Support My Blog

Wednesday, February 4, 2026

LUMPUR - APA DIA?


LUMPUR (Mud) adalah campuran cecair atau separa cecair yang terdiri daripada air, tanah, lanar dan tanah liat. Lumpur adalah campuran cair atau semi-cair antara air dengan tanah, kelodak dan tanah liat. Secara geologi apa yang penulis blog bealar dimana lumpur ialah campuran air dan zarah endapan lumpur dan tanah liat. Endapan lumpur masa lalu mengeras selama beberapa lama menjadi batu endapan dimana selalunya apa yang terjadi adalah apabila endapan geologi lumpur ini terbentuk di muara maka lapisan yang dihasilkan disebut 'lumpur teluk'. Lumpur pada umumnya adalah ia juga hampir serupa dengan 'serasah' akan tetapi lumpur cirinya kekurangan humus dan biasanya lebih pasir. Kejadian bahan lumpur ialah campuran lembut antara air dan tanah yang mengandungi selut, kelodak, dan tanah liat dimana selalunya ia juga boleh didefinisikan sebagai tanah yang berair atau campuran semi-cair yang terbentuk daripada zarah-zarah seperti kelodak dan tanah liat dengan air. Lumpur boleh merujuk kepada jenis tanah lembut yang terdapat di tempat yang basah atau di pantai, atau bahan seperti lepa, stuko, atau simen dalam industri pembinaan. Penjelas mengenai ciri-ciri lumpur dan cara terbentuk dimana ia merupakan campuran air dengan tanah, kelodak, dan tanah liat dimana membentuk tanah yang lembut dan lembap atau seperti tanah berair. Dalam industri pembinaan dimana istilah 'lumpur adalah ia merujuk kepada lepa, stuko atau bahan simen yang serupa. Ada banyak jenis lumpur yang dapat dikenalpasti tetapi beberapa jenis lumpur yang umum digunakan ialah lumpur basmart, lumpur air tawar, campuran udara dan volume serta lumpur air ritme atau udara. Keempat jenis lumpur ini sering digunakan dalam operasi panas bumi seiring perkembangan penelitian. Banyak faedah atau kegunaan tanah lumpur di dalam industri pembinaan seperti untuk di jadikan ialah lepa bangunan, stuko, simen akan tetapi banyak industri kraftangan yang menggunakan tanah lumpur. Tanah lumpur mengandungi bahan air yang banyak dimana ini menjadikan ia lembik semasa banyak air dan menjadi ketulan keras apabila sir didalam lumpur kurang. Sebenarnya komponen air itu sendiri akan wujud dalam 3 bentuk iaitu Bentul Pepejal (Ais apabila suhu dibawah 0 Celcius), Berbentuk Cair (Suhu biasa) dan Berbentuk Gas (Suhu lebih 100 Celcius). Ia berkait dengan keadaan tanah lumpur yang mengikuti ciri air diseelilingnya. Komponen tanah yang ada dalam lumpur membezakan ciri-ciri asas tanah lumpur. Ini kerana tanah adalah bahagian permukaan bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan organik. Tanah sangat penting peranannya bagi semua kehidupan di bumi kerana tanah mampu mendukung kehidupan tumbuhan di mana tumbuhan menyediakan makanan dan oksigen kemudian menyerap karbon dioksida dan nitrogen. Komposisi tanah selalu ia berbeza-beza pada satu lokasi dengan lokasi yang lain sama ada tanah biasa, tanah lumpur atau tanah gambut mempunyai. Ramai mungkin fikir yang Tanah Liat itu sama cirinya dengan Tanah Lumpur yang sebenarnya tidak sama. Ini kerana tanah liat atau 'lempung' ialah kata generik untuk zarah galian silikat hidrous yang berdiameter kurang daripada nilai 4 micrometer. Tanah liat mengandungi hablur-hablur silika dan alumina yang halus dimana selalunya silikon, oksigen dan aluminium adalah unsur yang banyak komposisinya di kerak bumi. Tanah liat terhasil daripada proses luluhawa batuan yang tinggi silika oleh asid karbonik akan tetapi sesetengah terhasil daripada kegiatan pemanasan dari dalam bumi. Tanah liat membentuk gumpalan keras apabila kering dan melekit apabila basah terkena air agak menyamai tanah lumpur juga. Banyak kegunaan lumpur dalam industri diseluruh dunia malahan di Indonesia ia menjadi bencana seperi Insiden Lumpur Lapindo yang mengancam pendudunya. Atrike subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya mengumpulkan banyak fakta dan maklumat mengenai tanah lumpur untuk dijadikan bahan dan rujukkan pembaca semua.


