Support My Blog

Saturday, February 28, 2026

BURUNG WAK-WAK DAN FAKTANYA

BURUNG WAK-WAK
(Amaurornis phoenicurus) atau Burung Ruak-ruak adalah merujuk kepada satu spesies utama iaitu Jenis Ruak-ruak Biasa (White-breasted Waterhen). Ia adalah burung keluarga Rallidae yang sering ditemui di kawasan paya, sawah padi dan semaksamun atau belukar di Asia Tenggara termasuk di jumpai di Malaysia. Bagi penulis blog apa yang unik adalah burung ini sangat sinonim dengan bunyi 'wak-wak' yang kuat terutama berbunyi pada lewat petang atau dekat maghrib di kawasan sawah padi. Apa pun ia panggil burung wak-wak dimana orang kampong juga sering dikelirukan atau berkait rapat dengan kumpulan 
burung keluarga Rallidae (burung paya) yang lain seperti Jenis  Burung Sintar yang mempunyai habitat dan bentuk fizikal hampir sama. Apa pun burung ini memang ia dikenali dengan keupayaannya meredah tanah berpaya atau di tanah basah dan kemampuan ia bersembunyi yang cekap. Burung Wak-wak ialah sejenis burung paya boleh ia dikenali dengan paruh kuning, muka dan dada putih serta belakang badan berwarna kelabu gelap atau coklat (Sila lihat foto paling atas sekali)Ciri-ciri asa burung ini dimana ia gemar kawasan berair, sawah, hutan bakau atau berada di parit tepi jalan dengan sifat yang sangat pemalu, cepat berlari untuk menyorok apabila manusia mendekati. Mampu mengeluarkan bunyi kuat dan nyaring terutamanya pada waktu senja atau maghrib atau awal pagi. Beberapa ciri dimana ia mempunyai muka, leher dan dada yang berwarna putih bersih, manakala bahagian belakang dan sayapnya berwarna kelabu gelap atau hitam dengan paruhnya lurus dan kakinya panjang. Apa pun perlu di beritahu jika ia berstatus dilindungi di Malaysia dan tidak dibenarkan ditangkap atau diburu dimana burung ini juga sering dikaitkan dengan budaya Melayu terutamanya dalam pantun lama. Burung ini (bersama spesies Ayam-ayam) telah diwartakan sebagai spesies hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dimana sesiapa yang menjerat atau memburunya tanpa permit dan disabit kesalahan mana ia boleh dikenakan tindakan undang-undang. Terdapat mitos atau kepercayaan orang tua-tua dulu yang melarang menyahut bunyi burung ini pada waktu Maghrib kerana dikaitkan dengan gangguan makhluk halus atau 'ada penjaga' kawasan tersebut. Di Malaysia menangkap, menjual, menjerat dan membunuh burung ini merupakan hidupan liar yang dilindungan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 2010 (Akta 716) bagi semenanjung Malaysia dan juga di Indonesia. Apa pun lazimnya mudah menjumpai burung ini di kawasan berair seperti paya semak, kolam dan alur di hutan terbuka, paya bakau dan padang dan taman. Artikel subuh khamis selepas bersahur 1 Ramadan ini dalam "Anim Agro Technology"  saya akan paparkan beberapa fakta mengenai burung wak-wak atau burung ruak-ruak untuk dijadikan bahan rujukan. 


Burung Wak-wak di rantau Asia Tenggara, burung dari keluarga Rallidae (dari famili burung air) yang sering dikaitkan atau mempunyai ciri fizikal yang hampir serupa termasuklah dari Jenis Burung Ruak-ruak Biasa (White-breasted Waterhen) diman ajenis ini adalah yang paling popular dengan muka dan dada berwarna putih serta bahagian belakang kelabu gelap atau hitam. Jenis kedua adalah Jenis Burung Sintar (Slaty-breasted Rail) yang mana ia mempunyai rupa seakan wak-wak tetapi dengan corak berjalur pada bahagian perut dan warna coklat pada bahagian kepala. Jenis yang ketiga agak serupa adalah Jenis Burung Ayam-ayam (Watercock) dimana jenis ini ia sering dikelompokkan bersama wak-wak dalam perbualan masyarakat kerana habitat yang sama di kawasan paya dan sawah padi. Penting untuk diketahui bahawa burung Wak-wak dan Ayam-ayam telah diwartakan sebagai spesies hidupan liar yang dilindungi di bawah undang-undang (seperti Akta Pemuliharaan Hidupan Liar di Malaysia 2010) dimana aktiviti menangkap atau memburu burung ini tanpa lesen adalah menjadi satu kesalahan. Habitat Burung Wak-wak (Ruak-ruak) ialah kawasan tanah basah dan berair seperti sawah padi, paya, paya bakau, semak samun, serta parit tepi jalan. Mereka lebih suka kawasan dataran rendah dengan rumput tinggi untuk bersembunyi. Ia sering ditemui di kawasan tropika Asia Tenggara iaitu berada juga berhampiran dengan penempatan manusia. Burung ini lincah mencari makan di kawasan terbuka tetapi akan menyorok di tempat padat jika terancam. Burung wak-wak (ruak-ruak) adalah pemakan segala (omnivor) dimana antara diet utamanya terdiri daripada invertebrata kecil, serangga, siput, cacing, ikan kecil dan bijirin seperti padi di kawasan sawah. Mereka aktif mencari makan di kawasan berlumpur, semak-samun dan tebing air terutamanya pada waktu malam atau awal pagi. Ada dilaporkan antara makanan kesukaanya terdiri dari cacing, siput (terutamanya siput gondang emas), serangga kecil dan krustasea serta jenis hidupan akuatik termasuk ikan-ikan kecil, berudu dan anak katak. Pengalaman penulis blog di kampong dulu dapati dimana burung ini sering dijumpai di kawasan paya dan kebun getah yang lembap dimana ia mampu memakan pelbagai jenis makanan (omnivor). Ia memakan serangga dan haiwan kecil sebagai burung predator semula jadi bagi serangga dan membantu mengawal populasi hama pertanian. DIlaporkan ada yang mempunyai lesen memelihara burung ini dan mereka akan berikan pilihan makanan tambahan untuk memastikan kesihatan dan kecergasannya: Antara yang sesuai diberikan sebagai makanan tabahan adas asas termasuk makanan dedak penggalak yang dijual di pasaran  untuk membantu tumbesaran yang seimbang dan ianya akan menggalakkan burung ini berbunyi. Peminat burung ini akan berikan anak burung wak-wak dengan menyuap terutama bagi anak burung yang baru menetas atau masih kecil dimana jenis makanan diberikan dalam bentuk serbuk biasanya digunakan supaya lebih mudah disuap dan ditelan. Pemberian Ulat (Mealworm) juga ia sering diberikan sebagai sumber protein tambahan.


