Support My Blog

Friday, February 13, 2026

BURUNG TERKUKUR DAN FAKTANYA (Part 1)

BURUNG TERKUKUR
(Streptopelia chinensis) atau 'Spotted Dove' ialah sejenis burung merpati yang amat diminati oleh penghobi menternak burung di negara kita dan ia adalah burung yang disukai kerana bunyinya. Burung cantik ini tergolong dalam famili Columbidae. Bagaimana pun terbaru adalah dimana burung terkukur telah dimasukkan ke dalam genus Stigmatopelia oleh sebilangan saintis dunia. Penulis kenal akan burung terkukur ini yang sering didapati liar dikawasan belukar dan kampong dan dijadikan burung diletakkan dalam sangkar dirumah jiran. Burung Tekukur merupakan burung pembiak tempatan di kawasan yang natif atau terdapat dari India dan Sri Lanka di Asia Selatan tropika hingga ke China selatan dan Asia Tenggara di timur. Burung ini juga merupakan spesis burung yang sebahagian besar taburannya terdiri daripada kawasan hutan tropika dimana tumbuhan agak jarang atau terbuka dan dikawasan tanah ladang. Dari segi penyebarannya, dilaporkan bahawa saintis dan penggemar burung terkukur telah dibawa masuk ke USA iaitu dikawasan Los Angeles, California di Amerika Syarikat, serta juga ke Indonesia utara, Australia dan New Zealand. Dilaporkan bahawa di Australia burung ini dibawa masuk ke Melbourne pada dekad 1860-an dan sejak dari masa itu maka burung ini telah tersebar luas dan menggantikan burung-burung merpati asli. Di benua tersebut, burung ini boleh didapati di jalan raya, taman, kebun bunga, kawasan pertanian, serta tanah semak samun dari Hobart, Tasmania ke Cooktown, Queensland sehinggaPelabuhan Lincoln, Australia Selatan. Burung Tekukur juga dapat dilihat di Perth, Pemberton, Kalgoorlie, dan Esperance di Australia Barat, dengan taburan spesies ini semakin berkembang. Bagi penulis blog dimana b
urung terkukur (atau tekukur) ialah sejenis burung merpati kecil yang sangat popular di Asia Tenggara, termasuk Malaysia dan Indonesia. Nama burung ini diambil daripada bunyinya yang kedengaran seperti sedang menyebut 'te-ku-kur' secara berulang. Ia mempunyai corak bintik-bintik putih di atas dasar hitam pada bahagian belakang leher, yang kelihatan seperti 'berkalung mutiara' dimana tubuhnya selalu ia berwarna coklat merah jambu dengan ekor yang agak panjang. Habitatnya ia mudah dijumpai di kawasan terbuka, kawasan kampung, kebun, taman dan kawasan pinggir hutan dan ia sering kelihatan mencari makan di atas tanah. Apa pun penulis blog sering melihat jika ia gemar memakan biji-bijian, gandum, rumput dan buah-buahan kecil yang jatuh ke tanah. Dalam aspek keistimewaan  burung terkukur dimana selain rupanya yang cantik memang ramai peminat burung membela terkukur kerana suaranya yang merdu dan menenangkan.  Artikel subuh pada pagi Khamis ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting bagi jenis burung terkukur untuk dijadikan bahan bacaan.


