Support My Blog

Thursday, July 17, 2025

FAKTA MENARIK PASAL ROTI CANAI (PART 3)

MAKANAN ROTI CANAI atau Roti Prata atau sebagainya merupakan sejenis makanan berasaskan tepong bersama kuahnya yang sangat popular di Malaysia dan kini menjadi makanan ikonik yang mendunia. Bagi penulis blog yang memang sangat suka makan roti canai memang sering menikmatiknya untuk sarapan pagi dan sesekali untuk makan malam juga. Umumnya dimanna roti canai ialah sejenis lempeng leper yang diperbuat daripada doh, biasanya diperbuat daripada tepung, air, dan lemak seperti minyak atau ghee. Ia popular terutama di Malaysia dan juga beberapa negara jiran seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan juga ada di makan di Thailand. Walau pun sejarah asalnya dimana roti canai dipercayai berasal dari India Selatan dan dibawa masuk ke Asia Tenggara oleh pendatang India tetapi terkini roti canai Malaysia sudah banyak di sesuaikan dengan citarasa orang Malaysia dengan pelbagai nama, menu, resepi dan juga cara menyediakannya. Waalau pun dahulu sejarah dakwa dimana makanan roti canai berasal dari India Selatan yang di bawa masuk oleh para pendatang India membawa roti canai tetapi kini sudah di ubahsuai penyediaannya dan bagaimana sampai kepada cara pengkomersialannya. Apa pun dilaporkan iaitu nama atau perkataan 'roti' adalah bermaksud roti dalam bahasa Sanskrit, manakala 'canai' ia mungkin berasal dari perkataan Tamil dan 'channa' atau dalam bahasa Melayu ia  bermaksud 'menguli nipis' seperti dijelaskan. Dalam beberapa tiktok, youtube dan Instagram serta sosmed lain memang banyak di viralkan mengenai makanan roti canai termasuk oleh pelancong asing dari luar negara. Memahami akan ciri-ciri Roti Canai yang dibuat dari bahan tepung gandum, air dan lemak (minyak atau ghee) di adun awal sebelum di canai dan di goreng. Ia mempunyai tekstur yang berlapis-lapis, rangup di luar dan lembut di dalam. Ada banyak jenis roti canai dan paling asas adalah 'Roti Kosong' yang sesuai di makan dengan pelbagai jenis kuah. Di viralkan banyak nama lain untuk roti canai seperti jenis Roti Bawang, Roti Trlur, Roti Jantan, Roti Sarang Burung, Roti Sardin, Roti Cheese, Roti Tisu, Roti Coklat, Roti Pisang, Roti Terbang, Roti Arang dan sebagainya. Biasanya roti canai ini berbentuk bulat dan nipis, tetapi boleh juga dihidangkan dengan pelbagai cara dan ada yang empat segi juga. Setelah di adun, di leperkan dan di canai kemudian ia dimasak di atas kuali leper dengan sedikit minyak atau ghee dan biasanya ditumbuk-tumbuk selepas di gorengnuntuk menghasilkan tekstur berlapis dan lembut. Apa pun umumnya ia akan di hidangkan dengan pelbagi jenis kuah diantaranya jenis kuah kari (Kari Ikan, Kari Ayam, Kari daging) atau dal dan sambal. Ada yang menikmati roti canai dengan gula pasir, lauk ikan, sotong, kari sardin, asam pedas dansebagainya. Sudah lama roti canai adalah hidangan yang sangat popular di Malaysia dan menjadi sebahagian daripada identiti budaya negara. Ia adalah hidangan yang biasa ditemui di warung mamak, restoren, gerai makanan dan hotel serta banyak di jual di pasar malam dan bazaar ramadan di seluruh Malaysia. Apa pun bagi penulis blog mendapati dimana makanan roti canai sudah ia menjadi simbol perpaduan antara pelbagai kaum dan budaya di Malaysia. Terkini sudah banyak produk roti canai sejuk beku yang boleh didapatkan diseluruh negara. Artikel pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai fakta dan kisah roti canai untuk ia dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Menarik kisah bagaimana 'Pelajar warga asing jatuh cinta dengan roti canai' apabila  Maria Juliana Vanegas Gonzalez (28) dan Amanda Osborn (29) dari Universite libre de Bruxelles (ULB), Brussels, Belgium sedang mempelajari teknik menebar roti canai dengna Azlan Ghani, 44, dari Kampung Tok Jembal. Kisah berlaku di Kuala Nerus dimana ada dua pelajar masing-masing dari Belgium dan Colombia sanggup belajar membuat dan menebar roti canai kerana terlalu meminati makanan berkenaan. Mereka 'jatuh cinta' dengan roti canai selepas mereka mengikuti Program Pengajian Master Erasmus Mundus dalam bidang Biodiversiti dan Ekosistem Tropika (Tropimundo) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersama Belgium. Mereka terlalu menggemari roti canai dimana katanya sebelum pulang ke universiti di Belgium, kami mahu mempelajari membuatnya sendiri dan sudah menjadi perhatian warga net selepas gambar dan videonya sedang mempelajari teknik membuat roti canai daripada peniaga makanan itu, Azlan Ghani (44) dari Kampung Tok Jembal tular di media sosial. Juliana juga berkata, dia menggemari makanan itu sejak kali pertama menikmati roti canai di kedai sekitar UMT seterusnya menikmati juadah makanan pagi itu hampir pada setiap minggu. Juga tidak lama lagi dia akan pulang ke ULB dimana dalam tempoh yang ada dia perlu mempelajari membuat rori canai sendiri supaya boleh menyediakan makanan itu sekiranya teringin memakannya. Meraka juga bertuah kerana penduduk tempatan iaitu Poklang (Azlan) dan Chaizani Shamsuddin, 50,yang juga guru Bahasa Inggeris di UMT sedia mengajar kami membuat roti canai itu. Rupanya bukan senang untuk menyediakan makanan itu kerana ia perlukan kemahiran menebar yang baik. Semua proses boleh diikuti dengan lancar termasuk membancuh dan menguli tepung tetapi proses menebar roti canai supaya ia kelihatan sempurna seperti yang disediakan peniaga roti canai agak sukar. Mereka juga yakin, rakan di Belgium dan Colombia yang tidak pernah datang ke negara ini pasti tidak pernah mencuba roti canai oleh itu saya akan menyediakan untuk mereka sebaik tiba di sana nanti. Bagi Azlan yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun berniaga canai berkata, dia kali pertama mengajar penuntut universiti luar negara membuat roti canai di kedainya. Walaupun kali pertama tetapi mereka sangat cepat menangkap apa yang diajar termasuk proses membancuh dan menguli tepung sehingga kepada kemahiran menebar dan memasak.


