TEKNOLOGI SEDUT DAN SEMBUR LUMPUR kepada jenis tenaman terpilih di Thailand sudah menjadi satu jenis amalan agronomi yang semakin popular akan tetapi tidak berlaku ianya di buat di Malaysia. Penulis blog menonton banyak vidoe terutama dalam aplikasi Tiktok dimana di tunjukkan ramai juga petani di Thailand yang menanam tanaman makanan terutama jenis buah-buahan dan sayuran yang menanam di kawasan tanah rendah (kawasan tanag sawah) dengan membual perparitan atau saliran menyimpan air. Petani mereka menggali tanah dan membuat batas tanaman dengan lebar batas tanaman antara 10 - 15 kaki dan lebar parit diantara 5 - 10 kaki bergantung kepada keadan tanah. Basanya keluasan perparitan ini membolehkan perahu atau sampan boleh melaluinya bagi tujuan amalan agronomi seperti membawa hasil tanaman, menyembur baja foliar, menyembur racun dan bahan kimia lain dan sebagainya. Kedalaman air dalam parit ini selalunya diantara 3-5 kaki bergantung kepada lokasi dan jenis tanaman mereka. Kaedah menanam tanaman makanan secara ini di Thailand merupakan salah satu teknologi yang semakin majuu dan popular serta di minati ramai petani disana. Apa pun selalunya jenis pilihan tanaman yang di tanam dengan kelapa (paling popular adalah kelapa pandan), tanaman mangga, jambu batu, jambu air, longan, kurma, betik, (dates), jambu air, limau, pisang, markisa dan sebagainya. Dalam pada itu lebih menarik apabila diatas batas tersebut di tanam dengan pelbagai jenis sayuran (terutama sayuran yang agak tahan lama dan berpara seperti timun, petola, peria dan sebagainya dimana ia ditanam secara monokrop atau selali iaadalah jenis tanaman bercampur. Paras air didalam parit sentiasa di jaga agar ianya hanya sesuai untuk penyebaran dan pertumbuhan akar tanaman secara optima. Petani akan memasang pintu kawalan paras air dan mengepam keluar air ketika paras air melebihi apa yang di perlukan. Air tersnut juga di gunakan sebagai sumber pengiran dengan mereka menggunakan campan yang di pasang pam penyembur air untuk menyirami tanaman. Semasa menuai pula siatem perparitan ini akan di gunakan sebagai laluan untuk membawa hasil tanaman keluar daripada ladang dengan menggunakan bot kecil atau sampan. Bagi membawa buah kelapa pula parit ini akan di gunakan sebagai laluan yag cekap, murah dan reliable. Bagaimana pun penulis blog terkedu melihat aktiviti menyedut dan menyembur lumpur menggunakan mesih terus ke bahagian pangkal atau perdu pokok secara 'blanket'. Bagi peulis blog inovasi ini perly di bincang dan dikongsikn apakah dia kebaikannya kepada tanaman dan alasan atau asas-asas teknikal mengenai perkara ini di bincangkan. Ingin mencari maklumat terperinci tetapi keanyakan tulisan dan bahasa dalam video didalam berbahasa Thai yang memang penulis blog dapat memahami. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas atas kapasiti sendiri mengenai teknologi menyedut dan menyembur lumpur dari parit kepada pokok diatas batas untuk di jadikan bahan rujukkan semua.
Teknologi ini agak memang kurang dilihat di Malaysia sebab kaedah bertani seperti ini tidak begitu popular walau pun ada yang melakukannya di Kedah dan Selangir yang pernah penulis blog lihat. Kurang tahu bagaimana asal mula petani di Thailand ini mendapat idea atau inovasi untuk menyedut lumpur dengan teknik menggunakan pam penyedut lumpur diletakkan di atas sampan dan kemudian di semburkan lumpur terus ketanah darat dimana tanaman sebdang tumbuh. Apa yang di lakukan dimana ia melibatkan 3 orang petugas untuk kerja ini. Petugas pertama berada di bahagian belang sampan bertujuan menolak sampan secara menual kehadapan. Dua petugas berada di hadapan sampan dimana petugas kedua akan memegang kepala penyedut lumpur untuk mencari lumpur yang berada di dasar parit. Petugas ketiga pula adalah memegang paip yang mengandungi lumpur dan sentiasa dia menghalakannya kebahagian bawah pokok dengan dia akan mempastikan semburan lumpur hingga sekata secara 'blanket syatem' dan tebal (Sila lihat foto disebellah). Ketebalan lumpur yang di sembur ini bergantung kepada jumlah lumpur didalam parit (Mungkin dengan cara memijak-mijak tanah didasar parit akan dapatkan lebih banyak sumber lumpur), umur pokok, jenis pokok, kepekatan lumpur dan juga ketebalan rumpai. Apa pun lumpur tanah liat yang berwarnag kelabu kehitaman ini dilihat meluncur laju membentu lapisan tebal yang lembik dan sukar di lalui untuk berjalan kaki. Bergantung kepada cuaca dan jenis tanah lumpur dimana lapisan lumpur ini selalunya ia akan mengeras dalam beberapa minggu dan boleh di pijak. Antara kemungkinan ia di lakukan petani di Thailand adalah bagi mengatasi masaalah tanah kering di musim kemarau dimana dengan adanya lampian lumpur makan akan tanaman akan masih lembab dan mendapat sumber air mencukupi sebab ketika kemarau tanah di sini akan mengering dn mengeras. Jadi lapisan lumpur ini amat signifikan bagi atasi masaalah gangguan pertumbuhan tanaman terutama di musim kemarau. Lapisan ini seakan bertindak sebagai pelindung atau 'simen' dimana kelembapan tanah dii kawal.
