BAJA CECAIR atau BAJA FOLIAR atau 'Liquid Fertilizer' merupakan sejenis baja yang semakin popular dikalangan petani di negara kita. Sebenarnya apakah yang dimaksudkan dengan baja foliar? Apakah pula kegunaannya?... Penulis blog merujuk kepada beberapa pakar tentang takrif baja foliar yang dimaksudkan sebagai baja larut air atau jenis semburan yang disembur dalam bentuk cecair khususnya kebahagian hijau tunbuhan. Dari segi teorinya dilaporkan bahawa baja foliar yang disembur pada daun mampu dan ianya akan menembusi daun dan dinding sel tumbuhan melalui sel epidermis dan stomata dimana ia kemudian akan meningkatkan aktiviti fotosintesis dan juga proses respirasi pada sel tumbuhan dalam masa satu jam. Berbanding dengan baja tanah atau baja sebatian kimia biasa didakwa dimana baja foliar lebih berkesan kerana ia dapat menembusi sel-sel tumbuhan dengan cara sepenuhnya. Dari segi maksud Baja Foliar adalah jenis baja jenis cecair yang diformulasi khas untuk meningkatkan produktiviti. Penulis blog memang amat sering mempromosikan penggunaan baja cecair untuk kebanyakan petani terutama mereka yang aktif dalam menghasilkan tanaman makanan. Bagaimana pun petani perlu faham dan tahu akan kelebihan dan kekurangan yang ada pada baja cecair ini. Mereka juga perlu diberikan tunjuk ajar memilih jenis baja cecair yang betul, membeli dengan harga mampu beli dan paling penting faham akan kaedah penggunaan yang betul. Dari segi teorinya didakwa dimana baja foliar yang disembur pada daun yang mampu dan ianya akan menembusi daun dan dinding sel tumbuhan hijau melalui sel epidermis dan stomata dimana ia kemudian akan meningkatkan aktiviti fotosintesis dan juga proses respirasi pada sel tumbuhan dalam masa satu jam. Berbanding dengan baja tanah atau baja sebatian kimia biasa kaedah melalui akar dalam tanah. Dilaporkan proses pengambilannya baja foliar lebih berkesan kerana ia dapat menembusi sel-sel tumbuhan dengan cara sepenuhnya. Dari segi maksud Baja Foliar adalah jenis baja jenis cecair yang diformulasi khas untuk meningkatkan produktiviti. Penulis blog sering terlibat dalam mempromosikan penggunaan baja cecair untuk difahami oleh kebanyakan petani terutama mereka yang aktif dalam menghasilkan tanaman makanan. Bagaimana pun petani perlu faham dan tahu akan kelebihan dan kekurangan yang ada pada baja cecair ini. Mereka juga perlu diberikan tunjuk ajar memilih jenis baja cecair yang betul, membeli dengan harga mampu beli dan paling penting faham akan kaedah penggunaan yang betul. Paling asas persoalan mengenai perkara ini adalah apakah yang membezakan antara Baja Foliar dan Baja Butir Sebatian NPK?. Daripada info yang penulis faham adalah proses serapan nutrien antara keduanya dimana cara penyerapan Baja Foliar adalah terus melalui bahagian DAUN tumbuhan. Artikel subuh ini saya sembang dengan cara menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fenomena baja cecair sebagai bahan rujukkan sesuai.
Baja Cecair Fastgrow didakwa berfungsi tidak seperti baja biji yang memerlukan air untuk proses melarut sebelum di serap oleh akar pokok. Oleh kerana Fastgrow merupakan baja cecair jadi ia boleh diserap oleh mana-mana bahagian pokok yang masih hidup seperti batang, buah, daun (untuk sayuran berdaun) dan pelbagai lagi bahagian pokok. Baja ini bersifat baik ini bernutrisi tambahan (supplementary) yang bertindak untuk membaik pulih keadaan pokok yang bermasalah. Baja jenis Fastgrow juga tiada masalah untuk ianya digunakan bersama baja tabur yang lain. Terdapat sesetengah penguna yang menggunakan Fastgrow bersama baja biasa dan baja cecair itu adalah sebagai ‘makanan tambahan’ kepada pokok. Menerusi ujian lapangan, baja Fastgrow juga dilihat dapat meningkatkan kesuburan dan produktiviti tanaman. Pengguna boleh lihat perbezaan sebelum dan selepas ramai petani menggunakan produk ini kerana penghasilan kuantiti buah yang banyak diperoleh setelah beberapa menggunakannya. Kini dalam usaha menghasilkan kuantiti tanaman yang lebih baik dan berkualiti, baja cecair ini tidak mencederakan fizikal pokok pada jangka masa panjang. Baja cecair ini telah diformulasikan dengan bahan-bahan yang seimbang dan cekap dalam memberi kelebihan serta penekanan kepada pemulihan pokok. Pokok sihat pastinya dapat meningkatkan penghasilan buah yang berkualiti serta berat buah yang dapat memberi kepuasan kepada semua pengguna. Dalam masa yang sama, baja tersebut dapat membantu meningkatkan hasil pertanian, sekali gus meningkatkan ekonomi Malaysia dalam sektor tersebut ke tahap yang membanggakan.
Dibeberapa kenyataan dilaporkan dimana baja cecair itu sesuai untuk digunakan kepada semua jenis tumbuhan namun menurut syarikat pengeluar produk dimana kajian sudah memberikan fokus kepada peningkatan hasil buah sawit. Ini kerana sawit merupakan komoditi utama negara ini. Kelebihan produk ini pada buah kelapa sawit adalah kerana ia dapat meningkatkan penghasilan buah kelapa sawit, kadar OER atau oil extraction rate (perbandingan minyak mentah kelapa sawit) dan kualiti pada buah. Selain dapat membantu industri kelapa sawit agar dapat terus berkembang dengan lebih baik baja tersebut juga dapat membantu pekebun kecil, peladang serta agensi kerajaan dan swasta dalam meningkatkan hasil ekonomi mereka dalam sektor pertanian amnya. Baja ini atau Baja Fastgrow didakwa dapat membantu ramai petani. Jika dahulu hasilnya hanyalah cukup-cukup menampung kos yang dikeluarkan bagi mengusahakan tanaman dan sedikit belanja dapur ada laporan dimana petani bernama Mohd. Ridzuan berumur 41 tahun mampu tersenyum lebar setelah dia dan rakannya sudah menggunakan produk baja foliar dikebunnya. Biarpun usaha tetap sama dimana dia terpaksa menahan terik mentari dengan badan sentiasa dibasahi peluh namun segala usaha tersebut dilihat kian berbaloi. menurut beliau sebelum ini agak susah untuk mendapatkan kuantiti buah yang begitu banyak, besar dan cantik tetapi setelah menggunakan produk baja cecair pokok yang ditanam semakin sihat dan mampu untuk mengeluarkan hasil yang lumayan. Petani ada yang masih tidak menyangka akan mendapat peningkatan hasil sebegini kerana telah menggunakan pelbagai jenis baja sebelum ini. Dakwa beberapa testimoni dimana kesan baja FastGrow ini agak lain daripada yang lain kerana sebelum ini tanaman timun yang saya usahakan seluas tiga ekar hanya mampu mampu mengeluarkan hasil sekitar empat hingga lima tan sahaja tetapi kini mencecah lapan tan. Sebelum ini dia telah menggunakan baja organik dan tidak pernah mencuba baja cecair. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan dalam artikel subuh dalam anim agro technology kali ini memberi infoo terbaik untuk anda. Wasallam!!!.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.