Support My Blog

Friday, July 25, 2025

SAYUR MIDIN - POTENSI DAN KAJIAN

SAYUR PAKU MIDIN
(Stenochlaena palustris Burm.f.) kini boleh dilakukan setelah beberapa kajian agronomi dijalankan oleh Jabatan Pertanian Sarawak serta beberapa pihak swasta dan NGO. Tumbuhan paku midin ini adalah daripada famili Blechnaceae yang tergolong didalam kumpulan pakis. Paku midin yang menjadi makanan popular terutama di Sarawak dan juga beberapa negeri lain sebenarnya banyak diambil daripada pokok pakis liar yang tumbuh dikawasan tanah paya dan lembap. Paku midin atau ada yang menyebutnya sebagai 'paku miding' merupakan pucuk midin yang lembut dan kian menjadi makanan kegemaran pelancung dan penduduk tempatan Sarawak. Penulis blog yang pernah bertugas di Jabatan Pertanian Sarawak dahulu memang mengenali sayur paku midin yang banyak tumbuh dikawasan rumah kuarters selain daripada membelinya di Pasar Satok dengan kualiti masih segar dan harga yang murah. Selain daripada sayur midin, penulis blog juga sering membeli rebung buluh segar di Pasar Satok dan juga Cili Granong (Habanero) yang pedas setiap minggu. Pengalaman penulis blog yang sering membuat tinjauan teknologi dahulu bagaimana pun belum jumpa pakej amalan teknologi penanaan pokok paku midin sehingga ia di selesaikan dalam 5 tahun kebelakangan ini sahaja. Penulis blog juga pernah terlibat dalam usaha membangunkan teknologi tanaman paku pakis ditanah gambut Negeri Johor dahulu akan tetapi masih diperingkat pembangunan sehingga kini. Bukan mudah juga untuk menanam paku pakis yang mana pengurusannya adalah agak berlainan dengan cara menanam sayuran komsersil lain yang diusahakan. Artikel kli ini menulis dalam blog "Anim Agro Technology" berkaitan beberapa fakta menganai potensi dan laporan kajian akan paku midin untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Beberapa kajian mengenai tumbuhan midin termasuk inovasi midin yang mencetukan kelainan dalam sektor Gastronomi patut di kongsikan infonya. Apa pun bagi penulis blog dimana sayur 
midin tentunya tidak asing kepada rakyat Sarawak sebagai sejenis lauk pauk harian dimana ia selain tarikan utama pelancong yang berkunjung ke Sarawak. Namun begitu tumbuhan sayur midin merupakan antara tanaman asli dalam Sarawak yang kurang diteroka untuk dimanfaatkan oleh komuniti setempat dimana isu ini tidak seperti hasil tani lain misalnya Buah Dabai yang terkenal dengan pelbagai produk hiliran menarik seperti keropok, susu, aiskrim dan jem. Dalam isu inii kebolehupayaan sayur midin diproses menjadi porduk hiliran lain telah menjadi tanda tanya segelintir masyarakat di negeri ini. Bagi seorang peniaga kuih, Hassan Bujang (56) yang ditemubual wartawan dimana kini mungkin tiada yang ingin mencipta produk sedemikian berasaskan midin kerana prosesnya yang terlalu leceh. Apa pun di apercaya yang mungkin suatu hari nanti akan ada usahawan  yang buat sebab midin ni leceh kalau nak bersihkan, salah buat lain rasanya. Bag Zubaidah (65) pula dia kebiasaannya melihat sayur klasik itu dihidangkan sebagai midin masak belacan sahaja yang kini menadi ikon di Sarawak. Namun begitu, dia terbuka untuk mencuba menghasilkan produk-produk hiliran baharu yang diperbuat daripada midin pada masa akan datang. Walau pun sudah berumur akan tetapi jika di beri peluang makan dia minat membuat produk hiliran yang berasaskan dari midin.  Pihak Jabatan Teknologi Makanan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) telah berusaha dalam menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mengenal pasti potensi midin sebagai produk hiliran. Bagi  Pensyarahnya, Farah Syahirah Abdul Shukri dakwa pihaknya mengusahakan R&D untuk menjadikan sayur midin kepada snek kudapan yang dikenali sebagai Midin Nori. Selain itu juga pasukan penyelidik melakukan R&D berkaitan inovasi terbaharu dalam mempelbagai pengeluaran midin di pasaran. Mereka di Jabatan Teknologi Makanan ingin membangunkan satu produk yang kita dapat nikmati dan boleh dimakan pada bila-bila masa seperti midin nori. Mereka ingin menjadikan sebagai snek dan bukan sekadar lauk pauk. Snek kudapan ini yang ia diperbuat 90 peratus daripada sayur midin dan tidak menggunakan sebarang bahan makanan tambahan tiruan. 


