Support My Blog

Tuesday, June 10, 2025

KUCING HAIWAN PELIHARAAN (PART 4)

KUCING (Felis catus) atau 'Cats' adalah jenis haiwan mamalia karnivora yang berasal dari keluarga felidae. Habitat kucing adalah di daratan dimana ia yang biasanya berbaur dengan manusia sebagai haiwan peliharaan atau ada juga yang hidup liar di mana sahaja. Istilah kucing biasanya tertumpu kepada hsiwan kucing berukuran kecil yang jinak dan selalunya ia dipelihara manusia akan tetapi sebenarnya kucing juga boleh ia dirujuk kepada spesis kucing besar seperti singa dan juga harimau. Meskipun kucing termasuk kedalam jenis haiwan karnivora sebenarnya haiwan kucing ini menjadi haiwan yang banyak dipelihara oleh manusia selain daripada haiwan anjing, burung, ikan dan sebagainya di seluruh dunia. Kucing dipilih oleh peminat atau pecinta haiwan sebagai haiwan peliharaan (Pets) disebabkan sifat dan kelakuannya manja dan jink berbanding banyak haiwan lain selain daripada ia selamat. Penulis blog di zaman dulu memang tahu dan dimana aktiviti  memelihara kucing dilakukan untuk membantu menangkap tikus dirumah namun kini hobi memelihara kucing dilakukan sebagai suka-suka di kalangan peminatnya. Kini ada banyak spesis kucing daripada kucing biasa yang boleh didapatkan secara percuma sehingga kepada jenis kucing hibrid yang berbulu lembut dan menarik yang harganya ribuan ringgit. Kucing Parsi dilaporkan diantara beberapa spesis kucing premium yang diminati oleh peminatnya. Ada juga aktiviti pertandingan kucing sehingga menawarkan hadian lumayan kepada masyarakat. Bagi penulis blog dimana hobi untuk memelihara kucing dapat membuatkan pemilik merasa tenang dan terhibur apalagi jika hidup di kawasan bandar dan mereka tinggal sendiri dan menjadikannya sebagak 'anaknya'. Dalam  kes lain selalunya memelihara kucing dinilai dapat membantu menghilangkan tekanan (stress) atau mengurangkan akan kes-kes ketegangan setelah penat bekerja. Apa pun ada masaalah memelihara kucing di bandar semasa pemiliknya bertugas lama di luar rumah dimana haiwan kucingnya tinggal bersendirian dalam rumah. Ini berbeza dengan mempunyai kucing di kampong dimana ia bebas merayau di sekeliling kawasan rumah dengan bebas dan mamoou mencari makan sendiri. Kini ada banyak jenis kucing yang di jual di kedai haiwan dan di tawarkan juga sangkar serta makanan dan koleksi bahan rawatan kucing yang komersial. Di Malaysia belum ada kes di laporkan orang makan daging kucing akan tetapi di beberapa negara lain ada masyarakatnya yang memakan daging kucing sebagai makanan eksotik. Bagi penulis blog terkini ada produk yang dijual bagi mengatur pemberian makanan dan minuman kucing secara automatik dimana ini memudahkan aktiviti memelihara kucing. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai haiwan kucing iaitu salah satu jenis haiwan peliharaan yang popular diselurh dunia.


