Support My Blog

Monday, July 28, 2025

IKAN LAGA, CIRI DAN PASARAN

IKAN LAGA
atau IKAN ADU SIAM atau CUPANG adalah sejenis ikan air tawar yang berasal daripada beberapa negara di Asia Tenggara antara lain ia terdapat liar di Thailand, Malaysia, Brunei,Singapura, Vietnam dan juga di Indonesia. Ikan ini mempunyai bentuk dan karakter yang unik dan selalu ia cenderung agresif dalam mempertahankan wilayahnya dan akan berlaga demi mempertahankan kawasannya. Bagi penulis blog dimana di kampong semasa kanak-kanak dan remaja memang suka mencari ikan laga kampong berwarna gelap dan memeliharanya di rumah secara konvensional. Masa itu tidak tahu apakah nama saintifik ikan tersebut akan tetapi kemungkinan adalah spesis Ikan Laga Kampong atau Ikan Laga Liar (Betta imbelis) yang mudah didapatkan di anaksungai dan taliair sawah air tawar dekat dengan rumah. Bagaimana pun lazimnya ikan jenis ini dibahagikan kepada tiga segmen iaitu Ikan Laga hiasan, Ikan Laga Bertarung dan Ikan Laga Liar. Memang dari pengalaman dahulu dimana ikan ini adalah sejenis ikan yang mana ia kuat bertahan hidup dalam unatu jangkamasa lama sehingga apabila ikan tersebut ditempatkan di dalam bekas kecil dengan jumlah air sedikit dan tanpa adanya alat bekalan oksijan (aerator) selalunya ikan ini masih dapat bertahan hidup agak lama berbanding jenis ikan lain. Habitat semulajadi ikan ini biasanya ditemui di perairan yang tenang seperti dalam paya, kolam dan anak sungai yang memiliki sedikit tumbuh-tumbuhan seperti tumbuhan dalam air dan akarnya yang terendam. Ikan ini apa yang penulis blog tahu ia akan lebih memilih habitat yang mempynyai sistem air agak hangat dan ada sedikit arus. Dikampong dulu mudah mencari ikan laga ini dimana ia sering berada di kawasan air dengan mempunyai vegetasi air yang lebat seperti kiambang, rumput air dimana mempunyai akar-akar tumbuhan yang menjuntai ke dalam air. Sebenarnya jenis tumbuhan akuakultur ini memberikan tempat berlindung dan menciptakan zon dengan menerima intensiti cahaya matahari mencukupi dalam air. Apa pun di habitat lain dimana ikan laga ini juga boleh tinggal dikawasan perairan dengan dasar berlumpur atau berpasir. Mereka dapat mencari makanan dipersekitarannya dan mencari tempat bertelur di antara lapisan tanah tersebut dan membesar dalam habitat tersebut. Kini paling di konersilkan adalah jenis ikan laga untuk Berlawan (Fighting Fish). Ada banyak jenis ikan laga hibrid yang berwarnawarni dan dijual dengan harga premium. Terdapat banyak aktiviti pertandingan untuk ikan laga di banyak negara dimana ikan yang menang didalam pertanidingan tersebut mampu mencapai nilai komersial sehingga puluhan ribu ringgit seekor. Hobi memelihara ikan laga juga semakin popular dikalangan orang kebanyakan dimana mereka sanggup berbelanja tinggi untuk hobi ini. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya suka menulis mengenai fakta ikan laga, aspek pemasaran dan juga kisah menarik dalam media untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Fakta kali ini adalah artikel bertajuk '
Saintis ikan laga' yang di rujuk dari hmetro.com. Dilaporkan bermula sekadar hobi memelihara ikan arowana selama beberapa tahun, kemudian lelaki ini beralih kepada memelihara ikan laga. Bukan setakat itu tetapi kali ini Ahmad Amirul Aizat Ab Ghafar (36) lebih ke hadapan yang mana dia bertindak seperti 'saintis' ikan (Sila lihat foto sebelah). Dulu ikan laga peliharaannya dibiakkan sendiri hasil ilmu yang dipelajari menerusi internet dan kemudian menggunakan teknik 'cuba serta jaya.' Kini ia sudah membuahkan hasil apabila ikan laga peliharaannya membiak hingga 800 ekor. Proses pembiakan ikan laganya adalah berasal daripada ikan laga moden koral yang biasa disilang hingga menghasilkan spesies ikan laga moden memiliki corak dan warna cantik. Kebiasaannya spesies ikan laga moden dan hibrid ini memiliki corak berbeza, warna lebih menarik serta berbeza daripada induk. Tarikan ikan laga ialah pada warna dan bentuk yang menarik serta siripnya yang mengembang seperti hendak bertarung. Penjagaan ikan laga adalah lebih mudah berbanding ikan hiasan lain, tetapi perlu mengikuti beberapa tip untuk memastikan ikan ini kekal aktif. Dijelaskan tip pertama ialah tidak mencampurkan ikan laga daripada spesies berbeza dalam satu bekas kerana ia akan bergaduh hingga salah seekor mati atau mengalami keadaan kecederaan teruk. Tip kedua adalah memastikan saiz bekas untuk meletakkan ikan laga bersesuaian dan tidak sempit. Dalam pada itu tip ketiga pula menggunakan air sesuai iaitu air tapis atau air bebas klorin untuk memelihara ikan laga. Apa pun tip keempat ialah menukar air tiga hari sekali. Tujuannya bagi memastikan ikan sentiasa sihat dan tidak berpenyakit. Dia beritahu jika untuk makanan ikan laga jenis palet yang disarankan kandungan protein kurang daripada 40% kerana dapat mengurangkan masalah penghadaman. Seelok-eloknya memberi ikan laga makan sekali sehari dengan anggaran tujuh hingga lapan biji palet. Dia dakwa ada tiga jenis penyakit yang lazimnya dialami ikan laga. Pertama ialah 'valvet' iaitu terdapat bintik warna keemasan pada badan ikan dan yang kedua adalah 'Ekor kucup' yang selalunya berpunca daripada masalah air seperti air berkarat. Jenis penyakit ketiga ialah 'Bintik Putih' pada badan ikan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Jika tidak dirawat boleh menyebabkan kematian. Ikan laga juga boleh mengalami masalah kembung perut, 'swimming bladder' dan 'dropsy' iaitu pengumpulan cecair luar biasa dalam rongga ikan. Penyakit ini (dropsy) jarang berlaku akan tetapi boleh membunuh ikan laga dalam diam. Menyentuh harga ikan laga dalam pasaran pula ia berharga tinggi pada 2018 hingga tahun lalu yang mana seekor ikan laga jantan boleh mencecah sehingga RM2,000. Dia juga yang aktif menyertai pertandingan ikan laga dan penyertaan paling banyak sejak 2018 serta merangkul banyak kemenangan. Selain itu juga memenangi pertandingan ikan laga peringkat antarabangsa di Indonesia, Singapura dan Hong Kong. Ikan yang dia biakkan dijaga dengan baik supaya cantik untuk pertandingan dan akan dijual kepada pembeli yang berminat.


