Support My Blog

Wednesday, July 9, 2025

SEMBANG KISAH MEE KUNING (PART 1)

MEE KUNING atau Mi Kuning merupakan satu jenis produk makanan di Malaysia yang menjadi pilihan ramai sebagai makanan. Mee kuning selalunya dihasilkan melalui satu proses yang kritikal dari segi GMP (Good Manufacturing Process) untuk menjamin kebersihan dan keselamatan makanan. Mee kuning diperbuat daripada tepung gandum yang di campur dengan bahan penting (yang selamat dimakan) dan di uli menggunakan Mesin Penguli Tepong sebelum di leperkan dan di jadikan mee melalui mesin penghiris sebelum masuk dalam air panas yang sentiasa mengalir. Mee tersebut akan masuk 'çonveyer' untuk disejukkan dalam aliran air sejuk dan di uraikan dengan campuran minyak masak untuk elakkan bercantum. Mee kuning yang selamat dimakan perlukan proses yang bersih dan dijaga kualiti. Bahan-bahan membuat mee kuning terdiri daripada 4 cawan tepung gandum, 1 cawan air, 1 biji telur, Sedikit garam dan juga sedikit pewarna kuning. Bahan-bahan ini perli diproses dengan mencampurkan Air, garam dan pewarna dikacau sebati. kemudian dipecahkan telur ke dalam tepung. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh yang dinamakan sebagai Doh mee kuning (Sila lihat foto diatas). Seterusnya dibulatkan menjadi beberapa bahagian kecil dan susun dengan baik. Ada juga yang membentuk doh dengan bentuk memanjang. Kemudian doh tersebut perlu dileperkan doh dengan menggunakan tangan. Bagi proses membuat mee kuning ia kemudian digelek menggunakan mesin bahagian buat karipap no.7 (yang paling tebal-mengikut mesin masing-masing). Doh ini perlu dibuat hingga selesai menjadi mee menggunakan mesin gelek pula no.5 atau mesin No.6. Kemudian sapukan tepung pada kepingan doh tadi, supaya tidak melekat antara satu sama lain. Gelekkan pula pada mesin bahagian buat mee, pegang semasa gelek doh tersebut supaya mee tidak menjadi kerinting. Gelek sampai habis semua kepingan doh tadi. Celurkan mee ke dalam air mendidih yang dicampur dengan sedikit minyak lebih kurang selama 3 - 4minit. Angkat dan basuh sekejap di bawah air yang mengalir. Toskan, apabila kering sedikit barulah gaulkan dengan minyak. Mee Kuning yang segar ini boleh terus ianya dimakan atau dijual. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai mee kuning dan kisah menarik untuk di jadikan bahan rujukkan dan bacaan.


Menarik di sembaangkan akan isu atau cara mengelakan dari Mee Kuning daeipda rasa Kelat, Pahit Dan Berkapur sebagai kata awal perbincangan ini. Apa pun kalangan masyaraat yang suka makan mee kuning dalam pelbagai resepi mungkin akan sesekali seleranya terganggu apabila mee kuning terasa agak berkapur dan ada rasa agak pahit. Walau pun ada rasa  sayang untuk dibuang tetapi disebabkan lapar dan enak selalunya terpaksalah menelannya juga walaupun agak kurang berselera memakannya. Kalau makan di premis makanan seperti gerai, restoren, hotel atau membelinya di pasar malam memang tidak boleh buat apa dengan makanan mee kuning seperti ini dan makan sahaja. Bagaimana pun jika pembaca blog ini ingim memasak mee kuning sendiri memang ada beberapa cara menghilangkan rasa kurang enak ini. Perlu tahu mengapa ada mee kuning terasa berkapur terutama dirasakan setelah dimasak untuk di makan. Dalam beberapa kes di laporkan ada kes lebih serius apabila ia boleh berikan atay menyebabkan rasa kelat atau pahit saat dimakan. Ada yang kurang faham apakah yang menyebabkan mi terasa berkapur dan pahit dimana didalam mee kuning memang ada terdapat satu bahan yang turut digunakan semasa penghasilan mi berskala besar. Bahaj itu adalah Natrium Karbonat atau Sodium Carbonate dan lebih dikenali sebagai air abu. Bahan ini merupakan sejenis bahan alkali yang akan berfungsi menambah baik tekstur mee kuning. Tekstur mee kuning yang lebih keras atau pejal menjadikan ia lebih tahan lama. Dilaporkan dimana selain natrium karbonat, ada sesetengah pengeluar mi juga menggunakan natrium hidroksida. Bagaimana pun kini penggunaan Natrium hidroksida mempunyai nilai pH yang lebih tinggi dan bersifat mengakis berbanding natrium karbonat. Selalunya jika nilai pH adalah Bahan Alkali bernilai lebih lebih tinggi dimana mee tersebut akan menjadi semakin kuning, lebih pejal dan lebih tahan lama. Penggunaan natrium karbonat dan Natrium hidroksida inilah yang kadangkala boleh menyebabkan mi berasa pahit, kelat atau berkapur. Adakah natrium karbonat ini berbahaya? dan jawapannya adalah tidak sama sekali. Bahan ini iaitu Natrium karbonat atau natrium hidroksida banyak digunakan dalam proses pembuatan dan proses penghasilan makanan-makanan lain dan kaedah cara penggunaannya adalah masih dibenarkan dibawah Akta Makanan Malaysia. Ia juga masih mempunyai status gred makanan (food grade) yang selamat untuk dikonsumsi. Walau bagaimanapun, kuantiti yang digunakan mungkin boleh menyebabkan perubahan rasa pada makanan yang dihasilkan selain kesan sampingan kecil. Apa pun sebagai contoh, penggunaan natrium hidroksida yang berlebihan dalam pembuatan makanan mungkin boleh menyebabkan sakit perut apabila dimakan.