Seperti dinyatakan dimana Burung 
Tekukur (Spotted Dove - Streptopelia chinensis) ialah spesies burung merpati kecil daripada famili Columbidae yang popular dengan bunyi 'ko-ko-kruuh'. Ia mempunyai ciri fizikal tirus, ekor panjang, dan tompok hitam berbintik putih pada leher, sering didapati di padang, taman, atau kawasan pertanian makan bijirin. Ciri fizikal dengan ukuran panjang badan sekitar 28 - 32 cm, berwarna perang pucat di belakang dan merah muda di bahagian dada. Ia banyak terdapat di Asia Tenggara dan India dan hidup berpasangan atau kumpulan kecil dan popular dibela kerana suaranya. Fakta mengenai spesis burung ini di Malaysia ada Jenis Terkukur Merbok Balam (Spotted Dove), Terkukur Jawa (Ringneck Dove), Terkukur Api dan Burung Terkukur Api Gunung. Burung ini sinonim dengan bunyi anggukan yang unik dan sering ia jadi haiwan dipelihara. Ciri Burung  Terkukur Merbok Balam (Spilopelia chinensis atau Streptopelia chinensis) atau selalu juga dikenali sebagai 'Spotted Dove' atau 'Chinese Turtle Dove' dilihat ia mempunyai tompok-tompok hitam putih seperti mutiara di leher dan merupakan jenis yang paling biasa di kawasan terbuka dan pertanian. Kedua Jenis Burung Terkukur Jawa (Ringneck Dove atau  Streptopelia risoria) yang mana ia terkenal dengan tanda ada 'cincin' di leher dan variasi warna yang banyak (sehingga ada sebanyak 40 jenis warna bulu). Bagi Jenis Burung Terkukur Api (Macropygia ruficeps) dimana ia bersaiz kecil dengan warna coklat kemerahan diman ia juga sering ditemui di kawasan hutan atau belukar. Bagi Jenis Burung Terkukur Api Gunung (Macropygia spp) ia adalah salah satu variasi terkukur api yang mendiami kawasan tanah tinggi. Kemudian ada jenis Burung Terkukur Oriental Turtle Dove (Streptopelia orientalis) dilaporkan yang jenis ini adalah spesies yang lebih besar daripada tekukur biasa dari segi ukuran badannya. Selain itu di laporkan ada jenis Burung 
Terkukur Madagascar Turtle Cove dimana ia ada ditemui di kawasan tertentu. Ada juga Jenis Burung Terkukur Pacific Dove iaitu jenis yang sering ia ditemui di rantau Pasifik. Secara umumnya, burung terkukur adalah pemakan bijirin, buah-buahan kecil dan pasir. Dalam pada itu dalam kajian laporan lain di mana burung ini mempunyai beberapa variasi dan spesies berkaitan yang popular di Malaysia dan Asia Tenggara. Jenis-Jenis Utama Burung Terkukur Kampung (Spotted Dove) iaitu jenis paling biasa ditemui di kawasan perumahan dan sawah padi. Ciri utamanya ialah bintik-bintik putih pada kolar hitam di bahagian belakang leher. Ada jenis BUrung Terkukur Merah (Red Turtle Dove) yang mempunyai warna badan yang lebih kemerahan atau coklat merah berbanding terkukur biasa. Jenis Burung Terkukur Jawa dimana ia sering dikaitkan dengan variasi yang mempunyai suara yang lebih merdu dan saiz badan yang sedikit berbeza, sering dijadikan burung hiasan atau untuk pertandingan seni suara. Jenis Burung Terkukur Akar (Barred Cuckoo-Dove) pula ia adalah spesies ini mempunyai ekor yang lebih panjang dan corak belang-belang pada badannya, biasanya mendiami kawasan hutan atau tanah tinggi. Bagi jenis Burung Terkukur Api (Little Cuckoo-Dove): Terbahagi kepada Tekukur Api Biasa dan Tekukur Api Gunung dan spesies ini lebih gemar berada di kawasan hutan tebal.