Kisah bagaimana 'Gadis penebar roti canai' semakin banyakk di media melaporkan sebab lazimnya kerja menebar roti canai dilihat sinonim dengan kaum lelaki. Namun berbeza situasinya dengan Nur Qistina Alya' A Antasya (17) dari Terengganu yang membantu perniagaan milik keluarga sebagai penebar roti canai sejak usia 10 tahun. Dia mendapat tunjuk ajar daripada bapanya, Nur Qistina juga sering berkongsi di laman sosial akan kemahirannya itu selain sebagai salah satu cara promosi generasi hari ini dan mendapat tontonan yang tinggi. Malah menerusi akaun TikTok miliknya dia sudah mempunyai lebih 500 ribu pengikut dan lebih tujuh juta tanda suka ('Like) menerusi perkongsiannya. Semuanya bermula selepas bapa saya tangannya terseliuh dan saya perlu menggantikannya sebagai penebar roti canai. Sejak itu saya lakukan dan mahir menebar sehingga kini. Meskipun masih bersekolah, demi membantu perniagaan keluarga Nur Qistina perlu bijak membahagikan masa antara pelajaran dan tugas di gerai pada sebelah malam. Katanya sebaik pulang dari sekolah, dia akan berehat dahulu dan selepas Asar dia akan bergerak ke kedai untuk membantu perniagaan keluarganya. Ada ketika dia akan membuat ulang kaji pelajaran di rumah dan ada juga ketika ulang kaji di kedai mengikut kesesuaian. Ia adalah rutin sejak dari sekolah rendah sehingga menengah ysng juga anak sulung daripada dua beradik itu. Sudah pasti sebagai gadis dan wanita, Nur Qistina mempunyai cabaran tersendiri sebagai penebar roti canai kerana setiap kali dia menebar ramai yang suka melihatnya dan menjadi tumpuan pelanggan.Dilaporkan dia juga terasa sedikit malu pada awalnya apabila ada yang merakam cara dia menebar roti canai namun lama-kelamaan sudah terbiasa malah Nur Qistina kini umpama ikon untuk gerai keluarganya. Antara cabaran lain, ada roti canai yang boleh menyebabkan 'kecederaan' ringan seperti roti tisu kerana terdapat penggunaan gula dan marjerin ketika panas akan memberi kesan pada bahagian jari dan pernah berlaku beberapa kali padanya. Namun itu adalah antara yang perlu dilaluinya dan penguat semangat dalam meningkatkan kemahiran serta pengalaman untuk mengelakkan ia daripada berlaku pada masa hadapan. Selain itu, antara keistimewaan roti canainya ialah lebih besar dan lembut selain kuah kari serta dhal dihasilkan menepati cita rasa pelanggan di Pantai Timur malah ada yang datang dari luar Terengganu untuk menikmatinya. Dia juga sentiasa mencuba untuk mempelbagaikan menu roti canai mengikut permintaan pelanggan selain menawarkan pada harga yang berpatutan menjadi kelebihan pelanggan yang datang ke gerai kami. Dilaporkan selain menebar roti canai, jika terdapat masa luang Nur Qistina akan menonton perlawanan bola sepak membabitkan pasukan Terengganu FC selain mencipta kandungan media sosial sebagai pempengaruh untuk jenama-jenama yang melantiknya. Kslsu kebanyakan rakan sebaya boleh melakukan hal sendiri atau bersantai bersama rakan-rakan katanya, itu bukan masalah baginya kerana memang berminat dan rela hati untuk membantu keluarga. Ada kawan-kawannya yang lain selalu datang ke kedai untuk bertanya khabar selain lepak bersama menjadikannya tidak terasa 'kesunyian' untuk bersama rakan-rakan sebaya. Dalam perancangan masa depan, Nur Qistina berharap supaya roti canainya lebih dikenali dan digemari ramai orang selain berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan keluarga. Dia merancang mahu mengeluarkan produk roti canai sejuk beku atas jenama saya sendiri selain menambah baik keadaan kedai serta membuka cawangan kedai roti canai lagi. Selain itu sudah pasti dia mahu menyambung pengajiannya di universiti tempatan terutama di Terengganu selepas tamat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) nanti dan merancang untuk memilih pengajian berkaitan perniagaan.


