Bagi penulis blog berasal Muar, Johor dimana memang rasanya lebih puashati jika membuat sendiri rojak petis dirumah sama ada untuk dihidangkan kepada ahli keluarga atau pun semasa menjamu tetamu yang datang kerumah datang berkunjung. Mendapat peluang makan Rojak Petis Muar sejak zaman remaja dahulu memang rugi kalau tidak belajar resepi membuatnya. Makanan ini memang sudah lama popular di Muar sebagai ikon selain daripada Mee Bandung Muar, Sate Pagi Muar, Mee Rebus Muar dan sebagainya. Apa yang unik dimana makanan ini 15 tahun dahulu hanya dijual 80 sen sepinggan tetapi kini sudah mencecah RM5.00 sepinggan. Selain enak kerana ada rasa masin, pedas, masam, lemak, manis dimana makanan in amat sesuai untuk mendapatkan fiber dari buah-buahan dan sayuran yang terpilih. Penulis blog kongsikan resepi Rojak Petis yang sering dibuat sendiri dirumah. Bahan yang digunakan adalah 1 bekas petis atau otak udang, 1 inci belacan dibancuh dengan 1/4 cawan air, 1/3 cawan gula melaka yang hiris halus, 1/4 cawan gula pasir,1/4 cawan kicap pekat serta 1 cawan air. Bahan-bahan lain diperlukan termasuk kacang tanah secukupnya goreng tanpa minyak yang buang kulit dulu dan tumbuk hancur, Pes asam jawa secukupnya, Cili kisar, cili padi yang dikisar serta gula. Bahan utama membuat rojak petis termasuk Kangkung (Perlu disiang, culur dan toskan), Taugeh perlu ia (dibersihkan, celur sekejap dan toskan), Timun (dihiris nipis), Nenas (Juga ia dihiris nipis), Umbisi Sengkuang (dihiris nipis) dan Tauhu (boleh di goreng dan di hiris nipis). Cara membuat sos petis dengan menyatukan semua bahan asas untuk sos petis ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan gula larut. Kecilkan api dan teruskan memasak hingga pekat tetapi mesti di kacau sentiasa. Matikan api dan sejukkan. Bagi membuat rojak petis sbeiknya didalam satu bekas adunan sesuai, masukkan 4-5 camca besar sos petis, tambah 4 camca besar kacang tanah, 1/2 camca besar cili kisar dan 1 camca teh cili api kisar. Kacau rata dan tambah 1/2 camca teh pes asam jawa. Gaul rata dimana jika suka manis maka boleh tambah sedikit lagi gula pasir. Kacau rata dan kemudian dimasukkan taugeh dan kangkung dan di gaul rata. Tambah sengkung, timum, tauhu dan nenas dan juga diaduk gaul rata dan alihkan rojak ke dalam pinggan sesuai. Tabur sedikit kacang tumbuk untuk hiasan. Makanan ini sudah sedia untuk dihidangkan untuk dapat dinikmati.
Makanan kulliner dari Johor memang sesuai di kongsikan dengan pembaca blog semua seperti RESEPI ROJAK PETIS JOHOR. Ini kerana ia mudah disediakan dengan bahan-bahan yang mudah dan murh didapatkan dipasar atau pun pasar malam sahaja. Kalau ingin makan rojak petis Johor seperti di Tanjung AGas, Muar boleh berkunjung pada bila-bila masa sahaja tetapi kalau ingin membuatntnya sendiri di rumah lagi berbaloi. Mungkin bagi ramai orang dimana resepi rojak petis ini di pelbagaikan mengikut tahap kegemaran sesuai dengan citarasa keluarga dan peminatnya. Perlu disediakan beberapa bahan-bahan iaitu 2 batang timun boleh di potong ikut suka, 6 - 8 keping tauhu yang sesuai di goreng dan potong dadu, 1 ikat kangkung yang di celur, 1 biji nanas sedang perlu di potong kecil, 1 bungkus kacang tanah yang di goreng dan tumbuk, 1 botol petis atau nama lainnya sebagai pes otak udang, 5 sudu besar kicap manis, 1 sudu besar pes asam jawa, 2 sudu besar gula pasir, 20-30 biji cili api perlu ditumbuk dan juga mungkin perlu sedikit garam. Bagi penulis blog sebaiknya di tambah sayur tauge dan sengkuang yang menambah keenakan rojak petis. Membuatnya memang mudah sahaja dengan mencampurkan petis, asam jawa, cili tumbuk, gula, garam, separuh kacang tumbuk dan kicap kacau hingga sebati. Kemudian di masukkan nanas dan timun, sengkuang, taugeh dan di gaul rata. Seterusnya boleh dimasukkan bahan kangkung, kacang tumbuk sikit dan tauhu gaul rata lagi. Perlu ujirasa dulu bagi menilai tahap rasa pada rojak petis sama ada cukup manis, pedas, masin dan kalau kurang masam boleh di tambah pes asam jawa sedikit. Akhir sekali setelah di campurkan dan sebati maka di taburkan kacang tanah diatasnya dan digaul semula. Ada yang suka telus dihidangkan untuk dimakan tetapi ada orang akan tinggalkan semala 20 minit untk mendapatkan rasa rojak petis sebenar yang hebat. Selalu juga di makan dengan nasi putih sebagai lauk di Johor.
