Support My Blog

Saturday, June 7, 2025

KUCING HAIWAN PELIHARAAN (PART 1)

KUCING
(Felis catus)
 atau 'Cats' adalah jenis haiwan mamalia karnivora yang berasal dari keluarga felidae. Habitat kucing adalah di daratan dimana ia yang biasanya berbaur dengan manusia sebagai haiwan peliharaan atau ada juga yang hidup liar di mana sahaja. Istilah kucing biasanya tertumpu kepada hsiwan kucing berukuran kecil yang jinak dan selalunya ia dipelihara manusia akan tetapi sebenarnya kucing juga boleh ia dirujuk kepada spesis kucing besar seperti singa dan juga harimau. Meskipun kucing termasuk kedalam jenis haiwan karnivora sebenarnya haiwan kucing ini menjadi haiwan yang banyak dipelihara oleh manusia selain daripada haiwan anjing, burung, ikan dan sebagainya di seluruh dunia. Kucing dipilih oleh peminat atau pecinta haiwan sebagai haiwan peliharaan (Pets) disebabkan sifat dan kelakuannya manja dan jink berbanding banyak haiwan lain selain daripada ia selamat. Penulis blog di zaman dulu memang tahu dan dimana aktiviti  memelihara kucing dilakukan untuk membantu menangkap tikus dirumah namun kini hobi memelihara kucing dilakukan sebagai suka-suka di kalangan peminatnya. Kini ada banyak spesis kucing daripada kucing biasa yang boleh didapatkan secara percuma sehingga kepada jenis kucing hibrid yang berbulu lembut dan menarik yang harganya ribuan ringgit. Kucing Parsi dilaporkan diantara beberapa spesis kucing premium yang diminati oleh peminatnya. Ada juga aktiviti pertandingan kucing sehingga menawarkan hadian lumayan kepada masyarakat. Bagi penulis blog dimana hobi untuk memelihara kucing dapat membuatkan pemilik merasa tenang dan terhibur apalagi jika hidup di kawasan bandar dan mereka tinggal sendiri dan menjadikannya sebagak 'anaknya'. Dalam  kes lain selalunya memelihara kucing dinilai dapat membantu menghilangkan tekanan (stress) atau mengurangkan akan kes-kes ketegangan setelah penat bekerja. Apa pun ada masaalah memelihara kucing di bandar semasa pemiliknya bertugas lama di luar rumah dimana haiwan kucingnya tinggal bersendirian dalam rumah. Ini berbeza dengan mempunyai kucing di kampong dimana ia bebas merayau di sekeliling kawasan rumah dengan bebas dan mamoou mencari makan sendiri. Kini ada banyak jenis kucing yang di jual di kedai haiwan dan di tawarkan juga sangkar serta makanan dan koleksi bahan rawatan kucing yang komersial. Di Malaysia belum ada kes di laporkan orang makan daging kucing akan tetapi di beberapa negara lain ada masyarakatnya yang memakan daging kucing sebagai makanan eksotik. Bagi penulis blog terkini ada produk yang dijual bagi mengatur pemberian makanan dan minuman kucing secara automatik dimana ini memudahkan aktiviti memelihara kucing. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai haiwan kucing iaitu salah satu jenis haiwan peliharaan yang popular diselurh dunia.


Kucing atau juga dikenali sebagai kucing  ialah spesies mamalia karnivor kecil yang selalu dibela jinak dimana ia daripada spesies Felis silvestris lybica dan asal usulnya ia telah lama digunakan di Afrika yang dipelihara untuk menjaga simpanan makanan daripada kerosakkan oleh tikus dan rodensia yang lain. Bagaimana pun pada zaman ini kucing merupakan salah satu haiwan atau jenis binatang kesayangan yang paling terkenal di seluruh dunia. Belum ramai tahu ada jenis kucing baka tulen yang direkodkan cuma kurang daripada 1% daripada keseluruhan populasi kucing sebab kini jenis kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai kucing berbulu panjang dan jenis kucing yang berbulu pendek. Kini dengan kehebatan kacukan dimana ada pelbagai baka kucing domestik telah wujud dimana ada jenis kucing tidak berbulu ataupun berekor dan hebaynya bagi penulis blog dapati telah wujud warna bulu kucing yang berlainan dan ada juga jenis kucing sudah ianya mempunyai banyak warna. Kucing secara asasnya adalah jenis haiwan pemangsa yang mahir memburu spesies haiwan lain sebagai makanan terutama dari jenis kucing liar. Kucing juga dilaporkan sebagai spesis haiwan yang pintar dimana ia berkebolehan untuk menggunakan mekanisme ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia seperti didalam tiktok dan youtube. Dalam pada itu perlu di ketahui jika kucing akan ia berhubung dengan cara mengiau, mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga dengan menggunakan isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan masih baru dijinakkan oleh manusia sebagai haiwan peliharaan (pets) walau pun sebenarnya masih banyak lagi kucing yang masih boleh hidup di kawasan liar dan selalunya akan membentuk satu koloni kecil dalam habitatnya. Hubungan manusia dan kucing sebagai haiwan manja dan comel menyebabkan kucing terus dipuja dalam dongengan dan legenda banyak tamadun didunia sejak zaman dahulu lagi. Dilaporkan di Malaysia dan nusantara dimana perkataan 'kucing' dipercayai ia berasal daripada perkataan 'kutiŋ' daripada rumpun Melayu-Polinesia Barat. Bagaimana pun ia di gelar dalam banyak nama di seluruh dunia tetapi yang pasti adalah 'Cat'.


