Support My Blog

Wednesday, February 25, 2026

BURUNG MURAI BATU DAN FAKTA PENTING

BURUNG MURAI BATU
(
Copsychus malabaricus) atau dalam bahasa Ingerisnya sebagaai ' White-rumped Shama' adalah dia merupakan sejenis burung passerine dalam keluarga Muscicapidae. Ia dahulunya dikelaskan sebagai berada dalam keluarga Thrush atau Turdidae. Burung Murai ini merupakan salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia yang terkenal dengan kicauan merdunya, berekor panjang dan warna dominan hitam dengan warna bulu didada jingga. Ia juga merupakan sejenis burung liar yang dilindungi Perhilitan di Malaysia sebab selalu di buru dan sangat aktif memakan serangga di habitatnya dan sangat agresif mempertahankan kawasan (territorial boundry).  Ciri fizikal burung ini adalah ia mempunyai ekor panjang (boleh mencapai 30 cm), warna bulu hitam berkilau dengan bahagian dada hingga perut berwarna jingga/karat dan putih di pangkal ekor. Paling terkenal di kalangan peminat burung di Malaysia sebab suara bunyi iaitu kicauannya yang digelar sebagai mempunyai 'suara emas' amat merdu dan dilaporkan ia mampu meniru bunyi burung lain. Mempunyai tingkahlaku yang menjaga kawasan tempat tinggalnya atau selalu ia menjaga kawasan dengan sifar yang agresif jika bertemu lawan serta ia aktif mencari makan seperti jenis cengkerik dan ulat. Di Malaysia ia dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 dimana sebarang usaha dan pemilikan memerlukan lesen daripada Jabatan Perhilitan. Dari laporan dimana ada terdapat pelbagai jenis atau spesia burung ini termasuk Jenis Murai Batu Medan, Murai Batu Nias, Murai Batu Borneo dan Murai Batu Aceh dimana ia dibezakan mengikut lokasi dan ciri ekor dibelakangnya. Antara sebab Burung Murai Batu sangat digemari oleh peminat burung kicau (kicaumania) kerana keindahan lagu dan bentuk badannya dimana mampu mencapaii harga yang boleh mencapai ribuan ringgit sehinga ratusan ribu berdasarkan prestasi kicauannya. Burung Murai Batu adalah spesies burung kicau yang sangat popular di Asia Tenggara terutama di negara Malaysia, Indonesia dan Thailand. Dilaporkan dimana ia boleh didapati di Semenanjung Malaysia dan ia juga adalah jenis burung tempatan di Asia Selatan akan tetapi ia juga turut dibawa ke dua daerah di Hawai'i iaitu Ko'olu pada awal 1931 dari Malaysia dan ke O'ahu pada 1940. Ia biasanya terdapat di hutan lembah atau di permatang selatan Ko'olau, dan biasanya bersarang di bawah semak atau pokok rendah hutan daun lebar tanah rendah. Artikel pada petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas fakta penting tentang Burung Murai Baru untuk bahan bacaan semua.


Lazimnya habitat asli burung Murai Batu (juga dikenali sebagai White-rumped Shama atau Kucica Hutan) secara umumnya adalah di kawasan yang mempunyai tumbuhan yang padat dan rimbun seperti di hutan (Sila lihat foto disebelah). Habutat seperti hutan tebal dan juga kawasan belukar amat disukai burung ini dan ia lebih gemar tinggal di kawasan hutan yang mempunyai tumbuhan bawah (undergrowth) yang padat iaitu ia termasuk hutan sekunder dan kawasan belukar yang banyak serangga. Dalam kes lain kawasan HutanBuluh juga dilaporkan akan sering ditemui sebab pokok buluh mampu untuk menyediakan perlindungan yang baik. Habitat lain burung ini termasuk kawasan berlembah dan bergaung dimana selalunya di lembah yang teduh seperti di lembah-lembah tebal atau gaung yang mempunyai aliran air atau kelembapan yang tinggi sesuai untuk mereka. Ia juga suka tinggal dan biasanya merangkumi kawasan tanah pamah sehingga ke hutan pergunungan pada ketinggian tertentu. Ia mempunyai sifat pemalu dimana burung ini jarang terbang di kawasan terbuka dan lebih suka bersembunyi di sebalik dedaun yang lebat untuk mencari makanan (serangga) atau bertujuan untuk bersarang. Di Malaysia Burung Murai Batu merupakan spesies liar yang dilindungi sepenuhnya oleh Jabatan PERHILITAN di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar. Meneliti akan ciiri fizikalnya ia biasanya seberat 1 dan 1.2 auns dan sekitar 9 -  11 inci ukuran panjang. Burung jantan akan di lihat ia berwarna hitam berkilat dengan dada warna berangan (chestnut) dan bulu putih pada ekor dan hujung ekor. Manakala jenis burung betina adalah lebih keperangan, dan biasanya lebih pendek berbanding burung jantan. Kedua-dua jantina mempunyai paruh hitam dan kaki merah jambu. Burung jantan muda mempunyai warna keperangan atau kelabu, menyerupai burung betina, dengan dada bertompok. Perlu tahuu fakta dimana tabiat Burung Murai Batu pemalu tetapi akan mempertahankan kawasannya walau pun sebenarnya kawasan ini mungkin dikongsi semasa musim pembiakan dengan burung jantan mempertahankan kawasan tersebut, tetapi setiap jantina mungkin mempunyai kawasan berlainan di luar musim mengawan.


