Support My Blog

Tuesday, February 17, 2026

LIPAN DAN FAKTANYA

LIPAN 
(Chilopoda) adalah sejenis serangga dari kumpulan arthropoda karnivor berbadan pipih, panjang dan bersegmen dimana ia mempunyai sepasang kaki pada setiap segmen badan menjadikan ia haiwan yang unik. Ia merupakan sejenis haiwan berbisa yang aktif memburu serangga kecil dan juga mengancam manusia jika kena sengatannya. 
Lipan boleh mempunyai bilangan kaki dari bawah 20 sehingga ia boleh melebihi 300 kaki akan tetapi di laporkan yang lipan juga ia mempunyai bilangan pasang kaki yang ganjil contohnya adalah sebanyak 15 pasang kaki atau 17 pasang kaki (ada sebanyak 30 atau 34 kaki) tapi jumlahnya ia bukan 16 pasang kaki (32 kaki) dan serangga lipan biasanya ialah karnivor. Sebagai sejenis serangga karnivor yang memakan serangga kecil lain seperti lipas, semut, anai-anai, lalat, labah-labah dan pepijat katil. Selain itu juga biasanya lipan juga memakan cacing tanah dan kadang-kala jenis lipan lain. Cara biasa mengawal atau mengurangkan populasi lipan dalam rumah  adalah dengan membasmi makanannya yang mana ini dapat mengurangkan kehadiran lipan di rumah. Paling unik dimana serangga lipan juga jenis 'kanibalisme' iaitu ia memakan lipan lain terutamanya yang saiznya lebih kecil sebagai salah satu makanannya. Beberapa amalan perlu di lakukan untuk dapat mengelakkan lipan masuk ke rumah adalah dengan mempastikan kawasan rumah sentiasa bersih dan bebas daripada serangga perosak lain yang menjadi sumber makanan lipan. Saintis menganggarkan terdapat 8,000 spesies lipan di seluruh dunia dimana ada 3,000 spesis yang telah dikenalpasti. Fakta lain dimana lipan mempunyai kaki depan yang boleh menusukkan bisanya atau racunnya dimana ia biasanya ditemui di kawasan lembap sama ada di kawasan pekebunan, belukar atau di dalam rumah. Di laporkan juga  di seluruh dunia ada terdapat ribuan spesies lipan dengan jumlah kaki, warna, tahap sengatan dan tabiat yang berbeza-beza. Di Malaysia dimana serangga lipan bara adalah di antara spesis lipa yang di takuti sebab ia jika menyengat akan memberikan ancaman serius kepada mangsanya. Kalangan manusia pasti akan melompat ketakutan apabila terserempak dengan lipan terutama jenis lipan berbisa sebab gigitan lipan berbisa yang mana ia serupa dengan labah-labah dan kala jengking yang boleh mengancam kesakitan serius. Lian juga ia dikaitkan mitos akan  kewujudan geliga lipan yang dikatakan mempunyai kuasa mistik. Kalangan rakyat Malaysia pasti kenal serangga lipan ini yang dianggap haiwan berbahaya terutamanya jika digigit sebab jka digigit dilaporkan ia boleh menyebabkan kesakitan yang ketara. Artikel petang Isnin iani dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan fakta mengenai lipan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Apa pun di Malaysia serangga 
Lipan di kenali sebagai 'Kelabang' di Indonesia (Jawa) sebagai haiwan  yang sangat sukakan kawasan yang lembap dan gelap seperti bilik air, dapur, bawah timbunan kayu atau berada di celah-celah retakan dinding rumah. Dalam laporan saintifih dimana ada jenis lipan yang biasa ditemui di dalam rumah di Malaysia termasuklah Jenis Scutigeramorpha (Jenis Lipan Rumah atau Lipan Gua) yang berkaki panjang dan halus dan juga ada Jenis Rhysida longipes (jenis Lipan Biru yang langsing berwarna hijau kebiruan). Lipan ini apa pun ia biasanya mencari tempat lembap seperti tandas dimana ia akan memakan serangga perosak. Mengenali jenis lipan rumah dimana ia mempunyai jenis ciri kaki panjang dan mata hitam yang jelas. Ia pemangsa semulajadi yang memakan serangga seperti lipas dan lalat dimana akan berperanan mengawal populasi serangga perosak di dalam rumah. Jenis Lipan Biru pula ia ia dilihat berbadan panjang dan langsing dengan warna hijau kebiruan dimama selalunya ia sering ditemui di kawasan lembap seperti lantai tandas (floortrap). Dalam pada itu selalu juga dilihat Jenis Lipan Hitam yang mana ia  mempunyai bentuk fizikal seperti lipan bara tetapi berwarna hitam dimana ini akan menjadikannya sukar dilihat pada waktu malam. Fakta penting adalah dimana walaupun lipan ini boleh menggigit akan tetapi jenis lipan rumah pula ia biasanya tidak berbahaya seperti lipan bara yang saiznya besar dan akibat dari gigitannya atau sengatannya adalah ia setanding dengan sengatan lebah. Menarik mengetahui dimana jenis lipan yang sering dijumpai di dalam rumah secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu Lipan Rumah dan Lipan Biasa. Apa pun jenis utama lipan selalu ia adalah berdasarkan saiz dan rupa fizikalnya diman jenis Lipan Rumah (House Centipede) merupakan spesies ini mempunyai badan yang pendek tetapi kaki yang sangat panjang (15 pasang kaki). Ia biasanya berwarna kuning keperangan dengan tiga jalur gelap di belakangnya. Berbeza dengan lipan lain dimana jenis lipan rumah ini akan bergerak sangat pantas dan selalu sebenarnya membantu memakan serangga perosak lain seperti lipas dan pepijat di rumah. Jenis Lipan Biasa pula seperti Scolopendra adalah jenis lipan bila dilihat ia lebih menakutkan kerana badannya yang panjang, leper dan mempunyai sengatan yang amat berbisa. Ia biasanya masuk ke rumah melalui kawasan lembap seperti bilik air, longkang, atau celah dinding untuk mencari perlindungan dan jika disengat memang menakutkan. DI beberapa rumah dalam lokasi tertentu dimana lipan gemar bersembunyi di bawah sinki, saluran air dan tempat yang tidak terganggu. APa pun lipan adalah Jenis Nocturnal iaitu haiwan yang bergerak aktif pada waktu malam untuk memburu makanan. DIlaporkan kes sengatan atau gigitan lipan jenis Scolopendra dilaporkan ia memang boleh menyebabkan kesakitan yang memang kuat, kesnan membengkak dan kulit berwarna kemerahan. Cara mudah mengatasi ancaman lipan dengan mempastika ia tidak hadir dimana sebaiknya periksa agar rumah tidak terlalu lembap dan menutup lubang-lubang kecil pada dinding rumah. Ada yang menggunakan tips atau gunakan ubat gegat seperti untuk menghalaunya. 



