Support My Blog

Saturday, July 5, 2025

SEMBANG PASAL IKAN REBUS (PART 1)

MAKANAN IKAN REBUS
merupakan salah satu resepi makanan berasaskan ikan yang di kelaskan sebagai makanan enak dan berkhasiat serta mudah menyediakannya. Ikan rebus di laporkan ia mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Di antaranya adalah kandungan protein tinggi dan rendah lemak dimana iini juga menjadikannya pilihan makanan yang sihat. Selain itu kajian mendapati jika ikan rebus juga kaya dengan asid lemak omega-3 iaitu kompopnen yang baik untuk kesihatan jantung. Ikan rebus juga dapat membantu mencegah masaalah anemia kerana mengandungi zat besi yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Dalam eberapa laporan di nyatakan jika antara beberapa khasiat ikan rebus yang lebih terperinci dimana ia mengandungi zat yag tinggi Protein dan Rendah Lemak. Ikan rebus adalah sumber protein yang baik untuk membina dan membaiki tisu badan serta rendah lemak yang menjadikannya pilihan yang baik untuk diet yang sihat. Ikan rebus emang ia mengandungi dan Kaya Omega-3 dimana dilaporkan komponen Asid lemak omega-3 dalam ikan rebus dapat membantu menjaga kesihatan jantung dengan menurunkan kadar kolesterol jahat dan menjaga kadar kolesterol normal. Paling popular apabila memakan ikan rebus akan Mencegah Anemia sebab ikan rebus mengandungi zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah, yang dapat membantu mencegah anemia. Bagi penulis blog yang suka makan ikan rebus mendapati jika ia dilaporkan mampu Memelihara Kesehatan Tulang dimana kajian mendapati ada beberapa jenis ikan rebus, seperti ikan selar, kaya dengan kalsium dan vitamin D yang penting untuk kesihatan tulang. Dalam pada itu memakan ikan reus di dakwa akan memberikan Sumber Vitamin dan Mineral sebab ikan rebus juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting seperti vitamin B12, selenium, fosforus, dan magnesium. Apa pun selalunya dengan adanya pelbagai khasiat ini maka cara menyediakan makanan berasaskan ikan segar di Malaysia dengan cara jadikan ikan rebus adalah makanan yang baik untuk dimasukkan dalam diet harian pembaca blog semua. Artikel pada tengahari ini dalam "Anim Agro Technology'' saya sembang dengan menulis mengenai kehebatan ikan rebus untuk di jadikan bahan rujukkan dan baaan semua.


IKAN REBUS dan IKAN KUKUS adalah dua kaedah menyediakan ikan sebelum di makan atau di masak resepi lain. Agak jarang di bicarakan akan kehebatan dan khasiat berkaitan me
nu ikan rebus atau ikan rebus goreng dimana ia merupakan antara hidangan yang amat digemari oleh orang dulu atau orang lama. Namun sebenarnya jika dibeli di pasar raya dimana ikan yang sudah siap direbus berkemungkinan agak mahal dan lebih berbaloi jika ianya dibuat atau direbus sendiri di rumah asalkan gunakan ikan segar.  Bagi penulis blog serint fikir jika menus makanan ikan rebus adalah salah satu menu orang lama sejak zaman dulu. Bagaimana pun dilihat ada sedikit perbezaan antara ikan yang baru disiang lalu terus digoreng dengan ikan yang direbus terlebih dahulu sebelum digoreng. Lazimnya dari segi rasa dan tekstur dimana ikan yang direbus sebelum digoreng mempunyai rasa yang lebih sedap dan rangup. Ia mempunyai isi yang lebih berjus selain bahagian luar ikan yang lebih rangup. Walaupun tidak digoreng dimana ikan yang telah direbus juga enak dimakan begitu sahaja. Bagi orang-orang tua, mereka biasanya memakan ikan ini dengan mencicahnya bersama budu, tempoyak atau dengan sambal belacan juga. Selalunya ikan segar yang telah direbus akan menjadi lebih lembut dan berlemak. Belajar ilmu cara membuat ikan rebus sedap ada kaedahnya. Pertama sekali adalah ikan yang direbus dengan asam (cara buat ikan rebus goreng Kelantan) perlu di sediakan bahannya. Apa pun teknik rebusan ikan bukan hanya menggunakan air bersih semata-mata akan tetapi terdapat juga beberapa bahan tambahan lain ketika merebusnya. Caranya dengan menyiang ikan dengan cara membuang segala insang dan isi perut untuk tujuan ia mengelakkan ikan cepat busuk. Mesti dibasuh bersih ikan dengan menggunakan air paip dan dimasukkan ikan ke dalam periuk. Sebaiknya dimasukkan bersama beberapa hirisan lengkuas, 5 keping asam gelugur dan juga satu sudu makan garam. Kemudian perlu diisikan air ke dalam periuk pada paras sekadar menutupi ikan sahaja. Tidak perlu air yang terlalu banyak bagi mengelakkan ikan dari menjadi hancur.
Buka api dapur dan rebus ikan dengan menggunakan api yang perlahan. Apabila sudah masak boleh di tutup api dan biarkan ikan sejuk dahulu sebelum disimpan dalam peti ais. Ikan ini boleh di makan terus atau di keluarkan sahaja dari peti ais apabila di kehendakki atu di gunakan sebagai bahan resepi maskan lain yang sesuai.