Kalangan peminat dan pemburu burung termasuk burung terkukur mempunyai banyak cara menangkapnya. Salah satu kaedah yang biasa digunakan untuk menangkap terkukur liar iaitu merupakan sejenis perangkap yang dipelajari kaedahnya daripada orang terdahulu. Penggunaan Jebak juga memerlukan seekor Pikat atau Denak yang dijadikan umpan memanggil terkukur liar. Pikat atau Denak adalah panggilan kepada seekor terkukur yang telah dilatih atau diajar berbunyi dan kaedah ini adakalanya mengambil masa sehingga 2 tahun. Kenapa 2 tahun? Kerana hanya terkukur yang telah jinak dan telah dilatih berbunyi boleh dijadikan Denak atau Pikat yang berkualiti. Memang bukan mudah untuk memilih Pikat atau Denak yang berkualiti. Keadaan fizikalnya, lenggok irama bunyinya, angin sikapnya, semuanya diambil kira. Pemburu (pemikat) burung akan meletakkan seekor terkukur Pikat atau Denak dalam jebak digunakan untuk memikat atau menggoda dan menipu terkukur liar yang berkeliaran di kawasan belukar atau hutan. Semasa dibawa ke kawasan tersebut jebak mesti ditutup dengan kain. Apabila tiba di kawasan yang telah dikenalpasti mempunyai burung, jebak akan diletakkan sama ada di atas pokok renek atau pun di atas tanah di mana penutup dan pintu jebak akan dibuka. Mata jerat dipasang dalam satu lengkaran atau bulatan di hadapan jebak. Pemikat akan memerhatikan dari jauh. Suara (bunyi) burung dalam jebak dapat memikat burung-burung di situ untuk menghampiri dan masuk ke dalam jebak atau terkena jerat yang dipasang. Apabila burung masuk dan terpijak jerat yang dipasang maka pintu jebak akan tertutup. Burung ini akan dipelihara oleh pemikat sama ada untuk hiasan, pertandingan dan ada juga yang menjualnya kepada kawan-kawan dan peminat burung. Cara kedua adalah Menggunakan Alat Racik dimana ia juga  merupakan sejenis perangkap untuk menangkap burung. Racik diperbuat daripada beberapa bahan seperti potongan tembaga, tali tangsi, benang dan getah. Tembaga halus sepanjang kira-kira 3 inci dijadikan tiang racik. Tali tangsi sepanjang 6 inci bagi satu mata racik. Hujung tali tangsi disambung dengan benang nilon halus yang dipilin atau dipintal supaya kejap dan disimpai dengan tembaga halus berbentuk seperti nombor 8 atau pin pancing ikan. Bagi racik yang matanya sedikit pemberat seperti timah ladung yang kecil digunakan. Ini membentuk satu mata racik. Antara satu mata dengan mata yang lain disambung dengan tali kajar yang dibuat dari tali precut supaya racik tidak tercabut dibawa lari oleh burung. Terdapat beberapa saiz racik iaitu sama ada 37, 32, 27, 24, 17 15 dan 11 mata bagi satu rawan racik. Racik yang mempunyai mata yang banyak digunakan untuk meracik di atas tanah iaitu mata 37, 32, 27 atau 24. Manakala racik dengan mata 17 dan 15 digunakan di atas tunggul atau batang kayu lapuk. Bagi racik yang dipasang di atas dahan pula adalah dengan mata 15 atau 11. Selepas digunakan racik perlu dicabut dan disimpan dengan rapi. Mencabut racik perlu dimulakan dari hujung di mana tiga jari digunakan untuk memasukkan gelung racik satu demi satu sehingga sampai kepada tali kajar. Racik dikemaskan dan dimasukkan ke atas gelungan getah dan diurut supaya rapi dan hujung tali kajar disisipkan ke dalam gelungan getah. Sekiranya racik dijaga dan disimpan dengan rapi ianya boleh tahan sehingga 20 tahun dan jika tidak dijaga ianya akan rosak dalam tempoh yang singkat lebih kurang 1 hingga 3 tahun. Cara ketiga adalah dengan Alat Jaring dimana ia biasanya diperbuat daripada benang atau tali yang disirat untuk tujuan tertentu. Besar dan lebar mata jaring tersebut bergantung kepada kegunaannya. Untuk burung terkukur biasanya menggunakan mata jaring bernombor 7 atau 8. Ada juga yang menggunakan jaring berbentuk bintang mengikut kesesuaian.  Jaring juga boleh digunakan sebagai alat untuk memerangkap ikan atau kelawar. Jaring biasanya akan dipasang di kawasan lapang dan semak yang tidak mempunyai pokok tinggi dan menjadi temapat burung terkukur terbang. Bagi yang mahir, satu alat bunyi akan digunakan untuk membuat bunyi seperti burung terkukur. Alat ini dinamakan 'pendekut' dan diperbuat daripada buluh dengan tebukan lubang tertentu, dan diberi muncung yang mempunyai lidah bagi mengeluarkan bunyi apabila ditiup. Selepas menegakkan jaring pada dua tiang buluh atau berlindung disebalik pokok dan meniup pendekut. Pemikat burung terkukur akan meniup pendekut ini dengan bunyi yang mirip seperti burung terkukur. Burung terkukur liar yang mendengar bunyi ini akan menghampiri kawasan di mana terdapat bunyi dan apabila melalui jaring akan tersangkut. Cara keempat yang penulis blog juga mahir adalah dengan Menggunakan Alat Lastik iaitu sejenis alat untuk memburu burung dan alat untuk pertahankan diri. Kelebihan alat ini iaitu tidak mencemarkan alam sekitar kerana ia menggunakan bahan semulajadi dari hutan dan bahan terbuang. Apa pun kini kebanyakan alat ini dijadikan sebagai alat mainan oleh kanak-kanak atau remaja kampung untuk melastik burung dan buah-buahan. Bahan utama dalam proses pembuatan lastik adalah cabang ranting anak kayu yang berbentuk 'Y', getah lastik, kulit sebagai tempat meletakkan batu peluru dan getah bulat/gelang sebagai getah pengikat. Biasanya tiub basikal yang sudah tidak digunakan digunting untuk dijadikan laras lastik.