Paling di geruni di Malaysia adalah jenis LIPAN BARA. Saya ada menulis artikel mengenai lipan bara dalam blog ini dan boleh di baca dengan pautan  (Sila klik disini). Apa pun dilaporkan yang lipan yang selalu dijumpai ni boleh mencapai sehingga 20cm panjang dan badannya berwarna merah atau coklat kemerahan. Tahap berbisanya lipan ni bergantung pada saiz. Kalau yang kecil macam anak lipan mungkin tak terasa sangat sakitnya akan tapi kalau lipan besar memang lagi berbisa. 
Kedua adalah jenis LIPAN HITAM dimana sekali lihat anatominya seakan lipan bara akan tetapi warna hitamnya memang sangat ketara. Lipan ini juga sangat berbahaya jadi jangan ambil sambil lewa jika terkena bisa sengatannya. Ketiga adalah jenis LIPAN LAUT dimana ia kelihatan seakan ukat buru sahaja sekali pandang. Ulat bulu laut beracun yang pernah diviralkan pada tahun 2018 sebenarnya ia mangeluarkan racun berbisa.  Seeloknya jangan lah tunggu melaratkan bila kena sengat tersebut segera pergi pemeriksaan doktor. Dapatlah juga ubat-ubatan yang mana ia sepatutnya untuk merawat gigitan lipan. Makanan Lipan yang dikenalpasti termasuk serangga lain seperti anai-anai, lalat, labah-labah, semut yang ada dalam habitatnya. Selain itu lipan makan lipas, pepijat katil dan cacing tanah dan uniknya lipan juga memakan lipan lain sebagai mangsanya. Apa pun lipam memang hanya akan gigit manusia jika ia rasa terancam atau tersepit atau apa juga yang menyebabkan ia mengigit. Bahagian anggota manusia yang paling sering di gigit lipan adalah bagagian kaki atau tangan serta sesekali pada badan. Bergantung kepada jenis, saiz dan jumlah racun yang masuk dalam tubuh manusia akan menentukan tahap kebisaan atau kesakitan serta tahap allergi seseorang.