Terdapat beberapa cara tradisional memburu burung wak-wak (ruak-ruak) dimana ia biasanya menggunakan Alat Racik (jerat tali) atau Jerat dari jenis buluh atau besi yang mana ia dipasang di kawasan paya atau belukar dan ia sering kali dibantu dengan bunyi rakaman suara wak-wak untuk memancing agar burung ini keluar. Walau bagaimanapun sebenarnya burung wak-wak ini diwartakan sebagai spesies yang dilindungi yang juga ia menjadikan semua jenis aktiviti memburu tanpa lesen adalah kesalahan di bawah undang-undang dan sudah banyak kes tangkapan di laporkan pernah berlaku di Malaysia. Dalam beberapa rujukkan dimana di laporkan ada beberapa kaedah atau cara memburu burung wak-wak seperti dengan cara Penggunaan Racik seperti jenis Racik aring iaitu sejenis jerat tali halus, dipasang di laluan burung di kawasan semak atau paya. Selalunya pemburu akan membuat 'Pancingan Bunyi' dimana ia menggunakan rakaman suara wak-wak atau meniru bunyinya untuk menarik burung tersebut mendekati racik tersebut dan bila kakinya terpijak maka ia akan mengena.
Waktu Memburu yang paling sesuai dilaporkan adalah pada waktu pagi atau petang ketika burung tersebuy sedang aktif mencari makan di kawasan terbuka. Sekali lagi amat penting tentang isu dan mengetahui bahawa memburu burung wak-wak adalah satu kesalahan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar sebab burung ini adalah hidupan liar dan sesiapa memburunya tanpa permit adalah menyalahi undang-undang. Pernah dulu sekitar tahun 1980'an penulis blog ada melihat di Melaka aktiviti memburu burung wak-wak (atau burung ruak-ruak) selalunya dilakukan pada waktu malam di kawasan semak atau sawah padi dengan menggunakan teknik atau cara tradisional dan peralatan moden. Pemburu juga ada gunakan Alat Lampu Suluh semasa memburu pada waktu malam dari jenis lampu suluh yang terang untuk menyilaukan mata burung dimana cara ini akan menjadikannya jadi kaku atau 'terpukau' supaya mudah ditangkap dengan tangan atau jaring. Kaedah Memasang Jaring juga di kawasan semak yang menjadi habitat utama mereka untuk memerangkap burung yang terbang rendah pernah di lakukan pemburu. Perlu tahu dimana sebarang aktiviti menjaring atau aktiviti menangkap burung wak-wak yang semakin pupus ini tanpa permit yang sah boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak Perhilitan.


