Penanaman pokok doa dilaporkan memang semakin popular dimana pokok seperti jenis Bucida molineti iaitu ia sebagai sejenis tanaman hiasan yang membentuk keindahan dalam hiasan landskap (Sila lihat foto disebelah). Struktur pokoknya yang unik dan ia sering dan sesuai untuk digunakan sebagai elemen fokal dalam reka bentuk landskap. Ia dapat menarik perhatian orang ramai serta dapat untuk memberikan sesi yang mendalam kepada taman. Pokok yang membesar dengan dahan melebar adalah penyedia teduhan kategori sederhana apabila mencapai tahap pertumbuhan daunnya yang lebat. Pokok jenis Bucida molineti adalah pilihan yang baik untuk menyediakan bayangan di taman atau dsekitar halaman rumah datu premis bangunan. Ada yang berusaha unutk menanam pokok doa didalam pasu meskipun ia boleh membesar menjadi pokok besar sebagai tanaman hiasan untuk balkoni atau teres dengan di buat cantasan selalu. Salah satu tanaman atau pokok 'pemecah angin' sebab struktur pokok ini adalah ia kukuh menjadikannya pilihan yang baik sebagai pemecah angin di kawasan yang terdedah kepada angin kencang. Dilaporkan ciri keindahannya yang semula jadi serta tahap ketahanan yang tinggi dan sifat kepelbagaian dari segi fungsinya pokok doa memang ia pasti layak mendapat tempat dalam setiap taman atau kawasan taman. Sebagai tambahan penulis blog percaya dimana dengan sedikit usaha dalam pengurusan penanamn pokok doa ini boleh menjadi bintang dalam seni pertamanan semua. Baik sebagai elemen fokal, penyedia bayangan atau hanya sekadar sebagai salah satu tumbuhan untuk penambah estetika, pokok doa ini pasti akan memukau siapa saja yang memandangnya. Apa pun ia boleh dikenalpasti apabila spesies ini mungkin mudah pada pandangan pertama. Namun begitu penulis blog dapati jika cuba mencari gambar Bucida buceras (var.) atau Terminalia mantaly ‘Tricolor’, mungkin akan rasa agak kebingungan bagi tujuan membezakan antara keduanya. Cara mudah untuk membezakannya adalah dengan memeriksa batang pokoknya dimana jika terdapat duri maka besar kemungkinan itu adalah jenis Spiny Black Olive (Bucida molineti). Manakala pokok jenis yang lain mempunyai batang yang licin tanpa duri. Pokok Doa merupakan sejenis pokok teduhan yang terdiri daripada beberapa spesies seperti seperti Jenis Bucida molineti, Bucida angustifolia, Bucida Buceras, Bucida comintana, Bucida corelliana dan juga jenis Bucida niitida. Apa pun perlu di ketahui jika jeni spokok doa )Jenis B. bucida dan B. terminalia mantaly) sebenarnya ia ada dua jenis, satu jenis yang daun hijau dan jenis satu lagi adalah berdaun berbelang putih (variegated). Jenis yang berdaun hijau biasanya ia mempunyai jenis kanopi lebih besar dan pertumbuhannya agak cepat serta harganya adalah lebih murah. Bagaimana pun bagi jenis yang berdaun berbelang putih (variegated) dimana ia mempunai jenis kanopi lebih kecil dan pertumbuhan sangat perlahan kerana jeis ini ia kurang klorofil tetapi di jual dengan harga lebih mahal. Dipasaran di laporkan terdapat dua pilihan yang popular iaitu jenis hijau sepenuhnya atau Bucida Variegated (putih atau kuning-hijau). Antara ciri kelebihan dimana dari segi bentuknya yang rimbun dan dahan yang mendatar menjadikannya sangat sesuai untuk berfungsi sebagai pokok teduhan dan mencantikkan halaman. Aspek penjagaannya pula ia lebih mudah dijaga dan boleh membesar dengan cepat dengan penjagaan yang betul.
