TANAMAN SAWI ATAS MEJA atau penanaman sawi secara fertigasi dimana ia merupakan salah satu kaedah penanaman sawi moden di jalankan di Malaysia. Terminologi 'Tanam Sawi Atas Meja' mula popular di perkenalkan semasa pelancaran program Pertanian Bandar atau dahulu di panggil sebegai Program Bumi Hijau di negara kita oleh Jabatan Pertanian. Bagi penulis blog tahu dimana tanaman Sawi (Brassica spp Linn.) ini adalah salah satu jenis sayuran daun yang popular di Malaysia bersama dengan sayur daun jenis lain seperti kailan, kangkong, bayam dan beberapa lagi. Penulis blog menrujuk kepada laporan keluasan tanaman sawi di Malaysia dimana ia melibatkan seluas 11,606 hektar CHE dan menghasilkan sebanyak 167,211 tan metrik iaitu pada tahun 2024 (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2025). Daripada pengalaman penulis blog terdapat beberapa jenis sawi yang popular ditanam di Malaysia iaitu jenis (1) Sawi Hijau (Brassica parachinensis) atau disebut choy sum (2) Sawi Putih (Brassica chinensis) atau disebut Pak Choy (3) Sawi Mini (Brassica rapa chinensis) atau disebut Bok Choy dan (4) Sawi Bunga (Brassica rapa cruciferae). Sebenarnya sayur sawi mendudukki tangga ke 3 selepas penanaman Bayam dan Kangkung untuk pasaran domestik dan eksport (Singapura). Penanaman sawi ini ada dijalankan dari kawasan tanah pamah sehingga kepada kawasan tinggi yang subur dan secara teorinya sawi sesuai ditanam dari ketinggian 5 meter sampai dengan 1,200 meter dari paras laut. Kawasan utama penanaman saei adalah di Johor (3,760 hektar) diikuti dengan Pahang (3,156) dan juga di Perak (1,048 hektar). Kebanyakan kawasan penanaman sawi di Perak berada dikawasan tanah bekas lombong seperti di TKPM Sungkai, Perak dan kawasan lain. Apa pun penulis blog dapati paling luas sawi ditanam dikawasan dengan ketinggian 100 - 500 meter dengan jenis tanah yang baik untuk budidaya tanaman sawi adalah tanah yang gembur yang mana ia ada banyak mengandungi humus, subur, serta mempunyai saliran baik. Tanah dengan tahap keasidan yang optima untuk proses pertumbuhan sawi diantara pH 6.0 - pH7.0. Biasanya di tanam dikawasan yang rata untuk memudahkan penggurusan mekanisasi dan amalan agronomi. Tanaman sawi agak mudah dilakukan kerana tidak memerlukan penjagaan yang rumit kerana tempoh menjaganya juga sekitar 28 - 30 hari sahaja. Ia dikategorikan sejenis tanaman paling singkat untuk kemudian memberikan pulangan kepada petani. Amalan agronomi yang perlu dilakukan seperti penjagaan rumpai, pembajaan dan juga kawalan penyakit serta perosak dalam masa beberapa minggu sahaja sebelum dituai. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kaedah didalam penanaman sawi diatas meja atau menanam sawi secara fertigasi sebagai satu bidang usaha yang dijadikan bahan rujukkan semua.
Bagi penulis blog dimana teknologi menanam sawi di atas meja yang dimaksudkan ialah satu teknologi iaitu sistem 'fertigasi meja' atau 'sistem tanaman bermeja'. Kaedah ini merupakan sistem penanaman moden yang dilihat ia menggunakan sistem titisan air untuk membekalkan nutrien kepada tanaman. Ia sangat sesuai untuk tanaman jangka pendek seperti sawi dimana selalunya ia boleh meningkatkan hasil lebih cepat, terjamin selamat dimakan serta memudahkan kerja-kerja penjagaan tanaman. Secara mudahnya dimana ia libatkan beberapa ciri-ciri teknologi fertigasi meja yang sesuai di lakukan secara kecil-kecilan di kawasan kelilig rumah atau secara komersil. Pertama ia menggunakan 'Sistem Titisan Air' dimana semua bahan nutrien diberikan terus ke akar tanaman sawi di dalam media sesuai iaitu dengan melalui sistem paip dan titisan air. Sebaikya menggunakan Medium Tanaman yang disyorkan termasuk bahan seperti sabut kelapa (cocopeat) yang mana fungsinya adalah ia digunakan sebagai gantikan bahan tanah sebab ia mampu untuk memberikan kelembapan yang baik untuk tanaman. Keperluan ketiga sistem ini adalah strukur khusus di namakan sebagai 'Rumah Pelindung Hujan (RPH) yang mana ia di gunakan untuk melindungi tanaman dari hujan lebat dan mengurangkan masalah percikan tanah. Apa pun bagi penulis blog dimana kaedah ini memang berlaku penjimatan masa dan ruang. Sistem ini membolehkan mereka yang jalankan penanaman dapat dilakukan secara berulang dalam jangka masa yang singkat dan menjimatkan ruang. Apa pun daripada banyak tinjauan di lakukan dan beberapa testimoni menyatakan cara ini memberikan hasil sawi yang lebih lumayan. Ini kerana lazimnya proses pertumbuhan sawi yang lebih baik dan pemetikkan yang lebih kerap dapat meningkatkan hasil. Secara ringkasnya sistem tanaman sawi secara fertigasi meja adalah teknologi yang cekap dan efektif untuk menanam sawi serta ia mampu menawarkan banyak kelebihan berbanding kaedah konvensional.
