Selalunya bagi penulis blog akan mula mengumpulkan biji nangka yang isinya sudah dimakan untuk dijadikan makanan yag enak dimakan. Dalam beberapa laporan kajian didakwa dimana amalan jangan membuang biji nangka selepas makan isiny kerana ada 6 manfaat kepada kesihatan anda bermula dari rambut hingga organ dalama dimana biji nangka sebenarnya mempunyai beberapa manfaat bagi kesihatan. Pertama biji nangka akan membantu proses penghadaman sebab biji nangka dipercayai dapat membantu sistem penghadaman kerana kandungan seratnya membantu membuat kotoran lebih lembut membantu dalam pergerakan usus. Ia juga bermakna makanan ini akan meredakan masalah sembelit, melindungi dari penyakit radang usus dan mampu ellakkan dalam masalah buasir. Biji nangka juga bersifat Anti BArah atau anti-kanser dimana kajian saintis laporkan biji nangka memiliki sifat anti-barah sebab bahan ini juga kaya dengan antioksidan khususnya flavonoid, saponin, dan fenolat. Ia juga dapat membantu melawan isu keradangan, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, bahkan memperbaiki kerosakan sel-sel DNA. Biji nangka didakwa mampu menurunkan kadar kolesteron dimana kandungan serat dan antioksidan yang tinggi bermakna biji nangka dapat menurunkan kadar kolesterol jahat atau 'low-density lipoprotein'. Ia juga dapat meningkatkan kolesterol baik atau 'high-density lipoprotein' bagi melindungi jantung. Biji nangka mampu untuk Menjaga Kesihatan Kulit apabila hasiat biji nangka membantu dalam pembentukan kolagen. Kandungan antioksidan semula jadi dan vitamin C pada biji nangka juga baik untuk melindungi anda daripada masalah kulit akibat sinar matahari. Selain itu, biji nangka juga berkesan mengatasi pelbagai tanda-tanda penuaan seperti kedut dan lingkaran hitam di bawah mata, serta mengatasi masalah jerawat. Ke lima dimana biji nangka didakwa menjaga Kesihatan Rambut apabila sifat antimikrob dari biji nangka mampu mengatasi pelbagai jangkitan kulit kepala dan rambut. Ia juga dapat memelihara folikel rambut dengan nutrisi penting, memperkuatkan rambut dari akar, serta mencegah rambut gugur akibat tekanan. Akhir sekali yang hebat dimana ia didakwa biji nangka mampu didalam meningkatkan penglihatan mata apabila tinggi kkandungan vitamin A dimana jika ia dimakan secara rutin memakan biji nangka yang direbus atau sebagai tepung biji nangka hasil kajian dakwa ia dapat membantu mencegah penyakit mata seperti rabun malam dan xeroftalmia atau kekeringan konjunktiva dan kornea akibat kekurangan zat vitamin A. Negatifnya pula biji nangka dapat menghambat penyerapan nutrisi jika dimakan mentah selain meningkatkan ia akan berrisiko pendarahan pada orang yang perlu makan ubat-ubat tertentu sebagai peringatan.