Pembaca blog mungkin kurang pasti berapa lamakah jangkahayat kucing. Dilaporkan dimana jangkahayat atau pun umur purata kucing haiwan sudah meningkat pada tahun kebelakangan ini sebab kucing domestik ada menerima rawatan kesihatan sama seperti manusia juga. Pernah di laporkan iaitu pada awal tahun 1980 dulu dimana purata umur kucing domestik sekitar 7 tahun sahaja akan tetapi ia kemuidan meningkat kepada purata umur kepada 9.4 tahun pada tahun 1995 dan meningkat lagi kepada purata umur 12-15 tahun pada tahun 2014. Walau bagaimanapun dilaporkan kucing masih hidup lama sehingga kepada usia 30-an dimana kucing tertua yang diketahui adalah spesis Creme Puff yang dilaporkan ia mati pada usia yang disahkan ialah 38 tahun. Kajian menunjukkan jika aktiviti memandulkan atau atau pengembirian dilakukan kepada kucing makan ia akan meningkatkan jangka hayatnya. HAsil dari satu kajian mendapati kucing jantan yang dikasi (buang organ jantan) akan hidup dua kali lebih lama berbanding dengan kucing jantan yang tidak dimandulkan. Dalam pada itu dilaporkan bagi kucing betina mandul akan hidup 62% lebih lama berbanding kucing betina biasa yang tidak di mandulkan. Kucing dimandulkan mempunyai manfaat kesihatan kerana kucing jantan yang dikembiri tidak boleh membangunkan kanser testis sementara kucing betina mandul tidak boleh membangunkan rahim atau kanser ovari dimana bagi keduanya mempunyai penurunan risiko kanser buah dada dan hidup lebih lama. Berlainan dengan isu kucing liar yang semakin pupus jumlahnya di habitat. Dilaporkan yang jangka hayat kucing liar setelah dikembiri dilihat ia berjaya hidup lebih lama berbanding dengan jenis kucing domestik yang di pelihara. Kucing dimandulkan memang dipastikan yang ia akan boleh hidup lama. Lazimnya kucing boleh mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk penyakit berjangkit, parasit, kecederaan dan penyakit kronik. Vaksinasi boleh dilakukan dan didapatkan merawat beberapa jenis penyakit kucing untuk menghapuskan parasit seperti cacing dan kutu.


Para petani dan pemilik rumah yang ingin membunuh tikus yang menganggu selalunya akan memberikan racun tikus. Tikus akan memakan umpan racun (ada banyak jenama di pasaran) dimana kemudian tikus yang memakan racun ini akan di makan oleh kucing yang mana ia menyebabkan kes keracunan kepada kucing sehingga kucing juga boleh turut mati. Ancaman kritikal kepada kucing adalah bahaya yang jelas seperti racun tikus atau racun serangga atau racun rumpai dimana kucing boleh diracuni oleh pelbagai bahan kimia yang biasanya ia dianggap selamat oleh kalangan manusia. Kesihatan kucing boleh terjejas dan akut jikka termakan makanan atau minuman tercemar racun sebab hati tikus tidak dapat membuang racun secara berkesan dalam bentuk detoksifikasi berbanding dengan banyak haiwan lain dan manusia dan anjing. Antara punca-punca yang paling biasa berlaku kes keracunan kucing ialah bahan antibeku (anti-coagulant) daalam racun tikus yang ada dalam racun umpan. Kucing boleh menjadi sangat sensitif kepada pencemaran alam sekitar dimana apabila kucing sudah diserang penyakit yang serius secara tiba-tiba atau yang berpanjangan tanpa sebab yang jelas dimana ia mungkin telah terdedah kepada kesan toksin atau keracunan. Isu seperti keracunan merupakan salah satu kondisi bahaya yang mungkin dialami oleh kucing. Sebagai pemilik kucing adalah penting bagi Anda untuk memahami tanda-tanda keracunan tersebut dan langkah yang harus dilakukan dalam cara-cara mengatasinya. Ciri-ciri keracunan yang terjadi sebenarnya bervariasi dan bergantung pada jenis racun serta banyaknya racun yang tertelan atau terhirup. Beberapa tanda yang umumnya terjadi pada bila hewan peliharaan Anda ini mengalami keracunan termassik Masalah pencernaan dimana salah satu tanda kucing keracunan yang dapat terjadi adalah munculnya masalah pencernaan, seperti muntah dan diare. Pada beberapa kes selalunya kucing muntah dan cirit birit akibat keadaan yang mungkin akan mengeluarkan darah. Apa pun selain timbul masalah pencernaan, kucing yang keracunan juga dapat dilihat tanda ada beberapa masalah neurologi atau sistem saraf seperti kes tremor, kejang, depresi, stres, inkoordinasi atau bahkan koma. Kes keracunan kucing ditandakan dengan unculnya gangguan pernapasan. Selain itu ada timbul kucing yang keracunan mengalami beberapa  kes permasalahan kulit. Kulit mungkin akan terlihat membengkak atau mengalami peradangan dimana kemudian kulit ini akan rosak atau mengelupas. Ciri-ciri kucing mengalami keracunan yang perlu diawasi bila munculnya tanda gagal hati dimana kemudian berlaku kes sakit kuning, muntah, berat badan menurun dan kes serta lemas. Keracunan pada kucing dilihat ia boleh menyebabkan kucing mengalami kerosakan buah pinggang atau ginjal. Kucing kerap minum minum, kurang nafsu makan atau tidak mau makan sama sekali sehingga penurunan berat badan. Banyak ubat manusia tidak boleh diberikan kepada kucing dimana sebagai contoh ubat jenis parasetamol atau jenis ubat penahan sakit (seperti jenis asetaminofen yang dijual sebagai Tylenol dan Panadol) amat beracun kepada kucing. KAian menunjukkan walaupun dos yang sangat kecil untuk rawatan segera pada kucing ia boleh membawa maut kepada kucing. Ubat aspirin yang kadang-kadangnya digunakan untuk merawat masaalah artritis pada kucing sebenarnya ia lebih toksik kepada kucing. 

