MAKANAN IKAN REBUS merupakan salah satu resepi makanan berasaskan ikan yang di kelaskan sebagai makanan enak dan berkhasiat serta mudah menyediakannya. Ikan rebus di laporkan ia mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Di antaranya adalah kandungan protein tinggi dan rendah lemak dimana iini juga menjadikannya pilihan makanan yang sihat. Selain itu kajian mendapati jika ikan rebus juga kaya dengan asid lemak omega-3 iaitu kompopnen yang baik untuk kesihatan jantung. Ikan rebus juga dapat membantu mencegah masaalah anemia kerana mengandungi zat besi yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Dalam eberapa laporan di nyatakan jika antara beberapa khasiat ikan rebus yang lebih terperinci dimana ia mengandungi zat yag tinggi Protein dan Rendah Lemak. Ikan rebus adalah sumber protein yang baik untuk membina dan membaiki tisu badan serta rendah lemak yang menjadikannya pilihan yang baik untuk diet yang sihat. Ikan rebus emang ia mengandungi dan Kaya Omega-3 dimana dilaporkan komponen Asid lemak omega-3 dalam ikan rebus dapat membantu menjaga kesihatan jantung dengan menurunkan kadar kolesterol jahat dan menjaga kadar kolesterol normal. Paling popular apabila memakan ikan rebus akan Mencegah Anemia sebab ikan rebus mengandungi zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah, yang dapat membantu mencegah anemia. Bagi penulis blog yang suka makan ikan rebus mendapati jika ia dilaporkan mampu Memelihara Kesehatan Tulang dimana kajian mendapati ada beberapa jenis ikan rebus, seperti ikan selar, kaya dengan kalsium dan vitamin D yang penting untuk kesihatan tulang. Dalam pada itu memakan ikan reus di dakwa akan memberikan Sumber Vitamin dan Mineral sebab ikan rebus juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting seperti vitamin B12, selenium, fosforus, dan magnesium. Apa pun selalunya dengan adanya pelbagai khasiat ini maka cara menyediakan makanan berasaskan ikan segar di Malaysia dengan cara jadikan ikan rebus adalah makanan yang baik untuk dimasukkan dalam diet harian pembaca blog semua. Artikel pada tengahari ini dapam "Anim Agro Technology'' saya sembang dengan menulis mengenai kehebatan ikan rebus untuk di jadikan bahan rujukkan dan baaan semua.
Menarik kisah bagaimana resepi dan hidangan 'Tilapia kukus ala Cina' di kongsikan sebagai pilihan oleh Restoran Ewa Sungai Penchala Kuala Lumpur yang menawarkan hidangan ikan air tawar iaitu tilapia kukus buat pelanggan menyukai pilihan hidangan lebih sihat. Berbeza dengan hidangan sama disajikan di restoran Siam atau makanan laut, restoran itu menyediakan ikan kukus mengikut resipi Cina. Maka tidak hairanlah kuah hidangan dipanggil ‘tilapia stim’ itu tampak lebih gelap kerana menampilkan sos dan kicap terpilih berbanding hidangan sama menggunakan resipi Siam mahupun kukus biasa. Ada dilaporkan yang Restoran Ewa yang sudah beroperasi lebih lima tahun itu mengetengahkan sajian oriental halal dengan lebih 50 pilihan sajian mahupun masakan. Sejak dibuka pada 2011, Restoran Ewa menyediakan hidangan Cina halal dan menu utama sajian di sini adalah ikan tilapia kukus. Meskipun sajian ikan air tawar kurang digemari kebanyakan orang, sebaik pelanggan merasai keenakan ikan berkenaan menerusi resipi kukus Ewa, selalunya mereka akan kembali menikmati hidangan berkenaan. Pengunjung mahupun peminat hidangan ikan kukus oriental itu tidak perlu bimbang dengan ikan tilapia kami guna dalam masakan kerana kualiti dipastikan segar. Kualiti ikan tilapia terjaga kerana kami mempunyai kolam khas khusus