Perihal penting tentang lipan yang perlu dikongsikan adalah bagaimana kaedah menjauhkan dan petua menghalau lipan dari kediaman pembaca semua. Asasnya adalah ilmu dengan cara menghalau akan serangga yang dimakan oleh lipan seperti anai-anai, lipas dan lalat di rumah. Kehadiran makanan lipan akan menjemput kehadiran lipan dirumah. Beberapa petua mudah yang boleh diamalkan dengan menggunakan GARAM (salt) yang ditaburkan d
i kawasan dan laluan yang anda rasa ada lipan. Biarkan saja garam di situ dan tambah jika perlu dan sebaiknya ia diulang sehingga ada dirasakan memang sudah tidak ada lagi lipan dikawasan rumah. Cara kedua yang mudah adalah meletakkan KAPUR BARUS kerana kapur barus memang tidak di uskai oleh serangga sebab bahan Naftalin. Kapor barus ini diletakkan dikawasan yang lembab dan gelap dimana kemungkinan akan ada serangga bersembunyi termasuk lipan. Ada pula petua menggunakan bahan murah dan mudah selain memberikan aroma yang wangi iaitu DAUN PANDAN. Letakkan daun pandan dikawasan didalam rumah dimana lipan selalunya tidak suka dengan aromanya dan akan menjahuhkan. Apa pun jika daun pandan sudah kering dan tiada aroamanya pula boleh menjadi tempat perlindungan disukai oleh lipan pula. Cara lain gunakan daun pandan dengan menghiris daun pandan daun pandan dan perahkan kedalam air dimana cecair ini kemudian disiram ke kawasan lembap yang kemungkinan akan ada lipan. Air pandan ini di percayai boleh menghalau lipan dan serangga lain. Kalau petua-petua ini sudah di lakukan akan tetapi lipan masih juga datang maka kena ada cara lain iaitu membunuhnya jika terjumpa. Apa pun cara yang paling cepat boleh cuba untuk bunuh lipan adalah sembur saja dengan racun serangga perosak (aerosol) yang khas untuk lipan. Gunakan dengan mudah dan elakkan kesan lain kepada kesihatan jika menyembur dalam rumah. Kalau sudah buat semua usaha akan tetapi lipan masih datang maka di syorkan untuk memanggil perkhidmatan syarikat swasta menghalau serangga lipan ini yang professional sahaja dengan tanya berapa kos dan keberkesanannya. Semuga artikel ini dapat memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalam!!!..
NAMANYA LIPAN... TAKUT LIHATNYA...
PELBAGAI JENIS...BANYAK KAKINYA...
GIGITAN BERBISA..RAWAT SEGERA...
MENGHALAU.. ADA BANYAK PETUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murbi, 
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(28 Syaaban 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...