Mempunyai suara atau bunyi nyanyian spesies ini amat merdu dan pelbagai yang menjadikannya terkenal sebagai burung sangkar di Asia Selatan dengan tradisi ini berterusan di Asia Tenggara. Bunyinya amat kuat dan jelas, dengan pelbagai frasa, dan sering kali mengajuk bunyi burung lain. Ia juga menghasilkan bunyi klik dengan sayapnya apabila resah atau terbang di kawasan terbuka mencari makan. Salah satu rakaman kicauan burung yang pernah dibuat dihasilkan dengan spesies ini dimana rakaman ini dihasilkan pada tahun 1889 daripada burung dikurung menggunakan silinder lilin Edison oleh Ludwig Koch di Jerman. Burung Murai Batu makan serangga hidup liar tetapi dalam kurungan diberi makan bijiran legume yang direbus dan kering dengan kuning telur dan daging mentah. Cara pembiakan burung Murai Batu mengawan adalah khususnya dari Januari hingga September tetapi kebanyakannya pada April dan Jun bertelur empat atau lima biji telur  dalam sarang yang terletak dalam rongga pada pokok. Semasa mengawan dimana burung jantan akan mengejar burung betina dan kemudian akan hinggap di atas burung betina serta membuat bunyi panggilan nyaring dan kemudian mengembangkan ekornya. Ini kemudiannya diikuti dengan pola penerbangan turun naik oleh pasangan tersebut akan tetapi sekiranya burung jantan gagal menarik minat burung betina maka burung betina akan mengancam burung jantan dengan mengacu dengan paruh terbuka (Sila lihat foto disebelah). Biasanga sarang dibuat oleh burung betina dengan sendirian sementara burung jantan berkawal. Sarangnya akan diperbuat kebanyakannya daripada akar, daun dan batang Pokok Paku dimana masa pengeraman biasanya berlansung selama 12 - 15 hari dan tempoh dalam sarang purata 12.4 hari. Kebiasaannya ia akan memilih lubang pada dahan pokok mati untuk bersarang dimana burung betina akan bertelur antara 2 - 3 biji setiap musim. Telur yang dihasilkan cirinya ia mempunyai cangkerang keras di dalam sarangnya. Kedua-dua pasangan memberi makan anak burung sungguhpun hanya burung betina mengeram dan menjaga anak. Telurnya selalu ia bewarna putih hingga biru lembut (light aqua) dengan tompokan keperangan beratnya adalah sekitar 0.7 - 0.9 inci.