Menyediakan ikan rebus adalah berlaian dengan IKAN KUKUS. Bagi penulis blog dimana walaupun kedengaran agak berbeza dengan teknik merebus, namun secara teknikalnya dimana produk ikan yang terhasil daripada kaedah mengukus juga hampir sama dengan ikan yang telah direbus. Bagaimana pun keduanya agak berlainan cara memasaknya. Beberapa kaedah dan langkah-langkah memasak ikan kukus dengan menyiang ikan dan dibersihkan ikan seperti biasa. Lebih elok lagi jika ikan segar ini dibilas dengan bahan berasid seperti air perahan limau atau cuka. Sebaiknya jika dibilas dengan bahan berasid, bilas sekali lagi dengan menggunakan air paip atau air bersih.
Setelah itu, taburkan beberapa sudu kecil garam pada ikan dan lumur garam sehingga ia merata. Amalkan cara dimana boleh di titiskan beberapa titis cuka makan diatasnya pada ikan. Jangan lupa untuk titiskan juga sedikit minyak masak pada ikan tersebut untuk menambah keenakan rasanya. Ia kemudian boleh di susun ikan dengan teratur dalam periuk pengukus diatas periok kukus (Sila lihat foto disebelah). Apa pun setelah ikan siap disusun, letakkan beberapa keping asam gelugur di atas susunan ikan tersebut. Sebaiknya di kukus ikan tersebut dengan api sederhana sehingga ikan masak. Biasanya ia akan mengambil masa sekitar 15 hingga 20 minit sahaja bergantung kepada api, saiz ikan dan juga jumlahnya.
Tutup api dan biarkan ikan sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan. Ikan ini boleh terus di makan datau disimpan untuk di gunakan bila-bila masa. Apa pun di kongsikan akan cara simpan ikan rebus dan ikan kukus yang terbaik. Jika mahu menikmati ikan goreng rebus dimana sebaiknya ikan terus digoreng selepas siap direbus kerana rasanya masih segar dan berjus. Namun begitu jika anda mahu menyimpannya terlebih dahulu sebaiknya perlu menyimpannya dengan teknik yang betul untuk mengelakkan ikan cepat busuk. Caranya adlah mempastikan ikan benar-benar sudah sejuk sebelum mula disimpan dalam peti sejuk. Ikan yang masih panas akan menyebabkan wap air terbentuk dalam bekas dan seterusnya menyebabkan ikan cepat rosak. Perlu dipastikan ikan ditoskan sehingga kering sebelum disimpan. Jika tidak kesannya maka ikan akan mudah rosak. Sebaiknya menyimpan ikan dalam bekas makanan yang sesuai. Elakkan menyimpannya dengan menggunakan plastik kerana ikan akan sukar untuk dipisahkan dan boleh merosakkan isi ikan kelak. Jika ingin menyimpannya pada bahagian bawah peti sejuk, pastikan menghabiskannya dalam masa seminggu sebab ikan tidak dapat bertahan lama.
Jika suka menyimpan ikan pada bahagian sejuk bekudimana ia boleh bertahan lebih lama sehingga berbulan-bulan. Namun rasanya pasti sudah kurang enak jika disimpan terlalu lama. Apa pun bagi penulis blog diman ikan yang sudah direbus sememangnya lebih sihat jika dibandingkan dengan menu-menu ikan yang lain seperti ikan goreng atau yang dimasak berkuah. Kalorinya lebih sedikit dan tidak menggunakan bahan yang berlebihan dan semua mungkin boleh cuba amalkan menu ikan yang direbus dengan kerap di rumah selepas ini.


Menarik kisah dalam sinarharian.com bertajuk '
Ulam, ikan rebus rahsia umur panjang Tok Pora' untuk ianya di kongsikan dan disembangkan. Nenek bernama Sepora (dua dari kanan) bersama tiga daripada empat anaknya yang tinggal di rumahnya di Kampung Telok Berembang, Pulau Tuba, Langkawi masih sihat dengan amalan mengambil ulam-ulaman dan dia hanya makan ikan yang direbus dan bakar serta mengelak menu bergoreng menjadi resipi rahsia buat wanita ini kekal sihat pada usia lebih 100 tahun. Nenek berusia 104 tahun dakwa dia percaya pilihan menu sihat serta kehidupan aktif yang diamalkan sejak usia remaja membantu dirinya untuk terus kekal sihat tanpa sebarang masalah kesihatan. Sejak muda lagi saya memang aktif turun ke laut untuk menangguk udang siring dan mencari siput. Aktiviti tersebut diteruskan selepas berkahwin untuk membantu arwah suami. Selain itu saya amalkan makan pucuk kayu seperti pucuk cemumar, pucuk kaduk, pucuk palas atau apa sahaja pucuk kayu yang boleh dimakan. Ikan pula direbus atau bakar kerana saya memang tidak suka makan masakan rendang atau masakkan yang bergoreng. Kisah Sepora atau dikenali dengan panggilan Tok Pora yang masih kuat turun ke laut pada usia emas untuk menangguk udang siring dan mencari siput tular di media dan bercerita lebih lanjut, Tok Pora ibu kepada enam cahaya mata itu mengakui kadangkala anaknya menasihati beliau supaya tidak turun ke laut atas faktor usia. Kadangkala dia tak ikut juga nasihat mereka. Saya ni tak boleh duduk saja nanti sakit sebab tak keluar peluh rasa nak demam saja lagi pun bukan tiap hari ke laut bergantung kepada keadaan. Akan tetapi bila ke laut menyauk udang atau mencari siput diri ini rasa sihat sebab saya boleh buat aktiviti yang disukai dan ada juga menambah udang yang ditangguk dijadikan belacan. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk di jadikan bacaan yang berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN REBUS,... MUDAH MASAKNYA...
PILIH YANG SEGAR..DIREBUS SAJA...
BANYAK KHASIAT... SILAKAN BACA...
MANJADI TERINGIN... HENDAK UJIRASA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 Muharram 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...