Support My Blog

Sunday, July 20, 2025

SEMBANG PASAL BAJA CECAIR (PART 1)

BAJA CECAIR
atau BAJA FOLIAR atau 'Liquid Fertilizer' merupakan sejenis baja yang semakin popular dikalangan petani di negara kita. Sebenarnya apakah yang dimaksudkan dengan baja foliar? Apakah pula kegunaannya?... Penulis blog merujuk kepada beberapa pakar tentang takrif baja foliar yang dimaksudkan sebagai baja larut air atau jenis semburan yang disembur dalam bentuk cecair khususnya kebahagian hijau tunbuhan. Dari segi teorinya dilaporkan bahawa baja foliar yang disembur pada daun mampu dan ianya akan menembusi daun dan dinding sel tumbuhan melalui sel epidermis dan stomata dimana ia kemudian akan meningkatkan aktiviti fotosintesis dan juga proses respirasi pada sel tumbuhan dalam masa satu jam. Berbanding dengan baja tanah atau baja sebatian kimia biasa didakwa dimana baja foliar lebih berkesan kerana ia dapat menembusi sel-sel tumbuhan dengan cara sepenuhnya. Dari segi maksud Baja Foliar adalah jenis baja jenis cecair yang diformulasi khas untuk meningkatkan produktiviti. Penulis blog memang amat sering mempromosikan penggunaan baja cecair untuk kebanyakan petani terutama mereka yang aktif dalam menghasilkan tanaman makanan. Bagaimana pun petani perlu faham dan tahu akan kelebihan dan kekurangan yang ada pada baja cecair ini. Mereka juga perlu diberikan tunjuk ajar memilih jenis baja cecair yang betul, membeli dengan harga mampu beli dan paling penting faham akan kaedah penggunaan yang betul. 
Dari segi teorinya didakwa dimana baja foliar yang disembur pada daun yang mampu dan ianya akan menembusi daun dan dinding sel tumbuhan hijau melalui sel epidermis dan stomata dimana ia kemudian akan meningkatkan aktiviti fotosintesis dan juga proses respirasi pada sel tumbuhan dalam masa satu jam. Berbanding dengan baja tanah atau baja sebatian kimia biasa kaedah melalui akar dalam tanah. Dilaporkan proses pengambilannya baja foliar lebih berkesan kerana ia dapat menembusi sel-sel tumbuhan dengan cara sepenuhnya. Dari segi maksud Baja Foliar adalah jenis baja jenis cecair yang diformulasi khas untuk meningkatkan produktiviti. Penulis blog sering terlibat dalam mempromosikan penggunaan baja cecair untuk difahami oleh kebanyakan petani terutama mereka yang aktif dalam menghasilkan tanaman makanan. Bagaimana pun petani perlu faham dan tahu akan kelebihan dan kekurangan yang ada pada baja cecair ini. Mereka juga perlu diberikan tunjuk ajar memilih jenis baja cecair yang betul, membeli dengan harga mampu beli dan paling penting faham akan kaedah penggunaan yang betul. Paling asas persoalan mengenai perkara ini adalah apakah yang membezakan antara Baja Foliar dan Baja Butir Sebatian NPK?. Daripada info yang penulis faham adalah proses serapan nutrien antara keduanya dimana cara penyerapan Baja Foliar adalah terus melalui bahagian DAUN tumbuhan. Artikel subuh ini saya sembang dengan cara menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fenomena baja cecair sebagai bahan rujukkan sesuai.


Penting bagi semua para pembaca blog semua mengetahui akan kelainan bagi cara dan proses Penyerapan Baja NPK yang ditabur pada tanah dan proses penyerapan nutrien melalui bahagian AKAR tumbuhan dahuli dimana kemudian nutrien ini dibawa kebahagian daun melalui pembuluh untuk proses seterusnya iaitu Fotosintesis. Bagaimana pun kedua jenis baja ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing untuk tanaman dan sebaiknya disyorkan agar semua jenis tanaman atau pun tumbuhan memerlukan kedua-dua sekali untuk produktiviti yang maksima. Baja NPK mengandungi makanan asas yang tinggi iaitu Nitrojen (N), Posforan (P) dan Kalium (K) tetapi kekurangan unsur mikro seperti Boron, Kalsium, Magnesium dan sebagainya masih menjadi kekangan. Oleh itu ada sesetengah baja yang dimasukan Unsur Pekit (Trace Element ditulis ringkasnya TE) sebagai bahan tambahan. Sebagai contoh adalah baja untuk reproduktif atau Baj Buah yang ditulis dengan formulasi 12:12:17:2+TE untuk dapatkan kesan terbaik proses penghasilan tanaman. Bagi jenis Baja Foliar pula selalunya dikaitkan dengan baja yang lebih bertindak sebagai vitamin dengan memberikan beberapa unsur2 mikro yang lain dengan cekap seperti Boron (B), Kalsium dan sebagainya yang bertujuan untuk tujuan bagi meningkatkan hasil yang tinggi dan berkualiti. Penggunaan baja cecair ini dengan betul untuk membolehkan tahap ketahanan penyakit juga meningkat.


