DAUN PALAS adalah sejenis daun popular iaitu daripada Pokok Palas (Lucasia spp) merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Arecaceae ang sering digunakan sebagai tnaman landskap atau daunnya diambil untuk dijadikan pembakut ketupat palas. Terdapat beberapa jenis pokok palas yang ada dinegara kita dengan kegunaan dan ciri-ciri marfologi yang berlainan. Penulis merujuk kepada beberapa rakan untuk mendapatkan informasi mengenai tumbuhan ini. Bagaimana pun penulis telah berkunjung ke Nong Nouch Palm Garden, Pattaya, Thailand pada tahun 2013. Taman ini mendakwa mempunyai lebih daripada 3,500 spesis palmae dari seluruh dunia yang dikumpulkan dalam sebuan taman luas yang menjadi tarikan pelancon di Pattaya. Ini termasuk beberapa spesis pokok palas yang mungkin sebahagian darinya datang dari negara kita terutama jenis liar dari Borneo. Pokok Palas Duri kurang diambil berat oleh petani tempatan untuk penanaman komersil kerana agak kurang permintaan bagi pengeluaran pucuk daun palas. Bagaimana pun bagi jenis Palas Kipas ianya menjadi komoditi pokok landskap yang mendapat permintaan dan pasaran sangat tinggi dipasaran. Nurseri swasta akan sentiasa membiakkan pokok palas kipas kerana ia mudah disediakan dan mudah dijual sama ada dialam pasu atau dalam polibeg. Kini pokok palas kipas ditanam di taman-taman riadah, keliling pejabat, premis perniagaan malahan dikawasan rumah. Pokok ini mudah dijaga dan memberikan keindahan kepada dunia landskap dengan tarikan tersendiri. Palas jenis lain agak kurang dikenali oleh orang ramai walau pun ia mempunyai potensi besar untuk dikomersilkan pada masa akan datang. Artikel kali ini saya sembang dengan menulis beberapa artikel mengenai daun papas dan kisahnya dalam blog "Anim Agro Technology" sekadar menambah ilmu pengetahuan pembaca semua.
Menarik dalam hmetro.com kisah bertajuk 'Rezeki pencari daun palas' oleh pengusaha Mat Kawi yang menjadikan pokok palas yang terdapat di kawasan hutan Jerangau sebagai punca pendapatan. Ketupat palas sentiasa mendapat permintaan tinggi pengemar setiap kali tibanya musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha namun untuk mendapatkan daun palas ini bukanlah suatu yang mudah kerana pokok berkenaan hanya tumbuh jauh di dalam hutan yang berpaya. Bagi Mat Kawi Lah dimana setiap kali tiba Ramadan dia akan masuk ke hutan untuk mendapatkan daun palas kerana mampu mendatangkan rezeki tambahan kepadanya dan keluarga. Dia setiap pagi iaitu dibantu anaknya Mohd Firdaus akan masuk ke kawasan hutan untuk mendapatkan daun palas sebelum dijual kepada pembuat ketupat. Daun palas kini sukar ditemui di kawasan tepi hutan dan kebanyakannya tumbuh jauh di dalam hutan berpaya. Mereka berjalan meredah belukar yang jauh untuk mencari pokok palas dan terus mencarinya kerana pokok palas ini tidak tumbuh secara berkelompok di Kampung Padang Pulut, Dungun, Terengganu. Setiap hari dia akan mengambil masa lima hingga tujuh jam untuk memdapatkan antara 500 hingga 800 pokok palas dimana kadang-kadang hampa juga apabila hanya menjumpai pokok palas tua kerana daun palas sudah tua, sangat keras dan tidak sesuai untuk dijadikan 'daun' ketupat. Selalunya dia hanya ambil pucuk palas dan dalam satu pokok palas itu hanya ada satu atau dua pucuk sahaja dan bayangkan untuk dapat satu guni berapa pokok perlu dicari. Dia tidak menafikan ramai beranggapan mudah untuk mendapatkan