Menarik dalam nstp.com kisah bertajuk 'Tiram Sungai Merbok' yang dilaporkan mampu nelayan tempatan disini menjual antara 500 hingga 800 tiram dalam tempoh sebulan sajaha. Apa pun Sg Merbok yang mengalir tenang petang itu. Ia mengalir dari Sungai Petani dan Merbok mungkin hanya dikenali dengan ketenangan sebegitu selain keindahan flora dan fauna juga kepelbagaian biodiversiti serta hutan paya bakau. Bagi pendudik setempat Mohamad Ridzwan sudah menyaksikan ia muncul sebagai lokasi penternakan tiram. Bermula dengan niat mahu menjaga kelestarian hutan bakau, Mohamad Ridzwan yang dahulunya seorang pemandu trele kini dia berjaya melakar peta baharu dalam hidupnya sebagai penternak tiram di Sungai Merbok. Semua itu bermula secara tidak sengaja. Awalnya dia terbabit sebagai sukarelawan bagi projek penanaman pokok bakau dan pusat tuisyen percuma untuk anak-anak penduduk di Kampung Sungai Besi, Lembah Bujang, Kedah. Perubahan bermula dalam hidupnya apabila dia melihat peluang untuk memajukan ekonomi setempat. Peluang itu datang menerusi saranan Pengarah Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Aileen Tan Shau Hwai yang menyaran dia menternak tiram di sungai itu. Lokasi berkenaan sudah diusahakan oleh seorang pesara USM dimana selepas bersara, Haji Ramli kembali ke ke kampung untuk membantu kemajuan pendidikan anak kampung dengan membuka pusat tuisyen percuma, dan saya tampil sebagai sukarelawan. Kisah ini kini sesudah hampir 13 tahun dan dia sudah mempunyai mempunyai lima sangkar yang dihuni kira-kira 100,000 tiram adan antara jenis tiram yang diternak adalah daripada jenis Crassostrea Belcheri, Iredelei dan Manggalana. Dia kini ada menerima tunjuk ajar Dr Aileen untuk menternak tiram dimana mereka ketika itu sedang membuat jambatan merentasi paya bakau selain rakit menggunakan kayu dan tong yang hanyut di sungai. Mereka berhasrat untuk kumpulkan ikan kecil yang ditangkap nelayan seperti kerapu, jenahak, siakap merah yang biasanya dibiarkan mati saja di pukat. Usaha mereka sudah dimulakan dengan langkah kanan apabila memperoleh dana yang diterima daripada USM menerusi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 2012. Meskipun menternak tiram bukanlah sesuatu yang mudah kerana pada peringkat awal banyak perlu dipelajari dalam memastikan hidupan air itu mampu bertahan di air tawar, namun berkat bimbingan diberikan, dia mampu mempelajari teknik penternakan tiram bermula daripada cara memelihara benih yang amat sensitif. Dia ambil masa empat tahun belajar mengenai tiram ini dimana setahun pertama tumpuannya lebih kepada aktiviti memantau keadaan benih tiram yang dibeli daripada penjual dari Balik Pulau, Pulau Pinang. Setiap bulan dia mampu mampu menjual antara 500 hingga 800 tiram yang dijual dengan harga antara RM5 hingga RM15 sebiji, mengikut saiz. Kini hasil jualan tiramnya dia dapat beri pendidikan untuk anak-anak, tiga daripada mereka kini belajar di institut pengajian tinggi, manakala tiga lagi masih sekolah. Menternak tiram bukan hal mudah kerana cabaran yang menanti juga ada kala di luar jangka dan paling utama ialah memastikan kualiti air tidak tercemar kerana hidupan air itu memakan plankton yang hidup di dalam air secara semula jadi. Dia juga perlu memastikan anak tiram yang masih kecil tidak diserang ketam dan sentiasa membersihkannya daripada teritip yang biasa melekat di cengkerang. Perkara paling penting ialah air sungai ini tidak dicemari bahan kimia. Jika itu berlaku, plankton yang menjadi makanan tiram terhapus dan air paya bakau yang bersih amat penting untuk pertumbuhan tiram, jadi saya perlu buat pemantauan berkala bagi dapat memastikan tahap kebersihan dan saliniti air berada pada paras selamat. Tiram memang sesuai diternak dalam air paya bakau di kawasan sungai ini tapi kalau air kotor atau tercemar, tiram boleh mati dalam masa beberapa hari. Tahap kemasinan atau Saliniti (tahap kemasinan) air yang ideal mestilah melebihi bacaan 10 dan sekiranya bacaan turun antara lima hingga 10, risiko kematian tiram meningkat secara drastik. Dia gunakan alat pengukur khas digunakan selain menerima kunjungan bulanan daripada pegawai Jabatan Perikanan yang menjalankan pemeriksaan terhadap saliniti dimana kehadiran plankton, oksigen serta tahap pencemaran. Tiram juga perlu dicuci dan digoncang secara berkala bagi mengelakkan selut melekat serta memastikan ia tidak melekat antara satu sama lain. Proses goncangan hanya boleh dilakukan seminggu sekali sahaja, jika terlalu kerap ia akan menjejaskan pertumbuhan tiram. Tiram yang sesuai dimakan adalah yang mencecah usia lebih setahun, bagi memastikan saiz dan kualiti isinya berada pada tahap optimum. Selain pencemaran, tiram juga perlu dilindungi daripada serangan haiwan pemangsa dimana musuh utama kepada tiram ialah ketam, terutamanya ketika saiz tiram masih kecil. Ketika itu, cangkerangnya masih nipis dan mudah dipecahkan oleh ketam. Kalau tiram dah besar lebih tiga inci, ketam pun dah tak mampu nak pecahkan cangkerangnya, tapi sebelum itu sangat mudah jadi mangsa dan sebagai langkah perlindungan maka semua sangkar tiram ditutup dengan jaring bagi mengelakkan serangan ketam dan haiwan lain yang boleh menjejaskan hasil ternakan. Setiap bulan semua tiram yang diternak akan digredkan mengikut saiz, bagi memudahkan proses jualan dan pengurusan stok secara teratur.
