Ciri dan fakta menarik burung ini dimana dari aspek fizikalnya ia mempunyai bentuk tubuh ramping, berekor panjang, ada paruh kuat dengan ada mata berwarna merah menyala (Sila lihat foto disebelah). Apa pun burun ini ia sering boleh dijumpai di kawasan hutan, tebing sungai atau kawasan paya bakau (mangrove area). Dari segi permakannya dimana burung ini akan memakan serangga, ulat, belalang, katak dan juga haiwan mengkarong kecil. Burung yang cantik ini sebenarnya ia terkenal sebab ia pandai bersembunyi di balik semak-semak dan agak sukar dilihat. Ada mitos dikalangan masyarakat lokal berkaitan dengan minyak burung butbut (minyak bubut) dipercayai dalam masyarakat Melayu mempunyai khasiat penyembuhan. Minyak but but tradisional yang bukan minyak but but komersial yang dibuat di kilang di pasaran sekarang adlah ia berlainan kualitinya. Minyak but-but komersial selalu dilaporkan yang ia mengandungi pokok kekacang tutup bumi yang sering digunakan oleh burung but but dimana ada yang tidak memasukkan burung but-but. Nama minyak but but sebenarnya terkenal kerana keberkesanannya sedari dulu lagi di alam Melayu apabila ia sering digunakan untuk tujuan mengurut anggota badan disebebkan kes patah, kes terseliuh atau kes tergeliat, isu salah urat atau kes kesan lebam. Ini kerana dalam kaedah perubatan tradisional dimana kalangan masyarakat Melayu secara tradisi percaya minyak yang dihasilkan daripada burung ini (Minyak But-but) berkesan untuk merawat patah tulang, terseliuh atau luka, walaupun tuntutan ini lebih kepada kepercayaan tradisional. Dipasaran sebotol minyai ini dijual dengan harga antara RM30 - RM45 bergantung kepada kualiti, kuantiti, keaslian, jenama dan juga iklan serta cara belian. Dilaporkan diantara kelebihan lain Minyak But-But adalah seperti Bagus Untuk Urutan dimana didakwa yang minyak But-But yang bersifat sejuk di luar dan panas di dalam akan meresap ke dalam lapisan kulit untuk melegakan sakit sendi dan otot. Digunakan untuk merawat kes Sengatan Serangga dengan membasahkan Minyak But-But dengan kapas dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan serangga. Ia juga bagus merawat Luka-Luka Kecil caranya dengan mengmbil kapas dan sapukan pada luka. Jika luka akibat terkena air panas dan luka akibat terbakar maka minyai ini sesuai untuk di sapukan ke bahagian yang terlibat atau kulit yang menggelembung. Minyak ini mampu rawat kes Cirit Birit dengan cara meminum satu sudu kecil bersama air suam dan ia adalah berkesan. Minyak ini di dakwa atasi kes Kembung Perut dengan cara memanaskan sedikit minyak dan sapukan pada bahagian perut. Urut perlahan-lahan secara memutar perlahan-lahan. Kepada ibubapa yang ada masaalah Bayi Yang Sering Menangis Malam disyorkan agar menyapukan pada bahagian atas kening pada setiap malam. Kemudian didakwa bagi Kanak-Kanak Kencing Malam maka sesuai untuk disapukan pada bahagian ari-ari sebelum tidur. Dicadangkan amalkan bersama Madu Asli. Kepada mangsa yang Terkena Air Panas dan Luka Terbakar di mana minyak ini di laporkan ia mujarab disapukan kepada bahagian yang terjejas dan mengelembung. AKhir sekali kegunaan minyak butbut adalah baik merawat Isi Buasir iaitu dengan menyapukan Minyak But-But pada bahagian dubur yang terkeluar dan ulang sehingga sembuh.
