Mengenali rumput kerbau bagi penulis blog atau ia juga diberikan nama lain seperti nama Buffalo Grass, Jampang canggah, Rumput Pahit, Klamaran, caraabao Grass, Hilo grass, Sour grass, Herbe Sure, Mun Yin Chye, Laua-laua, Vailima, Kulape dan beberapa lagi memang mudah di jumpai. Rumput ini dengan nama saintifik Paspalum conjugatum merupakan sejenis rumput saka dengan tabiat pertumbuhan menjalar.. Batangnya tegak atau menaik dan biasanya membesar sehingga 40-80 cm tinggi. Daunnya ia berbentuk pisau pembedah sempit, rata dan nipis, bergerigi dimana ada pancang terbelah dua, terminal, langsing. Ciri pada spikelet adalah imbricate yang berwarna hijau pucat, plano-cembung. Ciri pada glumes kosong dengan rambut marginal yang panjang, lembut dan berwarena seakan putih. Bagaimana pun di Afrika dimana rumput ini menyediakan bahan ragut yang baik untuk lembu dan kuda dimana pengurusan yang baik adala ia diambil sebelum benihnya keluar. Dalam kes lain dilaporkan haiwan kucing dan anjing dikatakan sering memakan daun rumput ini sebagai pencahar.
Di Malaysia dan negara ASEAN lain dilaporkan rumput ini rumpai semula jadi lain telah digunakan sebagai tanaman penutup bumi di bawah tanaman pokok kopi dan koko untuk mengawal hakisan tanah. Penulis blog yang pernah bertugas di Sarawak dulu sempat meninjau kekawasan rumah panjang dimana kalangan orag Iban Borneo menggunakan air rebusan daun dalam rawatan luka dan kudis. Daalam kes lain dilaporkan di Papua New Guinea bahagian spikelet rumput ini akan dihancurkan digunakan untuk tujuan yang sama iaitu dengan merebus daun atau spikelet yang dihancurkan kenudian a digunakan dalam rawatan luka dan kudis. Ia mengandungi sebatian yang dikenali sebagai Glukosida hemostatik yang menggalakkan pembekuan darah yang lebih cepat. Ada dakwaan jika rebusan akar segar diambil secara dalaman untuk cirit-birit. Berbalik kegunaan lain di Afrika dimana bahagian daun digunakan untuk demam, atasi masaalah lemah badan,rawat masalah perut dan penyakit paru-paru. Bahagian akarnya juga digunakan untuk cirit-birit dan sakit perut lain sementara di Gabon pula ia ditumbuk dengan daun Desmodium salicifolium dan digunakan sebagai pemampat untuk lebam, terseliuh dan terkehel. Di Congo ada dakwaan dimana daun rumput kerbau ini digunakan bersama Macaranga sp dan Renealmia sp. dalam akktiviti budaya mandian wap untuk mengatasi masaalah demam. Di negara Cameroon pula hasil rebusan daun rumput ini dilembutkan dalam abu panas dan dikisar dalam air kemudian ia digunakan untuk disentri. Di Trinidad pula dimanainfusi daun digunakan untuk demam. Berbalik ke Malaysia ada laporan jika daun muda ditumbuk dan disapu sebagai tampal pada luka dan luka. Di Papua Barat, Equador dan Zaire dimana daunnya juga digunakan untuk penyembuhan luka dan rawat sakit kepala.