Beberapa portam media laporkan bagaimana kejayaan saintis tempatan dapati 'Tiram putih di muara Sungai Muar disahkan spesies baharu' amat menarik di kongsikan. Dilaporkan dimana spesies tiram yang dikenali sebagai tiram putih atau nama saintifiknya, Crassostrea (Magallana) Saidii telah disahkan sebagai spesies baharu yang hanya terdapat di muara Sungai Muar, Johor. Penyelidik daripada Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Leena Wong dakwa kerjasama penyelidikan antara UPM dan Queen's University Belfast mengesahkan bahawa spesies itu tidak terdapat di kawasan lain di dunia. Apa pun dilaporkan spesimen Crassostrea (Magallana) Saidii yang dikenal pasti oleh nelayan tempatan itu disahkan identitinya melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Spesies ini dikenali sebagai tiram putih dalam kalangan penduduk dan nelayan tempatan kerana isinya yang berwarna putih krim dan berkualiti tinggi. Ia lebih mendapat sambutan penggemar tiram berbanding spesies Crasssotrea Belcheri (tiram kapak) yang memiliki kulit lebar manakala isinya berwarna kelabu, coklat, juga boleh dijumpai di muara Sungai Muar. Spesies tersebut mendapat perhatian Nur Leena apabila seorang penduduk tempatan, Md Saidi Mohamed menghubungi UPM pada tahun 2017 mengenai masalah populasi tiram yang semakin berkurangan di muara Sungai Muar. Walaupun spesies tiram sukar dikenal pasti melalui morfologi luaran, penyelam tiram tempatan yang berpengalaman dapat membezakannya. Saintis kagum dengan ketepatan penyelam tiram dalam membezakan spesies tersebut. Spesimen yang dikenal pasti oleh mereka telah disahkan identitinya melalui ujian DNA, sekali gus membuktikan kepentingan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki warga tempatan membawa pada penemuan saintifik. Spesis tiram itu dinamakan Crassostrea (Magallana) Saidii sebagai mengiktiraf usaha Md Saidi mempromosikan penyelidikan dan pemuliharaan spesies tiram berkenaan. Saintis berjaya mengumpul dan membandingkan data dengan koleksi data berkaitan tiram yang terdapat di muzium di United Kingdom dan spesies yang terdapat di Asia, lalu mendapati tiada rekod DNA yang sama dengan tiram putih tersebut. Apa pun fokus penyelidikan kini adalah kepada pembenihan tiram itu melalui pendekatan akuakultur untuk memperbanyakannya. Siantis dapati pada masa ini ia hanya hidup di muara Sungai Muar dengan kemasinan air lapan hingga 25 ppt (ukuran kemasinan) dan tidak boleh hidup dalam air laut dan kaedah pemuliharaan populasi kecil tiram ini amat diperlukan untuk memastikan kelestariannya.