Faedah menyembur lumpur kebahagian bawah tanaman dewasa ini ada banyak rasionalnya dan jawapan teknikal yang penulis blog fikirkan. Pertama dengan cara ini ianya akan MENGAWAL RUMPAI dimana semua rumpai yanng tumbuh akan diselimuti rumpai dan kemudian ia akan mati (Sila lihat foto disebelah). Rupai yang berada di bawah lumpur kemudian akan mereput dan menjadi sumber baja organik semulajadi dalam beberapa minggu dimana nureian dari komposting rumpai ini boleh di manafaatkan tanaman. Dripada sumber dimana petani yang menyembur lumur di kebun mereka hampir tidak perlukan aktiviti mengawal rumpai sepanjang masa jika jadual menyembur lumpur ini di lakukan dalam beberapa bulan sekali semburan. Petani tidak perlu menyembur racun kimia bagi tujuan untuk mengawal rumpai lagi dan menjimatkan kos. Jika tiada rumpai di kebun maka tidak adalah 'perumah' bagi jenis patogen perosak dan penyakit tanaman. Alasan teknikal kedua adalah lumpur ini AKAN MENAMBAH NUTRIEN khusus yang di perlukan oleh tanaman. Selain unsur NPK yang di perlukan oleh tanaman ada kemungkinan dimana didalam lumpur banyak mengandungi unsur nutoirn utama lain dan bahan mineral yang di perlukan tanaman seperti Si, Mg, Mn, B, Cu dn sebagainya. Banyak nutrien yang larut memasukki dasar parit dimana ia terkumpull dan jika disedut dan disembur kepada tanaman maka ia akan dapat mengurangkan kos pembelian baja kimia dan baja lain. Bagi penulis blog teknik ini sangat sesuai bagi jenis tanaman yang berakar cetek dan berakar serabut seperti tanaman kelapa kerana ia cepat menyerap nutrien di permukaan tanah berbanding dengan jenis tanaman yang berakar tunjang. Bagi semburan lumpur yang dilakukan dengan mana jadual semburan disesuaikan akan memberikan STRESS UNTUK POKOK BERBUNGA dimana cara ini boleh membantu pokok berbunga dan berbuah seperti tanaman mangga (Mangifera indica). Itulah kemungkinan teknologi yang di amalkan di Thailand sehingga ia membolehkan negara Thailand mampu mengeluarkan buah mangga hampir sepanjang tahun (tidak mengikut musim). Makanan seperti 'Pulut Mangga' yang penulis blog suka memang boleh di dapatkan sepanjang masa sebab bekaan mangga dan santan kelapa serta pulut memang sentiasa mudah di dapati.
Kos dan aspek teknikal menyediakan peralatan menyembur lumpur ini amat simpel dan mudah di sediakan. Petani cuma perlu membeli sampan plastik kecil (muat untuk dipasang pam peyedut lumpur), pam penyedit, hos inlet dan outlet serta minyak petrol. Hos berzaiz 2-3 inci garispusat sesuai di sambung kepada pam dan apabila di hidupkan maka semua lumpur didasar parit disedut dan petugas akan menghalakannya keatas tanah dipangkal pokok. Bagaimana pun dilaporkan mesin dan tenaga kerja menyedut dan menyembur lumpur ini sudah di komersialkan oleh beberapa operator swasta. Para pekebun kini boleh memanggil syarikat operator ini bagi tujuan tersebut dengan membayar upah mengikut saiz kebun, jarak, lebar parit, jumah lumpur dan jenis tanaman. Dilaporkan dalam satu hari operator ini mampu menyembur lumpur diantara 4 - 6 ekar bergantung kepada jenis tanaman, umur pokok dan keberadaan lumpur didalam parit. Lazimnya semua ketiga-tiga operator ini perlu berada didalam parit untuk melakukan tugas ini dengan baik. Walau pun ada di laporkan tercipta mesin khas semi-automatik dengan kawalan remote control akan tetapi kualiti kerja semburan dengan manual ini lebih berkualiti dan cekap. Beberapa aspek lain yang perlu di fikirkan semua mengenai teknologi ini seperti kesan jangkapendek terhadap tanaman dan juga isu kejadian parit akan menjadi semakin dalam jika banyak lumpur di sedut keluar. Ketahanan lapisan lumpur ini akan berkurang jika hujan berterusan dimana lapisan lumpur ini akan hilang dalam jangkamasa beberapa bulan dan jika tidak di sembur semula maka rumpai akan tumbuh dengan cepat juga. Bagi penulis blog teknologi ini boleh di ikuti terutama di laokasi yang seakan sama dengan jenis tanah dan sistem perkebunan dengan membina parit seperti ini di lakukan di Malaysia. Semuga tulisan ini memberi info yang berguna untuk semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MENYEMBUR LUMPUR...KEPOKOK UNIKNYA...
PAM YANG KUAT... KEPPAKARAN PERLU ADA....
RUMPUT MATI... KEMUDIAN MENAMBAH BAJA...
BELUM DI LAKUKAN... PETANI DI MALAYSIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 Zulhijjah 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.