Burung Murai Batu merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya. Ia adalah antara burung liar yang dilindungi Perhilitan iaitu di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 yang nyatakan semua orang atau individu tidak dibenarkan mengambil, menangkap, menembak atau memiliki burung ini tanpa dokumen kebenaran daripada pihak Jabatan Perhilitan. Mereka yang disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 68 Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 dimana ia boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Jabatan Perhilitan Malaysia sering melakukan aktiviti pemeriksaan bagi mengelakkan Burung Murai Batu diseludup ke negara jiran seperti Indonesia atau ke Thailand. Ancaman utama terhadap burung Murai Batu ialah kepupusan di habitat liar akibat perburuan haram yang berleluasa, perdagangan burung yang tinggi untuk hobi/lumba kicau, serta kehilangan habitat asli. Permintaan tinggi menyebabkan populasi liar semakin berkurangan. Ancaman terhadap burung Murai Batu disebakan aktiviti Perburuan Haram dan Perdagangan sebab tersedia permintaan tinggi untuk dipelihara dan selalu dijadikan burung lumba kicau (burung kontes) menyebabkan perburuan liar yang tidak terkawal. Aktiviti Penyeludupan juga berlaku sebab di laporkan beribu-ribu ekor burung diseludup dan ditangkap, terutama dari Malaysia ke Indonesia iaitu untuk memenuhi pasaran hobi. Faktur Kehilangan Habitat berpunca dari penebangan hutan dan kemusnahan habitat hutan tropika mengurangkan tempat tinggal dan sumber makanan semulajadi mereka. Walaupun ada yang mengelaskannya sebagai 'Least Concern', populasi di alam liar kini semakin berkurangan akibat tekanan perburuan dan perdagangan, menjadikannya spesies yang terancam punah. Apa pun hobi memelihara Murai Batu yang keterlaluan dan pemusnahan hutan adalah ancaman terbesar kepada kes kelangsungan keberadaan spesis burung ini.


Apa fakta lebih menarik bagi penulis blog anim agro technology adalah berkaitan dengan harga burung Murai Batu (White-rumped Shama) amat bervariasi dimana ia bergantung pada kualiti suara, gaya atau cara bermain dan statusnya (sama ada hasil ternakan atau tangkapan hutan). Berikut adalah beberapa anggaran harga pasaran semasa dimana bagi Jenis Burung Pada Peringkat Permulaan atau Baru dari Hutan di nilai antara RM200 - RM500 seekor sebab burung ini belum di uji aspek suaranya atau ia masih liar dan perlukan masa latihan. Kemudian ada Jenis 
Kualiti Burung Untuk Pertandingan (Gred A) dimana burung yang sudah stabil dan mempunyai suara yang merdu boleh mencecah harga yang mahal iaitu antara dari RM1,000 - RM10,000 setiap ekor ke atas. Paling hebat dimana bagi Jenis Gred Burung Murai Bati Juara dan sesuai dijadikan Koleksi Khas sebab ia sering memenangi banyak pertandingan (juara) ada laporkan menyatakan yang harganya boleh menjadi sangat tinggi iaitu ada yang mencecah sehingga RM200,000 seekor atau lebih bergantung kepada keunikan dan prestasinya dan harga ini boleh membeli 3 - 4 buah kereta baru keluaran tempatan. Dilaporkan di negara jiran dan pasaran Indonesia burung Murai Batu Malaysia sangat bernilai tinggi dan boleh mencecah sehingga 30 juta Rupiah (sekitar RM7,800) seekor disebabkan kualiti suaranya yang dianggap premium. Nota Penting sekali lagi diingaktan yang Burung Murai Batu merupakan spesies yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan semua juga memerlukan lesen atau permit yang sah daripada Jabatan PERHILITAN untuk memelihara atau menjual burung ini secara sah bagi mengelakkan kompaun atau tindakan undang-undang. Harga burung Murai Batu di Malaysia sangat tinggi dan mampu mencecah ribuan ringgit dan boleh mencapai RM100,000 - RM200,000 seekor di pasaran gelap bagi burung berkualiti tinggi dengan suara merdu. Harga bagi pasaran biasa pula sering bermula dari RM1,000 ke atas, manakala spesimen istimewa seperti jantan Bahorok boleh mencecah RM4,000-RM5,000. Apa pun sesiapa membeli daripada sumber yang tidak sah (pasaran gelap) adalah kesalahan serius di bawah undang-undang Malaysia.