Menarik dalam bharian.com kisah bertajuk 'Tiram tingkatkan tenaga kelakian' untuk di kongsikan faktanya. Kandungan zat seperti zink (Zn) yang tinggi di dalam tiram juga turut dikaitkan dengan testosterone terutama bagi kaum lelaki yang turut dihubung kait dengan faktor kesuburan. Dilaporkan dimana di Muara Sungai Muar dengan persekitaran air yang masih bersih dan kaya dengan plankton, membolehkan tiram berkualiti tinggi membiak di kawasan terbabit. Selain Sungai Muar, hanya beberapa lokasi di negara ini menjadi habitat hidupan akuatik itu seperti di Perak dan Pulau Pinang. Menurut kajian Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dr Mohd Effendy Abd Wahid, berkata tiram adalah hidupan laut yang popular terutama dalam kalangan masyarakat Cina kerana kandungan mineralnya yang penting. Isi tiram mengandungi kalsium, zink dan vitamin yang tinggi, selain kandungan kalorinya yang sangat rendah menjadikannya diet yang sesuai untuk dimakan atau diproses untuk dijadikan bahan tertentu seperti sos dan kosmetik. Di Malaysia, ada dua jenis iaitu tiram yang dimakan dan tiram mutiara yang sering dijadikan sebagai bahan untuk pembuatan alat kosmetik seperti yang giat diternak di Sabah. Selain itu, kandungan zink yang tinggi di dalam tiram juga turut dikaitkan dengan testosterone terutama bagi kaum lelaki yang turut dihubung kait dengan faktor kesuburan, sekali gus menjadikan tiram turut menjadi makanan pilihan. Dr Mohd Effendy yang juga pensyarah Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur UMT, berkata tiram juga dikenali sebagai haiwan penapis kerana insang akan menapis bahan di dalam air untuk dijadikan makanan. Apa pun sebagai hidupan yang tidak bergerak, tiram memerlukan kualiti air dan kandungan plankton yang tinggi untuk hidup dengan subur dan membiak. Sebarang pencemaran di dalam air boleh menyebabkan tiram mati atau membantutkan pembesarannya. Dilaporkan kawasan di Sungai Muar yang turut dipercayai mempunyai tiram jenis terbaik di dunia disebabkan kualiti airnya yang bersih, tidak mempunyai pencemaran, di samping kehadiran plankton yang tinggi dimana dia yang juga ahli penyelidik di Institut Bioteknologi Marin Malaysia, berkata kandungan plankton berbeza sama ada daripada segi kualiti atau jenis daripada satu tempat dengan tempat yang lain. Sungai Muar menjadi habitat semula jadi tiram berikutan kewujudan plankton di lokasi terbabit bersesuaian dengan keperluan hidupan akuatik itu. Kaedah sesuai untuk menternak tiram dimana apa yang perlu dilakukan adalah memastikan kawasan ternakan tiram itu bebas daripada sebarang pencemaran. SI tiram mengandungi kalsium, zink dan vitamin yang tinggi, selain kandungan kalorinya yang sangat rendah. Tiram disini dijual pada harga RM8 sekilogram atau RM10 selonggok di gerainya dekat Parit Bunga, Tanjung Agas. Apa pun untuk memelihara atau menternak tiram ini perlu diberi perhatian yang tinggi kerana ia memerlukan kualiti air yang bersih. Di Australia sebagai contoh, di mana sahaja ada air bersih, maka tiram akan dapat hidup dengan baik. Kini dilaporkan kawasan yang ingin diternak turut mengandungi plankton kerana tiram antara spesies hidupan akuatik yang tidak bergerak dimana selain itu kualiti air antara satu kawasan dengan kawasan lain juga perlu diambil kira kerana ia juga boleh menyebabkan berlaku perbezaan yang amat ketara. Kajian UPM dapati mengenai kuda laut sebelum ini, kuda laut yang bernilai tinggi adalah dari kawasan Gelang Patah, Johor dan kita cuba membiaknya di Terengganu kerana kandungan airnya yang bersih dan bebas lumpur. Bagaimanapun apabila kita meletak kuda laut dalam akuarium dengan menggunakan air laut di Terengganu, kuda laut terbabit mengalami keretakan pada kulitnya sebelum menggelupas dan akhirnya mati. Ciri keadaan air, kualiti air dan kehadiran plankton yang sesuai amat diperlukan bagi setiap haiwan akuatik termasuk tiram bukan sahaja untuk hidup, malah menjadi faktor penentu haiwan terbabit untuk berkembang biak pada masa depan.
