Sembang kisah 'Saudagar palas utara' yang berada di Padang Terap, Kedah menarik kisahnya. Kegunaan daun palas untuk bungkusan ketupat di kawasan utara bagaikan satu kemestian tetapi pokok palas sukar diperoleh kerana tumbuh liar dalam hutan. Bagaimanapun bagi Mohd Isa (35) dari Kampung Pong Manis, Mukim Tekai Kanan sudah menjadi pembekal utama daun palas di kawasan utara berikutan pohon itu tumbuh di kawasan kebun getahnya seluas lima hektar. Dakwanya dimana pokok palas atau nama santifiknya Licuala grandis hanya tumbuh beberapa pokok saja di kebun getahnya yang terletak tiga kilometer dari rumahnya tetapi semakin banyak terutama selepas bapanya dulu menabur biji buah pokok itu di sekitar kebun dan ia tumbuh dengan banyak antara pokok getah yang kini dianggarkan terdapat ribuan pokok palas di kebun ini. Apa yang menariknya pokok ini tidak memerlukan penjagaan rapi asalkan berada di kawasan lembap seperti di kebun getah. Kini setiap kali hari raya dia membekalkan 10,000 pucuk daun palas di negeri ini termasuk Perlis dan Pulau Pinang yang kerjanya juga seorang penoreh getah. KAlau setiap pucuk daun palas itu dijual antara 80 sen hingga RM1 bergantung kepada saiz dimana daun palas yang lebih dikenali sebagai daun palas minyak itu ada kelebihan yang tersendiri iaitu lebih lebar, nipis, mudah dibentuk selain tidak mudah pecah menjadikannya sentiasa mendapat sambutan. Katanya kalau dulu ia dijual murah tidak sampai 40 sen sepucuk namun sejak enam tahun lalu harganya naik berikutan pokoknya semakin sukar ditemui. Dia bersyukur kerana bapa saya meluaskan tanaman ini di kebun getah kami, malah ia menjadi pendapatan sampingan saya terutama Aidilfitri. Selalunya pada musim perayaan ini dia berhenti menoreh getah bagi memberi tumpuan mengambil daun palas. Katanya pendapatan sebagai penoreh getah hanya cukup makan iaitu kira-kira RM500 sebulan, dengan adanya bekalan daun palas dapatlah saya dan keluarga menampung perbelanjaan untuk menyambut hari raya dengan lebih meriah. Selain musim perayaan dia turut menerima tempahan bagi membekalkan daun itu dengan tempahan melebihi 200 pucuk sehari.
Menarik kisah bagaimana 'Hasan mencari rezeki dengan daun palas' yang sesuai di kongsikan faktanya. Media laporkan jika di Kuantan setiap kali ketibaan Ramadan memberi rezeki tambahan kepada Hasan iaitu seorang lelaki yang mencari daun palas sebagai usaha untuk menambah tambahan memandangkan ia mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pembuat ketupat. Dia mencari daun palas bukan mudah kerana pokok ini hanya tumbuh jauh di dalam hutan yang berpaya iaitu selalunya daun palas kini ia semakin sukar ditemui di kawasan tepi hutan. Dia perlu untuk berjalan meredah belukar yang jauh untuk mencari pokok palas dimana pada setiap hari dia akan mengambil masa antara lima hingga tujuh jam untuk memperoleh sekitar 500 hingga 800 pucuk palas jenis Palas Minyak. Walau pun ramai masyarakat kata dimana mereka beranggapan mudah namun hakikatnya sangat memenatkan diman dia terpaksa memikul daun palas dengan berjalan untuk membawanya keluar dari hutan. Memeng ada risiko dicucuk duri palas yang sangat tajam serta habuk daun palas yang boleh menjadikan tubuh kita gatal dan ancaman haiwan liar dan serangga. Daun palas minyak yang diperoleh kebanyakannya sudah ditempah pelanggan dan dia menjualnya dengan harga RM25 untuk 100 batang pucuk palas. Apa pun selain pelanggan tempatan sekitar Kuantan dimana daun palasnya juga mendapat permintaan daripada pelanggan di Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Melaka. Kalangan pelanggan sekitar Kuantan kini akan dihantar dengan harga yang sama manakala pelanggan luar negeri akan di poskan tanpa mengenakan caj tambahan jika kuantitinya banyak. Daun palas yang dijual dilaporkan yang ia boleh bertahan lama sehingga sebulan kerana ia dibungkus rapi serta terdedah dengan cahaya matahari.