Adalah penting untuk mengetahui akan habitat utama burung butbut (Centropus spp.) iaitu dikawasan terbuka yang rimbun seperti semak belukar, tepi hutan, kawasan hutan bakau (mangrove), hutan sekunder, dan perkebunan. Mereka gemar mencari makan di atas tanah di kawasan semak rapat atau dataran rendah yang lembab dan bertenggek di dahan (Sila lihat foto di sebelah). Taburan burung butbut diman ia lebih menyukai kawasan yang mempunyai timbunan batang kayu atau pokok-pokok kecil yang rapat dan redup. terutama terdapat di kawasan beriklim tropika termasuk di Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia sehingga ke Papua. Bagi Jenis Burung Butbut Besar (Centropus sinensis) dimana ia sering dijumpai di kawasan hutan sehingga ketinggian 800m dari paras laut terutama di kawasan ada sungai dan kawasan berbakau. Kedua ada Jenis Burung Butbut Sulawesi (C. celebensis) yang mana ia suka mendiami dataran rendah dan hutan yang lebat di habitat asalnya. Ketiga ada Jenis Burung Butbut Jari Pendek dimana jenis ini lazimnya akan ditemui di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dan ada beberapa jenis burung but-but lain yang tidak di laporkan dalam artikel ini. Dilaporkan dimana burung butbut adalah burung yang memakan ulat, serangga, kumbang, katak kecil dan jenis mengkarong kecil diman aia akan memburu di atas tanah dan juga mencarinya sebalik semak. Burung ini juga di kategorikan sebagai sejenis haiwan pemangsa atau jenis karnivor yang tergolong dalam kumpulan pemakan serangga dan haiwan kecil. APa yang penulis blog pasti dimana paling di sukai adalah makanan dari jenis Serangga sebagai diet utamanya dimana ia termasuklah belalang, kumbang, ulat, semut dan anai-anai. Selain itu ia menmangsa haiwan kecil seperti akan memburu katak, cicak dan mengkarong dan seumpamanya yang bergerak di atas tanah. Ia juga memakan jenis siput dan juga moluska dimana jenis siput darat sering menjadi mangsa burung ini di habitat lembap. Burung butbut juga akan memangsa dan makan anak gurung dan telur burung lain dimana kadangkala ia juga akan memakan telur atau anak burung lain yang ditemui di dalam sarang yang rendah. Selain itu makanannya adalah jenis mamalia kecil seperti tikus kecil juga boleh menjadi sebahagian daripada diet mereka jika saiznya bersesuaian yang banyak di kebun kelapa sawit. Asasnya dimana burung But-but biasanya mencari makan di kawasan semak samun, kawasan berumput panjang atau di atas tanah kerana mereka bukanlah penerbang yang sangat lincah berbanding burung pemangsa lain. Burung butbut juga memakan buah-buahan, biji benih, pucuk pisang muda, siput, dan isi buah kelapa sawit yang masak. Secara amnya dimana burung butbut adalah pemangsa yang aktif dan bebas mencari makan di kawasan semak, hutan dan pinggir sungai.
Agak menarik mitos dimana jika ada pertandingan burung paling banyak dikaitkan dengan merawat kes tulang patah apabila minyak urut burung butbut mesti dapat tempat pertama walaupun ia sendiri tidak pernah didaftarkan dimana-mana. Orang dulu-dulu sudah percaya burung ini ada mempunyai 'kuasa dalaman' khusus yang boleh merawat patah tulang, terseliuh, dan sakit pinggang sampai orang moden pun terpengaruh. Ada para pengamal perubatan tradisional dan moden yang percaya dan tidak percaya akan mitos ini. Beberapa testimoni boleh di kongsikan dalam perbincangan ini dimana penulis blog akan huraikan sebab ia mengadungi ilmu, humor dan juga ujud juga fakta saintifik. Berbalik kepada jenis burung butbut (Centropus sinensis) yang mana kalangan orang kampung panggil juga burung ini 'Burung Hantu Merah' atau 'Burung Bubut' atau 'Burung Malas Terbang Tapi Rajin Menyibuk' agak kelakar gelarannya. Dari segi kajian ada dilaporkan yang burung butbut ini suka tinggal di belukar tebal, Kawasan kampung, kawasan sawah padi, kawasan kebun dan juga di hutan sekunder. Burung ini memang di laporkan ia tidak suka terbang lama dan ia lebih suka lompat-lompat dari satu dahan kedahan lain seakan ninja tanpa penat penat. Ia akan berjalan secara senyap dengan memandang kiri kanan macam polis peronda. Ia kan mengelluarkan suara yang tidak berapa merdu seperti satu speaker rosak. Burung karnivor ini memang karnivor yang suka makan serangga, katak, cicak dan juga tikus. Mempunyai bulu hitam dan merah akan kelihatan nampak garang akan tetapi hatinya lembut. Ia ada paruh kuat dengan mata tajam sesuai untuk memburu mangsa kecil dan ia tiada toksin, tiada bahan pemulih tulang dan tidak mengeluarkan minyak penyembuh secara biologi. Mitos perlu di ketahui dimana burung butbut bukan bomoh dan ia juga bukan tukang urut serta ia bukan doktor ortopedik. Isu kenapa orang zaman dulu percaya sebab menurut kepercayaan asal tradisional Melayu dimana ada burung butbut ditangkap dan lemak atau minyaknya diekstrak untuk dijadikan minyak untuk sapuan patah tulang/sakit sendi. Didakwa minyak ini adalah jenis 'Minyak Panas' dimana bila menyerap akan dapat masuk ke tulang yang menyembuhkannya. Bagaimana pun sehingga kini dilaporkan berdasarkan kajian saintifik masih TIDAK ADA bukti yang burung butbut mengandungi bahan seperti Kalsium tambahan, Kolagen penyembuh, Bahan anti-inflamasi, bahan Kompaun pembaikan tisu, Kuasa X-Ray untuk ia mampu dalam menyembuhkan. Ada komen pakar perubatan moden dimana untukcara tepat membantu kes patah tulang menurut perubatan ia melalui proses X-ray, Imobilisasi (simen, cast), Aktiviti Fisioterapi, Mengambil Kalsium serta Vitamin D dan juga mendapatkan rehat mencukupi. Bagi penulis blog dimana kalau di kelaskan minyak urut butbut ini di letakkan dalam kategori perubatan tradisional maka tidak salah dan memang ia boleh digunakan sebagai minyak urut akan tetapi ia bukan ubat yang sesuai untuk menyambung tulang. Isu kepupusan burung ini berkait dengan pemburuannya untuk di jadikan minyak urut komersial yang ada di jual di mana sahaja termasuk di atas talian. Apa pun menghormati perubatan tradisional itu bagus akan tetapi fakta tetap fakta dimana minyak ni sesuai untuk mengurut tetapi jangan dikaitkan dengan rawatan menbaiki tulang patah.