Paling asas persoalan mengenai perkara ini adalah apakah yang membezakan antara Baja Foliar dan Baja Butir Sebatian NPK?. Daripada info yang penulis faham adalah proses serapan nutrien antara keduanya dimana cara penyerapan Baja Foliar adalah terus melalui bahagian DAUN tumbuhan (Sila lihat fotoo disebelah). Berlainan pula dengan proses Penyerapan Baja NPK yang ditabur pada tanah dan proses penyerapan nutrien melalui bahagian AKAR tumbuhan dahuli dimana kemudian nutrien ini dibawa kebahagian daun melalui pembuluh untuk proses seterusnya iaitu Fotosintesis. Bagaimana pun kedua jenis baja ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing untuk tanaman dan sebaiknya disyorkan agar semua jenis tanaman atau pun tumbuhan memerlukan kedua-dua sekali untuk produktiviti yang maksima. Baja NPK mengandungi makanan asas yang tinggi iaitu Nitrojen (N), Posforan (P) dan Kalium (K) tetapi kekurangan unsur mikro seperti Boron, Kalsium, Magnesium dan sebagainya masih menjadi kekangan. Oleh itu ada sesetengah baja yang dimasukan Unsur Pekit (Trace Element ditulis ringkasnya TE) sebagai bahan tambahan. Sebagai contoh adalah baja untuk reproduktif atau Baj Buah yang ditulis dengan formulasi 12:12:17:2+TE untuk dapatkan kesan terbaik proses penghasilan tanaman. Bagi jenis Baja Foliar pula selalunya dikaitkan dengan baja yang lebih bertindak sebagai vitamin dengan memberikan beberapa unsur2 mikro yang lain dengan cekap seperti Boron (B), Kalsium dan sebagainya yang bertujuan untuk tujuan bagi meningkatkan hasil yang tinggi dan berkualiti. Penggunaan baja cecair ini dengan betul untuk membolehkan tahap ketahanan penyakit juga meningkat. Perlu pembaca memhami akan asas dan bagaimana cara memilih, menggunakan dan manafaat baja cecair. 


Dalam kahbar tersebut dinyatakan salah satu daripada beratus-ratus jenis baja cecair yang ada di pasaran Malaysia. Baja tersebut adalah jenis Baja FOLIAR dengan jenama EZIGROW iaitu salah satu produk tempatan (Sila lihat foto disebelah).Sama seperti dakwaan banyak pengeluar baja cecair mereka menyatakan dimana Baja Ezigrow merupakan baja foliar yang dirumus khas untuk tanaman beriklim tropika supaya ia boleh meningkatkan hasil serta kualiti tanaman. Baja Ezigrow ini daripada label didakwa mengandungi unsur-unsur nutrien untuk tumbuhan yang lengkap dan ianya seimbang termasuklah mineral, asid humik, asid amino dan lain-lain lagi. Kandungan unsur-unsur nutrien dan pengawal tumbesaran ini adalah penting untuk tujuan dapat meningkatkan pertumbuhan tanaman, mengawal pembentukan buah dan meningkatkan hasil tanaman. Baja jenis Ezigrow adalah sesuai untuk digunakan pada peringkat pembungaan dan pembuahan untuk tanaman seperti padi, tanaman berjangka panjang, bunga-bungaan, buah-buahan dan sayur-sayuran. Baja ini dikatakan memang mengandungi nutrisi terdiri daripada nitrogen (N), Posforus (P), Kalium (K), Magnesium (Mg), Kalsium (Ca), Besi (Fe), Manganese (Mn), Tembaga (Cu), Zink (Zn), Boron (B), Molibdenum (Mb), Asid humik dan pengawal tumbesaran. Kandungan ini memang penting kerana ia adalah baja lengkap bagi keperluan kebanyakan tanaman. 
Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan dalam artikel subuh dalam anim agro technology kali ini memberi infoo terbaik untuk anda. Wasallam!!!.
BAJA CECAIR... JADI APAKAH BENDA...
APA YANG PENTING...KANDUNGANNYA...
MEMBACA ARTIKEL...KONSEP MENGGUNA...
KESAN POSITIF... SESUAI IANYA DICUBA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 749, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP,
Malaysia.

(16 Muharram 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...