Dalam portal lain di laporkan ada 'Cabaran penyelam di sebalik hasil lumayan tiram Muar' berkaitan dengan industri tiram di sana. Sebut sahaja Muar, ramai yang akan mengingati mi bandung dan sate yang dihidangkan sebagai tarikan ke Bandar Maharani Bandar Diraja itu. Apapun bagi golongan nelayan, Sungai Muar kaya dengan hidupan tiram semula jadi (Crassostrea spp) yang bermutu tinggi manakala penggemar makanan laut menyifatkan isi tiram Muar segar dan menyelerakan. Isi tiram boleh dimakan dengan pelbagai cara seperti dimakan mentah, dipanggang, digoreng, tumis berlada dan dijadikan sos tiram, yang menariknya terdapat gerai dan medan selera yang menyajikan masakan ini di sini. Dalam tinjauan Bernama di Pangkalan Nelayan Parit Tiram di sini yang menjadi lokasi pendaratan tiram yang diperoleh dari dasar Sungai Muar, mendapati kaedah memperoleh hidupan sungai itu masih dilakukan secara tradisi iaitu secara selaman tanpa menggunakan peralatan menyelam, yang sudah dipraktikkan sejak turun-temurun. Beberapa nelayan yang ditemui mengakui Sungai Muar kaya dengan hidupan tiram dan pasarannya adalah tinggi namun pekerjaan sebagai penyelam bukan sesuatu yang mudah kerana seseorang penyelam itu memerlukan banyak tenaga untuk bertahan mengutip tiram di dasar sungai yang berarus deras. Bagi seorang nelayan yang juga penyelam muda, Muhammad Syaifuddin Mohd Saat, 30, berkata penyelam biasanya menyelam sedalam enam meter secara menahan pernafasan selama kira-kira dua minit dan ia adalah cabaran utama penyelam ketika mencari tiram di dasar Sungai Muar. Para penyelam yang meneroka dasar Sungai Muar perlu berpaut pada pancang atau batang kayu yang dipacak ke dasar sungai bagi mengelak daripada dihanyutkan arus, sebelum mengutip tiram dan proses itu dilakukan berulang kali. Tekanan dan arus yang kuat ketika menyelam boleh menyebabkan telinga kita berdarah dan boleh menyebabkan seseorang itu pekak. Oleh itu hanya orang tertentu (penyelam) dan latihan berterusan sahaja yang kekal dalam pekerjaan menyelam ini. Bagi Muhammad Syaifuddin yang sudah enam tahun menjadi penyelam, berkata disebabkan cabaran tersebut golongan muda kini tidak berminat untuk menjadikan penyelam sebagai kerjaya di samping terdapat dalam kalangan ibu bapa tidak menggalakkan anak mereka menjadi nelayan. Tradisi dalam mengutip tiram ini kemungkinan akan lenyap kerana suatu ketika dulu terdapat kira-kira 100 penyelam di sekitar Muar tetapi kini hanya 10 nelayan yang meneruskan usaha tradisi itu. Ketika tinjauan proses mencari tiram di Pangkalan Nelayan Parit Tiram itu, terdapat lima penyelam muda yang sanggup melakukan kerja berkenaan. Seorang nelayan yang juga penyelam yang masih aktif, Nasir Kassim, 50, berharap lebih ramai anak muda menceburi kerjaya tersebut kerana pendapatan daripada tiram adalah lumayan. Tiram yang diperoleh dari Sungai Muar itu dipasarkan kepada peraih yang kemudiannya dijual kepada pengusaha restoran dan medan selera serta dieksport ke Singapura.
Menarik dalam hmetro.com yang bertajuk 'Rezeki musim basah' yang dilaporkan dari Marang, Terengganu. DIlaporkan dimana inisiatif seorang wanita dalam dia menjalankan penternakan tiram teritik sejak 28 tahun lalu bagi membantu suami yang tidak ke laut ketika musim tengkujuh membuahkan hasil apabila dia kini mampu menjana pendapatan keluarganya. Bagi pengusaha bernama Rafeah Md Zain (48) dari Kampung Serating Daerah Merchang menjalankan penternakan tiram teritik di Sungai Serating sebagai punca pendapatan sampingan keluarganya selepas suaminya yang bekerja sebagai nelayan tidak dapat menangkap ikan seperti biasa ketika musim tengkujuh. Dia kini ada menjalankan penternakan ini sebagai punca pendapatan sampingan ketika musim tengkujuh bagi menampung kos perbelanjaan keluarga apatah lagi pendapatan yang diperoleh hasil menjalankan penternakan itu agak lumayan. Biar pun berhadapan pelbagai risiko ketika menyelam dan mengharungi arus sungai untuk mendapatkan tiram teritik itu, ia berbaloi kerana mampu menjana pendapatan RM1,000 hingga RM1,500 sebulan mencukupi kepermuan keluarganya. Apa pun kalangan nelayan akan dihimpit kesusahan setiap kali musim tengkujuh kerana tidak mempunyai pendapatan berikutan tidak dapat ke laut seperti biasa. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA TIRAM... DICARI DI MANA...
KULITNYA KERAS...LEMBUT ISINYA...
ENAK DI MAKAN...DI BAKAR SAHAJA...
BANYAK KHASIAT...RAMAI YANG SUKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(26 Jamadilawal 1447H).
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(26 Jamadilawal 1447H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.