Media hmetro juga laporkan jika 'Kilang mi kuning dan kuey teow diserbu' dimana kilang memproses mi kuning dan kuey teow di Kepong, Kuala Lumpur diserbu pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selepas disyaki beroperasi tanpa sijil halal sah. Kilang yang beroperasi sejak 2003 itu diserbu 11 malam selepas dikesan tidak memperbaharui logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak sembilan tahun lalu. Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kuala Lumpur Azeem Nazuri berkata, serbuan itu turut disertai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JAKIM. Pemeriksaan mendapati premis itu melakukan kesalahan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 kerana memperaku mana-mana makanan, barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang itu adalah halal. Apa pun berdasarkan kesalahan itu mereka menyita 21 bungkus kuey teow, laksa panjang (tujuh bungkus), laksa pendek (10 bungkus), plastik pembungkus kuey teow (34 gulung) dan plastik pembungkus mi kuning (lima gulung) selain pelbagai dokumen. Hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan kilang itu juga rendah dan tindakan penutupan premis akan dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak. Jumlah keseluruhan barang yang disita dalam serbuan itu adalah RM2,020 dan berdasarkan siasatan kilang itu didapati gagal memperbaharui sijil halal selepas tamat pada 2010. Hasil siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan. Jika disabitkan kesalahan, pemilik kilang boleh dikenakan denda serta penjara kerana kesalahan penyalahgunaan logo halal pada produk makanan. Kes ini kesalahan serius kerana ia boleh mengelirukan pengguna terutama umat Islam.
Dalam kes lain di Negeri Sembilan di laporkan 'Kilang proses mi kuning diserbu guna logo halal tak sah' dimana tindakan sebuah kilang memproses mi kuning di Senawang di sini menggunakan logo halal Malaysia tanpa mendapat perakuan sah daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) yang mengundang padah apabila diserbu pihak berkuasa. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Muhammad Zahir Mazlan berkata, serbuan itu dilakukan hasil risikan selama seminggu pihaknya dengan JHEAINS. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, sijil pengesahan halal untuk produk yang dimiliki oleh perniagaan ini telah tamat tempoh pada 31 Ogos 2021 namun begitu, logo halal Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) masih digunakan pada peket-peket pembungkusan produk keluaran perniagaannya. Ada empat bungkus mi kuning serta dua guni plastik pembungkus produk perniagaan tersebut yang disyaki menggunakan logo halal tanpa mendapat perakuan halal yang sah daripada pihak berkuasa telah disita dengan anggaran nilai rampasan RM111.20. Tindakan telah diambil di bawah Peraturan 8 (b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 kerana melanggar Peraturan 4 (1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011. Bagi pertubuhan yang melakukan kesalahan itu, boleh didenda tidak melebihi RM 200,000 dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM500,000. Bagi individu kes boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, Pihaknya akan terus menjalankan operasi sama ke atas mana-mana pihak yang didapati menggunakan logo halal pada mana-mana produk makanan dan barang-barang tanpa mendapat perakuan halal yang sah daripada pihak berkuasa berwibawa iaitu JAKIM dan JHEAINS. Para peniaga juga dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Kes di Teluk Intan, Perak pula bagaimana 'Kerana mi kuning, melayang RM1,000' dimana ada seorang peniaga dikenakan kompaun RM1,000 gara-gara tidak meletakkan tanda harga bagi produk mi kuning yang dijual di Pasar Awam Teluk Intan bila Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Teluk Intan buat kes tindakan itu dikenakan hasil pemeriksaan khas pasukan penguat kuasa KPDNHEP Teluk Intan sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sekitar Teluk Intan dan Langkap. Hasil pemeriksaan itu juga turut mendapati seorang lagi peniaga lain tidak meletakkan tanda harga bagi sayur yang dijual dan dikenakan denda RM1,000. Dilaporkan ada sebanyak 14 kompaun telah dikeluarkan dengan nilai RM9,600 bagi pelbagai kesalahan. Sepanjang tempoh ini juga, KPDNHEP Teluk Intan telah menjalankan pemeriksaan ke atas 1,013 premis bandar dan luar bandar. Apa pun pihak KPDNHEP Teluk Intan telah mempertingkatkan pemeriksaan ke atas premis perniagaan di sekitar Hilir Perak dan Bagan Datuk bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang serta memastikan hak pengguna dilindungi. KPDNHEP mengingatkan peniaga supaya meletakkan tanda harga pada setiap barangan yang dijual dan tidak menaikkan harga melebihi harga maksimum bagi barang-barang terkawal.
Paling viral kisah bagaimana 'Gerai mi tonggek diarah tutup; dimana makanan mee ini adalah sangat di minat i rapai dan selalu diserbu pelanggan. Kisah dari Putrajaya amat mengejutkan penulis blog dan penduduk Putrejaya apabila pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengeluarkan notis penutupan terhadap peniaga mi tonggek yang tular kerana terdapat ulat dalam makanan dijual. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan itu dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 kerana didapati tidak bersih. Apa pun pemilik gerai perlu mempertingkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan sebelum dibenarkan beroperasi semula. BKKM sudah menjalankan siasatan dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap gerai yang menjual mi tonggek berkenaan. Selain tindakan penutupan, kompaun turut dikeluarkan terhadap seorang pekerja yang didapati tidak mengambil suntikan anti-tifiod. Tiga sampel turut diambil di gerai terbabit bagi tujuan analisis mikroorganisma dan bendasing. Siasatan oleh pihak KKM juga mendapati peniaga berkenaan mempunyai sebuah premis makanan yang beroperasi di Cyberjaya di mana bahan mentah dimasak dan disimpan sebelum dipasarkan di bazar itu. KKM akan menjalankan pemeriksaan dan siasatan di premis berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pengendalian keselamatan makanan di premis itu. Pada masa itu ada video mi goreng bersama sotong yang dibeli di Bazar Ramadan Putrajaya mempunyai ulat tular di media sosial. Dalam pada itu, mengenai isu gumpalan rambut dalam kuih limas, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan ke atas pengeluar kuih limas berkenaan bagi tujuan pendakwaan mengikut Akta Makanan 1983. Menerusi Operasi Ramadan 2022 di seluruh negara, 4,362 premis Bazar Ramadan sudah diperiksa dan 77 notis kompaun dengan nilai RM38,500 dikeluarkan bagi kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan pada harii jumaat ini jika di baca akan memberikan ilmu berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.