Menarik dalam portal bharian.com tentang 'Keajaiban khasiat sarang burung but but jadi inspirasi' dimana ramai yang sudah kagum dengan keajaiban sarang burung but but yang digunakan dalam rawatan tradisional turun temurun. Ada sebuah syarikat Rixzqeen Enterprise yang kini mengkomersialkan kelebihan herba tradisional itu agar ia dapat diperluaskan serta digunakan sebagai salah satu rawatan alternatif khusus kepada kumpulan sasarannya. Pemiliknya Pn Norman yang berasal dari Melaka ini memilih pati minyak tersebut sebagai bahan utama untuk diformulasikan dengan beberapa herba terpilih yang memiliki keistimewaannya tersendiri. Menurutnya minyak herba ini asalnya dipasarkan secara kecil-kecilan bermula 2019 setelah melepasi ujian makmal dan mendapat dua kelulusan daripada farmaseutikal serta Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan produk tersebut, ia diproses bersama pati herba tongkat ali, halia, gamat, daun bidara, habbatus sauda dan serai wangi. Produk ini telah dikeluarkan oleh kilang bertaraf amalan kilang terbaik (GMP) seterusnya dikomersialkan melalui jenama Minyak Terapi Herba BB Gold Akarmas. Apa pun sebelum dijual di pasaran ia dicuba terlebih dahulu produk berkenaan ke atas dirinya yang mana ketika itu mengalami masalah sakit kaki berbulan-bulan akibat terseliuh buku lali dan sukar berjalan. Walau pada mulanya dia juga agak skeptikal terhadap produk herba itu tetapi setelah mencuba membuat urutan selama dua hari berturut-turut didakwa ia amat kagum kerana proses penyembuhannya agak cepat dan seterusnya mampu berjalan, cergas serta aktif seperti sedia kala. Ini menjadikan pengalaman berharga itu sebagai modal dan testimoni terbaik, beliau mula mempromosikan Minyak Terapi Herba BB Gold Akarmas di pasaran secara online dengan niat dan tekad berkongsi ilmu serta maklumat dengan masyarakat yang mungkin mengalami masalah yang sama. Apa pun rezeki di sebalik pandemik yang melanda negara sehingga berjaya meledakkan jualan secara online semasa pandemik lalu, turut memberi kesan kepada usahawan ini yang mendapat maklum balas dan reaksi positif apabila beberapa pengguna membuat pembelian ulangan. Kini ada yang membeli dalam kuantiti yang banyak untuk diagihkan kepada keluarga dan kenalan setelah yakin dengan kesan rawatan yang digunakan. Dia kini bersemangat untuk menawarkan produk ini kepada lebih ramai orang dan ternyata platform media sosial pada masa itu sangat membantu dalam mempromosi dan meningkatkan jualan syarikat. Ilmu yang dikongsinya dengan testimoni positif daripada pelanggan membuatkan beliau tidak menang tangan untuk memenuhi tempahan khususnya daripada golongan warga emas, ibu bapa dan mereka yang mengalami masalah sendi dan saraf. Cara penggunaannya amat mudah, cepat meresap, tidak panas dan tidak melekit dimana ia berbau harum daripada campuran herba ini juga menjadikan aroma terapi yang menenangkan minda. Ia juga merupakan pakej yang sesuai untuk bakal ibu atau ibu-ibu berpantang yang menggunakan minyak urutan bagi proses pemulihan selepas bersalin. Ia juga amat sesuai juga untuk disapu pada bayi bagi mengelakkan kembung perut di samping memberi kehangatan semulajadi. Media laporkan jualan telah mencecah lebih daripada 10,000 botol sebulan dan kini produknya terus mendapat keyakinan yang baik daripada kumpulan sasaran dimana ada yang sudah mengunjurkan untuk menjual lebih daripada 100,000 botol menjelang akhir tahun. Melalui tagline ‘rawat diri di hujung jari’ Minyak Terapi Herba BB Gold Akarmas ditawar pada harga RM99.90 sebotol. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TERBANG LAJU... BELUKR IA BERADA...
MINYAK URUT BUBUT...ADA DI GUNA...
MEMBACA ARTIKEL... FAHAM FAKTA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(2 Ramadan 1447H).






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.