Semasa bertugas di Jabatan Pertanian dulu memang projek membuat mee kuning di kalangan bumiputra di bantu dengan bantuan khidmat nasehat teknikal dan memberikan bantuan peralatan mesin membuat mee. Peserta atau pengusaha mee kuning akan di berikan kursus teknikal dan juga pemantauan kepremis sentiasa di lakukan. Antara perkara yang selalu di pantau adalah bagaimana pengguna boleh rawat atau cara hilangkan kapur pada mee kuning. Kebiasaannya kalangan pengguna memang tidak mengetahui sama ada mee yang dibeli itu akan rasa berkapur atau tidak. Bagaimana pun syor  untuk mengelakkan ia terasa berkapur setelah dimasak, anda boleh mencuba kaedah di bawah ini untuk hilangkan rasa kapur pada mee kuning tersebut. Cara-caranya ialah seperti di bincangkan dimana sebaiknya mengeluarkan mee daripada pek pembungkusan. Kemudian mee tersebut duibasuh bersih dan terlebih dahulu dengan menggunakan air paip yang mesti mengalir. Kemudian seterusnya perlu isikan air ke dalam satu bekas atau besen dan rendamkan mee dalam air tersebut. Apa pun kemudian boleh taburkan gula ke dalam bekas mee kuning tersebut dimana ia boleh menggunakan sama ada gula putih atau gula perang bergantung kepada kesesuaian. Pastikan gula ditabur dengan rata pada mi dan biarkan mi direndam selama sekurang-kurangnya 10 minit atau adalah lebih baik jika mee kuning ini direndam selama 30 minit. Setelah itu boleh di buangkan air dan toskan mi tersebut dan kemudian dibilas mee kuning ini sehingga bersih dengan menggunakan air paip. Apa pun setelah mee kuning ditoskan kali kedua ia boleh terus memasaknya mengikut selera anda. Pembaca blog jangan risau sebab cara ini berkesan menghilangkan rasa dan bau berkapur yang ada pada mi yang dibeli. Kaedah lain adalah dengan Merebus mee terlebih dahulu sebelum mee kuning ini di masak atau di goreng. cara merebus mee dengan air mendidih boleh membantu didalam mengeluarkan sisa dan lebihan natrium karbonat yang mungkin ada pada mi yang dibeli. Selalunya mee ini akan menjadi lebih sedap, lembut dan tiada rasa kapur. Jangan sesekali mencelur mi dengan tujuan menghilangkan rasa kapur kerana proses mencelur sahaja tidak memadai. Proses mencelur tidak cukup kuat untuk menanggalkan kapur atau air abu yang ada pada mi tersebut. Sebaiknya boleh lakukan teknik seperti di atas atau merebusnya terlebih dahulu. Apa pun pembaca blog tidak perlu risau dengan kewujudan natrium karbonat atau natrium hidroksida dalam mee kuning kerana ia dibenarkan dalam pembuatan makanan yang diproses. Apa pun selalunya bahan alkali yang digunakan ini merupakan bahan dengan status gred makanan atau 'food grade' dan tentunya selamat untuk dimakan. Bagi penulis blog menbasuh mee kuning aahulu sebelum di masak sudah menjadi amalan seja lama dulu. Selain i menghilangkan rasa kapor dan kelat kaedah ini boleh melembabkan mee goreng yang rasanya lebih enak juga.