untuk membekalkan stok ikan terbaik kepada restoran. Apa pun ikan talipia dibekalkan mempunyai tekstur pejal dan manis sesuai untuk resipi ikan kukus. Tiada bau kurang menyenangkan melainkan aroma halia dan bahan lain sesuai dengan sajian ikan berkenaan. Selain itu dilaporkan ada ramai juga berkunjung untuk menikmati hidangan lain seperti sotong goreng telur masin, udang mentega dan nasi goreng Cina mahupun yee mi Kanton. Waktu tengah hari pula hidangan nasi ayam Ewa menampilkan ayam goreng rangup dan nasi lengkap bersama sup dan potongan sayur menarik pengunjung dari pejabat sekitar. Setiap hari kami menjual lebih kurang 120 set hidangan dan jumlah itu meningkat apabila terdapat tempahan daripada pelanggan berhampiran,” katanya. Restoran berkenaan boleh memuatkan 70 pelanggan dan biasanya sering menjadi pilihan pengunjung sudah berkeluarga. Pelanggan terdiri daripada pelbagai golongan tetapi paling ramai ialah mereka yang datang bersama keluarga dan kenalan. Maklumlah, apabila membabitkan hidangan Cina, kami bermain dengan saiz hidangan besar sesuai untuk dimakan mereka datang berkumpulan. Tetapi ada juga datang perseorangan atau kumpulan kecil untuk merasai hidangan ‘ala carte’ seperti yee mi Kanton dan masakan goreng yang lain. Saranan untuk mereka ingin datang dalam kumpulan melebihi 10 orang, sebaiknya buat tempahan agar tempoh penyediaan lebih lancar dan tidak terkecuali minuman popular disajikan di restoran Cina Muslim seperti teh herba untuk minuman panas dan teh bunga krisan atau minuman Chrysanthemum menjadi pilihan untuk minuman sejuk.
Bagi penulis blog ujirasa makanan 'Nasi goreng ikan rebus' memang ia sedap tidak terkata dan kena ulang lagi. Ia agak berlainan dengan jenis-jenis lain nasi goreng seperti Nasi Goreng Kampong atau Nasi Goreng USA atau NAsi Goreng Belacan. Sebenarnya makanan nasi goreng adalah sejenis makanan yang sangat popular di banyak negara dimana ia adalah menu selamat untuk korang yang tidak sempat untuk menyediakan lauk. Apa pun kalau pembaca blog sudah bosan dengan menu gorengan yang biasa-biasa maka bolehlah cuba resipi nasi goreng ikan rebus ini. Terdapat kepingan manis-manis rasa isi ikan digaul bersama nasi yang enak memang mengikat selera. Apa pun ia sesuai dihidangkan bersama ulaman serta sesuai dinikmati pagi, petang atau makan malam. Memasak sendiri menu ini dengan sediakan bahan-bahan iaitu 2 atau 3 ekor ikan kembung rebus (gorengkan terlebih dahulu dan ambil isinya sahaja), 1 biji bawang besar dihiris nipis, 2 ulas bawang putih, 2 tangkai cili besar merah, 4 tangkai cili padi (ikut suka pedas letak lebih), 1/2 inci belacan, Secubit ikan bilis, 1 biji telur, Lobak yang potong memanjang, Kobis yang dihiris sederhana nipis dan secubit garam serta sedikit pati ikan bilis. Bahan ramuan perlu di tumbuk lumat dengan lesung. Cara-cara memasak dengan menumiskan bawang besar hingga harum. Masukkan bahan tumbuk dan tumiskan lagi hingga kekuningan. Masukkan lobak dan kaup balikkan seketika. Kemudian di masukkan pula nasi dan gaul rata dan kemudian boleh diletakkan pati ikan bilis dan garam. Bila nasi dah rata dengan semua bahan, letakkan pula kubis dan isi ikan rebus. Sebaiknya ia di kacau lagi dan masak dan gaul rata hingga semuanya jadi sebati. Kemudian buatkan lubang di tengah-tengah nasi dan pecahkan sebiji telor. Biarkan seketika atas kuali dan kemudian barulah gaul rata dengan nasi dan bila masak tutup api dan masukkan dalam pinggan hidangan untuk di nikmati. Bagi penulis blog paling enak di makan semasa panas lagi.