pokok palas ini namun hakikatnya banyak cabaran. Mereka terpaksa memikul berguni-guni daun palas untuk dibawa keluar dari hutan dengan hanya berjalan kaki dimana ini berdepan risiko tercucuk duri palas yang sangat tajam dan terkena habuk daun palas yang boleh menyebabkan tubuh menjadi gatal. Daun palas yang mereka diperolehinya itu kebanyakannya sudah ditempah pelanggan dan dia menjualnya sebanyak RM25 untuk 100 batang pokok palas. Selain pelanggan tempatan dimana daun palasnya juga mendapat permintaan daripada pelanggan di Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Pahang. Pelanggan sekitar Terengganu saya akan hantar dengan harga yang sama manakala pelanggan luar saya poskan tanpa mengenakan sedikit caj tambahan. Daun palas yang dijual itu boleh bertahan lama sehingga sebulan kerana ia dibungkus rapi dan tidak didedahkan dengan cahaya matahari. Rezeki daun palas ini dapat dia tambah perbelanjaan dapur dan membeli pakaian raya untuk anak-anak dimana isterinya juga pembuat ketupat dimana sebatang daun palas boleh menghasilkan antara 20 hingga 25 biji ketupat. Setiap hari dia hanya menerima tempahan kira-kira empat hingga enam kilogram ketupat setiap hari. Setiap satu kilogram beras pulut mampu menghasilkan kira-kira 50 biji ketupat dan saya jual RM 0.60 sebiji kepada pelanggan. Ketupat palas sentiasa mendapat permintaan tinggi terutamanya menjelang hari raya nanti (Sila lihat foto paling bawah sekali). Sebelum membungkus ketupat, daun palas mesti dibuka setiap helai dan dilap dengan kain bersih sebelum dijemur. Santan segar dan beras pulut yang dikukus lembut perlu diadun sebati bagi membangkitkan keenakan ketupat palas menjadi lemak bermasin.
Sembang bagaimana 'Wau daun palas tradisi yang hilang' yang dilaporkan bernama wajar di kongsikan.Ada seorang lelaki warga emas sedang sibuk meraut buluh sebelum dicantum menjadi rangka wau dikenali sebagai Samat Man (73) atai dia lebih mesra dengan nama panggilan Pak Non menggesek biola sambil menyanyikan lagu 'Itik pulang petang' sebagai hiburan dalam menyiapkan 'Wau Helang' iaitu sejenis wau tradisi unik menggunakan daun palas. Dia pernah mendapat pengiktirafan sebagai Adiguru Kraf Wau oleh Kraftangan Malaysia pada 2018, Pak Non mula mempelajari teknik membuat wau menggunakan daun palas daripada datuknya ketika berusia belasan tahun. Berdasarkan cerita datuknya dimana dulu masyarakat di Perlis menggunakan daun palas untuk dijadikan wau sebelum penggunaan kertas diperkenalkan. Katanya menurut cerita tok wan, orang dulu-dulu di Perlis guna daun palas untuk membuat wau kerana pada masa itu sukar untuk mendapat kertas, seingat Pak Non kali terakhir melihat pembuat wau guna daun palas sekitar tahun 1970-an. Proses membuat wau palas adalah lebih rumit dan mengambil masa yang agak panjang berbanding wau biasa kerana memerlukan ketelitian bermula daripada proses mengeringkan diikuti dengan proses membentuk, menjahit daun dan melekatkan daun palas pada badan wau iaitu tinggal di Kampung Tok Kaya dekat Kuala Perlis. Menceritakan proses pembuatan wau palas, Pak Non menjelaskan, daun palas yang sesuai digunakan untuk membuat wau adalah 'Palas Jin' atau palas hutan tumbuh berdekatan bukit kerana daunnya lebar berbanding daun palas untuk membuat ketupat. Daun palas perlu dijemur selama dua hari hingga kering dan diseterika bagi mengurangkan kedutan dan membentuk permukaan licin," katanya