Para saintis menyatakan jika kucing 
liar Afrika (Felis silvestris lybica) dimana ia merupakan subspesies berdekatan dengan kucing domestik.Kucing domestik India. Dilapurkan 'Felis' ialah salah satu genus mamalia yang berkembang pesat yang berkongsi moyang yang sama iaitu ia hanya 10-15 juta tahun yang lalu dan merangkumi singa, harimau, kugar dan lain-lain lagi. Dalam keluarga felis ini ada termasuk haiwan kucing domestik (Felis catus) iaitu ia adalah sebahagian daripada genus Felis yang merupakan kumpulan kucing kecil yang mengandungi kira-kira 7 spesis (bergantung kepada cara klasifikasi). Ahli-ahli genus mendapati di seluruh dunia dimana ia merangkumi Kucing Hutan (Felis chaus) di Asia Tenggara, Kucing Liar Eropah (Felis silvestris silvestris), Kucing Liar Afrika (Felis silvestris lybica), Kucing Gunung China (Felis silvestris bieti) dan Kucing Pasir Arab (Felis margarita) serta lain-lain spesis lagi. Apa pun kucing domestik pertama kali diklasifikasikan sebagai Felis catus oleh Carl Linnaeus dalam edisi ke-10 Systema Naturae yang diterbitkan pada tahun 1758 dimana ia adalah filogenetik moden iaitu kucing domestik biasanya dianggap sebagai satu lagi subspesies liar iaitu jenis Felis silvestris. Perkara ini telah menyebabkan penggunaan campuran terma kerana kucing domestik boleh dipanggil dengan nama subspesies Felis silvestris catus. Kucing liar juga telah dirujuk sebagai pelbagai subspesies Felis catus tetapi pada tahun 2003, Suruhanjaya Antarabangsa Tatanama Zoologi menetapkan nama untuk kucing liar sebagai Felis silvestris sahaja. Nama yang paling biasa digunakan untuk kucing domestik masih kekal Felis catus berikutan konvensyen untuk haiwan jenis ternakan menggunakan sinonim yang paling awal (kanan) yang dicadangkan. Ada kala kucing domestik dipanggil Felis domesticus atau Felis domestica tetapi ini bukanlah nama-nama taksonomi sah.  


Menarik mengetahuk dimana b
erbanding anjing haiwan kucing tidak menjalani perubahan besar semasa proses penjinakan lantaran bentuk dan tingkah laku kucing domestik tidak keterlaluan berlainan dengan kucing liar dan kucing domestik mampu hidup di hutan. Kucing rumah yang dijinakkan dengan sepenuhnya sering dibiakkan dengan populasi liar Felis catus dimana dengan evolusi terbatas semasa penjinakan bermakna penghibridan boleh berlaku dengan banyak di antara felid lain terutamanya harimau kucing Asia. Beberapa tingkah laku semula jadi dan ciri-ciri kucing liar barangkali telah meyesuaikan mereka untuk dijinakkan sebagai haiwan kesayangan. Ciri-ciri ini termasuk saiz mereka kecil, bersifat sosial, bahasa badan yang jelas, minat bermain dan kecerdasan yang tinggi. Beberapa spesies felis kecil barangkali mempunyai kecenderungan semula jadi ke arah penjinakan. Dilaporkaan dimana haiwan kucing boleh mempunyai hubungan yang mutualistik atau manja dengan manusia setelah ia dijinakkan. Baka kucing dari baka yang baik dimana ia jenis kucing yang keturunannya diiktiraf cirinya oleh pihak tertentu seperti organisasi persatuan-persatuan dan seumpamanya. Lazimnya kebanyakan baka kucing keturunan berkualiti baik akan di dandan dan selalu ia di hiaskan untuk memasukki beberapa pertandigan haiwan kucing dan pihak pengadil akan memilih kucing terbaik berdasarkan kepada skema markah pertandingan. Kucing baka kacukan yang tidak dicatatkan keturunan dari baka bercampuran boleh merujuk kepada kucing domestik berambut panjang atau berambut pendek, mengikut jenis kot, atau lebih sebagai rawak santun, moggies atau ada ciri sangat menarik.