Bagi rakan penyelidik di UTS, Siti Nadhira Mohamad Basri produk snek dicipta adalah sangat sesuai untuk golongan yang menitikberatkan tahap kesihatan seperti individu dengan diabetes dan hipertensi. Apa pun snek ini mengandungi serat yang tinggi dan menjadi sumber protein. Ia juga 100 peratus asli dan tiada perisa tambahan dalam produk ini seperti pewarna, pengawet, perasa. Snek midin sesuai untuk individu pelbagai peringkat umur dan mereka yang peka terhadap kesihatan. Apa pun beberapa masaalah dan kerumitan penghasilan snek itu juga hanya pada tahap sederhana dan menggunakan proses unik iaitu teknologi pengeringan udara panas. Pihak UTS berhasrat untuk berkolaborasi dengan Kerajaan Sarawak agar dapat menghasil dan mengkomersialkan ebih banyak produk derivatif berasaskan midin untuk dipasarkan ke seluruh negara. Aktiviti Penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan oleh UTS memberi semangat kepada penulis untuk meneroka lebih lanjut potensi midin dalam dunia kulinari. Apa pun melalui inovasi dan kreativiti tersendiri, siapa sangka sayur tempatan itu mampu diangkat menjadi satu hidangan mewah. Kini dengan pembaharuan yang dicipta dalam dunia kulinari, Pengasas Bersama Restoran Kyujin, Cef Alexandros secara tidak langsung membuka peluang dalam penerokaan potensi sayur midin. Cef Alexandros atau lebih mesra dikenali sebagai Cef Alex berkata, Sarawak memiliki pelbagai tumbuhan asli yang menarik. Namun bagi midin, tidak ramai yang berminat untuk menjalankan kajian ke atas kemampuan sayur tempatan itu sebagai bahan masakan. Apabila dia ‘bermain’ dengan midin, saya dapati sayur itu memiliki pelbagai rasa. Daripada baunya yang seakan membuatkan kita seperti berada di dalam hutan yang basah dan rasanya yang umami dan hijau. Apa punn daripada experimentasi yang telah menemui beberapa kaedah menarik untuk menyediakan midin selain daripada menumis iaitu antaranya dengan mengeringkan midin tersebut. Dalam salah satu hidangan saya, ada yang saya gorengkan menjadi keropok atau saya keringkan untuk disimpan. Dia juga menjadikannya sebagai sup yang berkrim untuk dihidangkan bersama makanan laut seperti udang karang. Dalam pada itu bagi Cef Alex yang lama berkecimpung dalam bidang kulinari, dalam usaha menginovasikan midin ke peringkat lebih tinggi, kerjasama menyeluruh daripada pelbagai pihak amat penting. Ia termasuk peranan peladang dan peniaga tempatan yang membekalkan sayur midin kepada mereka. Tambahnya, sektor gastronomi di Sarawak khususnya berhasrat untuk membantu petani dan peniaga tempatan dengan menjadi pelanggan tetap mereka. Dalam industri ini, kita perlu bersama. Ini yang menggalakkan kami untuk terus mencuba perkara baharu agar dapat mempelbagai produk akhir sayuran tempatan.


