Support My Blog

Monday, June 30, 2025

SEMBANG KISAH DAUN PALAS (PART 3)

DAUN PALAS adalah sejenis daun popular iaitu daripada Pokok Palas (Licuala grandis) merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Arecaceae ang sering digunakan sebagai tnaman landskap atau daunnya diambil untuk dijadikan pembakut ketupat palas. Terdapat beberapa jenis pokok palas yang ada dinegara kita dengan kegunaan dan ciri-ciri marfologi yang berlainan. Penulis merujuk kepada beberapa rakan untuk mendapatkan informasi mengenai tumbuhan ini. Bagaimana pun penulis telah berkunjung ke Nong Nouch Palm Garden, Pattaya, Thailand pada tahun 2013. Taman ini mendakwa mempunyai lebih daripada 3,500 spesis palmae dari seluruh dunia yang dikumpulkan dalam sebuan taman luas yang menjadi tarikan pelancon di Pattaya. Ini termasuk beberapa spesis pokok palas yang mungkin sebahagian darinya datang dari negara kita terutama jenis liar dari Borneo. Pokok Palas Duri kurang diambil berat oleh petani tempatan untuk penanaman komersil kerana agak kurang permintaan bagi pengeluaran pucuk daun palas. Bagaimana pun bagi jenis Palas Kipas ianya menjadi komoditi pokok landskap yang mendapat permintaan dan pasaran sangat tinggi dipasaran. Nurseri swasta akan sentiasa membiakkan pokok palas kipas kerana ia mudah disediakan dan mudah dijual sama ada dialam pasu atau dalam polibeg. Kini pokok palas kipas ditanam di taman-taman riadah, keliling pejabat, premis perniagaan malahan dikawasan rumah. Pokok ini mudah dijaga dan memberikan keindahan kepada dunia landskap dengan tarikan tersendiri. Palas jenis lain agak kurang dikenali oleh orang ramai walau pun ia mempunyai potensi besar untuk dikomersilkan pada masa akan datang. Artikel kali ini saya sembang dengan menulis beberapa artikel mengenai daun papas dan kisahnya dalam blog "Anim Agro Technology" sekadar menambah ilmu pengetahuan pembaca semua.


Kalangan pembaca blog ini mungkin sudah tahu akan atau ramai tidak tahu petua iaitu bagaimana nak simpan daun palas agar tahan lama untuk ianya disembangkan.  Di perayaan Hari Raya selalunya makanan seperti ketupat ialah satu juadah ‘wajib’ yang mesti ada di pagi raya walaupun menu lain seperti bihun sup, mee kuah, laksa, lontong atau lain-lain turut disediakan. Dilaporkan lazimnya di beberapa negeri sebelah utara seperti Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang juga termasuk pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu iaitu ketupat pulut daun palas menjadi pilihan. Sama ada dimakan bersama rendang, gulai, susu pekat atau begitu sahaja, pastinya siap terhidang di pagi hari raya dan memang tidak dinafikan, di zaman sekarang, daun palas tidaklah semudah diperolehi berbanding 15-20 tahun lalu apatah lagi di musim perayaan. Kini walaupun ia ada dijual di kedai-kedai tetapi stok amat terhad dan sekiranya lambat, pasti kehabisan selain terpaksa bersaing dengan pihak yang menjalankan perniagaan menjual ketupat palas. Selalunya daun palas ini dibeli lebih awal dan disimpan untuk digunakan dua tiga hari menjelang hari raya dimana masalah yang timbul, kerap kali berlaku, daun palas kering, keras serta rosak dan impian untuk menyediakan juadah istimewa itu kepada keluarga pun kecundang. Petua atau cara kekalkan kesegaran daun palas adalah dengan penyimpanan yang betul dimana sebaiknya daun palas akan kekal elastik dan mudah digunakan ketika diperlukan dan kemudian akan menghasilkan kelongsong ketupat sempurna. Penyimpanan dengan cara yang betul, bukan sahaja daun palas itu mampu bertahan lama malah segar berbulan-bulan. Pertama dimana sebaiknya daun palas itu perlu dicuci bersih dan dibuang segala kotoran yang ada, selain itu ketuk-ketukkan daun itu untuk keluarkan habuknya. Digalakkan cuci dengan kaedah menggunakan tuala lembap, tetapi dengan air juga boleh, tetapi perlu sidai atau sangkut daun palas itu supaya air kering. Selepas dicuci, potong semua batang yang keras pada daun palas itu dan pastikan supaya tidak terkoyak, kemudian bungkuskan menggunakan surat khabar atau plastik. Daun palas yang telah dibungkus, boleh disimpan ke dalam peti sejuk dibahagian beku, walau bagaimanapun sekiranya jumlahnya hanya sedikit memadai disimpan di luar pada suhu bilik. Daun palas yang disimpan itu, kadang kala akan bertukar warna daripada hijau kepada coklat, namun rasa asli bagi ketupatnya tetap tidak berubah. Cara ini sangat berguna kepada yang hendak buat persiapan lebih awal dan tidak mahu terburu-buru menjelang hari raya nanti. Tips ini juga memberi kelebihan kepada mereka yang menyimpan daun palas dalam kuantiti yang banyak untuk tujuan perniagaan ketupat daun palas.


