MAKANAN ROTI CANAI DENGAN ASAM PEDAS kini dilihat ia sudah makanan semakin popular di Malaysia dan sudah viral terutama di Negeri Melaka. Bagi penulis blog sering pergi ke beberapa premis makanan yang menyediakan menu hidangan asam pedas dimakan dengan roti canai kosong memang kegemaran terutama sarapan pagi atau untuk sesekali untuk makan malam bersama keluarga. Makanan ini memang sudah di viralkan didalam tiktok, youtube, facebook, instagram dan pelbagai aplikasi sosmed lain di masa ini. Memang sangat senang generasi zaman ini untuk mencari 'port-port' makanan yang viral di seluruh negara. Kini dengan gunakan handphone boleh mencari lokasi dengan mudah dan membaca serta meniai review yang di sediakan. Kemudian sediakan duit dan keenderaan dan dengan menggunakan aplikaso waze atau google map atau aplikasi lain boleh terus menuju ke premis yang viran menyediakan kuiner makanan roti canai dengan asam pedas. Setiba di lokasi boleh cari tempat parking dan cari tempat duduk untuk melihat enu dan membuat tempahan makanan. Bagi penulis blog paling suka memakan roti canai kosong dengan asam pedan ika pari atau asam pedas tetel atau asam pedas ikan jenahak. Selalu memilih jeni ikan yang tidak banyak tulang untuk di makan dengan roti canai kosong yang garing dimana 2 keping boleh habis sekali makan dan memang amat mengenyangkan. Apa pun selalunya restoran akan menyediakan kuah roti canai yang standard seperti kuah dan, kari ika atau kari daging atau kari ayam juga. Ada banyak premis terutama di Melaka yang sudah di viralkan bagi makan roti canai dengan asam pedas dimana antara yang terawal adalah Restoren Asam Pedas di Pasar Borong Batu Berendam (Pasar Borong Bt Berendam), Restoren Asam Pedas Roti Canai Bukit Cina (Bandar Melaka), Roti Canai Asam Pedas Malinja Kg Musai (Bukit Baru) dan beberapa lagi. Pembaca blog boleh 'google' beberapa lagi lokasi yang ada menyediakan resepi ini termasuk makanan roti canai terbang, roti canai dapur arang batu, roti canai sarang burung dan sebagainya dengan mudah. Bergantung kepada lokasi, jenis makanan, jenis lauk asam pedas (lain jenis ikan atau daging berlainan harga) dan jenis roti canai (roti kosong, roti telur, roti tampal, roti bawang, roti sardin dan sebagainya berlainan harga). Artikel petang ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" iaitu artikel ke 8,560 mengenai makanan roti canai di padankan dengan asam pedas untuk di jadikan bahan rujukkan pembaca semua.
Membincangkan tentang makanan asam pedas ada banyak resepi dimana di Zon Selatan Semenanjung Malaysia bagi penulis blog yang paling ketara adalah ASAM PEDAS JOHOR dan ASAM PEDAS MELAKA dimana ada beberapa perbezaan agak ketara. Bagi penulis blog yang memang spesis 'Bangsa Johor' juga lebih suka dengan Asam Pedas Johor yang sesuai dengan lidah orang Johor berbanding dengan asam pedas Melaka yang rasanya macam ia berasaskan belacan masin sedikit. Penulis blog sering memasak asam pedas dimana sering pilih Asam Pdas Johor dengan menggunakan bahan-bahan seperti sediakan bahan untuk dikisar terdiri dari 2 biji bawang merah besar, 4 ulas bawang putih, 1.5 inci halia, 1 inci kunyit hidup, 1 senduk penuh cili kering, sedikit belacan (tetapi penulis blog jarang guna juga), 1 sudu kecil hitam, kerisik dan bahan perasa. Apa pun paling utama adalah menyediakan bahan asas ikan segar yang boleh menggunakan pelbagai jenis ikan tetapi favrit penulis blog adalah ikan pari, ikan jenak, ikan merah atau daging lembu tetel. Paling penulis blog tidak suka adalah asal pedas ayam. Bahan lain perlu disediakan termasuk juga 1/2 cawan air asam jawa pekat, daun kesuum segar (tanam sendiri), 1-2 kuntum bunga kantan (tanam sendiri), 1 cawan air biasa dan garam secukup rasa. Cara bagi memasknya dengan memanaskan minyak dan masukkan bahan-bahan ramuan yang telah dikisar. Ramuan ini ditumis hingga naik bau dan kemudian di masukkan cili kering yang telah diblend dan tumis sehingga pecah minyak. Kemudian selepas bahan tumis pecah minyak barulah dimasukkan air asam jawa dan tunggu sehingga mendidih. Kemudian ia dimasukkan bunga kantan dan daun kesum dan panaskan dengan dijaga sehingga berbau harum. Kemudian akhir sekali barulah di masukkan ikan yang telah dikerat dan tambahkan garam secukup rasa. Bagi memasak asam pedas daging tetel perlu di reneh awal agak lama bersama ramuan agar ia menjadi empuk dan sebati. Matikan api dan diangkat untuk di makan di makan bersama roti canai atau nasi atau goreng tepong.