sambil menjahit kepingan daun palas sebelum dilekatkan ke bahagian sayap wau. Wau palas lebih tahan lasak berbanding wau daripada kertas yang mudah rosak dan koyak apabila terkena air dan daripada pemerhatian Pak Non, daun palas tidak cepat rosak jika terkena air dan wau akan lebih anjal berbanding wau yang dibuat daripada kertas. Daun palas yang dijahit menggunakan benang kapas lebih kemas jika dicantumkan menggunakan getah Rumbia namun bahan tersebut sukar diperolehi pada masa kini. DIa ingin melihat tradisi wau palas dihidupkan semula dan sedia memberi tunjuk ajar jika ada anak muda yang berminat kerana tidak mahu warisan Melayu itu hilang begitu sahaja tanpa generasi pelapis. Bagi Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis yang melawatnya dakwa berdasarkan catatan lisan, orang tua dahulu pernah menghasilkan wau menggunakan daun palas sebelum penggunaan kertas dalam pembuatan barang wau diperkenalkan. Bahan dari alam sekitar dalam penghasilan wau adalah baik dan bahan-bahan itu boleh diinovasi bagi memberi nilai tambah kepada bahagian gantian dalam pembuatan wau tradisional mengikut kesesuaian.
Dalam kes lain bernama laporkan juga jika 'Daun palas minyak laba RM300 sehari !' wajar disembangkan juga. Kisah dari Pasir Mas, Kelantan dimana bila menjelang ketibaan hari lebaran tidak lama lagi, seorang peniaga buah-buahan yang beralih tumpuan perniagaannya kepada jualan daun palas minyak, kini memperoleh pendapatan lebih tinggi daripada biasa, disebabkan permintaan kepada bahan itu yang cukup tinggi. Bagi Mohd Nasirman (42) nyatakan oleh kerana ramai yang membeli daun palas agak awal sebagai persediaan untuk menyambut hari lebaran kerana risau bekalannya yang terhad, beliau kini boleh menambah pendapatannya RM200 hingga RM300 sehari. DIa yang menjual daun palas itu dengan harga RM18 bagi 100 batang. Kebiasaannya pelanggan saya adalah penduduk sekitar daerah Pasir Mas, Tanah Merah dan Rantau Panjang di gerainya di Cabang Tiga Kampung Banggol Petai. Apa pun katanya jenis daun palas minyak itu diperolehi dari dari beberapa pencari daun berkenaan di sekitar Kampung Banggol Petai, Bukit Tuku, Alor Pasir dan Batu Karang, dan beliau menjangka permintaan untuk daun palas itu akan terus melonjak dalam dua atau tiga minggu lagi apabila Hari Raya Aidilfitri semakin hampir. Baginya daun palas minyak menjadi pilihan ramai untuk menyediakan hidangan tradisional ketupat di pagi Hari Raya, kerana apabila dibungkus dengan daun palas, rasanya lebih enak. Proses mendapatkan daun palas minyak yang tumbuh liar di kawasan hutan bukanlah perkara yang mudah, adakalanya terpaksa berdepan dengan binatang berbisa seperti ular dan tebuan. Pernah di tanya soalan 'Ambil daun palas selalu pokok tak terbantut ke?' daripada rakannya. Dakwanya pokok palas sentiasa akan keluarkan pucuk bila dah matang dan sebaiknya elakkan pokok terbantut sebab daunya kecil dan kurang. Bagi usahawan yang menanam daun palas dimana kalau ada 20 barisan maka dia akan mengambil daun palas mengiku giliran dan meninggalkan yang lain. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna untuk pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ANYAMAN KETUPAT...KUIH LAIN JUGA...
SEMAKIN PUPUS... SUSAH MENCARINYA...
MEMBACA ARTIKEL... SERONOK JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 Zulhijjah 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.