Support My Blog

Wednesday, June 11, 2025

KUCING HAIWAN PELIHARAAN (PART 5)

KUCING (Felis catus) atau 'Cats' adalah jenis haiwan mamalia karnivora yang berasal dari keluarga felidae. Habitat kucing adalah di daratan dimana ia yang biasanya berbaur dengan manusia sebagai haiwan peliharaan atau ada juga yang hidup liar di mana sahaja. Istilah kucing biasanya tertumpu kepada hsiwan kucing berukuran kecil yang jinak dan selalunya ia dipelihara manusia akan tetapi sebenarnya kucing juga boleh ia dirujuk kepada spesis kucing besar seperti singa dan juga harimau. Meskipun kucing termasuk kedalam jenis haiwan karnivora sebenarnya haiwan kucing ini menjadi haiwan yang banyak dipelihara oleh manusia selain daripada haiwan anjing, burung, ikan dan sebagainya di seluruh dunia. Kucing dipilih oleh peminat atau pecinta haiwan sebagai haiwan peliharaan (Pets) disebabkan sifat dan kelakuannya manja dan jink berbanding banyak haiwan lain selain daripada ia selamat. Penulis blog di zaman dulu memang tahu dan dimana aktiviti  memelihara kucing dilakukan untuk membantu menangkap tikus dirumah namun kini hobi memelihara kucing dilakukan sebagai suka-suka di kalangan peminatnya. Kini ada banyak spesis kucing daripada kucing biasa yang boleh didapatkan secara percuma sehingga kepada jenis kucing hibrid yang berbulu lembut dan menarik yang harganya ribuan ringgit. Kucing Parsi dilaporkan diantara beberapa spesis kucing premium yang diminati oleh peminatnya. Ada juga aktiviti pertandingan kucing sehingga menawarkan hadian lumayan kepada masyarakat. Bagi penulis blog dimana hobi untuk memelihara kucing dapat membuatkan pemilik merasa tenang dan terhibur apalagi jika hidup di kawasan bandar dan mereka tinggal sendiri dan menjadikannya sebagak 'anaknya'. Dalam  kes lain selalunya memelihara kucing dinilai dapat membantu menghilangkan tekanan (stress) atau mengurangkan akan kes-kes ketegangan setelah penat bekerja. Apa pun ada masaalah memelihara kucing di bandar semasa pemiliknya bertugas lama di luar rumah dimana haiwan kucingnya tinggal bersendirian dalam rumah. Ini berbeza dengan mempunyai kucing di kampong dimana ia bebas merayau di sekeliling kawasan rumah dengan bebas dan mamoou mencari makan sendiri. Kini ada banyak jenis kucing yang di jual di kedai haiwan dan di tawarkan juga sangkar serta makanan dan koleksi bahan rawatan kucing yang komersial. Di Malaysia belum ada kes di laporkan orang makan daging kucing akan tetapi di beberapa negara lain ada masyarakatnya yang memakan daging kucing sebagai makanan eksotik. Bagi penulis blog terkini ada produk yang dijual bagi mengatur pemberian makanan dan minuman kucing secara automatik dimana ini memudahkan aktiviti memelihara kucing. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai haiwan kucing iaitu salah satu jenis haiwan peliharaan yang popular diselurh dunia.


Haiwan Kucing dilaporkan memang ia mudah membiak dengan bilangan anaknya juga selalu agak banyak. Dalam pada itu apabila kucing mengawan dimana kucing jantan menggigit lapisan atas leher betina kerana dia mengambil suatu kedudukan kondusif untuk kaedah mengawan dikenali sebagai tingkah laku lordosis. Kucing betina adalah bermusim poliestrus yang bermakna ia mungkin mempunyai banyak tempoh haba sepanjang tahun di negara tropika. Tempoh haba berlaku kira-kira setiap dua minggu dan berlangsung selama 4-7 hari.  Beberapa kucing jantan akan tertarik kepada kucing betina pada dengan cara berjuang demi kucing betina dan akhirnya hanya kucing yang menang berhak untuk mengawan. Pada mulanya dilihat kucing betina itu menolak kucing jantan tersebut akan tetapi akhirnya kucing betina membolehkan kucing jantan itu untuk mengawan. Kucing betina selalunya akan membunyikan pekikan yang kuat bagi membolehkan kucing jantan mengawan. Selepas mengawan kira-kira 20 - 30 minit dimana bagi kucing betina dimana kitaran akan berulang. Kajian mendapati jika kucing betina tidak boleh menjadi bunting oleh kucing jantan pertama yang mengawan tadi dimana kucing betina boleh mengawan dengan lebih daripada satu ekor kucing jantan apabila ia berahi dimana ini yang didakwa ia menyebabkan anak kucing yang berlainan dalam satu kelompok boleh mempunyai bapa yang berlainan.Selepas 124 jam selepas persenyawaan maka proses mengandung akan berlaku dimana selepas 10-12 hari maka janin kucing terbentuk. Tempoh matang untuk kucing adalah antara 64 - 67 hari iaitu dengan purata 66 hari. Saiz kumpulan biasanya tiga hingga lima anak kucing, dengan kelompok pertama biasanya lebih kecil daripada kelompok berikutnya. Anak-anak kucing bercerai susu antara usia enam dan tujuh minggu dimana ia  biasanya mencapai kematangan seksual pada 5-10 bulan (betina) dan 5-7 bulan (jantan).  Walaupun berbeza-beza masa dimana ia bergantung kepada baka. Kucing betina boleh beranak dua atau tiga kali setahun dengan kemampuan untuk menghasilkan anak sehingga 150 ekor anak kucing dalam jangka pembiakan mereka sekitar sepuluh tahun. Kucing didakwa ia bersedia untuk pergi ke rumah baharu pada kira-kira usia 12 minggu atau apabila mereka bersedia untuk meninggalkan ibunya. Kucing boleh dijalankan pembedahan steril (dikasi atau dikembiri) seawal 7 minggu untuk tujuan bagi menghadkan pembiakan yang tidak diingini. Pembedahan ini dilakukan ketika usia kira-kira 6 - 9 bulan akan tetapi jika umur semakin dilakukan sebelum baligh maka perlukan sekitar 3-6 bulan. Banyak negara maju memandulkan kucing dinegaranya untuk kurangkan populasinya.