Dalam filem-filem aelalu juga di tunjukkan bagaimana ada pengembara di hutan yang berjalan dan terpijak dengan 'Lumpur Hidup' dimana lumpur ini akan 'menarik kebawah' sehingga mengancam nyawa. Dalam istilah sains ada yang dinamakan istilah 'Lumpur Hidup' dimana ia pada dasarnya adalah pasir hisap dimana kesannya sehingga ia juga umum dikenal dengan nama 'Pasir Hisap'. Lumpur hidup atau pasir hisap merupakan campuran pasir dan air atau pasir dan udara yang pada permukaannya akan kelihatan ia kelihatan tanah padat, namun menjadi tidak stabil bila terganggu oleh tekanan tambahan apa lagi ada pergerakkan beban. Dilaporkan dimana lumpur hidup atau lumpur hisap merupakan jenis lumpur yang terdiri dari campuran air, pasir, dan juga tanah liat. Campuran dari bahan-bahan tadi menghasilkan gerakan turun naik yang sangat kuat sehingga membuatnya seolah-olah memiliki daya hisap bagi benda-benda yang berada di atasnya. Pasir yang bertekstur halus dan lembek ini tidak boleh menahan beban di atasnya dan akan masuk kebawah secara perlahan. Apa pun dilaporkan yang lumpur hidup sebenarnya tidak menyedot benda-benda di atasnya termasuk manusia yang jatuh ke dalamnya tetai ia memang ujud. Apa sebaiknya sesiapa juga yang terjebak diatas lumpur hidup sebaiknya kurangkan daripada banyak bergerak sebab selalunya semakin banyak gerakan yang dibuat maka akan semakin cepat benda atau makhluk atau objek tersebut tenggelam di lumpur hidup. Apa pun di kongsikan fakta mengenai lumpur hidup yang berlainan dengan ciri terdapat pada lumpur biasa. Ciri-ciri lumpur hidup antaranya ia selalunya berada di lokasi di sekitar air iaitu boleh berada seperti di ekosistem pantai, di kawasan paya atau pun di kawasan sungai dimana ia mempunyai kepadatan densiti pada nilai 2 gram/mm dan terdiri daripada bahan asasnya iaitu terdiri dari air, pasir, maupun tanah liat, Apa pun ciri khas lumpur hidup ini dimana sesiapa atau objek yang terperangkap diatasnya dan melakukan gerakan konvensional naik turun dan ia akan kelihatan seolah-olah mempunyai daya hisap atau daya sedutan. Lumpur hidup ini amat di takuti oleh manusiam haiwan liar dan sebagainya dan semua pembaca blog perlu mengetahui dimana lokasinya dan kaedah terbaik untuk melepaskan diri jik terjebak dengan masaalah lumpur hidup. Perlu diingat dimana 'lumpur hisap' atau 'limpur hidup' adalah fenomena alam yang agak merbahaya terutama bagi mereka yang tidak mengenali ciri-cirinya. Sebaiknya dengan pembaca blog ini mengetahui ciri-ciri lumpur hisap seperti tekstur cair, permukaan berair, dan lokasi pembentukan yang khas semua boleh lebih waspada semasa berada di kawasan yang agak berpotensi memiliki lumpur hisap. Meski tidak seberbahaya yang digambarkan dalam film, lumpur hisap tetap merupakan ancaman yang nyata dan harus dihadapi dengan pengetahuan dan kehati-hatian.