 
Dilaporkan jika jenis kucing terjinak dan moyangnya kucing liar terdekat dimana kedua-duanya adalah organisma diploid yang mempunyai 38 kromosom atau kira-kira ada 20,000 gen. Kajian dibuat sudah berlaku ada sekitar 250 gangguan dari genetik diwarisi telah dikenal pasti dalam kucing dalam proses biakbaka dimana isu ini berlaku sama dengan kes manusia iaitu proses secara semulajadi. Kebanyakan penyakit kucing untuk di diagnosis menggunakan ujian genetik yang dilihat ia pada asalnya iaitu ia dibangunkan untuk kegunaan pada manusia dan juga tujuan penggunaan kucing sebagai model haiwan dalam kajian penyakit manusia. Walau pun dilaporkan kucing liar aktif siang dan malam akan tetapi sebenarnya kucing adalah lebih aktif pada waktu malam. 
Masa kegiatan kucing juga ia adalah agak fleksibel dengan pelbagai aktiviti dilaporkan dimana ada jenis kucing rumah boleh menjadi lebih aktif pada waktu pagi dan petang berkaitan sebagai tindak balas kepada aktiviti manusia yang lebih aktif pada sianghari. Walaupun selalunya kucing akanmenghabiskan sebahagian besar masa mereka di sekitar rumah akan tetapi kucing rumah boleh berkeliaran ratusan meter dari titik pusat rumahnya diman ini dikenali untuk ianya mewujudkan wilayah yang berbeza dari segi saiz dalam satu kajian antara 7-28 hektar. Kucing mampu menjimatkan tenaga dengan tidur lebih lama daripada kebanyakan haiwan lain iaitu terutamanya apabila umurnya semakin tua. Laporan kajian menunjukkan dimana tempoh setiap hari tidur haiwan kucing berbeza-beza yang lazimnya adalah purata diantara 12 -16 jam atau 13 -14 jam ialah tempoh purata. Sesetengah kucing boleh tidur selama 20 jam sehingga ada peribahasa 'kucing tidur' bertujuan untuk berehat sebentar. Kes ini juga adalah merujuk kepada kecenderungan kucing untuk tidur (ringan) untuk tempoh yang singkat masih berlaku. Apa pun perlu diketahui jika semasa tidur dimana kucing akan mengalami tempoh tidur gerak mata cepat yang singkat serta gerakkan otot-otot seakan kucing sedang bermimpi.