Penulis blog juga kongsikan resepi dan cara membuat mee kuning sendiri di rumah kalau mahukan memakan mee yaang enak, halal serta terjamin keselamatannya. Memang mee kuning di Malaysia dan banyak negara diAsia sudah menjadi makanan kegemaran kebanyakan rakyat kerana boleh dijadikan pelbagai juadah yang cepat dan enak.  Namun kebiasaannya mee kuning yang dijual di pasaran mempunyai rasa kesat di lidah kerana kandungan kapur yang tinggi. Ada pula yang terlebih masin dan keras sehingga menjadikan sajian yang dimasak kelihatan 'tidak bermaya' untuk dijamah. Pendek kata apa yang penulis blog tahu agak sukar untuk dapatkan mee kuning yang betul-betul sedap dan menepati citarasa mengikut sajian pilihan.  Oleh itu sebenarnya boleh menghasilkan sendiri mee kuning mengikut resipi mudah yang gunakan bahan-bahan dicampur dan diaduk sekata iaitu 1 kg tepung gandum, 2 biji telur, 1/2 sudu makan garam, pewarna kuning dibenarkan, 1 gelas air serta sedikit minyak masak. Sebaiknya di sediakan juga alat atau mesin untuk menghasilkan mee kuning. Cara didalam membuatnya dengan memasukan tepung dalam bkas seperti besen dan dipecahkan telur dalam mangkuk dan di pukul. Kemudian boleh dituangkan ke dalam tepung tadi bersama pewarna kuning dan perlu digaul sekata. Masukan air yang dicampur garam sedikit demi sedikit dan di uli hingga sekata dan buat bulat-bulat supaya mudah dileperkan sedikit. Apa pun dipastikan doh tidak lembik. Kemudian boleh mesin doh tadi menggunakan mesin mi yang sesuai. Pastikan sapu tepung sebelum mesin bagi mengelakkan doh melekat. Seterunya dipanaskan air hingga mendidih dan letakan sedikit minyak masak. Masak mee tadi dan angkat apabila sudah timbul dimana sebaiknya semasa tos air rebusan, titiskan sedikit minyak supaya mee tidak melekat dan terurai elok. Apa pun lazimnya bagi 1 kilogram tepung jumoah mee kuning yang dihasilkan dianggarkan seberat 2 kilogram.


Menarik dalam media hmetro.com kisah bertajuk 'Syarikat mi kuning dan mihun didenda RM15,000' untuk disembangkan. Dilaporkan Pengurus syarikat Miku Mamami Sdn Bhd, Ng Kah Eng, 47, (baju biru) membayar denda RM15,000 atas tiga kesalahan mengikut AKAS 1974 (Foto disebelah). Kisah dari Melaka dimana disebabkan oleh kes kesalahan dan mohon maaf kepada mahkamah. Syarikat tersebut mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling (Akas) 1974. Hakim Nariman Badruddin yang mendengar kes itu mendenda syarikat sebanyak RM15,000 atau enam bulan penjara bagi semua pertuduhan selepas meneliti semua fakta, rayuan dan hujah pendakwaan. Mengikut pertuduhan pertama, syarikat itu didakwa mengikut Peraturan 7(2) AKAS 1974 kerana gagal dan tidak pernah mengemukakan rekod bulanan dan pemantauan pembuangan efluen perindustrian untuk diperiksa secara bertulis atau melalui aplikasi online environmental reporting (OER) seperti ditetapkan. Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, syarikat didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 10(1) dan Peraturan 11(1)(b) peraturan sama, iaitu sistem pengolahan efluen perindustrian bagi memproses mi kuning dan mihun tidak diawasi oleh 'orang yang berwibawa' dan diperakui oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta melepaskan efluen tanpa dirawat ke longkang. Apa pun efluen dilepaskan mengandungi BOD (Keperluan Oksigen Biokimia) pada 20 darjah celsius yang berkepekatan 4,765 miligram per liter (mg/l) dan melebihi had dibenarkan 50 mg/l; pepejal terampai 1,600 mg/l melebihi 100 mg/l serta minyak dan gris berkepekatan 31 mg/l melebihi 10 mg/l. Dilaporkan semua kesalahan itu dilakukan di premis syarikat di Plot 32, Jalan EP Serkam, Kawasan Perindustrian Halal Hub Serkam, Jasin. Dia boleh dihukum mengikut Peraturan 32, peraturan sama, jika disabit boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali. Mengikut fakta kes, dua pegawai penguat kuasa JAS menjalankan pemantauan ke atas kolam takungan banjir di Perindustrian Halal Hub, Serkam yang berbau busuk. Dilaporkan didapati punca air masuk adalah dari longkang awam di kawasan itu yang berwarna kekuningan, berbau masam dan berwap. Pemeriksaan lanjut mendapati air itu mengalir dari premis Miku Mamami Sdn Bhd yang menghasilkan produk mi kuning serta mihun sebelum tiga sampel efluen dihantar untuk analisis di Jabatan Kimia Malaysia Melaka. Hasil analisa menunjukkan syarikat melakukan kesalahan seperti pertuduhan selain semakan juga mendapati premis pernah dikompaun sebanyak lapan kali atas kesalahan pengendalian sistem pengolahan bahan efluen perindustrian pada 2017, 2018, 2020 dan 2021. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan pada harii jumaat ini jika di baca akan memberikan ilmu berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini.

NAMA MEE KUNING...IA MUDAH DIBELI...
DI KEDAI RUNCIT...DAN DI PASAR TANI...
MEMANG ENAK... ADA PELBAGAI RESEPI...
BERKHASIAT... MAKAN KENYANG PASTI ...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 Zulhijjah 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...