Dalam hmetro.com ada kisah dilaporkan 'Penternak perlu cerut rumput' sebab sudah tidak dapat bawa kerbau ke padang ragut lagi. bagi penternak iaitu Mohd Rizal (48) dimana dia tidak dapat membawa kerbaunya ke kawasan padang ragut berikutan paras air sungai yang tinggi. Kisah dari Kuala Berang ini dimana selalunya rutin membawa kerbau yang diternak menyeberangi sungai untuk ke kawasan pulau yang terdapat padang ragut terpaksa ditangguhkan sementara berikutan paras sungai meningkat. Haiwan kerbau yang dipeliharanya akan dibawa merentasi Sungai Telemong ke bahagian pulau di seberang sungai berkenaan untuk meragut rumput. Di pulau tidak berpenghuni itu kerbau bebas untuk meragut rumput dan tidak mengganggu tanaman serta kawasan perumahan penduduk. Apa pun kaedah atau cara menyeberangi sungai setiap pagi dan petang sudah dilakukan sejak sekian lama dan ketika hari biasa paras air sungai hanya pada paras satu meter. Rumput kerbau yang tumbuh di pulau itu antara yang subur yang baik untuk haiwan kerbaunya. Walau pun kerbau boleh berenang dan mudah untuk dibawa menyeberangi sungai namun apabila tibanya musim tengkujuh aktiviti menyeberangi sungai terpaksa dihentikan buat seketika. Kini paras air sungai boleh mencecah kedalaman lebih lima meter ditambah pula dengan arus yang deras dan ia amat berbahaya dan bagi mengelak kerbau dan lembu menceroboh kawasan rumah penduduk, dia mengambil pendekatan mengikat ternakannya itu di kawasan tinggi yang tidak berpenghuni. Dakwanya kawasan kampung itu memang merupakan antara lokasi tempat berlakunya banjir saban tahun, justeru hanya beberapa tempat yang tidak ditenggelami banjir maka tempat itu akan ditambat ternakan bagi mengelak berlakunya sebarang kejadian seperti ternakan mati akibat banjir. Kini oleh kerana tidak dapat membawa kerbaunya ke kawasan padang ragut berikutan paras sungai meningkat, dia terpaksa melakukan aktiviti 'mencerut' rumput sebelum diberi makan kepada kerbau yang ditambatnya di kawasan selamat dan bebas banjir. Risiko musim tengkujuh adalah ternakan tidak dapat diselamatkan sekiranya banjir datang secara mengejut. Dia ada membuat persiapan awal dengan kaedah menempatkan ternakan di kawasan tinggi dan selamat selain tidak mengganggu harta benda milik penduduk seperti tanaman. Menurut seorang lagi penternak Jusoh Ali (58) dakwa dimana kaedah mengalihkan ternakan lebih awal dapat mengurangkan kerugian sekiranya berlaku banjir. Hendah mengalih lembu kerbau yang dalam kurungan bukan mudah terutama apabila air mula melimpah dan ketika itu untuk mencari lokasi selamat juga sudah susah untuk menempatkan haiwan ternakan. Apa pun tindakan pindah awal amat berkesan bagi mengelak kerugian dan ternakan mati akibat lemas atau dibawa arus deras ketika banjir.
Dalam laporan lain bernama laporkan 'Cuaca panas: Penternak risau kerbau sering naik minyak' wajar dikongsikan infonya. Kisah baru dari Tanah Merah, Kelantan laporkan jika para penternak kerbau di Kelantan yang sedang menghadapi musim kemarau ketika ini, mulai resah apabila ternakan mereka dikatakan sering 'naik minyak' berikutan tempat berkubang haiwan itu kini mulai kering kontang. Bagi penternak Nik Yakob Awang (67) dakwa ketika ini beliau terpaksa mengerah tenaga mengambil air daripada kolam atau sungai setiap hari sebagai air untuk minuman dan memandikan dua ekor kerbau peliharaannya bagi mengelakkan haiwan itu terus kepanasan. Banyak rumput liatr termasuk rumput kerbau yang sudah kering menyebabkan lembunya juga menjadi kurus sebeb kurang makanan. Dakwanya haiwan itu perlu berkubang bagi menyejukkan suhu badannya dan sekiranya tiada lagi kawasan berair atau tempat berkubang, ia akan kepanasan seterusnya mengalami kemurungan, tidak selesa, mudah 'naik minyak' dan menjadi ganas, selain berisiko akan mati. Apa pun dia selum ini hanya melepaskan kerbau untuk mencari tempat berkubang sendiri, namun sekarang parit dan kawasan sawah padi terbiar di sekitar kawasan ini sudah kering akibat kemarau yang tingga di Kampung Chawas, Tanah Merah. Dia kini perlu memandikan kerbau peliharaannya sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi mengelakkan kepanasan dan menjaga kesihatan haiwan itu. Jika dia tidak kerah tenaga mengambil air mungkin kesihatan kerbau akan terjejas selain menimbulkan masalah terutamanya 'naik minyak' serta boleh menyebabkan haiwan itu menyerang manusia. Tempat berkubang penting bagi menyihatkan serta proses untuk membesarkan tubuh badan kerbau. Selain masalah tempat berkubang, kerbau peliharaannya turut berdepan masalah makanan apabila rumput turut menjadi kering dimana buat masa ini saya terpaksa mencari rumput yang tumbuh di kawasan pinggir sungai dan tali air. Artikel ini diharap memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TAHAN LASAK...LIAR TUMBUHNYA...
HAIWAN RUMINAN... SUKA RAGUTNYA...
DI KOMERSILKAN... DIJUAL ADA HARGA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(19 Syaaban 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.