Dalam portal MetroTV dilaporkan kisah  'Uniknya ketupat palas pelbagai inti' yang sesuai di sembangkan kisahnya. Kisah bermula hanya menjual ketupat palas di gerai di bahu jalan bagi membantu menambah pendapatan keluarga selepas suami terbabit kemalangan dimana Norhashimah Abd Ghani kini berbangga apabila makanan tradisional diusahakannya itu berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Produk ketupat palas diusahakannya pernah dijual lebih enam bulan di sebuah kafe dimiliki rakannya di Perth, Australia iaitu pada tahun lalu. Ia bermula dengan hanya menghasilkan ketupat palas lemak manis, produk dijual Norhashimah dan Mohd Faizu kini lebih variasi dengan pilihan ketupat berintikan sambal daging, sambal ikan, jagung dan kacang selain ketupat palas pulut hitam. Kejayaan mencipta pelbagai jenis ketupat berinti oleh pasangan itu mendapat perhatian FAMA apabila pasangan suami isteri itu dipilih menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Antarabangsa (MAHA 2018) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) dulu. Ada pelbagai kesukaran dan kepayahan terpaksa ditempuhi dalam mengusahakan perniagaan berasaskan makanan tradisional terutama apabila lebih 50 kilogram pulut dimasak untuk membuat ketupat tidak menjadi. Berkat kesabaran dan tidak putus asa serta dorongan Mohd Faizu yang berperanan sebagai pengurus Hulwah Frozen Food serta ahli keluarga, pendapatan diperoleh hasil jualan ketupat palas pelbagai inti meningkat dari RM2,000 kepada RM7,000 sebulan. Kemudian dia mendapat perhatian SME Corps, apabila meluluskan geran bernilai RM50,000 untuk pasangan itu membuka kilang di Kompleks Usahawan Terengganu (KUT), Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU). Kalau ketupat palas pelbagai inti ini mendapat permintaan pemilik pasar raya yang memiliki gedung terbesar di negara ini, tetapi permintaan itu terpaksa ditangguhkan kerana kami sedang menunggu kelulusan sijil halal dan Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) bagi membolehkan produk memenuhi syarat untuk menembusi pasaran luar negara. Apa pun sejak beroperasi di bengkel di KUT, kami berjaya mengeluarkan ketupat palas pelbagai inti antara 3,000 dan 5,000 biji sehari dengan pembungkusan bersih dan memenuhi piawaian pasaran,” katanya yang berterima kasih kepada SME Corps dan YPU kerana menyediakan premis untuk operasi kilang. Dia turut mendapat bantuan MARA untuk mendapatkan fakta nutrisi dan kod bar serta Jabatan Pembangunan Wanita dan mendapat tempahan daripada usahawan di Singapura. Ada sebanyak 20,000 hingga 50,000 biji ketupat disediakan untuk MAHA masa itu dan dia bertekad untuk terus menggunakan daun palas sebagai pembungkus, walaupun pernah dicadangkan MARDI menggunakan plastik khas terutama untuk pasaran antarabangsa selain di pasar raya. Baginya penggunaan daun palas perlu bagi tujuan untuk mengekalkan keaslian ketupat dan pihaknya tidak akan menggunakan bahan lain seperti dicadangkan MARDI dan mengakui ketupat yang disejuk beku dihasilkan mampu bertahan selama enam bulan.