Menarik dalam portal hmetro.om apabila dilaporkan 'Emping biji nangka, ubi keledek amat berkhasiat' dimana salah satu khasiat dalam biji nangka ialah ia mampu dalam mencegah kanser. Apa pun dalam usaha menyahut cabaran kerajaan untuk meningkatkan sumbangan industri asas tani, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor, mencipta inovasi baru kepada industri makanan dengan penghasilan emping daripada biji nangka dan ubi keledek kuning, jingga dan oren. Emping biji nangka yang diperkaya dengan ubi keledek dan buah-buahan kering adalah alternatif kepada sajian sarapan atau jajanan yang boleh diambil kanak-kanak serta dewasa. Menurut pensyarah yang juga selaku ketua penyelidik Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti, Pasir Gudang, Nurshayzwani dimana dakwa produk ini dilihat mampu untuk menandingi pasaran sedia ada kerana mempunyai khasiat dan warna semula jadi yang menarik. DIlaporkan yang produk yang mempunyai potensi dipasarkan kerana kos penghasilannya rendah memandangkan nangka dan ubi keledek adalah buah-buahan tempatan tidak bermusim yang boleh didapati sepanjang tahun. Dalam pada itu, biji nangka boleh didapati dengan cara mudah daripada pengusaha yang berasaskan buah nangka. Menurutnya, biji nangka mempunyai manfaat yang sangat luas kepada kesihatan kerana mengandungi lignan, isoflavon, saponin, dan fitonutrien yang membantu mencegah barah, antihipertensi, antipenuaan dan antiulser. Zat khasiat yang tinggi pada biji nangka sesuai untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan. Menerusi terhasilnya produk emping ini, penggunaan nangka dapat dimaksimumkan dan boleh menjadi punca pendapatan kepada usahawan serta petani. Produk yang sesuai untuk semua golongan ini dihasilkan tanpa pewarna tambahan, rendah kandungan gula, garam dan lemak. Selain rasa enak dan mudah disediakan, produk ini lebih mesra alam kerana ia berteraskan teknologi hijau selain tiada bahan buangan industri. Malahan dilaporkan produk ini boleh menjadi alternatif kepada bijirin sarapan yang biasanya dihidangkan antara sajian sarapan pagi di dalam industri perhotelan. Produk divariasikan dengan penambahan nutrien daripada bahan mentah itu mempunyai khasiat dan manfaat yang banyak dari segi kesihatan seperti kacang almond, madu, biji bunga matahari serta kurma. Dalam pek bungkusan seberat 100 gram (g) itu mengandungi 60 peratus emping biji nangka, 20 peratus emping ubi keledek, 10 peratus kismis dan 10 peratus emping nangka. Produk empingan sihat ini saling bekerjasama dengan Cemara Food Industries Sdn.Bhd yang membekalkan bahan mentah iaitu biji nangka bagi tujuan penghasilan produk inovasi.
Menarik teknologi cara membuat roti sihat dengan bahan tambahan tepong dari biji nangka. Tepong biji nangka ini amat sesuai di buat roti yang ditambah dengan paras tepung biji nangka yang berbeza (10, 20, 25 dan 30%) dimana ia berikan kesan ke teas fiziko-kimia, nilai pemakanan dan organoleptik roti tersebut. Proksimat, nilai pemakanan dan sifat berfungsi biji nangka dan tepung biji nangka (atau TBN) juga dapat keputusan yang menunjukkan bahawa biji nangka dan TBN merupakan sumber karbohidrat, protein, gentian dietari, asid amino dan mineral yang baik tetapi rendah kandungan lemak. Apa pun kajian mendapati jika penambahan TBN (10-30%) ke dalam roti telah meningkatkan kandungan kelembapan dan gentian kasar secara signifikan akan tetapi mengurang!can kandungan protein, lemak, karbohidrat dan nilai kalori secara signifikan (p<0.05). Biji nangka mempunyai gentian tidak larut (IDF) yang tinggi berbanding gentian larut (SDF). Daripada hasil keputusan yang didapati menunjukkan peningkatan paras TBN dari 10-30% meningkatkan (p<0.05) kandunganjumlah gentian dietari (TDF) (2.83-12.84%), IDF (1.78- 7.53%) dan SDF (1..05-5.31%) dalam roti. Biji