Di laporkan dimana pokok doa sama ada jenis Bucida molineti atau Bucida Variegated adalah pokok hiasan lanskap yang popular dengan dahan berlapis (rendang) berdaun kecil berwarna hijau atau putih kekuningan dimana ia juga selalu mempunyai kadar pertumbuhan menegak atau melebar (Sila lihat foto disebelah). Jenis pokok ini ia sangat sesuai sebagai peneduh, tahan panas matahari penuh dan memerlukan penjagaan sederhana sahaja. Apa pun ciri-ciri penting bagi pokok doa dari jenis Bucida dimana daunnya mempunyai warna yang berlainan antara monelrti dan variegated yang saiznya kecil, lebat dan berkilat. Terdapat pokok doa yang dari jenis hijau gelap (Bucida Hijau) dan ada dari jenis yang variegata (Bucida Putih atau Jenia Bucida Kuning) yang daunnya berwarna putih atau berwarna kuning bersinar apabila terkena terus dengan cahaya matahari. Dari segi bentuk pokok dimana selalunya cara pertumbuhan dahan yang berlapis-lapis dan melebar dimana ini memberikan gaya estetik yang eksklusif dan jenis teduhan yang baik. Ketinggian pokok ini yang di jaga baik ia boleh mencapai ketinggian sederhana sebagai pokok renek, atau membesar sehingga 7-20 meter jika tidak dipangkas. Ada jenis yang batangnya berduri dan ada yang tidak berduri dimana selalunya batangnya berkayu keras dan mempunyai duri yang kuat pada bahagian dahan. Ia sesuai tumbuh dengan bail dan memerlukan cahaya matahari penuh (full sun) dan penyiraman sederhana. Sesuai ditanam di halaman rumah, taman, atau kawasan taman rekreasi dimana sesuai untuk dijadikan sebagai pokok hiasan landskap (landscaping) untuk mencantikkan persekitaran. Bagi penulis blog selalu di fahamkan jika pokok ini juga dikenali dengan kebolehannya memberikan suasana segar dan nyaman di sekeliling rumah. APa pun 'Pokok Doa' ia biasanya merujuk kepada dua jenis tumbuhan yang berbeza sama ada jenis Maranta leuconeura (tumbuhan hiasan dalaman) atau Bucida molineti (pokok landskap luar). Jenis Maranta leuconeura (Prayer Plant) adalah pokok dimana tumbuhan ini mendapat nama 'Pokok Doa' kerana pergerakan daunnya yang unik. Pergerakan Daun (Nyctinastic) dimana daunnya akan terbuka mendatar pada waktu siang untuk menyerap cahaya dan melipat tegak ke atas pada waktu malam iaitu ia menyerupai tangan yang sedang berdoa. Dari segi corak daun ia mempunyai daun yang eksotik dengan corak berwarna-warni, seperti urat merah atau topok gelap di atas latar hijau. Tumbuhan tropika ini sesuai pada habitat yang sukakan kelembapan tinggi dan cahaya tidak terus (separa teduh). Berbanding dengan Jenis Bucida molineti (Pokok Doa atau Bucida Putih) dimana di Malaysia, nama ini juga sering dikaitkan dengan pokok landskap yang mempunyai struktur berlapis. Keunikan ciri 'Bentuk Berlapis' yang mana ia mempunyai dahan yang tumbuh mendatar secara bertingkat-tingkat selalunya ia memberikan imej yang kemas dan formal. Ia mempunyai saiz daun yang kecil dan rimbun. Ad a terdapat variasi 'Variegated' (Bucida Putih) yang mempunyai campuran warna hijau dan putih. Ia sesuai ditanam sebagai pokok naungan di kawasan jalan raya atau taman kerana batangnya yang lurus dan silara yang tegak.
Di kongsikan fakta menanam pokok doa yang sesuai ditanam menggunakan tanah campuran berliang atau ada sistem saliran baik di persekitaran lembap dengan ada cahaya matahari langsung. Pokok ini suka pada kawasan bersuhu panas tetapi ia memerlukan siraman sederhana ditanah lembap tapi tidak bertakung dan dibaja sebulan sekali untuk daun cerah dan sihat. Elakkan ookok kekeringan panas matahari terus untuk mengelak daun layu. Cara Menanam Pokok Doa sebaiknya pilih lokasi sesuai dengan meletakkan di tempat yang terang tetapi tidak terkena cahaya matahari langsung sebab kepanasan melampau ia boleh membakar daun. Sebaiknya menggunakan campuran tanah yang ringan dan mempunyai saliran yang baik untuk mengelakkan reput akar. Dari awal menanam dimana ia perlukan kelembapan tinggi dan mesti disiram secara sederhana supaya tanah sentiasa lembap (bukan basah sehingga menganggu akarnya). Sama dengan jenis tanaman hiasan lain dimana dipastikan persekitaran dibersihkan daun yang rosak atau daun tua dengan membuangnya. Bagi mereka yang mahir dimana penanaman boleh di lakukan menggunakan bijibenih yang boleh di beli secara atas talian dengan harga RM10 satu paket dalam Shoopee dan Lazada. Benih ini perlu di rendam dahulu sebelu di semai didalam polibeg yang berisi media semaian. Ia akan tumbuh dalam beberapa hari dan sesuai di pindahkan selepas mempunyai biangan daun yang sesuai bergantung meaamnya didalam pasu atau terus di atas tanah. Kaedah kedua adalah dengan menggunakan keratan dahan yang di semai dalam polibeg dan di jaga sehingga sesuai di pindahkan juga. Di ulang jika pokok ini dinamakan 'pokok doa' sebab daunnya yang akan menguncup ke atas seperti tangan berdoa pada waktu malam. Media tanaman sebaiknya ia menggunakan tanah berasaskan gambut (peat-based) atau campuran tanah pasu yang kaya dengan nutrien serta mempunyai saliran yang baik. Pernah cuba menanam dimana cara paling mudah melalui keratan batang (pastikan ada nod atau ada buku pada keratan) atau pembahagian rumpun akar dimana keratan boleh berakar dalam air dahulu sebelum dipindahkan ke tanah. Pokok doa ini sukakan kelembapan tinggi dimana ia sesuai disemburkan air (mist) pada daun atau letakkan pasu di atas dulang berisi batu kerikil dan air.
