Support My Blog

Monday, June 9, 2025

KUCING HAIWAN PELIHARAAN (PART 3)

KUCING (Felis catus) atau 'Cats' adalah jenis haiwan mamalia karnivora yang berasal dari keluarga felidae. Habitat kucing adalah di daratan dimana ia yang biasanya berbaur dengan manusia sebagai haiwan peliharaan atau ada juga yang hidup liar di mana sahaja. Istilah kucing biasanya tertumpu kepada hsiwan kucing berukuran kecil yang jinak dan selalunya ia dipelihara manusia akan tetapi sebenarnya kucing juga boleh ia dirujuk kepada spesis kucing besar seperti singa dan juga harimau. Meskipun kucing termasuk kedalam jenis haiwan karnivora sebenarnya haiwan kucing ini menjadi haiwan yang banyak dipelihara oleh manusia selain daripada haiwan anjing, burung, ikan dan sebagainya di seluruh dunia. Kucing dipilih oleh peminat atau pecinta haiwan sebagai haiwan peliharaan (Pets) disebabkan sifat dan kelakuannya manja dan jink berbanding banyak haiwan lain selain daripada ia selamat. Penulis blog di zaman dulu memang tahu dan dimana aktiviti  memelihara kucing dilakukan untuk membantu menangkap tikus dirumah namun kini hobi memelihara kucing dilakukan sebagai suka-suka di kalangan peminatnya. Kini ada banyak spesis kucing daripada kucing biasa yang boleh didapatkan secara percuma sehingga kepada jenis kucing hibrid yang berbulu lembut dan menarik yang harganya ribuan ringgit. Kucing Parsi dilaporkan diantara beberapa spesis kucing premium yang diminati oleh peminatnya. Ada juga aktiviti pertandingan kucing sehingga menawarkan hadian lumayan kepada masyarakat. Bagi penulis blog dimana hobi untuk memelihara kucing dapat membuatkan pemilik merasa tenang dan terhibur apalagi jika hidup di kawasan bandar dan mereka tinggal sendiri dan menjadikannya sebagak 'anaknya'. Dalam  kes lain selalunya memelihara kucing dinilai dapat membantu menghilangkan tekanan (stress) atau mengurangkan akan kes-kes ketegangan setelah penat bekerja. Apa pun ada masaalah memelihara kucing di bandar semasa pemiliknya bertugas lama di luar rumah dimana haiwan kucingnya tinggal bersendirian dalam rumah. Ini berbeza dengan mempunyai kucing di kampong dimana ia bebas merayau di sekeliling kawasan rumah dengan bebas dan mamoou mencari makan sendiri. Kini ada banyak jenis kucing yang di jual di kedai haiwan dan di tawarkan juga sangkar serta makanan dan koleksi bahan rawatan kucing yang komersial. Di Malaysia belum ada kes di laporkan orang makan daging kucing akan tetapi di beberapa negara lain ada masyarakatnya yang memakan daging kucing sebagai makanan eksotik. Bagi penulis blog terkini ada produk yang dijual bagi mengatur pemberian makanan dan minuman kucing secara automatik dimana ini memudahkan aktiviti memelihara kucing. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai haiwan kucing iaitu salah satu jenis haiwan peliharaan yang popular diselurh dunia.


Memahami haiwan kucing dimana ia mempunyai deria penglihatan malam yang sangat baik dimana kucing boleh melihat hanya satu perenam peringkat cahaya yang diperlukan untuk dibanding dengan kebolehan penglihatan manusia. Organ mata kucing mempunyai tapetum lusidum iaitu struktur yang mencerminkan apa-apa cahaya yang melalui retina belakang ke dalam mata kucing dimana ia dengan itu meningkatkan sensitiviti mata untuk memalapkan cahaya. Satu lagi adaptasi malap cahaya ialah apabila organ anak mata kucing yang besar dimana ia tidak seperti dimana ada sesetengah kucing besar seperti harimau dan kucing domestik mempunyai anak mata celah. Anak-anak mata celah ini sebanrnya boleh memberi tumpuan cahaya terang tanpa penyimpangan kromatik iaitu ian diperlukan kerana anak mata kucing domestik adalah lebih besar jika hendak dibandingkan dengan mataya daripada anak-anak mata kucing besar. Pada tahap cahaya rendah dimana anak mata kucing akan dapat berkembang untuk meliputi sebahagian besar permukaan terdedah matanya. Dilaporkan dimana bagi kucing domestik ia mempunyai penglihatan warna yang agak teruk dan (seperti kebanyakan mamalia bukan primate) yang mana ia hanya mempunyai dua jenis kon yang boleh dioptimumkan untuk sensitiviti kepada biru dan kuning-hijau. Kucing dilaporkan ia memang keupayaan untuk membezakan antara merah dan hijau dengan kadar yang terhad. Kajian pada tahun 1993 medapati jika berlaku tindak balas kepada panjang gelombang pertengahan dari sistem yang lain daripada rod yang mungkin disebabkan oleh sejenis kon ketiga. Apa pun kajian ini nyatakan akan kelihatan seperti satu penyesuaian kepada tahap cahaya rendah daripada mewakili wawasan triwarna benar. Penglihatan hebat kucing waktu malam membolehkan ia mencari mangsa pada malam hari. Masalah pada mata kucing disebabkan gejala bakteria seperti kemerahan. Penjagaan yang rapi dengan menggunakan ubat titis atau gel untuk mencegah jangkitan bakteria pada mata kucing. Masalah ini boleh dikategorikan beberapa sebab. Jika mata kucing anda kelihatan kemerahan atau meradang, anda akan dapati terdapat kesan bengkak pada permukaan mata kucing anda. (biasanya jika kucing dalam keadaan sihat dan normal, anda dapati kelembapan pada permukaan mata yang bersih). Jika ianya nampak mengalami kesulitan untuk melihat atau sensitif terhadap cahaya, minta berjumpa dengan doktor veterinar yang berdekatan.


