Belajar dan ilmu mengenai Sains Tanah amat luas dimana asasnya jenis tanah boleh dibahagikan kepada lima kumpulan iaitu ia dibahagikan mengikut terma dan spesifikasi yang biasa digunakan oleh pekebun dan petani. Bagi penulis blog mendapati dimana ada lima jenis tanah ini adalah campuran tiga jenis zarah batu yang dihasilkan oleh hakisan iaitu zarah-zarah ini adalah Tanah Liat, Tanah kelodak dan Tanah Pasir yang berkait dengan Tanah Lumpur. Umumnya boleh di katakan yang lumpur ini selalu berada sebagai jenis tanah lembap yang berbagai jenis asas terbentuknya lumpur. Tanah dikaitkan dengan jenis tanah yang terdiri daripada organisma yang mereput dimana dalam proses tersebut akan ada organisma dan mikroorganisma berkumpul yang memperbaiki keadaan untuk sesuai di jadikan tanah boleh di gunakan bercucuk tanam dalam sektor pertanian. Tanah yang subur selalunya aia mengandungi hidopan didalam nys termasuk cacing tanah di tanah lembap dimana didalam lumpur jarang ia dapat hidup terutama apabila tanah lumpur tersebut sudah kering dan keras pula. Bukan sahaja organsima tidak dapat hidup didalam lumpur kering malahan tumbuhan juga tidak dapat hidup diatas tanah lumpur kering. Apa pagi jika lumpur kering tersebut memang tidak mengandungi bahan organik yang di perlukan untuk kesuburan tanaman. Tanah ini akan mengering menjadi keras sehingga ia MEREKAH (Sila lihat foto disebelah). Apa pun selalunya keberadaan haiwan cacing yang bertanggungjawab membuat lubang dalam tanah untuk membolehkan tanah menjadi subur dan mampu mengumpul air dan mineral sebanyak mungkin menjadikan tahap kesuburannya. Memang tanah sawah di kawasan tanaman padi selepas di bajak seakan menjadi tanah lumpur sehingga sesuai untuk dibuat penanaman padi sawah. Menarik di Sekinchan, Selangor apabila Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan dijangka diperluaskan ke seluruh kawasan penanaman padi di seluruh negara berikutan projek rintis yang dilaksanakan berjaya memberi hasil tuaian tanaman padi yang amat memberangsangkan. Media BH laporkan dimana amalan pertanian berhasil tinggi yang dilancarkan pada Mei 2023 telah berjaya menyaksikan salah satu kawasan perintis penanaman padi mampu meningkatkan hasil pengeluaran daripada 7mt/ha tan metrik per hektar kepada 10.45 mt/ha (Sila lihat foto paling bawah sekali).
Menarik kisah mengenai 'Misteri lumpur bebuak' dalam portal bharian.com untuk d kongsikan. Kisah menarik daripada Limbang, Sarawak dimana tanah lumpur yang cirinya licin, likat dan suam. Itu gambaran keadaan lumpur bebuak yang terkenal di Kampung Meritam amat unik. Penulis blog sebenarnya pernah kelokasi ini pada tahun 1996 semasa bertugas di Jabatan Pertanian Sarawak dulu. Kini lokasi ini sudah menjadi tumpuan pengunjung kerana kes ini dikatakan mampu menjadi rawtan terapi dan merawat penyakit kulit. Walaupun tiada kajian saintifik dilakukan akan tetapi kalangan pengunjung percaya kawah lumpur di kawasan seluas empat hektar di kampung yang terletak 50 minit perjalanan dari bandar Limbang itu mempunyai khasiatnya tersendiri. Tanah Lumpur yang biasanya wujud di kawasan gunung berapi itu dikatakan wujud di kampung berkenaan sejak ratusan tahun lalu namun sehingga kini tiada fakta jelas mengenainya. Apa pun dilaporkan yang ketika ini ada lebih 40 kawah lumpur yang aktif pelbagai saiz antara satu ke dua meter berada di tapak lumpur bebuak. Bagi kawah besar, ia mampu menempatkan 10 hingga 20 individu dalam satu masa. Menurut Ketua Kampung Meritam En Mahmud Gampal dakwa dimana sehingga kini tiada siapa tahu bagaimana kawah lumpur berkenaan boleh muncul kerana ada versi mendakwa ia berpunca dari air laut akibat banjir, malah ada mendakwa pernah berlaku gegaran di kampung berkenaan sehingga terbentuknya kawah. Ciri atau sifatnya yang sering meletus dan menghasilkan bunyi pelik menyebabkan penduduk tempatan menggelarkan lumpur ajaib itu sebagai lumpur bebuak. Kes kawah lumpur bermula dengan terbentuknya busut sebelum meletus dan mengeluarkan bunyi seakan-akan cecair likat yang membuak-buak. Kejadian sama berulang beberapa minit kemudian. Selepas beberapa hari, ia akan menghasilkan kawah besar dipenuhi lumpur kehitaman yang likat, licin dan suam. Tanah dikawasan itu sentiasa becak tanpa mengira keadaan cuaca sama ada kemarau atau musim hujan. Kemudian selalunya selepas beberapa minggu, kawah bebuak ini akan kering dan menjadi seperti pasir atau digelar buta. Namun, ia bukan pengakhiran kerana