Dalam bhnews.com dilaporkan jika 'Tak menang tangan siapkan 17,000 tempahan ketupat palas' dimana ibarat rezeki datang bergolek, dua beranak dari Kampung Kubang Palas, dekat Banggu, di sini, tak menang tangan menyiapkan 17,000 ketupat palas yang ditempah pelanggan sempena Aidilfitri. Bagi pengusaha Rahimah Oma (62) dan anaknya, Tuan Norliza Tuan Abdullah (40) kini menyiapkan sekurang-kurangnya 1,000 biji ketupat palas setiap hari sejak lima hari lalu untuk memenuhi tempahan pelanggan termasuk dari luar Kelantan. Disebabkan sambutan tinggi itu, Rahimah terpaksa menutup tempahan pada minggu kedua Ramadan mengambil kira kekangan yang ada, sekali gus mengelak risiko tempahan tidak dapat disiapkan menjelang Aidilfitri. Dia akan memulakan proses membuat ketupat palas seawal jam 7 pagi dengan merendam sekurang-kurangnya 20 kilogram (kg) beras pulut yang kemudian dikukus secara berperingkat. Ketika memproses ketupat palas, saya perlu 'mengarong' (mengadun) pulut bersama santan dan ia agak memenatkan kerana sentiasa perlu dikacau menggunakan senduk kayu supaya adunan menjadi lebih sebati. Kebiasaannya proses menyediakan ketupat ini berakhir sehingga lewat malam dengan membungkus pulut ke dalam daun palas. Ibu kepada sembilan anak ini berkata, dia membuat lima jenis ketupat iaitu serunding daging yang dijual pada harga RM1 sebiji, manakala bagi ketupat manis, lemak, manis kacang dan pulut hitam dijual 80 sen sebiji. Meskipun berdepan kenaikan harga barangan, saya tetap mengekalkan harga asal kerana tidak mahu membebankan pelanggan kerana kebanyakan mereka pelanggan tetap sejak dari dulu lagi. Cabaran paling besar adalah mencari daun palas dan ada kalanya ia sukar diperoleh, namun dia tetap berusaha meneruskan pekerjaan yang menjadi punca pendapatan sejak lebih 30 tahun lalu itu. Selalunya daun palas mula dikumpulkan pada pertengahan Ramadan bagi mengelakkan pucuk palas menjadi kering, sekali gus menyukarkan saya untuk membentuk kelongsong tiga segi. Kebiasaannya daun palas ini dicari di kawasan hutan berhampiran rumah dan pucuk palas muda serta lebar daripada pokok yang segar menjadi pilihan. Jika tidak cukup, saya terpaksa membeli daun palas ini daripada penduduk kampung sekitar. Ketika negara berdepan pandemik dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dua tahun lalu, dia tetap menerima tempahan sehingga 21,000 biji ketupat palas sempena Aidilfiri. Ini kerana pada waktu itu ramai anak perantau tidak dapat pulang menyambut hari raya di kampung masing-masing dan mungkin ketupat palas dijadikan juadah Aidilfitri sebagai cara mengubati rindu pada keluarga dimana selalunya dia akan menyiapkan sehingga 1,000 biji ketupat palas sehari bagi memenuhi permintaan pelanggan (Sila lihat foto paling bawah sekali). Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna untuk pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

DAUN PALAS... ADA KEGUNAANNYA...
ANYAMAN KETUPAT...KUIH LAIN JUGA...
SEMAKIN PUPUS... SUSAH MENCARINYA...
MEMBACA ARTIKEL... SERONOK JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 Zulhijjah 1446H).
Posted from:
Taman Desaru Utama, Bandar Penawar,
Kota Tinggi, Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...