Organ telinga dan pendengaran kucing adalah sangat baik dan boleh mengesan pelbagai frekuensi sangat luas. Haiwan kucing sebenarnya boleh mendengar bunyi-bunyi yang lebih tinggi daripada segi kenyaringan berbanding anjing ataupun manusia dimana ia boleh mengesan frekuensi dari 55 Hz sehingga 79,000 Hz atau dalam julat 10.5 oktaf berbanding dengan manusia dan anjing kedua-duanya mempunyai julat kira-kira 9 oktaf sahaja. Kucing dilaporkan boleh mendengar ultrabunyi yang penting dalam memburu mangsa kerana ada pelbagai spesies tikus membuat panggilan scara ultrasonik. Walau bagaimanapun biasanya kucing tidak berkomunikasi dengan menggunakan ultrabunyi seperti tikus. Pendengaran kucing juga sensitif dimana ia adalah diantara jenis haiwan yang terbaik daripada mana-mana mamalia berbanding haiwan paling teruk dalam lingkungan gelombang 500 Hz hingga 32 kHz. Sensitiviti ini selalunya akan meningkat dengan telinga kucing dibahagian luar yang boleh bergerak menghala sumber bunyi dengan saiz telinga yang besar (pinna) iaitu berada dikedua-dua belah membantu mengesan arah bunyi. Kucing antara haiwan yang mempunyai deria bau yang kuat. Kucing mempunyai rasa akut bau dimana sebahagiannya berpunca dari organ mentol pencium yang maju dan permukaan yang besar iaitu mukosa pencium atau sekitar 5.8 cm2 atau jumlah ini adalah kira-kira dua kali ganda berbanding manusia. Kucing adalah sensitif kepada bahan feromon seperti 3-mercapto-3-methylbutan-1-ol yang kucing gunakan untuk berkomunikasi melalui air kencing yang disemburkan iaitu bertujuan untuk menandakan dengan kelenjar bau. Banyak jenis kucing juga bertindak balas dengan kuat kepada tumbuh-tumbuhan yang mengandungi bahan nepetalakton terutama pokok catnip iaitu kucing mampu untuk mengesan bahan yang kurang daripada satu bahagian per bilion. DIlaporkan ada sekitar 70-80% daripada spesis kucing dipengaruhi oleh nepetalakton. Tindak balas hebat ini juga dihasilkan oleh beberapa jenis tumbuh-tumbuhan lain termasuk anggur perak (Actinidia polygama) dan herba valerian dimana ia mungkin disebabkan oleh bau tumbuhan ini meniru feromon dan merangsang tingkah laku sosial atau seksual kucing.