Beberapa media tempatan laporkan kisah bagaimana 'Tanam sayur guna fertigasi meja memang berbaloi' sesuai di jadikan bahan rujukkan. Kisah dari Londang, Masjid Tanah, Melaka dimana biarpun terpaksa menempuh pelbagai dugaan akibat serangan pandemik COVID-19 lebih dua tahun lalu namun ia bukan penghalang untuk terus berjaya dalam industri pertanian di negeri ini. Kini usaha mengerjakan tanah keluarga tetap diteruskan biarpun berhabis puluhan ribu ringgit untuk membangunkan sektor pertanian agar selari dengan perkembangan teknologi yang efisien dan menjimatkan pengunaan tenaga. Bagi usahawan tani, Ahmad Fairus Muhamad (40) pendedahan terhadap penanaman fertigasi meja sebagai teknik baharu dalam sektor itu tetap dan kini diteruskannya tanpa menghiraukan dugannya sebelum ini. Dia yang hobinya becucuk tanam bukan sekadar pekerjaan keduanya tetapi sebagai terapi melepaskan tekanan selepas kepenatan menyelesaikan urusan di syarikat tempatnya bertugas. Pernah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)1.0 dahulu pendapatannya terjejas dan dulu pernah ada kes yang memburukkan lagi keadaan apabila 20 pekerja yang pulang ke Riau, Indonesia terkandas di sana selepas pintu sempadan ditutup. Masa itu dia usahakan pelbagai tanaman seperti timun, sawi, kangkung, bayam, bendi, petola dan peria yang ditanam mengikut petak. Kini dia tukar aktivitinya dengan cara atau gunakan teknik baharu ini di tanah seluas 0.2 hektar dengan lebih mudah di lakukannya. Sealunya biji benih sawi yang semakin membesar perlu dialihkan bagi mengelakkan gangguan tumbesaran telah dibantu pekerjanya. Dia sudah pun mengeluarkan modal RM35,000 untuk membina sistem fertigasi meja yang dia yakin dan mampu mengurangkan penggunaan pekerja, baja dan racun. Biarpun sebelum ini hampir 10 tan sayur dihasilkan sehari namun dia tekad untuk hanya meneruskan tanaman sawi dan menanam ketumbar menggunakan teknologi berkenaan. Kini sudah ada sebanyak 24 petak meja yang berukuran 6×50 kaki persegi dibinanya sejak lima bulan lalu mampu menghasilkan kira-kira 50 kilogram sawi buat sepetak meja dalam tempoh sebulan. Baginya kaedah konvensional lagi berpatutan namun teknologi ini juga diperlukan bagi mengurangkan penggunaan baja dan racun. Apa pun paling penting adalah bagaimana hendak pusing modal ia perlu masa yang lama kerana setiap kali tuaian hanya akan memperoleh sekitar RM8,000 dan itu pun belum lagi ditolak kos gaji pekerja dan operasi. DIa berpuas hati dengan cara menanam menggunakan sistem tanaman atas meja dan terlau di kembangkan.
Dalam penanaman sawi selain daripada kawalan rumpai dari peringkat awal penanaman, aspek pembajaan dan kawalan perosak serta penyakit amat penting dilakukan. Pemberian baja asa iaitu organik semasa penyediaan tanah serta kapor mampu membantu untuk kesuburan tanaman. Pemberian baja NPK 15:15:15 kepada tanaman sawi dilakukan seawall minggu kedua, minggu keempat dan minggu kelima penanaman. Pemberian baja tersebut pada kadar 40 gram hingga 50 gram sepokok dengan cara menabur baja disekeliling pokok. Pemberian baja dihentikan ketika hari hujan kerana baja akan mudah terlarut dan meresap ke dalam tanah tetapi akar pokok tidak sempat untuk menyerapnya. Serangga perosak yang biasa menyerang tanaman sawi adalah Ulat Ratus, Ulat Pangkas dan Kumbang Lenting.kesemua ulat ini akan memakan bahagian daun dan batang sehingga ia akan menyebabkan daun berlubang dan berbintik bintik. Sebaiknya penggunaan racun pada kelas yang rendah diperlukan bagi mengatasi masalah ini kerana semburan racun pada kelas yang berbahaya mungkin akan memberikan kesan kepada kesihatan manusia. Semburan racun seperti Malathion dan Benomyl pada kadar 30ml kepada 20 liter air disembur kepada tanaman selang seminggu bagi mengatasi masalah serangan makhluk perosak ini. Semburan racun dihentikan 7 hari sebelum aktiviti penuaian dilakukan. Sayur sawi boleh dituai dalam masa 28 hari atau 30 hari selepas pemindahan anak pokok. Pengusaha boleh memetik sawi dengan cara iaitu memotong bahagian pangkal pokok yang paling hampir dengan tanah menggunakan pisau yang tajam. Akar tersebut dibiarkan mereput menjadi baja kompos di atas permukaan tanah.Kumpulkan sawi yang telah dituai di dalam bekas bekas besar da n kotoran yang melekat pada daun dan batang sawi dibersihkan menggunakan air bersih. Apa yang perlu diketahui sawi boleh bertahan lama dalam masa 10 hingga 14 hari jika dijaga dalam suhu yang terkawal iaitu 100C. Proses yang seterusnya iaitu prapenyejukan dilakukan kepada sayur sawi dengan merendam sawi ke dalam air sejuk bersuhu 50C bagi mengekalkan kualiti kesegaran sawi. Sawi perlu dibungkus menggunakan plastic lutsinar berlubang bagi membolehkan pengudaraan berlaku dan bagi mengelakkan sawi menjadi busuk dan rosak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada smeua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... .MENANAM SAWI...DI ATAS MEJA... CARA MUDAH...BAJET DISEDIA....
CEPAT DITUAI... PERLU DIBAJA...
MAHU MENCUBA...DI RUMAH ANDA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 uharram 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.