Dalam beberapa portal berita tempatan termasuk dalam utusan.com dilaporkan satu kisah menarik 'Rojak Petis Likat’ Norfatin popular di Pontian' dimana ia sesuai dikongsikan kali ini. Kisah dari Pontian, Johor ini paparkan dimana seorang pengusaha yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu bukan halangan untuk Norfatin Nabila Lokman (24 tahun) bagi membantu ibunya di kedai menjual rojak petis yang dikenali sebagai ‘Rojak Petis Likat’ di bandar Pontian. Beliau pernah dijemput sebagai tetamu bersama ibunya oleh dua buah syarikat televisyen tempatan sebelum ini dimana secara tidak langsung telah menambah popular rojak petis yang telah diusahakan sejak 24 tahun lalu yang sama dengan umurnya. Dakwanya dimana setelah menamatkan pengajian di UniMAP (Universiti Malaysia Perlis) pada September tahun lalu, dia belum mendapat tawaran pekerjaan dari mana-mana pihak walaupun telah beberapa kali menghantar permohonan. Dia kemudian mendapati bidang pengajian tersebut melayakan dan membolehkannya dia untuk bertugas sebagai pengurus perhubungan awam, wartawan media cetak atau elektronik mahupun dalam bidang sumber manusia. Bagaimana pun sehingga kini belum ada rezeki saya bekerja dalam bidang bersesuaian dengan pengajian yang diikuti selama tiga tahun. Beliau yang ditemui Utusan Malaysia di Medan Selera Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) nyatakan memang tidak kekok untuk membuat rojak petis itu kerana telah biasa membantu ibunya di gerai apabila pulang pada cuti semester mahupun sebelum dia diterima masuk ke Unimap. Petis Likat yang menjadi tarikan utama kepada pelanggan dikedainya di Medan Selera MPPn Jalan Bakek di Pontian, Johor. Selain menjual rojak petis, gerai yang dinamakan D’ Jannah Corner (Chek Sal) turut menjual pelbagai jenis makanan lain seperti mi goreng, bihun kampung, rojak pisang, cikong bizibodi, kuetiau goreng dan bihun sup. Kedai mereka beroperasi pada setiap Ahad hingga Khamis bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang dan bercuti pada Jumaat dan Sabtu. Apa pun didakwa perniagaan Rojak Petis Likat yang diusahakan oleh ibunya sejak tahun 1997 memang dikenali ramai di bandar Pontian kerana keenakan dan rasanya yang memikat para pelanggan. Sebelum ini ibunya menjalankan perniagaan di gerai yang kecil sahaja sebelum berpindah ke Medan Selera MPPn berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak lapan tahun lalu. ‘Alhamdulillah sambutan orang ramai amat memuaskan terutama sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana pelanggan dibenarkan makan di kedai berbanding ketika ini. Meskipun begitu pendapatan harian mereka merosot hampir separuh namun masih boleh bertahan memandangkan terdapat pelanggan yang datang membeli untuk dibawa pulang ke rumah. Ditanya minatnya dalam bidang komunikasi, Norfatin Nabila bersedia untuk menyertai mana-mana syarikat atau agensi media sekiranya diberikan tawaran supaya pengajian yang dipelajari dapat dipraktikan. Semuga artikel ini menjadi bahan bacaan berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BUAH DIPOTONG...CAMPUR PETISNYA...
HARGANYA MURAH... BERKHASIAT JUGA...
BANYAK FAKTA...MENARIK DI BACA JUGA...
By,
M Anem
Snenior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(16 Muharam 14437).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.