Support My Blog

Friday, February 27, 2026

BURUNG BELATOK - KENALI DIA

BURUNG BELATOK
(atau pelatuk) ialah sejenis burung dari keluarga Picidae yang terkenal dengan tabiat mematuk batang pokok secara laju untuk mencari makanan atau bagi membuat sarangnya. Haiwan unik ini menggunakan paruhnya yang kuat dan tajam dimana ia boleha didapati di hutan hujan seluruh dunia dimana ada sebanyak 25 spesies burung belatok yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Menarik akan burung belatuk yang dalam bahasa Inggeris di panggis sebagai 'Woodpecker' yang banyak di jadikan hiburan dalam karton untuk kanak-kanak. Ciri-ciri penting mengenai burung ini adalah ia mempunyai satu tingkahlaku unik iaitu ia suka 'Mematuk' batang pokok secara berulang kali untuk mencari serangga atau membuat lubang sarang kemudiannya untuk membiak dan tinggal (Sila lihat foto paling atas). Ia adalah sejenis burung yang mempunyai ciri fizikal dimana paruhnya yang kuat tanpa gigi serta mempunyai struktur tengkorak khas untuk menahan gegaran semasa mematuk kayu dan bunyinya juga kuat. Dilaporkan dimana kebanyakan burung ini akan ia  hidup di hutan dan suka menebuk lubang pada batang pokok. Di Malaysia ada 4 spesis burung belatuk yang popular dan ramai mungkin pernah melihatnya (dihutan atau di zoo) iaitu Jenis Burung Belatuk Belacan (kecil), Burung Belatuk Gajah (besar dan warna putih), Burung Belatuk Mas dan Burung Belatuk Kelabu. Bagi penulis blog yang dulu semasa remaja duduk di kampong di Muar, Johor mendapati dimana burung belatok ada kelihatan di kampong terutama pada masa tertentu dalam setahun. Ia merupakan haiwan berdarah panas dan ia mempunyai sepasang sayap dimana tubuh diselubungi bulu pelepah yang menarik juga warnanya. Burung belatuk (Woodpecker) ini adalah spesies burung yang dikenali dengan tabiat uniknya menebuk atau mengetuk batang pokok dengan cara menggunakan paruh yang kuat untuk mencari makanan atau membuat sarang. Ia mematuk pokok untuk mencari larva serangga di bawah kulit kayu, berkomunikasi dengan burung lain atau untuk membina lubang sarang. Ia dilihat memang ada mempunyai lidah yang sangat panjang, malah ada spesies yang lidahnya melilit di dalam tengkorak kepala untuk bertindak sebagai penyerap hentakan (shock absorber) iaitu semasa mengetuk. Burung ini di gelar sebagai 'Doktor pokok' sebab ia membantu mengawal populasi serangga perosak dan lubang pokok yang ditinggalkan sering menjadi rumah bagi haiwan lain seperti tupai dan burung kecil. Artikel petang Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai burung belatuk dan fakta penting untuk bahan bacaan dan rujukkan semua.


Bagi penulis blog dimana B
urung Belatuk atau Pelatuk (woodpecker) ialah sejenis burung dalam keluarga Picidae dimana ia berkongsi ciri-ciri sama terutamanya cara mendapatkan makanan atau membuat sarang dengan mematuk pada dahan atau batang pokok dengan laju berulang-ulang kali menggunakan paruh. Burung tersebut didapati di hutan-hutan hujan dan kayu serata dunia kecuali di Australia, New Guinea, New Zealand dan Madagaskar. APa pun jantina spesies belatuk sering dibezakan melalui warna bulu pelepah di mana belatuk jantan jauh berwarna terang dan berwarna-warni daripada jenis belatuk betina. Kehebatan burung ini adalah kemampuannya Mematuk Dengan Cepat Sebanyak Beribu Kali dengan pantas sehingga mencapai 20 patukan setiap saat dimana pada setiap hari, purata burung ini mematuk adalah sebanyak 10-12 ribu kali.   Burung ini dilapor ia Mempunyai Tengkorak Yang Kuat diman aia tidak akan  mengalami ketidakselesaan walaupun setelah berjam-jam mematuk kayu' sebab dikepalanya ia mempunyai struktur tengkorak yang unik dan kuat. Walaupun kepala mereka bergegar akibat getaran patukan sebanyak ribuan kali setiap hari, burung belatuk tidak pernah memiliki masalah pada bahagian kepalanya. Ia juga Mampu Barpaut ke Pokok Tanpa Masalah sebab ia mempunyai bulu ekor yang kuat untuk menyokong badan burung itu ketika ia berada di atas batang pokok. Mereka juga mempunyai dua kaki belakang untuk bersandar.  BUrung ini sifatnya adalah sejenis Burung yang Mementingkan Kesempurnaan sebab akan mengukir sendiri lubang pada batang pokok untuk laluan masuk ke sarang mereka. Burung Belatuk Iowa sebagai contoh, akan mematuk sehingga bulatan yang sempurna terhasil sebagai laluan masuk.Burung Belatuk Pileated pula akan membuat lubang sarang berbentuk lonjong. Ia juga Suka Menghasilkan Bunyi dan Muzik dimana ia dipercayai satu-satunya haiwan yang suka membuat bunyi dengan sesuatu selain daripada bahagian badannya. Mereka akan mengetuk pelbagai objek untuk menghubungkan Kawasan, menarik pasangan, atau mencari makanan. Ketika mematuk, bunyi yang terhasil ada kalanya seperti orang sedang berceloteh ataupun bunyi jam penggera. Kehebatan burung ini ia Mempunyai Lidah Yang Panjang iaitu sepanjang 10 cm atau tiga kali ganda lebih pandang daripada paruh mereka. Apabila tidak digunakan, burung ini akan menyimpan lidahnya di antara tengkorak kepala belakang. Paruh burung belatuk pula tidak bergigi dan keras seperti mata pahat. Lidah burung belatuk membaluti otak dan matanya dimana para saintis mengakui antara hikmahnya ialah berfungsi sebagai penebat dan pelindung otak dan mata burung daripada kesan hentakan berkali-kali daripada patukan.