Cef Alex sebelum ini bekerjasama dengan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (STATOS) bagi membantu mempromosi dan memberi pendedahan kepada masyarakat di Singapura tentang keunikan sayur tempatan Bumi Kenyalang itu. Dia menyifatkan midin mempunyai potensi besar dimana pelbagai usaha perlu dilaksana bagi memasarkan sayur midin hingga ke pasaran global. Pembaharuan yang dilakukan oleh Cef Alex tentunya selaras dengan pengiktirafan Bandaraya Kuching sebagai bandar gastronomi. Menarik apabila 'Midin diterbangkan ke Singapura' iaitu pada 11 November 2020 melalui Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (STATOS) melakar sejarah apabila meraih rekod jualan luar biasa dengan 200 kilogram (kg) sayur midin terjual dalam tempoh satu jam. Berkongsi cerita, Ketua Pegawai Eksekutif STATOS, Chew Chang Guan memaklumkan dimana pihaknya meraih permintaan yang tinggi untuk mengeksport midin terutamanya daripada rakyat Sarawak yang berhijrah ke republik itu. Meskipun begitu kemudian pejabat itu berhenti mengeksport sayur ke Singapura atas beberapa faktor seperti jangka hayat midin dan kos logistik yang tinggi. Pihaknya sebelum ini menjual sayur itu dengan harga SGD60 bagi lima kilogram midin kerana terpaksa menanggung semua kos pengangkutan. Mereka menjual dengan harga tersebut bukan untuk meraih keuntungan tetapi kerana perlu menanggung kos logistik. Ia sangat mahal kerana kami tidak boleh menggunakan pengangkutan air disebabkan jangka hayatnya dan perlu diterbangkan ke Singapura. Kini dengan bantuan pembekal kami juga yang membungkusnya dalam storan yang sejuk, sayur midin dapat dihantar kepada pelanggan secepat mungkin sebelum ia menjadi hitam. Aalah dicadangkan agar kaedah alternatif diperkenal bagi memudahkan pihaknya mengeksport midin secara lebih mampan, tanpa mengabaikan kualiti barang dagangan. Mereka juga pernah melihat pengeksport midin lain mengeringkan sayur itu terlebih dahulu sebelum dieksport ke luar negara. Sayur midin ini kurang diketahui oleh warga Singapura kerana kebanyakan yang membeli adalah mereka yang berhijrah dari Sarawak. Apa pun seharusnya memprosesnya dahulu sebelum memasarkan midin agar dapat mendidik masyarakat luar bagaimana untuk makan sayur ini. Ia satu pengenalan yang baik dan unik untuk Sarawak supaya apabila mereka ke sini nanti, mereka dapat menikmatinya. Pensyarah Fakulti Sains Pertanian Dan Perhutanan Universiti Putra Malaysia Cawangan Bintulu, Profesor Madya Dr Noorasmah Saupi yang menyifatkan sayur klasik Sarawak itu wajar dikomersial serata dunia. Dia dakwa  antara aspek sayur midin yang boleh diangkat adalah kandungan nutrisi dan khasiatnya. Sebagai contoh UPM sudah jadikan sayur ini seperti asparagus yang ada dalam hidangan yang mewah.