Menarik juga kisah dan fakta 'Roti canai frozen yang boleh jadi gebu, sedap macam di kedai mamak' untuk dikongsikan. Roti canai sejuk beku boleh menjadi lazat jika betul cara untuk semua memasaknya. Bagi mereka yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menguli roti canai sendiri, ada dijual versi segera di pasaran. Roti canai sejuk beku ini hanya perlu dipanaskan dalam tempoh singkat dan ia boleh dinikmati pada bila-bila masa. Namun satu kekurangannya adalah roti canai ini acap kali terasa keras dan tidak lembut atau gebu seperti yang biasa dimakan di kedai. Melalui satu hantaran di laman Facebook oleh seorang penguli roti canai dikenali sebagai Abang Terbang, ada dikongsikan kesilapan yang sering dilakukan orang ramai ketika memanaskan roti canai segera. Bagi penulis blog dimana memasak roti canai frozen yang baru dikeluarkan dari peti ais tidak sepatutnya digoreng terus. Sebaiknya roti canai sejuk beku direndam sebentar di dalam air biasa dimana cara merendam atau celupkan roti canai frozen ini di dalam air terlebih dahulu bagi elakkan dia kaeas kemudisan. Apabila sudah lembut dengan di keluarkan awal lama sebelum di goreng atas kuali tanpa meletakkan minyak akan memberikan kualiti terbaik memakan roti canai frozen. Kemudian caranya baru boleh masukkan minyak sikit sebab sesiapa yang tidak ikuti cara ni dan krlusr peti ais kemudian terus goreng dalam minyak maka akibatnya nanti roti canai jadi tak lembut dan garing macam biskut. Hasilnya roti canai frozen ini akan jadi lebih lembut berbanding kalau terus campak atas kuali. Kini amalan membekalkan roti canai untuk anak pergi sekolah dimana kalau cara masaknya tidak betul menyebabkan mereka asyik mengadu roti canai keras dengan rasanya tidak sedap macam di kedai mamak. Cara masak yang betul roti canai frozen akan berikan citarasa yang sesuai sama seperti makan roti canai segar di beli. 