Tanah Lumpur memang terkenal ia digunakan untuk pelbagai kegunaan terutamanya dalam dunia komestik iaitu ia di komersilkan untuk tujuan rawatan kecantikan dan kesihatan kulit. Lumpur yang sesuai ini akan di jual dimana ada jenis lumpur yang sesuai untuk fungsi menyejukkan kulit, melembapkan kulit, mengurangkan jerawat dan bintik serta menyahtoksinkan kulit. Selain itu selalu di laporkan jika lumpur juga digunakan dalam terapi kesihatan fizikal seperti mengurangkan sakit otot dan sendi serta meningkatkan peredaran darah dan relaksasi. Apa pun dilaporkan industri kecantikan di seluruh dunia mencapai billion ringgit saban tahun dengan sumbangan daripada bahah asas lumpur sudah terkenal. Memang terdapat aspek iaitu kegunaan lumpur dalam dunia kecantikan dan kesihatan kulit dimana lumput mampu untuk Menyahtoksinkan Kulit sebab bahan lumpur, terutamanya jenis bentonit hasil kajian menunjukkan yang ia mempunyai ion negatif yang membantu menarik dan mengeluarkan toksin serta logam berat dari kulit.
Kehebatan kedua adalah dimana lumpur mampu untuk dapat Mengurangkan jerawat dan bintik pada wajah sebab bahan yang terkandung iaitu zat mineral seperti sulfur (S) dan juga Magnesium (Mg) akan dapat membantu mengawal minyak, mengurangkan keradangan dan pastinya akan menjadikan kulit lebih cerah serta segar. Ketiga dimana lupur akan bantu untuk Melembapkan dan menyejukkan kulit. Tanah Lumpur seperti Multani Mitti dari India memberikan sensasi sejuk yang membantu menenangkan kulit terutamanya sesuai untuk di gunakan bagi melindungi kulit semasa musim panas. Khasiat keempat dimana tanah lumpur juga akan Meremajakan kulit muka sebab kandungan bahan mineral dalam lumpur dapat  menstimulasi sel kulit, membuatkan kulit rasa lebih ketat dan sihat serta mengurangkan tanda-tanda penuaan. Lumpur juga dilaporkan digunakan untuk tujuan dalam terapi kesihatan fizika sebeb ia bantu Meredakan sakit otot dan sendi. Terapi lumpur boleh membantu meredakan nyeri akibat arthritis dan keradangan sendi kerana sifat anti-radangnya. Penggunaan lumpur akan juga Meningkatkan peredaran darah sebab dengan kehangatan suhu daripada lumpur dapat ia membantu melebarkan salur darah dimana ini sekali gus meningkatkan aliran darah dan oksigen ke tisu. Seterusnya kehebatan lumpur adalah ia Membantu Relaksasi apabila rasa sensasi hangat dan aroma semula jadi daripada lumpur dapat juga ia membantu mengurangkan stres dan meningkatkan suasana hati. Terakhir kegunaan lumpur adalah ia jika di gunakan akan berfungsi sebagai Detoksifikasi Badan dimana lumpur boleh membantu menyerap toksin dan kekotoran dari tubuh dan kesannya badan akan menjadi lebih sihat.


Bagi penulis blog kehebatan tanah lumpur semakin di ketahui umum terutama dalam bisness komestik. Dilaporkan dimana media tempatan laporkan 'Rahsia dan khasiat di sebalik rawatan lumpur' untuk dikongsikan. Banyak kajian dilakukan dimana rawatan lumpur miliki pelbagai manfaat untuk kecantikan dan juga penyembuhan tubuh.
