Salah satu produk daging arnab adalah daging arnab perap yang mudah untuk diperolehi di pasaraya atau kini boleh beli online sahaja (Sila lihat foto paling bawah). Makanan ini mudah di masak dengan pelbagai cara. Apa pun bagi yang hendak ujirasa kelainan dalam menikmati daging arnab maka boleh membuat kuliner artau masakan Kerutuk Arnab (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog yang minat makanan ini mendapati ia adalah salah satu hidangan kerutuk yang enak serta memang sedap. Dipaparkan bagaimana resepi mudah memasak kerutuk arnab untuk dijadikan panduan semua.
Bahan-bahan diperlukan adalah 500g daging arnab, 24 gram rempah kerutuk, 150ml santan pekat (kotak), 2 sudu besar kerisik kelapa, 10 biji Bawang Merah, 5 ulas Bawang Putih, 1 inci Halia, 1 inci Lengkuas, 5 ulas Bawang Putih, 2 batang serai (diketuk), 60 gram gula Melaka/Merah, 1/2 sudu Asam Jawa, 150 ml Minyak masak untuk menumis dan juga 2 cawan air serta 1 sudu kecil garam. Cara memasak dimulakan dengan membancuh rempah kerutuk dgn bahan kisar bawang merah dan bawang putih dengan sedikit air untuk dijadikan pes. Kemudian dipanaskan minyak dan tumiskan bahan kisar dari halia, lengkuas, dan bawang bersama serai sehingga naik bau. Masukkan bancuhan pes rempah dan tumis sehingga pecah minyak. (10 minit) dan seterusnya dimasukkan daging arnab, kerisik, santan, asam jawa, gula melaka, air dan garam secukup rasa. Sebaiknya dimasak dengan api api perlahan sehingga pekat (15-20 minit) dan bila sesuai diangkat untuk ianya dihidangkan dimana memang enak dimakan dengan nasi putih.
Kisah bagaimana 'Tak menang tangan siapkan 500kg arnab perap Ketereh' dilaporkan oleh sinarharian.com dimana kisah dari Kota Bahru Kelantan ini menarik dijadikan rujukkan. Kini didakwa permintaan tinggi sate, burger dan bebola daging arnab membuatkan satu pasangan suami isteri dari Kampung Chengal, Ketereh tidak menang tangan menyiapkan lebih 500 kilogram (kg) daging tempahan pelanggan setiap bulan. Bagi pasangan Mohd Saupi dan isterinya dia memberitahu sudah dua tahun lsahaja dia bermula dengan hanya menternak sembilan ekor arnab namun bilangannya semakin bertambah sehingga mencecah 500 ketika ini berikutan permintaan tinggi daripada pembuat sate dari Johor dan Kuala Lumpur. Dia yang kini membekalkan daging arnab siap disembelih, dilapah dan diperap semakin berjaya dalam industri ini. Dia dakwa apabila ada permintaan terhadap sate, burger, dan bebola daging arnab tempahan diterima meningkat secara purata saya perlu membekalkan lebih 500 kg daging atau sekitar 500 ekor sebulan. Daging arnab yang siap disembelih, dilapah dan diperap dijual pada harga RM38 sekilogram dan permintaan datang daripada pembuat sate dari Johor dan Kuala Lumpur seperti dilaporkan oleh Bernama. Bercerita mengenai kaedah penternakan dimana dia dakwa kini permintaan daging arnab telah banyak meningkat dimana mereka kini sentiasa menjaga pemakanan haiwan tersebut bagi memastikan kualiti dagingnya.
Mereka yang telah membina kandang arnab di belakang rumahnya bertujuan memudahkan proses penjagaan makan dan minum mamalia tersebut yang perlu dilakukan secara berjadual. Apa yang penting dalam usaha ini adalah pastikan makanan dijaga dalam usaha mereka dapat 'menggemukkan' arnab bagi tujuan penghasilan banyak daging berkualiti sehingga ada arnab ini mencecah berat antara 2 - 5 kilogram. Dilaporkan dimana baka arnab jenis Chinchilla dan baga jenis New Zealand White yang dipelihara mereka adalah baka dikacukan dan dijual bergantung kepada kategori dan umur dengan harga induk bermula dari RM30 seekor (usia sebulan) hingga RM150 seekor. Mohd Saupi mengaku dia kini sudah semakin bersemangat menternak arnab kerana haiwan tersebut agak mudah membiak dan cepat mencapai usia matang iaitu sekitar empat bulan sebelum fasa mengawan. Menurutnya dalam tempoh sebulan sahaja dengan hanya seekor arnab induk dimana kini ia mampu melahirkan antara tujuh hingga lapan ekor anak (7 - 8) untuk setiap kali kelahiran. Kini disebabkan kebanyakan penternak arnab sudah mempunyai stigma terpaksa mengeluarkan banyak belanja bagi makanan dan justeru beliau mengambil inisiatf menghasilkan sendiri makanan untuk arnab peliharaannya seperti rumput dan pokok herba yang 'dicerut' untuk dapat menjimatkan kos. Kini dia tidak memberikan 100 peratus makanan palet tetapi lebih banyak pokok organik seperti daun pisang, ulam raja, sireh cina dan belalai gajah yang ada di sekitar rumah. Palet biasanya diberikan sekali sehari iaitu pada pukul 12 malam manakala pada waktu pagi akan diberikan makanan rumput dan pokok organik diberikan. Dalam pada itu bagi minuman pula sudah disediakan dalam bekas khas yang boleh disedut arnab secara automatik. Mereka berusaha untuk mengembangkan lagi pengeluaran daging arnab dengan dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
KERUTUK ARNAB... ENAK RASANYA...
KELUARKAN DAGING PERAP... ADA...
MOHD SAUPI... USAHAWAN BERJAYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(22 Muharram 1447H).
Posted From,
Taman Desaru Utama,
Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.