Selalunya k
ucing domestik menggunakan banyak SUARA atau BUNYI untuk ia  komunikasi. BUnyi suara ini termasuk bunyi berdengung, getaran suara, desiran, suka atau gertakan, mendengus dan juga ada beberapa bentuk yang berbeza suara mengiau. Sebaliknya bagi jenis kucing liar biasanya akan sentiasa senyap. Antara jenis bahasa badan mereka ia merangkumi kedudukan telinga dan ekor, kelonggaran seluruh badan dan cara pengurutan kaki yang mana semuanya dapat menunjukkan perasaan oleh haiwan kucng kepada tuannya. Bahagian ekor dan telinga kucing adalah mekanisme isyarat sosial amat penting bagi haiwan kucing. Sebagai contoh selalunya ekor dibangkitkan bertindak sebagai ucapan mesra kepada tuannya dan telinga kucing yang leper menunjukkan permusuhan. Menaikkan, mengusap dan meninggikan ekor kucing juga menunjukkan kedudukan kucing dalam hierarki sosial di kumpulannya dimana bagi kucing individu ia selalunya adalah lebih dominan menaikkan ekornya kurang kerap daripada haiwan bertaraf rendah. Sentuhan hidung ke hidung juga ucapan yang sama dan boleh diikuti oleh dandanan sosial, yang diminta oleh salah satu kucing menaikkan dan menyengetkan kepalanya. Dilaporkan bunyi dengungan kucing mungkin bertujuan untuk dibangunkan sebagai salah satu kelebihan evolusi sebagai mekanisme isyarat untuk jaminan antara kucing ibu dan anak-anak yang dijaga. Kucing domestik sering berdengung sebagai tanda kepuasan setelah diberikan makanan mencukupi dan kemudian akan bergerak lelokasinya. Cara haiwan kucing berdengkur adalah sukar difahami. Kucing tidak mempunyai ciri-ciri anatomi yang unik yang jelas bertanggungjawab untuk bunyi. 


Kucing daripada genus Felis memang boleh berdengung iaitu ciri ini sebenarnya sama dengan spesis genus Panthera (harimau, singa, dan jaguar) juga menghasilkan bunyi serupa dengan dengungan akan tetapi hanya apabila bernafas keluar. Sifat kucing yang 
memburu mangsa kecil terutamanya burung dan tikus dimana ia juga sering digunakan sebagai satu bentuk kaedah biologi dalam kawalan perosak. Dilaporkan jika kucing domestik ialah sejenis haiwan pemangsa terutama hidupan liar dengan kemampuan membunuh mangsa sekitar antara an 1.4 - ke 3.7 bilion ekor burung dan 6.9 - 20.7 bilion mamalia setiap tahun. Ini adalah beberapa cara berkesan untuk mengurangkan populasi haiwan perosak tanaman yang agak sukar dan mendapat ancaman daripada peminat kucing yang aktif. Dalam kes lain dimana dilaporkan pemilik kucing akan memasang dengan loceng bagi tidak membiarkan kucingnya keluar pada waktu malam dimana ini akan mengurangkan ia menjadi pemangsa hidupan liar. Kucing liar dan kucing rumah dilhat lebih cenderung untuk mengambil banyak makanan kecil dalam satu hari iaitu dengan kadar atau kekerapan dan saiz makanan berbeza antara kucing. Kucing menggunakan dua strategi memburu iaitu dengan cara  menghendap mangsa secara aktif, atau menunggu dalam serangan hendap sehingga haiwan datang cukup dekat untuk ditangkap. Walaupun ia tidak pasti, strategi yang digunakan boleh bergantung kepada spesies mangsa di kawasan itu, dengan kucing menunggu di dalam lubang di luar serangan hendap, tetapi cenderung mengejar burung secara aktif. Apa pun diantara elemen yang paling terkenal adalah tentang tingkah laku memburu kucing yang disalah faham oleh pemilik kucing kerana ia kelihatan seperti penyeksaan, ialah kucing sering muncul untuk 'bermain-main dengan mangsa dengan melepaskannya selepas tangkap. Kelakuan ini adalah disebabkan oleh naluri penting untuk memastikan bahawa mangsa yang cukup lemah untuk dibunuh tanpa kemdian ia membahayakan kucing. Artikel ini di tulis dalam lima segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai untuk di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
HAIWAN KUCING... RAMAI ORANG SUKA...

BERBUNYI MANJA...SENANG DI PELIHARA...
BERBAGAI JENIS... KOMBINASI WARNA...
ADA YANG MAHAL...BELA YANG PERCUMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Zulhijjan 1446H).
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1446H...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...