Paling utama adalah perlu merujuk kepada pihak Jabatan Perhilitan dulu jika ingin menternak pelanduk walau di mana sahaja ia hendak dilakukan. Berdasarkan kepada pengalaman dan tinjauan dimana berikut adalah beberapa aspek penting dalam cara menternak pelanduk secara komersil untuk di ketahui. spek Pertama adalah Membina Kandang Pelanduk yang sesuai iaitu ia merupakan satu 'Kawasan Kurungan' sahaja yang mempunyai ciri seperti habitat asalnya. Perlu disediakan kawasan yang luas dan lapang untuk pelanduk dapat semuanya bergerak bebas dan mudah dikawal. Paling asas juga dikawasan kandang ini ada tanaman yang terdiri daripada pelbagai jenis tumbuhan saa ada semulajadi atau di tanam yang mana ia boleh dimakan oleh pelanduk seperti bunga raya, ketum ayam, betik, pandan, kantan, cerik kampung, jambu air dan pisang. Perlu dicari benih atau pokok tersebut untuk ditanam dan dijaga dengan rapi serta di berikan baja sesuai agar tumbuh dengan subur. Sebaiknya dimana tumbuhan ini juga boleh menjadi sumber makanan tambahan untuk pelanduk dalam kawasan kandang tersebut. Adalah di syorkan agar didalam kandang ini ada disediakan tempat perlindungan seperti dengan menyediakan tempat perlindungan seperti teduhan sesuai agar penanduk ini akan terlindung dari keadaan cuaca panas atau hujan. Aspek Pemilihan Pelanduk dan Kesihatan Pelanduk perlu di pelajari usahawan yang ingin menternak pelanduk. Sebaiknya di syorkan agar memilih jenis atau spesis pelanduk yang sihat dan bebas daripada penyakit. Apa pun di laporkan dimana sebenarnya ada terdapat beberapa jenis pelanduk yang sesuai untuk diternak seperti pelanduk kancil. Menyentuh mengenai aspek pengurusan ternakan pelanduk yang penting adalah bagaimana cara penyediaan makanan untuk pelanduk dengan mempastikan bekalan makanan mencukupi dan berkualiti. Aspek kesihatan juga penting dimana pegusaha perlu sentiasa memantau tahap kesihatan pelanduk secara berkala dan berikan rawatan jika perlu. Boleh merujuk kepada pihak berwajib mengenai pengurusan kesihatan pelanduk yang di ternak. Pastikan agar selalu dapat menjaga kebersihan kandang untuk mengelakkan penyakit. Pada masa ini ada beberapa pengusaha yang menternak pelanduk untuk tujuan KOmersil dan ada yang cuma Hobi sahaja. Bagi penterna komersial dimana menternak pelanduk boleh menjadi sumber pendapatan melalui penjualan daging, kulit atau haiwan hidup untuk baka atau pets. Bagi kalangan penternak pelanduk secara hobi pula ia adalah satu aktiviti yang menyeronokkan dan memuaskan hari peminatnya. Hasil tinjauan di beberapa lokasi dimana dengan persediaan yang rapi dan pengurusan yang baik dimana menternak pelanduk boleh menjadi satu kegiatan yang menguntungkan dan amat menyeronokkan.
Mungkin masih ramai pembaca blog ini yang belum pernah melihat kelibat pelanduk liar tetapi mungkin pernah melihatnya di Zoo sahaja atau dalam interet. Melihat bentuk fizikal pelanduk yang berjalan memang mempersonakan. Dari youtube negara jiran ada kisah menarik bagaimana penternakan pelandok ini dijalankan dan menarik ditonton. Dilihat walau pun pelanduk kelihatan kecil dan comel akan tetapi sebenarnya haiwan ini mempunyai taring. Walau pun pelanduk dilihat sebagai haiwan jinak tetapi bagi pelanduk jantan ia selalunya mempunyai gigi taring yang lebih panjang dan kelihatan sedikit menyembul keluar dari mulut atas berbanding dengan pelanduk betina. Taring ini biasanya akan digunakan untuk mereka semasa bertarung sesama mereka. Bagaimana pun kewujudan taring pelanduk ini tidak dapat melindungi mereka dari haiwan pemangsa atau predator. Pelanduk juga sejenis haiwan yang mampu beranak berterusan dan menjaga anaknya. Dilaporkan pelanduk betina akan terus menjaga anak-anaknya sampai matang secara seksual selama lima hingga sembilan bulan. Setelah itu, anak-anaknya baru memulakan hidup sendiri. Terdapat beberapa spesies pelanduk termasuk kancil dimana yanga betina boleh mengawan lagi hanya beberapa jam setelah melahirkan anaknya. Pelanduk merupakan haiwan kecil yang sering dimangsa oleh predatornya. Disebabkan ia berukuran kecil dan tidak mempunyai tanduk untuk melindungi dirinya juga membuat pelanduk jadi sasaran menarik dan mudah predator di alam liar. Oleh karena itu pelanduk yang menjadi haiwan pemalu dan selalu waspada sehinggakan ada beberapa spesis menjadi nokturnal (hanya aktif malam) untuk bertahan hidup. Mereka biasanya hidup menyendiri dan akan saling bertemu pada musim mengawan. Apa pun penulis blog rasa terkejut apabila dilaporkan pelanduk mampu mengetukkan kaki tujuh kali dalam sesaat!. Kebolehan ini walau pun pelanduk sebagai haiwan yang pemalu dan pencinta keamanan akan tetapi ia juga dilaporkan akan bertukar menjadi sikap agresif bila terancam. Pelanduk jantan boleh mengetukkan kaki empat sampai tujuh kali dalam satu saat. Teknik ini mereka gunakan untuk mengusir predator yang mendekati atau memberitahu kawan-kawannya akan bahaya yang datang. Sifat ini dipercayai dijadikan cerita dongeng kanak-kanak bagaimana ia menipu sang buaya untum melintasi sungai sehingga keseberang.