Bagaimana pun pernah dilihat dulu dimana di tepi jalan ada orang menjual burung wak-wak ini (sekarang ini sudah tidak kelihatan lagi) dan ada pembelinya. Membuat tinjauan dimana harga burung wak-wak (ruak-ruak) di Malaysia biasanya dijual antara RM30 -  RM100 lebih seekor dan ini bergantung kepada sama ada burung tersebut adalah burung denak (ia dari jenis burung yag tterlatih atau burung pikat atau penjerat) atau burung wak-wak liar hasil tangkapan biasa. Kini ada kemungkinan pemburu akan menjual burung wak-wak yang di tangkap secara bersembunyi diantara pemburu dan ppembelinya sebab jika di tangkap ianya merupakan satu kesalahan dibawah akta. Dipasaran (secara atas talian) memang ada di jual peralatan memburu burung seperti Alat Jebak atau Sangkar untuk memburu burung wak-wak yang mana ia dijual sekitar RM120 - RM175 satu unit di pasaran dan adaj Alat Racik atau Alat Jerat untuk memburu buung wak-wak ini dengan harga sekitar RM35 - RM149 satu unit. Nota: Harga adalah anggaran berdasarkan iklan semasa dan tertakluk kepada perubahan penjual. Dilaprokan dimana harga burung wak-wak (juga dikenali sebagai Ruak-Ruak) yang ada di Malaysia berubah mengikut kegunaan, kualiti suara dan status kepatuhannya (jinak atau liar). Beberapa testimoni dilaporkan anggaran harga pasaran burung ini terkini mengikut kategori seperti bagi Jenis Burung Liar atau Burug Biasa yang baru di tangkap ia berada dalam lingkungan RM10 - RM20 seekor tetapi agak sukar mencarinya sekarang dipasaran terbuka. Berlainan dengan jenis burung wak-wak 'Denak' atau Burung Pikat iaitu ia adalah burung yang sudah dijinakkan dan dilatih untuk memikat burung lain boleh mencecah harga sekitar RM100 - RM250 seekor dimana ia bergantung kepada keberkesanan suaranya. Mencari maklumat dimana burung wak-wak paling sedap dimasak secara goreng kunyit, digulai, atau masak kicap untuk menghilangkan bau hanyir. Antara resepi popular ialah burung wak-wak goreng kunyit yang menggunakan bawang besar, halia, dan cili padi yang diperap dengan serbuk kunyit serta garam sebelum digoreng. Dari sumber dilaporkan Resepi Burung Wak-Wak Goreng Kunyit diana bahan digunakan adalah burung wak-wak (dicuci bersih dengan tepung gandum). Bagi bahan perap gunakan serbuk kunyit dan garam secukup rasa dan bahan tumis sediakan bawang besar (dihiris), halia (dihiris sebesar ibu jari), dan cili padi (ikut pedas). Cara memasak dengan memerap burung dengan kunyit dan garam dan ia digoreng hingga masak. Bagi langkah seterusnya di tumis dengan ramuan sehingga masak dan ia sudah sedia di hidangkan dimakan dengan nasi panas. Terjumpa juga Resepi Burung Wak-wak Masak Gulai atau Masak Kari dengan cara menggunakan santan dan rempah kari untuk menutupi tekstur daging yang pejal. Caranya sama dengan memask untuk ayam da daging lain yang enak di makan dengan nasi putih. Ketiha ia juga sesuai dan enak di makan dengan satu jenis Resepi Burung Wak-wak Masak Kicap Pedas ala Nogori Sembilan dimana amat sesuai untuk hidangan harian. Apa pun di beritahu dimana teknik cucian burung wak-wak yang betul adalah di dahului dengan cara menggunakan tepung gandum atau asam jawa bagi menambah kesedapan masakan burung wak-wak.


Beberapa edia lokal laporkan dimana 'Perhilitan tumpas kegiatan buru burung ruak-ruak, ayam-ayam' di Sabak Bernam diman a pemburu telah memasang jaring digunakan untuk menangkap burung berkenaan. Pihak  Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor menumpaskan kegiatan memburu burung ruak-ruak dan burung ayam-ayam secara haram di kawasan sawah padi di Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor setelah mereka mengesan ada pemburu memasangnya dan dan dalam rondaan pencegahan jenayah hidupan liar kira-kira jam 8 malam ia di temui. Serbuan dilakukan hasil maklumat awam mengenai aktiviti pemburuan spesis burung yang dilindungi mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan dilihat sudah ada burung yang tersangkut pada jaring berkenaan dan kemudian di lepaskan. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat jaring dan peralatan yang digunakan bagi menangkap spesies dua burung itu di sekitar sawah padi berkenaan dimana dalam operasi itu juga, pihaknya turut menyelamatkan lima burung spesis lain yang tersangkut pada jaring. Tindakan di ambbil adalah kesemua peralatan dan jaring itu dirampas pihaknya bagi tindakan lanjut. Dilaporkan masih tiada penahanan individu dilakukan dan kita percaya jaring itu diletakkan di kawasan berkenaan beberapa hari sebelumnya. DI laporkan kesalahan itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan 2022) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun. Pihak orang ramai diminta mendapatkan lesen memburu hidupan liar secara sah dengan Perhilitan bagi mengelak dikenakan tindakan. Dilaporkan rata-rata masyarakat masih tidak mengetahui tindakan menangkap hidupan itu terutama spesis dilindungi adalah salah di sisi undang-undang. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BURUNG WAK-WAK...RUAK SAMA...
BUNYI KUAT...MAGRIB MASANYA...
PERLU TAHU... IA DILINDUNGI AKTA...
BACA ARTIKEL.. BARU FAHAM FAKTA..

By,
M Anem, Senior Agronomist,
Taman BAlai PAnjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(1 Ramadan 1447H).
Bersamaan 19 Febuari 2026.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...