Kepelbagaian
burung belatuk adalah ia mempunyai pelbagai jenis saiz dari sekecil 7 cm lebih kecil daripada burung pipit dengan berat timbangan 7 gram sehingga sebesar 50 cm menghampiri saiz burung punai dan Jenis Burung Belatuk Biru merupakan burung terbesar dari jenis belatuk ini dengan berat 360-563 gram. Paruh burung belatuk tidak bergigi dan keras seperti mata pahat. Apa pun burung ini boleh dilihat bertenggek secara menegak di atas hujung ekornya yang keras di batang pokok sambil paruhnya yang keras dan berbentuk pahat mematuk batang pokok untuk mencari makanan seperti jenis ulat dan serangga ataupun untuk melubangi pokok untuk membuat sarang. Bunyi patukannya yang agak kuat itu boleh kedengaran dari jauh. Ada pula kisah bagaimana burung belatuk juga mengeluarkan bunyi teriakan kasar dan nyaring dimana di udara burung belatuk terbang secara berombak-ombak tetapi agak lemah. Pembiakannya dengan bertelur di dalam lubang batang pokok dimana telur belatuk bercangkerang keras dan ia tidak mudah retak. DI seluruh dunia termasuk di Malaysia ada banyak spesis burung belatuk seperti Burung Belatuk Ara (Pigaus xanthopygaeus), Belatuk awan (Meiglyptes tristis), Belatuk bakau (Picus vittatus) atau Belatuk Hijau, Belatuk baldu (Sitta frontalis), Belatuk belacan (Dendrocopos canicapillus), Belatuk belacan Kecil (Picoides canicapillus) dan Belatuk belang (Picumnus innominatus). Seterusnya ada jenis Belatuk biji nangka (Micropternus brachyurus), Belatuk bulan, Belatuk buluh, Belatuk daun, Belatuk daun rintik, Belatok gajah (Dryocopus javensis) dan Belatuk gunung (Picus canus). Ada juga spesis Belatuk hijau (Picus vittatus), Belatuk jati, Belatuk kasturi, Belatuk kecil (Dendrocopos moluccensis), Belatuk kecil (Sasia abnormis), Belatuk kelabu, Belatuk kerdil api, Belatuk kerdil bintik dan Belatuk kerdil kening putih. Seterusya adalah spesis Belatuk kuda, Belatuk maharaja (Campephilus imperialis), Belatuk mas (Dinopium javanense), Belatuk merah (Picus miniaceus), Belatuk paruh gading (Campephilus principalis), Belatuk pinang muda (Dinopium javanense), Belatuk pinang rimba (Dinopium rafflesii), Belatuk pinang tua (Chrysocolaptes lucidus) dan Belatuk punggur (Blythipicus rubiginosus). Dilaporkan spesis lain adalah seperti Belatuk ranting (Picus mentalis), Belatuk raja (Picoides cathpharius), Belatuk ranum (Reinwardtipicus validus), Belatuk rotan (Picus viridanus), Belatuk rimba, Belatuk sisik, Belatuk Sunda, Belatuk tengkuk kuning besar (Picus flavinucha), Belatuk tengkuk kuning kecil (Picus chlorolophus), Belatuk tonggek dan juga jenis Belatuk tuki-tuki.