Portal lain laporkan dimana 'Rezeki asnaf, ibu tunggal ambil upah tempahan ketupat palas' di Tanah Merah, Kelantan wajar dicontohi. Media laporkan dimana para penduduk Kampung Bukit Gading, Tanah Merah akan menyiapkan lebih satu juta tempahan ketupat palas setiap kali tiba sambutan Hari Raya. Ada seramai 25 penduduk terdiri daripada golongan asnaf dan ibu tunggal menerima upah untuk menyiapkan tempahan berkenaan. Mereka yang mengambil upah membungkus ketupat palas ini dibayar secara harian dan jumlah ketupat yang dibungkus bergantung kepada kepantasan dan kecepatan setiap individu. Tempahan ketupat palas sejuk beku ini mula dibuka pada awal Januari lalu dan sebanyak 5,000 hingga 6,000 biji ketupat disiapkan sehari. Ketika memasuki Ramadan maka proses pembuatan mencecah 10,000 biji sehari disebabkan ketupat palas sejuk beku ini akan dihantar kepada setiap ejen di seluruh negara. Selalunya seawal jam 5 pagi selepas bersahur maka segala kelengkapan untuk memproses ketupat dilakukan termasuk memesin kelapa dan merendam beras pulut sebelum ianya dikukus. Setelah semuanya siap, proses membungkus ketupat dilakukan seawal jam 7 pagi sehingga 2 petang. Proses agak sukar sepanjang menyiapkan ketupat palas ialah mengarun pulut supaya ia masak serata selain proses membungkusnya yang mengambil masa lama. Biasanya untuk mendapatkan bekalan daun palas dia akan mengupah penduduk kampung untuk mencari di kawasan hutan berdekatan. Bagi memenuhi selera perantau, saya menyediakan lapan jenis ketupat palas iaitu lemak, manis, kacang, jagung, pulut hitam, serunding daging, serunding ayam dan serunding ikan. Kini mereka memang tidak menang tangan menerima tempahan dan dijangka lebih sejuta biji ketupat palas sejuk beku akan dihantar kepada pelanggan, tidak termasuk tempahan untuk rumah terbuka pada Hari Raya Aidilfitri saban tahun.
Dalam NSTP di laporkan kisah menarik bertajuk 'Ketupat palas jantung hatiku laris menjelang Aidiladha' untuk disembangkan juga. Bagi nenek bernama Ruslina Abdul Rahman (60) membuat ketupat palas jantung adalah kemahiran yang dia punya. Selalunya apabila menjelang Aidiladha yang berbaki dua minggu lagi, pengusaha ketupat palas jantung hatiku tidak menang tangan untuk menyiapkan tempahan pelanggan. Nama di berikan adalah 'Ketupat jantung hatiku' yang mana ia diusahakan sejak 40 tahun lalu itu sentiasa akan mendapat sambutan apabila tampil dalam bentuk yang berbeza berbanding ketupat palas lain. Dakwanya sejak beberapa minggu lalu dia yang dibantu anaknya memang mereka sibuk menyiapkan tempahan pelanggan dari pelbagai daerah termasuk luar Kelantan. Ada empat jenis ketupat dihasilkannya iaitu ketupat lemak, manis, pulut hitam dan serunding dengan harga serendah RM1 sebiji sehingga RM1.40 sebiji. Tambahnya lagi walau pun bentuk ketupat yang diberi nama jantung hatiku ini adalah idea daripada arwah ibu sejak 40 tahun lalu dan sehingga kini saya hanya membuat ketupat bentuk ini sahaja. Resepi sama sebagaimana ketupat lain dan menggunakan daun palas yang sama, cuma yang mampu bagi membezakan adalah bentuk sahaja. Kini disebabkan bentuk yang berbeza, ketupat ini sentiasa mendapat sambutan sehingga ke Lembah Klang yang tinggal di Kampung Bukit Kecik, Melor, Kota Bharu. Dia menerima tempahan sehingga lebih 3,000 biji dan menyifatkan sambutan menggalakkan setiap kali perayaan sama ada Aidiladha mahupun Aidilfitri. Apa pun dia tidak mempunyai pekerja dan hanya anak saya sahaja yang membantu setiap hari dan akan buat mengikut kemampuan. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna untuk pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
Posted from:
Taman Desaru Utama,
Kota Tinggi, Johor.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.