Membuat tinjauan mengenai harga benih pokok doa (juga dikenali sebagai pokok Bucida) di Malaysia dimana ia biasanya dijual dalam paket mengikut jumlah biji dimana harganya adalah sekitar RM10 - RM15 satu paket. Dalam pada itu ada anakbenih yang dijual di nurseri dengan harga sekitar RM15 - RM50 sepokok bergantung kepada jenisnya, saiz pokok, kualiti dan jumlah yang di beli. Apa pun ada beberapa pilihan semasa hendak membeli benih Pokok Doa (Bucida) yang ada dijual di pasaran sama ada di nurseri swasta atau membeli didalam talian seperti Shopee dan Lazada. DIlaporkan biji Benih Benih Pokok Doa jenis Bucida dengan jumlah sekitar 100 Biji dalam paket akan menjadi pilihan yang lebih ekonomik untuk penanaman dalam skala yang lebih besar atau untuk hiasan rumah yang mahu akan meredupkan panas matahari. Apa pun jenis biji benih bagi jenisPokok Bucida Hijau atau jenis Pokok Payung (50 Biji) yang mana ia dikenali juga dengan nama saintifik Terminalia mantaly dimana jenis benih ini sering dicari untuk tujuan landskap kerana bentuknya yang berlapis-lapis seperti payung. Berlainan dengan cara pemilihan abak pokok doa atau anakbenih di nurseri. Ini kerana jika tidak mahu bermula dari benih dimana terdapat juga pilihan anak pokok yang sudah hidup dimana di Melaka penulis blog berkunjung ke beberapa nurseri swasta bagi anak Pokok Bucida Hijau (Pokok Doa Hijau) ia boleh didapati pada harga sekitar RM10-RM20 bergantung kepada saiz ketinggian anak pokok tersebut. Bagi jenis anakbenih Bucida Batik atau jenis lain seperti Variegated (Pokok Doa Putih) dimana jenis ini selalu akan mempunyai daun berwarna hijau keputihan dan biasanya dijual pada harga yang sedikit lebih tinggi, contohnya sekitar RM16.00 sehinga semahal RM20.00 untuk saiz kecil sehingga kepada saiz yang besar.
Media tempata berminat mengenai laporan pokok doa dimana dalam hmetro dilaporkan 'Tanam pokok doa sempena Hari Bumi' yang melibatkan murid sekolah yang menanam pokok di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway, Subang jaya wajar di kongsikan. Ia sempena menyambut Hari Bumi Sedunia pada 22 April ini, Pallas Malaysia melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menanam sebanyak 12 pokok Bucida atau dikenali ‘pokok doa’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sunway. Mengiut Eksekutif Jenama Pallas Eppie Lee dimana objektif program itu adalah untuk memberi kesedaran mencintai alam sekitar dalam kalangan pelajar. Melalui penanaman pokok ini, ia secara langsung dapat mendidik pelajar untuk menghargai alam sekitar dan mengajar mereka cara menanam pokok dengan betul. Syarikat Pallas akan meneruskan misi dalam menanam pokok di sekolah terpilih di seluruh negeri dan menyasarkan negeri di bahagian selatan seperti Melaka dan Johor untuk projek CSR akan datang. Sementara itu dakwa Pengetua sekolah Norjah Yusop berkata, aktiviti penanaman pokok itu diharap dapat menghijaukan lagi kawasan sekolah supaya lebih selesa. Melalui program ini diharap pelajar dapat meneruskan usaha memupuk kesedaran mengenai bertapa pentingnya menjaga alam sekitar dan mengekalkan aspek kebersihan dalam kawasan sekolah. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BEBERAPA JENIS...ADA BERBEZA...
MENJADI TEDUHAN...CANTIKNYA...
TANAM DIRUMAH... SUKA LIHATNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(23 Syaaban 1447H).







No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.