Lazimnya dimana b
urung belatuk mendiami hutan tanah rendah tropika, hutan bakau, dan kawasan hutan lembap, di mana ia bertenggek menegak pada batang pokok untuk mencari makan. Makanannya terdiri daripada serangga, larva, dan ulat yang dicungkil dari bawah kulit batang pokok mati menggunakan paruh yang kuat dan tajam.  Habitat burung Belatuk dari jenis hutan tropika dan subtropika iaitu dikawasan tanah rendah, hutan lembap sehingga dikawasan pergunungan (montane). Ia juga ada banyak ditemui di kawasan paya bakau dan ia hidup dan mencari makan di atas batang pokok, menggunakan ekor keras sebagai sokongan. Mencari info akan harga burung pelatuk (woodpecker) di Malaysia secara amnya ia tidak mempunyai pasaran terbuka yang tetap seperti burung hiasan lain (contohnya murai atau merpati) kerana kebanyakan jenisnya adalah hidupan liar yang dilindungi atau berada di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Walau bagaimanapun ada sedikit info gambaran berdasarkan pasaran burung oleh para peminat burung dimana dalam pasaran gelap (tidak boleh ia digalakkan) biasanya bermula dari RM50 - RM300 lebih seekor dan ini bergantung kepada jenisnya dan kualitinya. Apa pun jenis seperti Pelatuk Ulam dan Pelatuk Beras sering dicari untuk dijadikan di dengar suaranya dalam pertandingan untuk burung ini kerana bunyi tembakannya yang tajam. Status Undang-undang di Malaysia sesiapa yang ada menyimpan burung pelatuk tanpa permit yang sah daripada Jabatan PERHILITAN boleh menyebabkan hukuman didenda atau dipenjara. Pembaca blog semua dinasihatkan untuk terus menyemak status perlindungan spesies tersebut dengan Jabatan PERHILITAN Malaysia sebelum membuat sebarang pembelian bagi mengelakkan masalah undang-undang.


Dalam portal nst.com di laporkan dimana '
Burung belatuk yang jarang dilihat, muncul di Singapura' dimana kemudian ada ramai pencinta burung berpusu-pusu ke Kebun Bunga Singapura (Singapore Botanic Garden) untuk ambil gambar.
Di laporkan ada sejenis burung belatuk yang jarang ditemui telah membuat penampilan pada 12 Mac lalu dan menyebabkan ramai pencinta burung berpusu-pusu ke Kebun Bunga Singapura. Insiden dan penampilannya begitu jarang dilihat sehinggakan sepasang mempelai meninggalkan majlis perkahwinan mereka berdekatan semata-mata untuk mengambil gambar haiwan itu sejurus selepas memberikan ucapan perkahwinan mereka. Dengan kepalanya yang licin dan bulunya berwarna kelabu serta saiz berukuran 51 cm dan burung belatuk ini disenaraikan sebagai 'rentan' di serata dunia dalam agensi Kesatuan Antarabangsa bagi tujuan Pemuliharaan Alam Semula Jadi. Walaupun ini bukan kali pertama Encik Hong Yijun melihat spesies ini, beliau tidak melepaskan peluang mengambil gambarnya apabila burung belatuk tersebut berada dekat dengan majlis perkahwinannya. Dilaporkan yang pasangan itu kebetulan peminat dan jurugambar burung dimana ini kali keempat burung tersebut  yang dianggap sebagai burung belatuk terbesar di dunia, dilihat di Singapura. Menurut laman The Straits Times (ST), kali terakhir ia dikesan adalah pada 2018 dekat puncak hutan simpanan Bukit Timah. Sebelum itu, ia dikesan pada 1899 dan 1904, menurut laman 'Singapore Birds Project' yang mana ia mendokumenkan semua spesies burung yang direkodkan di Singapura dan sekitaran pantainya. Peminatnya telah melihat burung ini di Thailand dan Malaysia, namun melihatnya di tanah air sendiri merupakan sesuatu yang istimewa. Dan hebatnya, ia tampil di hari perkahwinan kami yang dianggap amat istimewa buat kami berdua. Penampilan burung yang jarang dilihat ini pada hari istimewa kami membuat semuanya lebih istimewa. Burung belatuk itu mendapat sambutan sekitar 40 orang yang berkumpul untuk melihatnya pada Ahad. Apa pun dilaporkan burung belatuk tersebut bersama tujuh spesies burung belatuk lain telah hilang dari hutan di sini sejak 1950-an. Kemunculannya semula memang tidak dijangkakan memandangkan ia amat jarang dalam kalangan lapan spesies, tambahnya. Burung tersebut mungkin telah terbang dari Malaysia akibat habitatnya yang hilang. Semuga tulisan artikel ini memberi info menarik dan berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BURUNG BELATUK...WOODPECKER SAMA...
MEMATUK KAYU... CARI MAKAN RUPANYA...
MEMAKAN ULAT... DAN SUKA SERANGGA...
MEMBACA ARTIKEL...SERONOK RASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 Syaaban 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...