Merujuk kepada portal mediaprima.com ada laporan mengenai 'Bekal pelanduk ke seluruh negara' yang menarik di rujuk dan disembangkan. Media laporkan dimana haiwan pelanduk yang di ternak mampu mencapai berat sehingga tiga kilogram. Aktiviti menternak pelanduk secara liar mampu menjadikan haiwan itu tidak mengalami stres. Kes ini dikongsikan seorang usahawan bernama Hairulnizan (45) yang berpengalaman menternak haiwan itu secara komersial sejak lima tahun lalu. Dakwanya dimana pelanduk cukup dikenali sebagai sejeis haiwan yang mempunyai karakter pemalu dan sukar mendedahkan diri apabila berada di hutan. Biarpun pelanduk boleh ia dipelihara dalam kurungan akan tetapi suasana seperti habitat semula jadi yang dipenuhi dengan pokok amat penting supaya pelanduk selesa dan tidak berasa terancam. Dia mengambil inisiatif sendiri dengan menanam pokok di dalam kurungan untuk mengadaptasikan keadaan seperti di dalam hutan sebenar. Dia akan berikan makanan asas pelanduk termasuk daun ludai, daun maya dan daun simpoh air yang dicari sendiri di hutan dan ada menanam pokok hutan di sekitar kurungan sebagai stok bekalan makanan. Langkah ini sangat penting untuk memastikan pelanduk yang diternak dapat hidup dengan lebih baik selain dapat mengelakkan stres dimana dilaporkan iaitu pelanduk memang ia memiliki potensi besar untuk mampu berkembang. Kes 'stres' kepada pelanduk boleh berlaku apabila pelanduk berasa terancam selepas melihat individu yang tidak dikenali dan pemangsa seperti burung hantu serta helang. Dilaporkan haiwan pelanduk yang stres akan menunjukkan perubahan termasuk dilihat bersendirian, kurang makan dan warna bulu bertukar. Sekiranya dibiarkan berterusan, pelanduk boleh mati. Pelanduk yang menunjukkan gejala ini akan ditangkap dan dikuarantin selama 10 hingga 14 hari untuk diberi lebih perhatian. Biarpun menyedari cabaran yang dihadapi, minat mendalam terhadap haiwan liar ini mendorong Hairulnizan menternak pelanduk secara komersial di atas tanah seluas 0.4 hektar di Batu Kurau, Perak. Kini dengan berbekalkan modal dan pengalaman sendiri, saya bermula dengan menternak 10 pelanduk (tiga jantan dan tujuh betina) di dalam kurungan untuk proses pembiakan. Dia sudah mengambil masa selama tiga hingga empat tahun untuk membiakkan pelanduk sehingga berjaya memiliki 70 ekor. Selalunya dimana untuk menangkap pelanduk bagi dijadikan baka induk, dia memohon lesen menangkap haiwan itu daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Dia ada memohon lesen untuk menyimpan. Apabila induk sudah stabil, saya mohon permit pembiakbakaan, lesen menjual hidupan liar dan lesen panel penandaan. Kini dia sudah membekalkan pelanduk hidup ke seluruh Semenanjung Malaysia. Dalam kes lain dijelaskan dimana berkenaan penternakan pelanduk, perkara yang perlu dititikberatkan adalah kebersihan dan pemakanan. Aspek kebersihan di dalam kandang dapat mengelakkan pelanduk terkena jangkitan penyakit yang diakibatkan oleh cacing. Apa pun daripada segi pemakanan pula, ia perlu diberikan mengikut waktu ditetapkan, namun pada kuantiti yang tidak terlalu banyak. Sebenarnya haiwan pelanduk mempunyai potensi besar untuk berkembang kerana dilaporkan yang ia mendapat permintaan yang tinggi di negara ini. Kini dia sedang menaik taraf kurungan untuk menambah ternakan bagi memenuhi permintaan pasaran. Sehingga kini dia tidak dapat menolak untuk menjalin kerjasama dengan pihak berkaitan untuk bersama-sama mengembangkan ternakan pelanduk secara komersial. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim Agro Technology kali ini. Wasallam!!!..
BOLEH DI TERNAK...ADA PROSEDURNYA...
DI DALAM KANDANG...SEMUA DI SEDIA...
DI JUAL KELAK... LUMAYANG HASILNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Muharram 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.