Menarik kisah 'Si cilik Adli keliling Semenanjung pelajari teknik roti terbang' yang boleh di temui di Perak. Sesiapa ingin melihat adik Adli melakukan aksi menebar 'roti canai terbang' di gerai milik ayahnya Ahmad Jusuf di Kampung Permatang, boleh berkunjung ke Seri Manjung. Dia bukan sahaja cekap menebar tetapi dia juga mampu memusing doh roti canai di udara, aksi yang memukau ramai pelanggan yang bersarapan di gerai ayahnya. Budak baru berusia 10 tahun, gaya bersahaja Adli Nur Iman Ahmad menebar 'roti canai terbang' boleh dikatakan mampu mengalahkan penebar orang dewasa. Adli yang mesra disapa dengan panggilan 'adik terbang' mengenakan tanjak sebelum membuat ‘pertunjukan’ dan dia juga bergandingan dengan ayahnya sendiri Ahmad Jusuf, 47, yang akan melontar doh roti yang sudah dicanai, kemudiannya disambut di udara oleh Adli. Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Manjung itu berkata, keinginan untuk menebar roti canai tercetus ketika dia berusia lapan tahun apabila melihat pekerja ayahnya melakukan aksi menebar ‘roti terbang’. Dia mula berminat mahu menebar roti sejak ayah saya berpindah premis perniagaan ke Jeti Persatuan Nelayan, Kampung Permatang. Masa itu pekerja ayah boleh melakukan aksi roti canai terbang, saya terus kagum. Kemudian dia perlu tahu terlebih dahulu teknik menebar roti canai dan belajar kaedah yang betul daripada ayah selama dua bulan, selain selalu berlatih di rumah menggunakan kain atau baju yang dibuat seperti doh roti canai bila ada kelapangan sebagai latihan. Adli yang kemudian mahir menebar roti canai menuntut ilmu roti canai terbang daripada pekerja ayahnya yang dikenali sebagai Abang Rafi. Abang Rafi yang ajar selama dua bulan selepas saya mampu mengawal teknik lenggokan lengan dengan betul ketika menebar dan asasnya tetap sama iaitu teknik dan cara pergelangan tangan kena seiring dengan doh roti di tangan. Dia dakwa paling sukar sebenarnya bukanlah belajar teknik bagaimana membuat roti canai terbang tetapi teknik menebar roti canai itulah yang paling susah sebenarnya untuk dapat mengekalkan doh roti itu bulat serta melebar cantik. Dia akan menebar roti canai di gerai ayahnya setiap hujung minggu dan cuti sekolah sahaja kerana tidak mahu mengganggu sesi persekolahan. Baginya belajar akademik tetap menjadi keutamaan dan menebar roti ini adalah kemahiran Itulah yang ibu dan ayah saya tekankan dan saya tetap seperti kanak-kanak yang lain bermain ketika masa lapang. Cuma pada hujung minggu saya akan ke sini membantu ibu dan ayah serta mula menebar dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 10.00 pagi, anggaran dalam 120 keping roti canai yang diselang-selikan dengan persembahan roti canai terbang kepada hadirin. Bapanya tidak pernah memaksa Adli yang juga anak bongsu daripada tiga beradik itu belajar menebar roti canai tetapi memandangkan Adli berminat sangat, dia bersetuju menurunkan ilmu membuat roti canai kepada anaknya itu. Bapanya juga kagum melihat pekerjanya iaitu Abang Rafi mampu membuat roti terbang, dia kata nak jadi seperti itu dan saya tidak menghalang, malah saya minta pekerjanya itu mengajar anak saya teknik tersebut hingga mahir. Selama dua bulan jugalah dia belajar dengan bersungguh-sungguh sehinggalah dia mahir mengawal roti di udara dengan cara memusingkan roti menggunakan sebelah tangan sahaja. Apa pun selepas Abang Rafi berhenti bekerja, dia terus mengasah bakat anaknya dengan membawa anak bongsunya itu ke seluruh Semenanjung Malaysia, ke gerai makanan yang ada roti canai terbang. Dia ada pergi ke Perlis, Kedah, Melaka, Kelantan dan mana-mana tempat yang mempunyai roti canai terbang untuk Adli melihat sendiri kemahiran menebar roti canai terbang agar semangat beliau terus membara. Bapanya juga menunjukkan pelbagai video dalam komuniti penebar roti canai agar kemahiran Adli dapat dipertingkatkan hinggalah seperti sekarang ini mampu membuat persembahan. Dulu ketika Adli mula belajar teknik terbangkan doh roti canai, pelbagai kejadian lucu berlaku seperti doh itu terjatuh di lantai, tersangkut di kipas termasuk jatuh di atas kepala pelanggan. Adli berulang kali anak saya meminta maaf pada keluarga itu dan itu antara kenangan yang tidak akan dapat dilupakan sepanjang dua tahun dia terlibat dalam perniagaannya. Ada juga kadangkala Adli ada mendapat permintaan untuk melakukan persembahan bukan sahaja di Manjung malah di Ipoh dan kawasan lain," katanya menambah, doh roti canai yang diterbangkan anaknya itu sama sekali tidak akan dihidangkan kepada pelanggan dan ia sekadar untuk persembahan sahaja. Artikel ini ditulis dalam tiga segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca setia blog anim agro technology yang berusia 16 tahun setiap hari satu artikel di posting. Wasallam!!!...

ROTI CANAI... POPULAR DI MALAYSIA...
ASASNYA TEPONG... DI ULI DOHNYA...
DI GORENG RANGUP...ADA KUAHNYA...
MEMANG VIRAL.. DISELURUH DUNIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 Muharram 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...