Perlu dilakukan banyak buat inovasi termasuk kajian sensori untuk golongan tertentu. UPM perlu kembangkan dan promosikan maklumat kandungan midin. Midin adalah tumbuhan yang mempunyai antioksidan yang tinggi. Tumbuhan nadir itu memerlukan kawasan penanamannya tersendiri berikutan permintaan yang semakin tinggi. Sayur midin memiliki potensi yang luas untuk dipasarkan secara intensif di peringkat antarabangsa dan menjadi elemen pelancongan, sekaligus sebagai sumber pendapatan baharu buat Sarawak. Kerjasama kolektif diperlukan daripada pemain industri, pihak swasta dan kerajaan negeri bagi mengkomersialkan dan memperkenal sayur warisan Bumi Kenyalang itu ke seluruh dunia. Sasaran kerajaan Negeri Sarawak untuk 'Angkat midin di persada dunia' seperti dinyatakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata hidangan berasaskan midin wajar dipelbagaikan agar bersesuaian dengan citarasa pelancong antarabangsa. Langkah itu sebagai pengenalan awal kepada masyarakat luar untuk terus mencuba sayur tempatan tersebut. Ia bergantung kepada pakar sektor gastronomi untuk membuat improvisasi pada hidangan supaya dapat menjadikannya lebih menarik dan bersesuaian dengan citarasa bukan sahaja orang Asia, malah di bahagian lain dunia. Kerajaan Sarawak mengalu-alukan sebarang inisiatif untuk menginovasikan sayur midin sebagai elemen pelancongan baharu Bumi Kenyalang. Bagaimanapun, isu utama yang dikhuatiri adalah bekalan dan permintaan yang perlu diteliti dengan lebih terperinci sebelum dapat ianya mengkomersialkan midin secara meluas. Melainkan Saawak mampu untuk menghasilkan midin secara besar-besaran untuk dieksport. Walau pun sekarang walaupun Sarawak memiliki tanah yang luas tetapi kebanyakan dijadikan sebagai ladang kelapa sawit dan untuk tanaman lain dani bukan penanaman midin. Kemudian midin akan menjadi sangat terhad berikutan kuasa bekalan dan permintaan. Jika permintaan meningkat mendadak, orang tempatan juga tidak mampu untuk membelinya.  Dicadangkan supaya pihak Kementerian, Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak untuk mengusahakan ladang sayur midin. Konsep bagaimana ladang midin untuk pengkomersialanmemang ada isu keperluan untuk mengusahakan ladang tanaman midin bagi menampung permintaan eksport dan tempatan. Kaedah itu juga turut memberi jaminan terhadap keselamatan sayur berbanding dengan midin yang tumbuh meliar. Bagi Penolong Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian Negeri Sarawak (JPNS), Abu Hamzah Jamil berpandangan dengan adanya ladang midin penghasilan tanaman itu akan lebih teratur yang akan memudahkan pengkomersialan. Kalau dahulu semua akan kutip midin di tanah-tanah atau kebun terbiar, tetapi dengan teknologi terkini kita mengambil pendekatan agar orang kampung dapat mengkomersialkan tanaman midin mereka sendiri. Petani dan penduduk tempatan juga mengambil faktor keselamatan. Kalau di kebun kelapa sawit misalnya, kita tidak tahu kandungan sayur ini kerana mungkin diracun, agak merbahaya. Jabatan mengakui inisiatif untuk mengusahakan ladang midin tidak popular dalam kalangan petani kerana memerlukan penjagaan berterusan dan komitmen yang tinggi. Selain itu aspek keuntungan yang diperoleh juga tidak setimpal. Di Kota Samarahan misalnya, harga dibeli pembekal adalah RM8 hingga RM9 sekilo namun dijual di pasar di kawasan itu sehingga RM25 sekilo. Apa pun agak tidak berbaloi kepada orang kampung kerana mereka yang mencarinya tetapi yang dapat untung besar adalah orang tengah. isu kalau boleh kita buangkan orang tengah dan jual terus antara petani dan pemborong. Perlu ada banyak perbincangan lebih terperinci perlu dilaksanakan pihak terlibat agar ladang midin dapat diusahakan yang boleh memberi manfaat kepada semua. Sekiranya Jabatan Pertanian memulakan langkah untuk mengusahakan ladang tanaman midin secara meluas, ini secara tidak langsung memberi keyakinan kepada orang kampung untuk terus mengusahakan tanaman midin tanpa dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab. 
Semuga artike ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA MIDIN...PUCUK PAKU SAMA...
MUDAH DI BELI...DI SARAWAK SANA...
GORENG BELACAN... MUDAH BUATNYA...
ENAK SEKALI... BERTAMBAH NASINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tama Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(23 Jamadilakhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...