Bagi penulis blog yang sudah menulis puluhan artikel mengenai pertanian organik dimana ia boleh di baca dengan pautan (Sila klik disini), (SIla klik disini), (Sila Klik DIsini) dan banyak lagi wajar membincangkan isu ini. Apa pun memang pertanian organik bukan lagi isu baharu di Malaysia akan tetapi sambutan terhadapnya agak suram sejak akhir ini.Isu dan status pertanian organik ini turun naik atau tenggelam timbul mengikut keadaan dan ia pernah hangat diutarakan bermula pada sekitar tahun 2001. Apa pun sehinggakan pernah diberi bajet atau peruntukan khas telah disediakan oleh pihak kerajaan khusus kepada petani organik pada Rancangan Malaysia ke-8 (2001-2005) dan dalam beberapa RMK lagi. Mungkin minat orang ramai atau pengguna terhadap produk-produk organik di Malaysia masih belum mencapai tahap yang di harapkan. Mungkin juga isu kurang kesedaran dan mungkin ia disebabkan oleh tiada kesinambungan terhadap inisiatif dair semua pihak juga. Bagi penulis plog dimana pertanian organik kelihatan semakin hambar sahaja saban tahun kecuali jika ada kempen berkaitan dengannya di lakukan. Hanya beberapa orang petani sahaja yang konsisten dan dia yang betul-betul berminat dengan tahap fanatik yang meneruskan pertanian organik. Penulis blog menyemak juga jika isu pertanian organik kurang di tekankan di dalam Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 (DAN) dan ia sebaliknya fokus diberikan kepada pensijilan MyGAP dan kemudian beberapa konsep pertanian lain. Apa pun dilihat dimana tahap kesedaran oleh kalangan masyarakat terhadap produk organik semakin meningkat setiap tahun di Malaysia terutama di kawasan bandar yang ada penggunanya. Jika dahulu banyak produk organik adalah sinonim untuk pesakit kanser sahaja akan tetapi pada masaini dilaporkan apabila ada kesedaran bagi pengguna terhadap faktor keselamatan pemakanan serta gaya hidup sihat ia dilihat semakin menjadi perhatian ramai.
Pada penulis blog dimana dilihat tahap kesedaran ini secara tidak langsung telah mendorong pengguna bertukar pola pemakanan mereka iaitu ada yang sudah pun beralih kepada sumber makanan yang berkualiti dan sihat seperti sayuran dan buah-buahan organik yang ada logo organik. Kalangan pengguna juga semakin sedar akan isu-isu keburukan hasil pertanian konvensional dan komersial sedia ada di jual yang mungkin ia dicemari atau dihasilkan dengan menggunakan racun dan baja kimia atau bahan sintetik yang berlebihan oleh petani. Apa pun selalunya produk pertanian organik atau bebas baja dan racun kimia semakin mendapat tempat dan permintaan dari kalangan penggemar organik serta pengguna khusus yang faham mengenainya walau pun ada dakwaan ia selalu di jual dengan harga lebih tinggi daripada produk bukan organik. Sudah banyak usaha kerajaan bagi mempromosikan pertanian organik melalui akredetasi pensijilan sejak tahun 2003 sehingga kini (melalui persijilan MyOrganik) dimana selalunya selepas kempen ia akan turut disambut baik oleh petani dan pengusaha ladang. Bagaimana pun selepas kesan kempen itu berkurang dan tidak terdapat kesinambungan belakan produk organik di pasaran maka pengguna akan upa kembali tentangnya. Apa pun secara teorinya dimana pengguna dilihat mereka sanggup bertukar dari produk pertanian konvensional kepada produk pertanian yang bebas bahan kimia di Malaysia. Penelitian ini turut ianya boleh membuatkan fenomena kewujudan restoran makanan organik dan beberapa buah pengilang produk berasaskan sumber makanan organikyang semakin meningkat mendadak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ada masa jika beberapa produk bertaraf produk pertanian organik mendapat tempat di kalangan pengusaha dan peruncit dengan wujudnya kedai-kedai khas mahupun seksyen khas organik yang boleh didapati di pasaraya besar seperti Aeon Big dan Giant Big terutaa di kawasan penduduk pesat dan padat serta pengguna mempunyai kuasa membeli yang kukuh. Kalau rajin boleh google dimana sudah ada kedai khas organik juga semakin banyak dibangunkan seperti BMS Organik, Justlife dan lain-lain lagi. Status terkini dimana aktiviti penjualan produk organik secara online juga kelihatan semakin bertambah.