Penting di kongsikan info akan kepentingan memelihara ikan laga dengan 'Mengawasi air ikan laga' sepanjang masa. Memelihara ikan laga kini sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Hampir setiap minggu kini memang ada pertandingan ikan laga yang dianjurkan mendapat sambutan luar biasa. Ia asalnya dulu terkenal sebagai ikan paya tetapi kini ikan laga sudah menjadi pilihan sebagai haiwan peliharaan kerana keunikan fizikal dan warnanya. Maka memang tidak hairan ada peminatnya yang sanggup membelanjakan sehingga ribuan ringgit untuk mendapatkan ikan laga yang bergred tinggi. Bagaimanapun dilaporkan di media dimana masih ramai terutama yang masih lagi baru mengambil mudah penjagaan ikan laga menyebabkan ia sakit dan mati dengan cepat. Perkara ini diakui pemilik Betta G Melaka Mini Farm iaitu Muhammad Fauzi yang sudah lapan tahun terbabit dalam bidang ini. Dakwanya biarpun ikan ini terkenal sebagai ikan yang lasak namun aspek penjagaan kebersihan air dan makanan memainkan peranan penting supaya ia terus kekal sihat dan aktif. Jika ada kesilapan yang biasa dilakukan dimana ramai yang tidak mempunyai asas ilmu pengetahuan asas dalam penjagaan ikan laga. Ini kerana ada terdapat beberapa penyakit yang boleh menyerang ikan laga akibat penjagaan air tidak sesuai termasuk 'white spot', velvet dan kuncup sirip. Asasnya penjagaan air memainkan peranan penting bukan sahaja supaya ikan laga terus hidup malah dapat membesar dengan cepat dan menaikkan warnanya. Penggunaan air paip yang mengandungi klorin boleh mengakibatkan ikan mati dengan cepat. Oleh itu, anda dinasihatkan menggunakan air yang ditadah dalam bekas selama empat hari atau gunakan cecair anti klorin. Penukaran air juga perlu dilakukan antara empat hingga tujuh hari untuk memastikan ikan sihat dan cantik. Apa pun memang boleh masukkan daun ketapang dalam air untuk menurunkan pH air. Ini kerana habitat asal ikan laga adalah di paya dimana daun ketapang dapat bantu turun nilai pH dan memasamkan air seperti air paya. Kaedah ini bukan sahaja dapat membantu ikan menjadi lebih sihat dan warna lebih cantik, malah air dapat bertahan lebih lama. Pemilihan makanan yang diberikan kepada ikan laga juga menjadi penyumbang kepada aspek kebersihan air. Biasanya palet yang diberikan kepada ikan berminyak dan boleh menyebabkan air menjadi cepat kotor sehingga ia perlu ditukar dengan lebih kerap. Dia cadangkan berikan makanan hidup seperti kutu air, jentik-jentik, cacing sutera yang baik untuk pembesaran ikan. Walau pun dilihat aktiviti penjagaan ikan laga nampak mudah namun ia dilihat  memerlukan ilmu dan komitmen yang tinggi. Bagi peminat ikan laga dinasihatkan sediakan keperluan mencukupi termasuk air, bekas, makanan dan ubat-ubatan. Mulakan dengan ikan bergred rendah yang lebih mudah kerana dari situ kita boleh belajar mengenai penjagaan ikan laga dan memupuk minat.