Berbincang mengenai deria rasa dimana kucing mempunyai organ lidah yang akan merasa yang kekuatannya adalah sedikit berbanding dengan deria rasa lidah manusia (nilai 470 atau lebih berbanding lebih 9,000 dalam rasa bagi manusia). Kucing domestik dan kucing liar dilihat ia berkongsi mutasi gen yang menyimpan selera manis mereka dari mengikat molekul bergula dengan cara meninggalkannya dengan ketiadaan keupayaan untuk rasa kemanisan. Sebaliknya dilaporkan selera makan kucing bertindak balas kepada asid amino, rasa pahit dan rasa asid. Kucing dan banyak haiwan lain mempunyai organ yang dinamakan sebagai ' Jacobson' yang terletak di mulutnya yang membolehkan kucing mampu untuk rasa-bau aroma tertentu dengan cara yang manusia tidak mempunyai pengalaman tersebut. Kucing juga mempunyai keutamaan mengesan tahap suhu yang berbeza makanan mereka dmana kajian menunjukkan jika kucing lebih suka makanan dengan suhu makanan yang panas sekitar 100 °F iaitu ia sama dengan suhu bangkai yang segar. Apa pun dilaporkan kucing lazimnya akan menolak makanan dihidangkan secara sejuk atau makanan yang dikeluarkan daripada peti sejuk sebab makanan sejuk ini juga akan memberi isyarat kepada kucing bahawa 'mangsa' adalah sudah lama mati maka ia mungkin beracun atau sedang mereput. Menarik kisah dalam portal hmetro.com yang bertajuk '
Makanan kucing tanpa unsur syubhah' dimana menyedari hakikat perlu mengeluarkan makanan kucing tanpa was-was kandungannya menyebabkan FGV ALMA melakukan inisiatif melancarkan makanan untuk haiwan peliharaan berkenaan yang tiada unsur syubhah atau keraguan. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dalam kenyataan berkata, makanan kucing Purrrfect Super Premium keluaran FGV ALMA dijamin 100 peratus tidak mempunyai unsur-unsur syubhah atas faktor tiada penggunaan bahan-bahan mentah yang berasaskan khinzir, tulang dan darah.  Malah JPV beritahu jika kualiti makanan kucing berkenaan juga dijamin kerana tidak mengandungi sebarang bahan pengawet dan pewarna. Selain diperkaya dengan Taurine untuk kebaikan deria penglihatan kucing ia juga diperkaya dengan pelbagai sumber protein dan mineral yang sesuai untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan otot dan tulang. Malah ia turut dilengkapi dengan dilengkapi dengan antioksida, fosforus, kalsium dan mineral bagi membantu meningkatkan sistem imuniti kucing. Makanan kucing itu mengandungi pelbagai khasiat berasaskan tuna, salmon, ayam dan itik bagi memastikan kucing peliharaan mendapat nutrisi yang secukupnya. FGV ALMA yang sebelum ini dikenali sebagai pengeluar makanan haiwan ternakan kini ingin meluaskan pasaran makanan ternakan kepada makanan untuk haiwan peliharaan.


Siapa yang pernah kucing jatuh dari tempat tinggi seperti pokok atau bangunan dimana ia akan mendarat dengan baik diatas kakinya. Kucing memang ia mempunyai k
eseimbangan dimana kehebatan ini akan membantu dengan navigasi dan fungsi sensasi. Sebenarnya kucing mempunyai berpuluh-puluh misai alih (vibrissae) seluruh badannya terutama pada wajahnya. Ini memberi maklumat kepada kucing yang jatuh akan jurang dan kepada lokasi objek dalam gelap dimana kedua-duanya dengan menyentuh objek secara langsung dan dengan mengesan arus udara maka haiwankucing mencetuskan refleks sekelip perlindungan untuk melindungi mata daripada kerosakan. Apa pun dilaporkan dimana kebanyakan baka kucing mempunyai kesukaan terkenal dengan menetap di tempat-tempat yang tinggi seperti jika kucing tinggal dalam  hutan dimana lokasi yang lebih tinggi boleh dijadikan ia juga sebagai lokasi terbaik yang tersembunyi semasa memburu. Dilaporkan bagi jenis kucing domestik boleh menyerang mangsanya dengan mengintip senyap bergerak di atas dahan pokok teknik yang sama seperti cara harimau bintang sedang memburu mangsanya. Berada di ketinggian ia memberikan kucing titik pemerhatian yang lebih baik di bawahnya untuk menn=injau mangsanya dan meninjau wilayahnya. Semasa jatuh dari tempat yang tinggi dimana haiwan kucing boleh pusingkan badan yang akan membawa badannya bertumpu kepada graviti betul menggunakan akal akut dengan fleksibiliti. Ini dikenali sebagai refleks imbangan kucing dimana haiwan kucing sentiasa mengimbangkan sendiri dengan cara yang sama dan berikan syarat ia mempunyai masa untuk berbuat tegak semasa jatuh. Ketinggian diperlukan agar perkara ini berlaku ialah sekitar 90 cm dimana kucing tanpa ekor seperti kucing Manx juga mempunyai kebolehan ini apabila kucing kebanyakannya bergerak dengan kaki belakang dan selali ia bergantung kepada pemuliharaan momentum sudut untuk menubuhkan untuk pendaratan dengan ekor yang kecil yang digunakan untuk perkara ini. Artikel ini di tulis dalam lima segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai untuk di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
HAIWAN KUCING... RAMAI ORANG SUKA...

BERBUNYI MANJA...SENANG DI PELIHARA...
BERBAGAI JENIS... KOMBINASI WARNA...
ADA YANG MAHAL...BELA YANG PERCUMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Zulhijjan 1446H).
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1446H...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...