kurang sihat. Bahan lendir buah bendi pula ada diamalkan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.


Portal sama juga laporkan 'Hapuskan kolesterol dengan kacang bendi' yang sesuai di kongsikan faktanya. Sesiapa yang ada masaalah kolesterol tinggi boleh mengamalkan mengambil kacang bendi yang diyakini mampu menurunkan kadar kolesterol. Caranya mudah iaitu dengen mendapatkan bahan-bahan terdiri dari 10 - 15 batang kacang bendi dan juga hanya 1 liter air. Cara membuatnya dimulakan dengan aktiviti mencuci kacang bendi terlebih dahulu sebelum dipotong menjadi bahagian kecil. Kemudian di masukkan bendi yang sudah dipotong ke dalam air atau bekas. Seterusnya ia di siimpankan air rendaman kacang bendi di dalam peti sejuk. Air akan berkurangan selepas direndam, apabila semakin kurang air boleh ditambah semula sehingga penuh. Pastikan anda tambah air hanya 3 kali. Pembaca blog adlaah di ingatkan agar jangan bimbang jika air rendaman tersebut menjadi lebih pekat atau likat kerana rasanya akan menjadi lebih sedap dan boleh diminum dengan segar. Penulis blog kongsikan juga fakta dimana ada petua luruskan rambut guna kacang bendi sehingga menjadikan rambut tak rosak, jedi lurus macam ia di rawat secara 'rebonding' sahaja. Apa pun bagi meereka yang berambut kerenting ada cara untuk meluruskannya walau pun selalunya di zaman moden ini ramai yang memilih untuk ke salon. Selalunya jenis rambut yang lurus lebih mudah diurus dan jika di rawat dengan teknik rebonding di salon antara ancamannya adlaah rambut boleh jadi kering dan cepat rosak. Di syorkan akar menggunakan adalah lebih selamat dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Sebenarinya petua ini akan menggunakan kacang bendi sebagai bahan utama. Apa pun cara penyediaanya dengan cara mencuci bersih 10 hingga 12 biji bendi segar dan kemudian perlu di rebus bendi tersebut menggunakan air yang tidak terlalu banyak. Apabila air sudah mula mendidih maka boleh di potong kecil-kecil bendi tersebut menggunakan gunting atau pisau tajam. Teruskan rebus bendi sehingga lendir pada sayuran tersebut keluar dan perlu di sejukkan. Apa pun petuanya setelah rebusan bendi sejuk, kisar bendi bersama air rebusan itu. maka ia boleh di ksar, di tapis dan buang hampasnya. Ramuan ini sudah siap dan sedia untuk disapu pada rambut. Sebaiknya rambut perlu dibahagikan kepada beberapa bahagian sebelum disapu merata. Ini kerana rambut boleh dibalut dan dibiarkan selama 30 hingga 40 minit. dimana lazimnya semakin lama lagi bagus. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KACANG BENDI.... MUDAH TANAMNYA....
PETIK MUDA... LEMBU AKAN ISINYA....
DI MASAK TUMIS...PELBAGAI CARA...
MAKAN BENDI... BERKHASIAT DIANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Safar 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...