Selain itu resepi Air Asam Ikan Kukus memang sedap kalau masak untuk keluarga. Bahan memasaknya juga ringkas, senang dimasak malah membuka selera. Paling Istimewa dimana menu ini tidak menggunakan minyak jadi ianya lebih sihat. Jika tiada ikan, air asam ini juga boleh dinikmati bersama telur rebus sebagai makanan sihat. Sediakan bahan-baha terdiri daripada beberpa ekor ikan segar yang mesti dibersihkan, ½ biji bawang holland yag di potong dadu, 1 biji tomato yang dipotong dadu, cili padi secukupnya dan jus limau nipis. Bagi menyediakan air asam perlu disediakan bahan Asam jawa, Air suam, 1 ½ sudu teh gula, 1 sudu teh garam, belacan secukupnya (dimana jika tidak suka, boleh abaikan), 1 sudu teh secukup rasa. Cara memasak dimana ikan mesti disiang dulu dan di basuh bersih. Boleh guna apa sahaja jenis ikan tapi biasanya orang guna kembung tau mabung. Kemudian dimasukkan ikan dalam bekas bersesuaian. Kukus selama 10 minit dan kemudian diketepikan. Dalam bekas berlainan boleh di potong bawang holland, tomato dan cili padi. Kemudian satukan bahan-bahan untuk air asam. Kacau dan sebatikan. Pastikan tidak cair dan tidak pekat sangat. Seterunya boleh dimasukkan bahan-bahan hiris ke dalam mangkuk, bahan-bahan lain dan juga tuang air asam tadi untuj tujuan disebatikan dan kalau tidak mahu picit cili pun tidak mengapa. Kemudian ia dibiarkan campuran air asam selama 10-20 minit sebelum dituang pada ikan atau untuk dimakan. Ia bertujuan supaya air asam sebati rasa masam, masin, manis dan pedas. Sesuai di makan begitu sahaja atau dimakan dengan nasi panas sahaja serta lauk pauk lain.
Ada satu kisah oleh bernama bertajuk 'Ikan rebus jadi lauk sahur, berbuka puasa' yang sesuai di sembangkan kali ini apabila Noor Azuani Rahyu tinggal di rumah kecil dan daif di Kampung Pasir Pekan Hilir, di Tumpat, keantan ada dikunjungi Faizah. Bernama laporkan dimana ada 8 beranak yang hidup daif di Kampung Pasir Pekan Hilir di sini terpaksa bersahur dengan berlaukkan telur dan ikan rebus sahaja. Lauk itu cukup untuk mengalas perut empat anak Noor Azuani manakala dua lagi yang berusia 6 tahun dan dua bulan masih belum mengerti tentang keperitan hidup. Dia yang juga baru habis berpantang bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan upah sebanyak RM30 sehari. Mereka sekeluarga dilaporkan tak ada lauk mewah macam orang lain masa sahur atau buka puasa. Dapat makan ikan rebus dengan kicap pun anak-anak kami dah cukup berselera. Ketika dia bekerja, bayinya dihantar ke rumah pengasuh dengan upah RM50 seminggu manakala suaminya, Hamizi Mohd Hanafiah, 35, bekerja memikul simen di Pengkalan Chepa. Kini dengan lima anak bersekolah, dan yang kecil menyusu botol, kadangkala pendapatan kami tak cukup dimana dia terpaksa minta bantuan keluarga kalau terputus beras dan dia sekeluarga juga bimbang dengan keadaan rumah pusaka yang didiami itu hampir runtuh. Dilaporkan yang rumah yang sempit dengan zink reput dan lantai patah itu juga merisaukannya kerana mengundang bahaya kepada anak-anaknya. Dia tak ada bilik air sempurna, lantai banyak yang patah malah kaki anak sering jerlus dan terpaksa guna tirai kain sebab tak ada pintu untuk anak perempuan mandi dimana kalau hari hujan, mereka terpaksa tutup bahagian dinding berlubang dengan baju hujan untuk elakkan tempias sebab saya tidur dengan anak-anak di ruang tamu. Nasib keluarga itu mendapat perhatian aktivis masyarakat Faizah Qemerzaman yang datag menghulurkan bantuan barangan dapur dan keperluan Ramadan serta mengambil lima anaknya yang bersekolah sebagai anak prihatin yang akan menerima bantuan. DIlaporkan bayi pula akan diberikan bantuan susu dan lampin pakai buang dan ada pihak akan sumbangkan zink menggantikan yang reput itu. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk di jadikan bacaan yang berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PILIH YANG SEGAR..DIREBUS SAJA...
BANYAK KHASIAT... SILAKAN BACA...
MANJADI TERINGIN... HENDAK UJIRASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 Muharram 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.