Mengetahui bagaimana k
ucing sentiasa akan memelihara suhu badan atau haba dengan mengurangkan aliran darah ke kulit mereka dimana selalunya jika berlaku kehilangan haba ia hanya disebabkan oleh penyejatan melalui mulut mereka saja. Kucing mempunyai keupayaan berpeluh minimum iaitu  dengan kelenjar yang terletak terutamanya di pad kaki haiwan untuk melegakan haba hanya pada suhu yang sangat tinggi. Suhu badan kucing tidak berbeza sepanjang hari dan faktur ini adalah sebahagian daripada kekurangannya sebab haiwan kucing cenderung untuk aktif kedua-dua di siang hari dan pada waktu malam. Najis kucing adalah agak kering dan air kencing kucing dilaporkan memang ia amat pekat. Ciri ini adalah disesuaikan dengan bertujuan menyesuaikan untuk seterusnya membolehkan kucing untuk mengekalkan air dalam badannya sebanyak mungkin. Buah pinggang kucing adalah sangat cekap dimna selalunya kucing boleh hidup pada diet hanya terdiri daripada daging dan diambil tanpa ada air tambahan. Kucing juga boleh menyahhidrat semula dengan minum air laut. Dilaporkan jika kucing domestik memang ia boleh berenang walau pun secara umumnya kucing memang ia tidak berminat untuk memasuk kedalam air kerana ia cepat membawa kepada keletihan. Sebenarnya kucing ialah jenis haiwan kategori karnivor obligat dimana ciri fisiologi kucing telah berkembang dengan cekap memproses atau mencerna makana seperti daging akan tetapi sebenarnya kucing akan menghadapi kesukaran dalam mencerna bahan tumbuhan. Berbeza dengan omnivor lain seperti tikus yang hanya mana tikus memerlukan kira-kira 4% protein dalam dietnya iaitu kira-kira 20% daripada diet kucing mesti mengandungi protein. Perut kucing adalah sangat luar biasa dimana ia bergantung kepada bekalan asid amino arginina yang keluar berterusan dimana pemakanan kucing yang kekurangan arginina boleh menyebabkan penurunan berat badan yang nyata dan boleh membawa maut dengan cepat. Satu lagi ciri yang luar biasa ialah kucing tidak dapat menghasilkan bahan taurina dimana kekurangan taurina menyebabkan degenerasi makula iaitu keadaan dimana retina mata kucing perlahan-lahan merosot dimana kes ini menyebabkan buta yang tidak dapat dipulihkan. Apa pun sistem penghadaman atau saluran gastrousus kucing disesuaikan dengan makan daging yang ukurannya adalah ia lebih pendek daripada yang omnivor dan mempunyai tahap rendah beberapa enzim pencernaan yang diperlukan untuk mencerna karbohidrat. Ciri-ciri ini hadkan keupayaan kucing untuk mencerna dan menggunakan nutrien tumbuhan yang dimanan serta asid lemak tertentu. Makanan kucing adalah berasaskan daging tetapi kini sudah ada beberapa makanan kucing vegetarian atau vegan telah dipasarkan yang ditambah dengan taurina sintetik dan nutrien lain. Ada kes dimana terdapat kucing makan rumput sekali-sekala. Inii berlaku kerana kucing menggunakan rumput sebagai sumber asid folik dan untuk membekalkan serat pemakanan Artikel ini di tulis dalam lima segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai untuk di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
HAIWAN KUCING... RAMAI ORANG SUKA...

BERBUNYI MANJA...SENANG DI PELIHARA...
BERBAGAI JENIS... KOMBINASI WARNA...
ADA YANG MAHAL...BELA YANG PERCUMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Zulhijjan 1446H).

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1446H...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...