Menarik fakta mengenai situasi dimana secara tradisi, daging burung terkukur dipercayai mempunyai khasiat untuk meningkatkan stamina, menyihatkan badan dan memperbaiki sel-sel tubuh. Ia dianggap sebagai salah satu daripada sumber protein yang baik dimana ia memang berpotensi menguatkan otot. Ada laporan di mana memakan daging burung termasuk burung terkukur akan dapat membantu menjaga kesihatan kulit. Selain itu dimana ia juga dipercayai meningkatkan selera makan dan daya tahan penyakit. Perkara khasiatnya yang boleh meningkatan Stamina dan juga Tenaga disebabkan ia mempunyai kandungan nutrisi yang padat membantu dalam membekalkan tenaga yang lebih kuat dan menjadikan tubuh lebih tahan lasak. Bagus dalam memberikan kesihatan semua sebab makan burung ini ia diipercayai dapat memperbaiki dan menjaga kerosakan sel-sel hati serta menjaga kulit agar kekal sihat. Ia di kairkan kekayaan dari segi sumber zat protein dimana kebanyakan jenis burung sama seperti daging burung dara dilaporkan ia agak kaya dengan zat yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan kekuatan otot. Apa pun di laporkan yang khasiat ini sebahagian besarnya berasaskan kepercayaan tradisional dan pemakanan berasaskan bahan semula jadi. Burung terkukur (spesies merpati atau dara) secara amnya merupakan sumber protein yang baik yang mana ia kaya dengan vitamin B kompleks, zat besi dan zat kalsium yang membantu membina otot, kesihatan saraf, serta menguatkan tulang. Dagingnya yang rendah lemak kalau hendak dibanding dengan jenis daging merah menjadikannya alternatif sihat. Kandungan unsur nutrien di dalamnya sangat berpotensi mempercepat penyembuhan luka dan mampu dalam meningkatkan stamina. Sebagai makanan yang mempunyai sumber Protein Tinggi selalunya ia akan dapat juga membantu membina dan memperbaiki tisu badan. Ia juga dilaporkan kaya dengan zat Vitamin B Kompleks iaitu termasuk Vitamin B1 sehingga vitamin B12 yang penting untuk tenaga dan fungsi saraf yang sihat. Menyihatkan tulang dengan bahan kalsium dan mineral yang selalu ia membantu kepadatan tulang. Daging burung terkukur yang lazumnya ia rrndah lemak dan rendah kolesterol amat sesuai untuk diet seimbang berbanding daging merah seperti daging lembu. Ada di laporkan yang ia akan dapat mempercepat penyembuhan kes luka sebab kandungan nutrien membantu merangsang kolagen untuk menutup luka. Apa pun perlu pastikan burung ini mesti dimasak dengan sempurna untuk mendapatkan khasiat maksimum dan kebersihan. 
Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Seuga tulisan ini memberi naklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BURUNG TERKUKUR...CANTIKNYA...
BANYAK JENIS...PERLU KENALINYA...
\BOLEH DI MASAK...BERKHASIAT IA...
MEMBURU BURUNG.. . ADA CARANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(25 Syaaban 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...