Membuat dan membeli roti canai dilihat ia lebih murah, cepat dan menjimatkan masa. Bagi penulis blog hanya membuat roti canai untuk berbuka puasa sahaja sebab ia menyelerakan setiap tahun dan selain itu hanya membelinya sahaja atau memakannya di restoren. Membuat roti canai sendiri perlukan bahan asas mencukupi, kemahiran mengadun dan mencanai sehingga jadi roti canai sedia di goreng. Makanan roti canai telah di iktiraf dunia sebagai makanan paling enak dalam kategorinya dari Malaysia yang sangat di banggakan. Kalau ingin membuatnya sendiri akan di kogsikan resepinya dimana bahan-bahan yang perlu disediakan adalah 1kg tepung gandum (pilih jenama sesuai sebab ada jenama yang kalau di buat roti canai kurang lembut), 1 sudu makan gula, 1 sudu makan garam, 2 sudu makan susu pekat, 1 sudu makan marjerin, 1 biji telur serta 2 cawan air. Cara membuat roti canai berbeza antara penjual tetapi asasnya adalah sama sahaja. Pertama sekali untuk membuatnya perlu di satukan susu, gula, garam dan telur bersama air dan dikacau hingga larut dan sebati. Kemudian dalam bekas khas di masukkan tepung gandum dan juga marjerin untuk tujuan menguli sehingga menjadi doh kemudian rehatkan selama 10 minit. Kemudian perlu di uli doh sekali lagi dan ia kemudian direhatkan untuk sebentar diikuti diuli kembali hingga mendi doh yang licin, elastrik, lembut dan kenyal. Sebaiknya untuk doh ini, jika lembik kena di tabur tepung secukupnya dan uli hingga dapat tekstur yang elastrik. Jika doh nampak keras boleh direnjis sedikit air dan di uli semula hingga doh nampak amat lembut. Kemudian apabila doh sudah sempurna maka ia boleh dibulat-bulatkan doh kemudian sapu marjerin di permukaannya (Sila lihat foto disebelah). Apa pun kemudian boleh dimasukkan ke dalam bekas yang khusus dan di tutup dengan plastik atau kain agar tidak kering.
Perlu diulang proses membulatkan doh hingga habis dan apabila sudah selesai boleh tuang sedikit minyak ke atas doh tadi. Perlu di perap doh selama 4 jam dan keatas. Lagi lama diperap selalunya akan lagi lembuh tekstur roti canai apabila dimasak nanti. Jika ingin menggunakan Bread Maker maka boleh dimasukkan bahan cecair terlebih dahulu diikuti tepung. Guna mood ‘knead’ 3-4 kali hingga doh menjadi elastik dan kenyal. Doh di leperkan atau di canai sehingga nipis dan sebaiknya untuk memasak dicanai doh roti pada dulang hingga nipis (Kalau pandai canai sehingga menggunakan tekni 'roti canai terbang' boleh belajar). Kemuidan ia di simpulkan sebelum dimasak dalam kuali yang di bubuh minyak masak dan di terbalikkan beberapa ali sehingga masak seragak kedua bahagian atas dan bawah. Setelah garing diangkat dan di tepuk dengan tangan untuk menjadi terasing canainya. Apa pun bagi penulis blog roti kosong sesuai di makan dengan kuah dhal atau kuah kari dan terkini di sesuaikan dengan kuas dan ikan asam pedas. Menarik beberapa content creator, tiktoker, youtubers lokal dan luar negara yang ada membuat content megenai makanan Malaysia yang hebat termasuk makanan seperti 'Roti Terbang Asam Pedas Banjir di Melaka' yang boleh di tonton. Youtubers daripada seluruh dunia termasuk dari USA, England, Korea, Jepun, India, Indonesia dan sebagainya yang berada di Malaysia banyak membuat content mengenai makanan negra kita sehingga beberapa makanan lokal kini sudah menjadi buruan mereka untuk di buat content. Antara makanan yang paling kerap menjadi kontent mereka adalah roti canai, nasi lemak, burger ramly, nasi dagang, durian musang king, Antaranya adalam Mat Salleh ini yang dapati makanan asam pedas baginya adalah ia merupakan makanan yang sangat terkenal di Melaka. Apa pun dilaporkan ynang hidangan ini sangat ikonik sehingga menjadi makanan utama penduduk negeri Melaka. Daripada laporan media dimana ada hampir di setiap penjuru negeri bersejarah ini terdapat warung atau restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan berasaskan Asam Pedas. Paling unik jika ada asal pedas di Buki Cina (dekat perigi Hang Li Po) yang ada menyediakan tahap kepedasan pelbagai level untuk di ujirasa kepada sesiapa pelanggan yang memintanya. Penlis blog beberapa kali menonton konten oleh youtubers bernama Rhys William atau juga dikenali sebagai "Mat Salleh Cari Makan" yang banyak hasilkan vodeo dia berjalan-jalan di Malaysia dan bila ujirasa makanan yang sedap (SIla lihat foto disebelah). Dia pernah membuat konten di Ujang Asam Pedas Claypot yang terletak di Pasar Besar Batu Berendam. Dakwanya gerai ini beroperasi bermula jam 6 petang sehingga 5 pagi. Uniknya medan selera Pasar Besar Batu Berendam ini adalah hampir semua peniaga menjual hidangan yang sama iaitu Menu Asam Pedas dengan masing-masing mempunyai citarasa unik yang tersendiri. Dalam video ini dia sudah mencuba sebanyak tuga (3) jenis makanan asam pedas iaitu Asam Pedas Tetel, Asam Pedas Telur Ikan Mayong dan Asam Pedas Ikan Tenggiri dimana semua hidangan beserta set nasi bermula dari 8-12 ringgit. Dia mencuba juga memakan kelazatan makan asam pedas dengan roti canai kosong. Dakwanya semasa menjamu selera pelanggan juga boleh juga melihat gelagat pembuat roti menebar roti canai terbang yang gerakannya mamang ia sangat menarik dimana yang paling istimewanya para pelanggan juga boleh merasai roti canai beserta asam pedas yang rasanya memang sedap. Sesiapa yang membaca tulisan ini perlu datang ke Melaka untuk ujirasa makanan roti canai dengan asam pedas di beberala lokasi yang di nyatakan diatas. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.