Menyentuh mengenai pasaran menarik artikel bertajuk '
Masih ada pasaran, jual 10,000 ikan laga sebulan' yang mana ia membolehkan Mohd Amirul melakukan rutin harian memberi makan dan ambil ikan untuk jualan. Ada ribuan botol kaca yang tersusun di atas lantai diman ia akan diisikan ikan laga hiasan yang selalunya ditempatkan di dalamnya untuk jualan. Apa pun dia mengasingkan botol yang sudah kosong atau terlalu kotor untuk dicuci dengan mesin pemutar yang memang ia sudah disambungkan dengan berus khas. Inilah adalah rutinnya setiap hari iaitu selain memberi makan ikan-ikan laga hiasan yang dipelihara maka dia juga perlu menukar air pada setiap botol dan bekas ikan yang ada di sini sekurang-kurangnya tiga hari sekali bagi memastikan kesihatan ikan terjaga. Amalan untuk membersihkan botol-botol yang kotor dan kosong sebagai persediaan untuk memasukkan ikan baharu yang tiba dari Thailand setiap minggu di premis mereka di pusat penternakan dan jualan ikan laga Betta Jengka di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang. Botol-botol plastik yang berisi ikan laga yang diletakkan di atas rak pameran dan selalu di usik ikan ini seolah-olah mengajuk ikan tersebut untuk ia bertarung. Kecantikan ikan laga ketika ia mengembangkan ekor dan siripnya selain memastikan ia sihat dan aktif. Apa pun ciri kecantikan ikan laga sangat penting kerana ia mampu menarik pelanggan untuk membeli ikan yang akan dijual nanti. Ikan laga atau nama komersialnya Betta splendens dilihat ia merupakan antara ikan hiasan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat hidupan air di negara ini. Dari segi sejarah kira-kira 150 tahun lalu dimana ikan laga iaitu khususnya spesies liar banyak digunakan dalam aktiviti perjudian terutamanya di Thailand. Kini hasil kebijaksanaan para penternak ikan laga yang melakukan pembiakan silang, ia yang pada asalnya hanya berwarna hitam dengan kilauan biru atau hijau di badan kini memiliki bentuk, warna dan corak yang lebih pelbagai dan semakin menarik. Diantara ikan laga yang diternak olehnya termasuklah jenis halfmoon dan halfmoon plakat daripada pelbagai varian genetic seperti warna solid, marble dan multi-colour. Bagi mempelbagaikan jenis ikan laga yang dipasarkan, dia mula mengimport ikan laga dari beberapa penternak di wilayah Nakhon, Thailand selepas mendapat permit import yang dikeluarkan Jabatan Perikanan Negeri Pahang bermula tahun 2019. Dia yang mana mula membawa masuk ikan laga dari negara jiran itu antara 4,000 ekor hingga 5,000 ekor sebulan berdasarkan kapasiti di pusat jualan miliknya pada ketika itu. Kini selepas dia melakukan pengubahsuaian pada ruang penempatan ikan dengan menukar bekas daripada botol air mineral kepada botol kaca yang lebih kecil, kapasiti ruang simpanan ikan semakin bertambah dan boleh menampung sehingga 12,000 ekor ikan pada satu-satu masa. Rak-rak pameran yang kini menempatkan ikan laga hiasan yang sedia untuk dijual. Apa pun pada masa ini secara puratanya saya akan mengimport ikan laga dari Thailand kira-kira 3,000 ekor setiap minggu. Kini dalam masa sebbulan dia mampu memasarkan ikan laga sehingga 10,000 ekor kepada pelanggan dari seluruh negara termasuk ikan yang diternaknya sendiri. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN TERCANTIK... IKAN LAGA...
BANYAK WARNA...HASIL BIAKBAKA....
SELALU BERTANDING...HEBATNYA...
JUARA IKAN LAGA... MAHALNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 RabiulAkhir 1446H).
Posted from:
Taman Balai Pajang Murni,
Bandar Melaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...