nangka mengandungi 2.38% kanji rintang (RS) tetapi meningkat sebanyak 3.33% apabila diproses menjadi tepung. Penambahan TBN dalam rotijuga meningkatkan kandungan RS (1.12-4.58%) secara signifikan (p<0.05). Biji nangka didapati mempunyai asid amino seperti methionina (35.31 mgllOOg), threonina (64.73 mg/lOOg), arginina (47.31 mg/IOOg), histidina (41.87 mg/IOOg) dan asid glutamik (32.03 mg/lOOg) yang tinggi. Penambahan TBN meningkatkan kandungan arginina, leusina, methionina, fenilalanina, threonina dan lisina dalam roti. Kalium (620.14 mg/lOOg) dan fosforus (1122.98 mg/lOOg) adalah tinggi dalam biji nangka tetapi kandungan mineral seperti Zn, Ca, Na, Mg, K dan P didapati meningkat secara signifikan (p<0.05) dengan penambahan paras TBN yang berbeza (10-30%) ke dalam roti. Perencat tripsin dalam biji.. nangka adalah 229 TIU/lOOg tetapi berkurangan kepada 104 mg/lOOg di dalam bentuk tepung. SEM biji nangka menunjukkan granul kanji mempunyai berbagai saiz dan bentuk tetapi digelatinisasi selepas mengalami tindakan haba. Biji nangka dan TBN adalah tinggi dalam kandungan sukrosa tetapi rendah glukosa dan fruktosa. Kandungan oligosakarida dalam biji nangka dan TBN didapati rendah. Rafinosa dan verbaskosa tidak dapat dikes an di dalam biji nangka, TBN dan semua jenis roti. Isipadu lof (870-750 ml), isipadu spesifik (3.66-3.25 sm3 ) dan oven spring (1.60-0.64 sm) didapati berkurang apabila ditambah dengan TBN pada paras yang berbeza. Peningkatan paras TBN telah meningkatkan kekerasan, kekenyalan, kejelekitan, kegaman, kelekatan dan wama mm. Penerimaan keseluruhan menunjukkan Roti II (20% TBN) paling diterima (6.80) berbanding dengan sampel roti lain dan kawalan.
Menarik artikel bagaimana cara dalam menyediakan biji nangka kemudian akan menjadi produk Tepung Biji Nangka untuk disembangkan. Buah nangka merupakan salah satu sumber vitamin, mineral, dan serat terbaik untuk tubuh. Namun begitu dilihat manfaat nangka bagi kesihatan tidak hanya terdapat dari dalam buahnya saja. Tahukah anda bahwa biji buah nangka mengandung lebih banyak nutrisi jika dibandingkan dengan daging buahnya. Bahkan biji nangka diketahui juga mengandung kandungan anti-oksidan. Penggunaan biji buah nangka di masyarakat di Malaysia masih sangat terbatas dimana apa yang penulis blog tahu ia hanya dengan merebus dan menyangrai dan belum dimaanfaatkan sebagai produk makanan yang memiliki nilai yang lebih. Penggunaan tepung biji nangka menjadi untuk produk makanan yang mana ia merupakan cara untuk dapat meningkatkan keperluan makana berkhasiat. Melalui banyak cara membuat makanan maka ia dapat menghindari daripada ketergantungan pada suatu jenis bahan makanan sahaja contohnya hanya guna tepung gandum. Tepung biji nangka dapat digunakan sebagai bahan asas dalam industri makanan atau sebagai Bahan Makanan Campuran iaitu bahan bagi pengganti tepung gandum dalam membuat makanan seperti untuk membuat mie, kueh-mueh dan lain-lain. Berdasarkan kajian yang dilakukan dimana tepung biji nangka mempunyai kandungan dan nilai zat yang melebihi tepung terigu. Nilai gizi tersebut adalah dalam setiap 100 gram tepung biji nangka mengandung 2.89% abu/ash, 9.67% protein, dan 7.46% serat, sedangkan pada tepung gandum pula cuma ada nilai 0.06% abu; 8.9% protein; dan 0.009% serat. Tepung biji nangka juga memiliki nilai karbohidrat, lemak dan air yang agak rendah dibandingkan tepung gandum iaitu pada 100 gram tepung biji nangka mengandung 75.64% karbohidrat; 1.19% lemak; dan 10.58% air dan pada tepung terigu yaitu 77.3% karbohidrat; 1.3% lemak, 0.06% air. Dari data kajian tersebut dimana sudah dipastikan bahwa tepung biji nangka dapat dijadikan sebagai potensi bahan makanan yang mempunyai nilai gizi yang tinggi dibandingkan tepung gandumu. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.