Sarang Burung Tempua adalah sangat unik di mana ia ada di sekitar rumah penulis blog di Melaka iaitu di kawasan semak bwkas sawah padi. Melihat sarangnya memang paling unik adalah bagaimana kerja yang dilakukan oleh burung tempua jantan didalam cara dia menganyam Sarang Burung Tempua dimulakan dengan burung mengambil rumput kering yang agak panjang dan kukuh untuk dijadikan asas utama sarang bergantung atau Tangkai Sarang. Bahagian tangkai ini akan di anyam dengan menyusun rumpai kering ini bersilang-silang sehingga terbentuk tali gantung dan akan membesar dibahagian bawahnya dengan menggunakan rumput kering yang lebih halus dan lembut. Antara bahan rumpai yang digunakan adalah seperti Rumput Lalang (Imperata cylindrica), Rumput Kerbau (Paspalum conjugatum), Rumput Padang (Axonopus compresus) dan banyak jenis rumput lagi. Anyaman inimm diteruskan sehingga siap dengan membuat pintu masuk dibahagian tepi atau bawah. Kerja menganyam ini saya perhatikan akan mengambil masa selama 7 -15 hari. Daripada pemerhatian saya mendapati burung ini turun naik mengambil rumput dan menganyam dengan terbang beratus kali dalam sehari. Kerja membuat sarang ini lebih cepat dilakasanakan pada musim kering berbanding jika burung tempua menganyam dalam musim hujan. Ini kerana musim kering banyak kedapatan rumput kering dan cuaca yang mengizinkan berbanding dengan musim hujan. Rumput kering yang telah digigit untuk diputuskan atau telah putus ini akan digigit dengan paruhnya dan dibawa terbang ketapak sarangnya. Kadang-kadang rumput ini di gengam dengan kakinya (Jarang-jarang dibuat) dan dibawa terbang kelokasi sarang walau pun agak jauh juga. Proses menganyam dimulakan dengan meyelitkan daun-daun rumput ini secara bersilang seperti kita menganyam ketupat dan diketatkan. Jika angin bertiup kuat makan ikatan ini boleh terlonggar dan rumput akan jatuh dan burung tempua ini akan kutip semula!. Memang sungguh rajin burung tempua ini membuat sarang yang unik dan selalu di komersilkan oleh pihak tertentu bagi di jual dan dijadikan barang hiasan di kawasan rumah-rumah peminatnya.
Menarik dalam portal Bernama bertajuk 'Bela burung tempua, simpan sarangnya satu kesalahan' dimana ia perlu diketahui oleh peminat burung di Malaysia. Dari Besut, Terengganu di laporkan bagaimana kalangan penduduk di negeri ini diingatkan bahawa perbuatan membela burung tempua atau menyimpan sarangnya merupakan kesalahan yang membawa hukuman berat termasuk penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga RM500,000. Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Terengganu Yusoff Shariff berkata membela burung itu termasuk di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar Tahun 2010 (Akta 716) yang menggantikan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 1972 (Akta 76) yang berkuat kuasa sejak Disember 2010. Adalah menjadi satu kesalahan bagi sesiapa yang memelihara hidupan liar seperti burung tempua atau menyimpan sarangnya yang dilindungi sepenuhnya oleh PERHILITAN. Selain burung tempua dan sarangnya, orang ramai juga dilarang sama sekali memburu atau memasang jerat binatang lain yang turut dilindungi seperti tuntung, burung tiong jambul mas, puyuh hutan, burung pacat bukit dan barau-barau dimana turut dilindungi ialah gecko-gecko, katak demam, serangga riang-riang dan pipit pinang. Mereka yang mana masih ada memiliki hidupan liar tanpa kebenaran atau berlesen supaya menghubungi PERHILITAN sama ada untuk penyerahan balik atau mendapatkan lesen.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.