akan ada kawah baru muncul di kawasan itu. Kawah lumpur bebuak ini berpindah-pindah dan ada satu ke dua kawah muncul di hutan milik tanah persendirian di kampung ini, tetapi ia tidak dikomersialkan. menyentuh mengenai ciri-ciri lumpur bebuak ini, Mahmud berkata, rasanya agak masin dan teksturnya yang licin memang sesuai untuk dilumur satu badan sebagai ‘masker’, malah dikatakan boleh menjadi terapi untuk menenangkan minda. Lumpur disini tidak berdasar kerana apabila berada dalam kawah, pengunjung seakan-akan terapung seperti berada di laut mati. Dilaporkan ada banyak misteri mengenai kewujudan lumpur ini yang belum terungkai termasuk keberkesanannya merawat penyakit. Ada penduduk mendakwa mempunyai pengalaman tersendiri apabila lumpur panas berkenaan dikatakan boleh mengurangkan rasa gatal kulit apabila disapu berulang-kali. Keunikan lumpur bebuak ini menjadikan Kampung Meritam lokasi tarikan pelancong terutamanya dari Brunei yang ingin merasai pengalaman berendam dalam lumpur.
Bagi penulis blog kehebatan tanah lumpur semakin di ketahui umum terutama dalam bisness komestik. Dilaporkan dimana media laporkan 'Rahsia dan khasiat di sebalik rawatan lumpur' untuk dikongsikan. Banyak kajian dilakukan dimana rawatan lumpur miliki pelbagai manfaat untuk kecantikan dan juga penyembuhan tubuh. Lazimnya produk pupur sudah lama menjadi bahan yang mesti ada bagi rutin kecantikan individu dimana pinsip asas mengenakan pupur bertujuan memisahkan udara dan pencemaran daripada kulit buat sementara waktu, justeru ia perlu diratakan ke seluruh wajah dalam tempoh tertentu. Apa pun kandungan air yang tinggi dalam pupur yang berfungsi menembusi lapisan epidermis kulit iaitu ia sekali gus membantu melembutkan tekstur dan meningkatkan tahap keanjalannya. Adalah disarankan mesti ada dalam rutin kecantikan dan wajar dilakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk berfungsi dengan baik. Dilaporkan yang bahan mineral didalam lumpur berupaya untuk mempertingkatkan kecantikan dan kesihatan tubuh. Di Spa dimana selalunya ada pelbagai jenis pupur dan diantaranya pupur lumpur yang mengandungi bahan organik di dalamnya. Pupur lumpur terdiri daripada tanah, debu, tanah liat dan air yang kaya dengan vitamin serta mineral dimana ini akan menjadikan ia sesuai dengan banyak jenis kulit orang atau manusia. Kalangan orang ramai masih banyak yang mengatakan lumpur kotor dan menjijikkan tetapi ia ternyata lumpur memiliki banyak manfaat tersendiri bagi dunia kecantikan dan kesihatan. Oleh itu bagi penulis blog tahu jika tidak hairan kini banyak salun kecantikan menyediakan perawatan pupur menggunakan bahan berasaskan lumpur. Apa yang penting dimana bukan sebarang lumpur kecuali dari Laut Mati atau yang berasal dari gunung berapi yang kaya dengan mineral. Sebenarnya setiap lumpur memiliki manfaat berbeza mengikut lokasi seperti dari dalam laut atau gunung berapi, boleh dimanfaatkan bagi fungsi kecantikan atau untuk unsur penyembuhan tubuh. Kini dalam dunia kecantikan, lumpur digemari kerana sifatnya yang kering dan mengeras apabila digunakan. Selepas dipupur dan dibersihkan maka kulit wajah ketara terasa segar. Menurut seorang ahli dermatologi dari Amerika, Dr. Makala Anders ada mengatakan jika bahan mineral yang terkandung di dalam lumpur dapat stimulasi sel kulit sehingga kulit menjadi bercahaya sehingga ada pelanggan yang rela mandi dengan lumpur demi alasan kecantikan. Pupur lumpur juga dikatakan adalah sebagau pelembap wajah semula jadi yang membuat kulit terasa lebih anjal dan sihat. Kandungan di dalam lumpur menyerap hingga ke pori-pori kulit dan membuat wajah tidak berminyak. Lazimnya apabila lumpur digunakan sebagai pupur maka ia dengan perlahan-lahan teksturnya akan mengering sehingga mudah untuk ditanggalkan. Saat itulah lumpur akan mengelupas sel kulit mati sehingga kulit menjadi lebih cerah diana kajian mendapati jika manfaat lain lumpur ialah dapat membantu mengurangi noda kemerahan pada wajah. Penting untuk mengetahui apakah dia lumpur terbaik dimana ada laporan iaitu dalam kebanyakan pupur lumpur dimana Lumpur Laut Mati antara terbaik di dunia. Kandungan mineral yang tinggi termasuk magnesium, kalsium dan sisa organik iaitu bahan daripada tumbuh-tumbuhan antara punca utama ia berwarna hitam pekat. Lumpur ini sungguhpun ia dikatakan agak berbau kurang enak tetapi manfaatnya kepada aktiviti peningkatan oksigen dalam sel kulit menjadikan ia antara lumpur termahal di dunia.