Habitat kucing memang meluas dimana ia boleh tinggal di gunung-gunung tertinggi dan di kawasan gurun panas. Ia amat mudah menyesuaikan diri dan kini hadir di semua benua kecuali di Antartika dan di banyak kepulauan terpencil diseluruh dunia dia akan ada. Kucing liar boleh hidup dalam hutan, padang rumput, tundra, kawasan pantai, tanah pertanian, tanah belukar, kawasan bandar, dan tanah lembap. Habitat mereka juga termasuk pulau-pulau lautan kecil yang tidak mempunyai penduduk manusia. Kucing domestik akan tinggal serumah dengan pemiliknya malahan dibuatkan ruumah khusus untuk kucing dengan kos murah sehingga amat mahal. 
Keupayaan kucing untuk berkembang maju dalam hampir mana-mana habitat daratan telah membawa kepada penetapan sebagai salah satu spesies invasif paling teruk di dunia. Apa pun dilihat yang kucing domestik sedikit berbeza daripada kucing liar sebab ia boleh membiak sesamanya. Penghibridan ini juga menimbulkan bahaya kepada sifat tersendiri genetik beberapa populasi kucing liar diseluruh dunia. Kucing liar ialah kucing domestik yang dilahirkan kemudian ia telah kembali kepada keadaan liar. Mereka tidak biasa dengan atau sentiasa berhati-hati dengan manusia dan bergerak atau berkeliaran bebas di kawasan bandar dan luar bandar.  Bilangan kucing liar tidak diketahui akan tetapi ia semakin banyak di mana-mana sahaja dimana ada laporan di terbitkan di USA ada sebanyak 25-60 juta ekor disana. Kucing liar boleh hidup bersendirian akan  tetapi kebanyakan terdapat dalam koloni atau kemompok yang besar dengan mendominasi kawasan tertentu dan biasanya dikaitkan dengan banyaknya sumber makanan. Kelompok kucing liar ada di beberapa lokasi yang menganggu penduduknya atau pelancong dimana di Rom, Itali atau sekitar Colosseum dan Forum Romanum banyak kucing liar tetapi ia selalu diberi makan dan diberi rawatan perubatan oleh sukarelawan disana.


Menilai akan s
ikap orang ramai terhadap kucing liar berbeza dimana ada jadikan ia sebagai haiwan kesayangan tetapi orang lain menganggap ia adalah sebagai haiwan perosak. Satu pendekatan yang sama untuk mengurangkan populasi kucing liar diistilahkan sebagai aktiviti atau kempen 'tangkap, mandul, pulang'. Kaedah mennangkap, dikembiri, diberi imunisasi terhadap penyakit anjing gila dan virus leukemia kucing dan kemudian dibebaskan merupakan satu pendekatan pihak berkuasa dalam menangani kes kucing liar. Kalau sebelum melepaskan kucing liar ini kembali ke dalam kelompoknya dimana doktor haiwan yang merawat sering memotong hujung dan satu telinga untuk menandakannya sebagai kucing liar ersebut sudah dimandulkan dan disuntik bagi mengelakkan agar kusing sama ditangkap lagi. Sukarelawan serius dan terus untuk memberi makanan dan memberi rawatan kepada kucing liar ini sepanjang hayat mereka. Dengan cara ini maka jaminan kucing yang sihat dan berkualiti di ujudkan dan jangka hayat umur kucing liar ini akan meningkat. Pendekatan ini dilaporkan sudah menjaya mengatasi masaalah pencemaran akibat kucing liar disebabkan oleh persaingan untuk makanan dikurangkan maka pembiakan akan menurun.  Walaupun didakwa memang kucing cukup makan akan tetapi jenis kucing domestik boleh memburu dan membunuh terutamanya menangkap mamalia kecil seperti burung, amfibia, reptilia, ikan dan invertebrata.  Pemburuan oleh kucing domestik boleh menyumbang kepada penurunan dalam bilangan burung terutama di kawasan bandar dan ia ada kontroversi. Dalam kes lain dilaporkan di persekitaran liar populasi kucing liar memang diancam. Dalam banyak kes aktiviti mengawal atau menghapuskan populasi kucing liar ini berkaitan dengan makanan , kesihata dan populas haiwan perosak seperti tikus yang berkembang banyak. Bagi penulis blog percaya jika ada peranan ekologi kucing seperti ia memang boleh mengawal bilangan tikus dalam komuniti mereka.