 Lazimnya produk pupur sudah lama menjadi bahan yang mesti ada bagi rutin kecantikan individu dimana pinsip asas mengenakan pupur bertujuan memisahkan udara dan pencemaran daripada kulit buat sementara waktu, justeru ia perlu diratakan ke seluruh wajah dalam tempoh tertentu. Apa pun kandungan air yang tinggi dalam pupur yang berfungsi menembusi lapisan epidermis kulit iaitu ia sekali gus membantu melembutkan tekstur dan meningkatkan tahap keanjalannya. Adalah disarankan mesti ada dalam rutin kecantikan dan wajar dilakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk berfungsi dengan baik. Dilaporkan yang bahan mineral didalam lumpur berupaya untuk mempertingkatkan kecantikan dan kesihatan tubuh. Di Spa dimana selalunya ada pelbagai jenis pupur dan diantaranya pupur lumpur yang mengandungi bahan organik di dalamnya. Pupur lumpur terdiri daripada tanah, debu, tanah liat dan air yang kaya dengan vitamin serta mineral dimana ini akan menjadikan ia sesuai dengan banyak jenis kulit orang atau manusia. Kalangan orang ramai masih banyak yang mengatakan lumpur kotor dan menjijikkan tetapi ia ternyata lumpur memiliki banyak manfaat tersendiri bagi dunia kecantikan dan kesihatan. Oleh itu bagi penulis blog tahu jika tidak hairan kini banyak salun kecantikan menyediakan perawatan pupur menggunakan bahan berasaskan lumpur. Apa yang penting dimana bukan sebarang lumpur kecuali dari Laut Mati atau yang berasal dari gunung berapi yang kaya dengan mineral. Sebenarnya setiap lumpur memiliki manfaat berbeza mengikut lokasi seperti dari dalam laut atau gunung berapi, boleh dimanfaatkan bagi fungsi kecantikan atau untuk unsur penyembuhan tubuh. Kini dalam dunia kecantikan, lumpur digemari kerana sifatnya yang kering dan mengeras apabila digunakan. Selepas dipupur dan dibersihkan maka kulit wajah ketara terasa segar. Menurut seorang ahli dermatologi dari Amerika, Dr. Makala Anders ada mengatakan jika bahan mineral yang terkandung di dalam lumpur dapat stimulasi sel kulit sehingga kulit menjadi bercahaya sehingga ada pelanggan yang rela mandi dengan lumpur demi alasan kecantikan. Pupur lumpur juga dikatakan adalah sebagau pelembap wajah semula jadi yang membuat kulit terasa lebih anjal dan sihat. Kandungan di dalam lumpur menyerap hingga ke pori-pori kulit dan membuat wajah tidak berminyak. Lazimnya apabila lumpur digunakan sebagai pupur maka ia dengan perlahan-lahan teksturnya akan mengering sehingga mudah untuk ditanggalkan. Saat itulah lumpur akan mengelupas sel kulit mati sehingga kulit menjadi lebih cerah diana kajian mendapati jika manfaat lain lumpur ialah dapat membantu mengurangi noda kemerahan pada wajah. Penting untuk mengetahui apakah dia lumpur terbaik dimana ada laporan iaitu dalam kebanyakan pupur lumpur dimana Lumpur Laut Mati antara terbaik di dunia. Kandungan mineral yang tinggi termasuk magnesium, kalsium dan sisa organik iaitu bahan daripada tumbuh-tumbuhan antara punca utama ia berwarna hitam pekat. Lumpur ini sungguhpun ia dikatakan agak berbau kurang enak tetapi manfaatnya kepada aktiviti peningkatan oksigen dalam sel kulit menjadikan ia antara lumpur termahal di dunia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA LUMPUR...'MUD' ISTULAH SAMA....
CIRI LEMBUT CAIR...ADA BANYAK GUNANYA...
LUMPUR HISAP... MEMANG IA MERBAHAYA...
MEMBACA ARTIKEL... ILMU CEPAT DII TERIMA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 Jamadilawal 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...