Jenis pupur lumpur dari Multani Mitti dari negara India pula sering dimanfaatkan orang ramai untuk menyejukkan kulit, khususnya dalam musim panas. Sensasi sejuk itu juga sebab ia popular sebagai bahan dalam pupur wajah. Lumpur jenis penyembuhan yang memiliki fungsi mengeluarkan racun dalam kulit dimana bahan ini boleh didapati di Wilayah Moor Austria juga. Apa yang lebih menarik dimana jenis lumpur di sini dikatakan tidak berbau, besar kemungkinan kerana ia terhasil daripada gambut Austria yang memiliki ekstrak pelbagai jenis pokok dan tumbuhan. Dilaporkan juga jika sejenis lumpur dari danau Great Salt di Utah, Amerika Syarikat antara lokasi digemari untuk berendam sambil memakai pupur lumpur di dalamnya. Kajian saintis mendapati jika air di tasek ini adalah ia lebih likat sehingga sepuluh kali lebih pekat daripada air laut biasa, antara tanda ia memiliki garamnya tinggi dimana kes ini ia sekali gus berupaya merawat penyakit berkaitan kulit. Dalam pada itu ada Jenis Lumpur dari daerah Gunung Berapi Calistoga, California, USA pula amat sinonim dengan lokasi orang memanfaatkan pupur lumpur untuk dijadikan bahan proses penyembuhan tubuh termasuk meredakan sakit otot serta mampu dalam mengurangkan tekanan sendi dan memperhaluskan kulit. Dilaporkan dengan kombinasi dari tanah liat, tanah gambut dan air mineral dalam lumpur panas ini antara sebab tradisi mandi lumpur bukan sesuatu yang asing di Calistoga. Malah dilaporkan jika ia diamalkan sejak ratusan tahun oleh suku Indian Maya. Keunikan Calistoga kerana ia terbentuk dari serangkaian letusan gunung berapi dua hingga enam juta tahun lalu. Kombinasi air mineral dari mata air setempat serta abu vulkano dari Gunung St Helena antara komponen terbaik di dalamnya. Begitu juga pulau gunung berapi Ischia, Itali dimana ia juga dikatakan memiliki bahan mineral penting eperti Bajan Natrium (Na), Klorin (vl), kalium (K), Kalsium (Ca) dan Sulfur (S) yang memberi manfaat besar dalam mengubati sakit kulit dan kes atau masalah dalam pernafasan serta masalah pencernaan. Bagi penulis blog percaya dengan kenytaan saintis jika produk 'Pupur Lumpur' yang dipercayai diamalkan oleh kaum Romawi sejak 120 sebelum masihi. Ia dilaporkan mampu membantu untuk menyeimbangkan suhu kulit pada zon wajah, membuka liang roma untuk memudahkan pembersihan pori tersumbat. Bahan ini juga akan meningkatkan tahap metabolisme sel kulit dan menggalakkan rembesan kelenjar peluh agar ia dapat meningkatkan lagi kandungan oksigen pada kulit. Berikut adalah penjelasan mengenai lokasi lumpur terbaik dunia untuk digunakan dalam dunia komestik. Lumpur ini datang dariapada Lumpur Laut Mati di sempadan Jordan, Lumpur Moor, Lumpur Hungry, Lumpur gunung berapi Calistoga, California (USA), Lumpur Great Salt, Utah (USA), Lumpur Ischia (Itali) iaitu ia berada disekitar Teluk Napoli Itali, Lumpur Bad Wilsnack (Jerman) serta jenis Lumpur Multani Mitti (India). Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
LUMPUR KERING...MENJADI KERAS DIA...
BANYAK JENIS TANAMAN...TIDAK SUKA...
BANYAK PASIR, TANAH...AIR PUN ADA...
BANYAK KEGUNAAN... INDUSTRI BATA...
MEMBACA ARTIKEL... TERBUKA MINDA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Zulhijjah 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.