Kucing beri
nteraksi dengan manusia dimana selain disimpan sebagai haiwan kesayangan dimana kucing juga digunakan dalam industri bulu dan kulit antarabangsa untuk membuat produk seperti baju-baju, topi, selimut dan mainan disumbat dan kasut, sarung tangan dan alat muzik. Dilaporkan dimana sebanyak 24 kucing diperlukan untuk membuat satu unit baju kot berbulu kucing diambil dari bulu kucing.  
Penggunaan bulu kucing ini kini telah diharamkan di USA, Australia dan Kesatuan Eropah. Kulit bulu kucing telah digunakan untuk tujuan karut sebagai sebahagian amalan ilmu sihir dan masih dibuat ke dalam selimut di negara Switzerland sebagai ubat yang dipercayai dapat membantu sakit sendi. Beberapa kajian dan percubaan untuk membina bancian kucing telah dibuat selama leibatkan pihak persatuan atau pertubuhan kebangsaan dan antarabangsa dan di dalam wab atau Internet akan tetapi tugas sebegini tidak mudah untuk dicapai. Anggaran umum untuk populasi global kucing domestik diseluruh dunia diantara 200 juta ke 600 juta ekor. Benarkah anda ingin mengatahuk jika 'Kucing dijadikan sebagai makanan'?. Walaupun daging kucing sebahagian besarnya dilarang dimakan di kebanyakan negara barat namun haiwan kucing dibunuh untuk dimakan dagingnya di seluruh dunia. Negara-negara di mana penduduknya amat suka memakan kucing termasuk Korea, China, Vietnam (walaupun ia merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang di sana), Switzerland, Peru, Cameroon dan Australia. Di Malaysia pernah di laporkan kalangan imigran atau pekerja asing dari Vietnam selalu memburu kucing dan anjing untuk di jadikan makanan. Kucing juga dilaporkan ada dimakan di Jepun sehingga abad ke-19 dan kucing secara sejarah telah dimakan semasa orang Jepun kebuluran atau semasa berlaku peperangan di sana. Dalam kes lain semasa peperangan dahulu seperti di Perancis, Sepanyol dan Itali mereka ada memakan kucing. Aktiviti membunuh kucing untuk dimakan telah diharamkan di sebahagian Amerika Syarikat di bawah Akta Larangan Perdagangan Daging Kucing dan Anjing Amerika 2018, dan ia menyalahi undang-undang di Australia Selatan. Pertandinag Kucing atau Pertunjukan kucing selalu di lakukan di banyak negara seluruh dunia. Ia dihakimi oleh pakar-pakar kucing dimana ada persaingan di antara pemilik kucing untuk memenangi gelaran. Terdapat pelbagai organisasi peringkat lokal, negara dan antarabangsa dalam mempertandingkan haiwan kucing di seluruh dunia. Kucing mereka dipamer dan akan dinilai berdasarkan standard baka.Kedua-dua kucing pedigri dan peneman (atau moggy) yang juga diterima dalam pertunjukan, walaupun peraturannya berbeza dari organisasi ke organisasi. Kucing dibandingkan dari segi standard baka, dan pemilik yang dinilai paling rapat dengannya dianugerahkan hadiah. Kucing moggy dinilai berdasarkan kelakuan (temperamen) mereka. Selalunya, pada akhir tahun, semua mata yang terakru di pelbagai pertunjukan ditambah dan lebih banyak gelaran nasional dan serantau dianugerahkan. Artikel ini di tulis dalam lima segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai untuk di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
HAIWAN KUCING... RAMAI ORANG SUKA...

BERBUNYI MANJA...SENANG DI PELIHARA...
BERBAGAI JENIS... KOMBINASI WARNA...
ADA YANG MAHAL...BELA YANG PERCUMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Zulhijjan 1446H).
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1446H...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...