Sebenarnya walaupun permintaan dari pengguna semakin meningkat, harga organik masih kekal tinggi berbanding konvensional. Masalah yang sering timbul sehingga kini adalah perbezaan harga produk organik yang boleh mencecah sehingga tiga kali ganda berbanding konvensional. Isu ini ia juga mungkin disebabkan oleh kurangnya pengeluaran produk organik dari dalam pasaran dan negara yang lebih fokus kepada pengeluaran secara konvensional dimana hasilnya lebih cepat dan banyak dan petani dilaporkan akan lebih untung. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan ada pengeluar dan pengusaha mengambil kesempatan dengan memalsukan logo sijil organik semata-mata untuk mendapatkan harga premium. Isu seperti aktiviti pemantauan dari segi pensijilan juga sering ianya akan dipersoalkan sehinggakan banyak produk organik disalahguna oleh pengusaha bukan organik. Kadar permintaan produk ini yang semakin meningkat dari pengguna juga menyebabkan ia tidak dapat dipenuhi diperingkat nasional dimana isu ini dilihat ia boleh menyebabkan Malaysia terpaksa mengimport produk organik dari luar negara seperti Australia dan New Zealand. Tinjauan penulis blog di beberapa pasaraya ternama yang ada menjua produk organik import ia sekaligus akan menyumbang kepada peningkatan harga produk organik. Akibatnya maka akan hanya ada golongan pengguna yang berkemampuan lebih cenderung untuk mendapatkan produk organik import ini berbanding produk organik tempatan. Masih ada isu seperti isu bagaimanakah untuk menstabilkan harga produk organik di Malaysia agar semua masyarakat boleh menikmati produk organik dengan stabil. Mungkin perlu di atur beberapa strategi atau langkah-langkah yang boleh diambil untuk menurunkan harga produk organik agar rakyat biasa yang mula sedar potensi khasiat organik serta lebih berupaya membelinya. Apa pun penulis blog fikir jika salah satu cara yang mungkin boleh diambilkira adalah dengan meningkatkan pengeluaran organik diperingkat nasional dengan kuantiti dan kualiti terjamin. Secara teorinya jika jumlah pengeluaran memenuhi atau melebihi permintaan maka akhirnya secara tidak langsung harga barangan produk organin ini akan dapat dikawal. Cara ini mungkin boleh diaplikasi kepada produk organik dimana kerajaan boleh menggalakkan petani untuk beralih kepada kaedah penanaman dalam pertanian organik.
Dari beberapa tinjauan dan laporan di lapangan yang penulisblog lakukan dimana ada isu bagaimanakah cara untuk menggalakkan petani berubah kepada pertanian organik di Malaysia. Lapran kajian yang pernah di jelaskan semasa pembentanian seminar pertanian organim menyatakan ada beberapa faktor yang mempengaruhi petani Malaysia dalam menjalankan pertanian secara organik. Pihak Fakulti Pertanian diUPM dalam kertas pembentangannya pada tahun 2019 telah mendapati iaitu bahawa antara faktor besar yang menyumbang kepada isu pengusaha Malaysia menjalankan ladang organik adalah kesediaan yang tinggi untuk menjaga kualiti makanan dan kesihatan serta minat yang mendalam terhadap keselamatan makanan yang diambil. Perlu ada tahap kesedaran dari pihak petani dimana mereka perlu mentingkatkannya agar mereka sedar akan bahaya penggunaan racun yang berlebihan terhadap kesihatan tubuh badan dimana kes ini ia tidak kira samada kepada petani itu sendiri mahupun kepada keluarga dan masyarakat. Merujuk laporan kes di Jabatan Pertanian Malaysia menunjukkan jumlah ladang yang telah diakredetasi dengan pensijilan MyOrganik adalah sebanyak 230 ladang sehingga pertengahan tahun 2019 diman data ini ia sekaligus menggambarkan potensi besar untuk menarik lebih ramai petani untuk mengusahakan ladang organik. Pihak kerajaan mungkin boleh mengembalikan insentif yang telah disediakan sebelum ini kepada petani yang baharu atau yang akan mengusahakan organik agar kelangsungan industri organik ini dapat diteruskan. APa pun jika sebelum ini pemberian insentif dalam bentuk infrastruktur diberikan kepada petani organik dimana ia mungkin kali ini boleh juga diteruskan atau diberikan dalam bentuk subsidi, keringanan cukai tanah (TOL) dan lain-lain lagi. Kes pemberian insentif ini mampu mengurangkan kos pengeluaran pengusaha dan seterusnya mengurangkan harga produk organik di pasaran. Kerajaan juga harus memainkan peranan dengan mempergiatkan pemantauan terhadap produk yang telah diakreditasikan. Faktur lain yang juga amat penting adalah aktiviti pemantuan dimana ia seharusnya dijalankan pada kawalan harga dan produk pertanian yang menggunakan logo MyOrganik. Kawalan berterusan di segenap peringkat (ladang dan pasaran) dapat menghilangkan keraguan orang ramai terhadap produk hasil pertanian organik bagi mengelak eksploitasi dan penyalahgunaan logo. Perlu ada juga usaha lain yang boleh dijalankan bagi mengurangkan impak harga produk organik ke atas pengguna adalah pengguna itu sendiri cuba untuk bercucuk tanam. Walau pun sentiasa ada inisiatif yang dijalankan oleh komuniti dalam agenda mendidik kepada pengguna untuk menghasilkan tanaman makanan sendiri mahupun penghasilan baja dan racun organik sendiri. Ini adalah salah satu langkah bijak yang patut diambil oleh setiap pengguna bagi memastikan makanan yang diambil adalah dijamin bebas racun dan berkualiti. Dalam aspek permakanan dimana selalunya apa yang dimakan dapat mencerminkan kesihatan seseorang dan penting menjaga kesihatan yang bermula dari sumber yang dimakan. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga ia berikan manafaat kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.