Dalam portal hmetro.com di laporkan kisah '
Kicauan RM200,000' walaun ramai ada yang menganggap harganya tidak masuk akal. Namun wujud spesies burung tempatan mempunyai nilai lebih tinggi berbanding emas 916. Difahamkan spesies burung murai batu seberat 30 gram (g) yang mempunyai kelunakan suara emas boleh dijual di pasaran gelap mencecah harga antara RM100,000 - RM200,000 seekor dimana harga luar biasa ditawarkan ini jauh lebih tinggi berbanding emas 916 bernilai RM10,110 bagi jumlah berat sama (30 gram). Hasil siasatan dan risikan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) turut mendapati spesies burung lain seperti bayan puling, burung daun, burung merbah jambul, burung merbah luris leher dan burung murai gajah boleh dijual mencecah harga sehingga RM20,000 seekor. Kenaikan harga mendadak ini antara faktor kegiatan menangkap serta menjual pelbagai burung liar dilindungi melalui kaedah pengiklanan di media sosial kian meningkat. Susulan itu Perhilitan melalui pasukan khas Wildlife Crime Unit (WCU) digerakkan bagi memburu 'kaki' sindiket ini. Ketua Pengarah Perhilitan berkata, operasi membenteras jenayah pemerdagangan haiwan liar dilindungi itu turut dibantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK). Dalam operasi pertama pada jam 4 petang, Rabu lalu, sepasukan pegawai WCU Perhilitan diketuai Celescoriano Razond serta enam anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) PDRM melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah stesen minyak di Jalan Cheras Kajang. Ada seorang lelaki tempatan berusia 20-an yang sedang menunggang motosikal ditahan. Pemeriksaan pada motosikalnya menemui dua ekor burung bayan puling iaitu spesies unggas dilindungi. Suspek gagal mengemukakan lesen atau permit yang membolehkan menyimpan hidupan liar berkenaan. Susulan itu dia didakwa mengikut undang2 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Susulan tangkapan pertama itu, pihaknya melakukan operasi kedua di sebuah kediaman di Batu 9, Jalan Cheras Kajang sebelum menahan empat lagi individu berusia 20- hingga 50-an. Hasil pemeriksaan di kediaman itu menemui 19 ekor burung bayan puling dan seekor burung serindit disimpan di dalam sangkar tanpa lesen dan turut dirampas 11 unit jebak untuk menjerat unggas berkenaan. Semua suspek turut ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. Dalam operasi ke tiga dilakukan di sebuah pangsapuri Saujana Permai, Kajang, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an. Hasil pemeriksaan dilakukan di kediaman itu menemui 43 ekor burung serindit disimpan di dalam sangkar. Kami percaya semua burung liar itu dijerat dan dijual secara haram. Suspek dikesan menggunakan medium media sosial untuk mencari pelanggan dan memasarkan burung berkenaan yang dijual pada harga sehingga ribuan ringgit. Aktiviti dan kegiatan penjualan burung liar dilindungi melalui media sosial semakin rancak kebelakangan ini susulan permintaan tinggi dalam kalangan peminat unggas bersuara lunak dimana anggaran semua rampasan burung liar itu mencecah RM200,000 seekor. 


Dalam portal bhnews.com di laporkan kes '
Warga Indonesia didenda RM50,000 bela murai batu tanpa lesen' dimana  Sadiyo dipenjara setahun selepas gagal membayar denda tersebut. DI Johor Bahru di laporkan ada seorang llelaki warga Indonesia didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan menyimpan spesies yang dilindungi, lima burung murai batu tanpa lesen, minggu lalu. Mahkamah membuat keputusan itu selepas Sadiyo (27) yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan turut memerintahkan lelaki itu dipenjara setahun sekiranya gagal membayar denda. Dia tidak dapat menjelaskan denda itu sekali gus terpaksa menjalani hukuman penjara di Penjara Kluang sebab dia didakwa memiliki dalam simpanannya lima burung murai batu tanpa sebarang dokumen atau surat kebenaran yang sah daripada pihak PERHILITAN. Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah premis kediaman pekerja di Jalan Tanah Merah, Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram di sini, 9.15 malam, 22 Februari lalu dan didakwa mengikut Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 60(2) akta sama. Sebelum hukuman dijatuhkan, Sadiyo dalam rayuannya menjelaskan dia baharu tiba dari Indonesia dan tidak tahu mengenai undang-undang negara ini yang memerlukan dokumen untuk menyimpan hidupan liar berkenaan. Dia yang tidak diwakili peguam berkata, pendapatan hariannya sebagai pekerja ladang adalah RM50 sehari dan tidak mampu untuk membayar denda dan katanya dia masih baru di Malaysia dan tidak tahu mengenai undang-undang di Malaysia. Membela burung murai batu adalah hobi di kampungnya (Indonesia). Anggaran harga burung Murai Batu di pasaran gelap boleh mencecah hingga RM10,000 hingga RM20,000 bergantung kepada panjang ekor dan suara burung. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BURUNG MURAI BATU...APA HEBATNYA...
DILINDUNGI AKTA... BERJAGA SEMUA...
HARGA MAHAL.... BANYAK KES DIDAKWA...
MEMBACA ARTIKEL... BARU FAHAM JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni, 
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 Ramadan 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...