Menarik akan fakta beberapa jenis produk gula tebu untuk diketaui akan kisahnya. Berikut adalah jenis-jenis gula berasaskan tebu iaitu yang pertama adalah Jenis Gula Pasir Putih (Refined Sugar) dimana jenis ini adalah jenis gula tebu yang telah diproses sepenuhnya, menghilangkan molases untuk rasa manis tulen. Jenis kedua adalah Jenis Gula Perang (Brown Sugar) dimaa jenis ini ia adalah jenis gula yang mana masih mengandungi atau dicampur semula dengan molases dan akan memberikan warna dan rasa karamel. Jenis ketiga adalah jenis Gula Melaka (Nisan) dimana jenis gula ini ia akan dihasilkan daripada nira tebu (atau kelapa atau kabung) yang dimasak lama sehingga pekat dan dibekukan dan ia boleh disimpan lama. Perlu dinyatakan fakta dimana jenis Gula Apong yang popular di Sarawak ianya diperbuat daripada air nira pokok nipah dan bukannya daripada pokok tebu. Apa pun asasnya dimana gula tebu boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama berdasarkan tahap pemprosesannya iaitu jenis Gula Tidak Ditapis (unrefined sugar), Gula Mentah (raw sugar) dan juga jenis Gula Ditapis (refined sugar). Bagi jenis Gula Tebu Tidak Ditapis (Unrefined) dimana gula dalam kategori ini mengekalkan kandungan molases (titis tebu) yang tinggi serta ia akan memberikan warna gelap dan rasa yang kuat. Bagi jenis Gula Jageri (Jaggery) pula ia adalah jenis gula tradisional yang dihasilkan dengan mendidihkan jus tebu sehingga pekat dan mengeras tanpa mengasingkan molases. Ada juga jenis Gula Muscovado iaitu jenis gula yang sangat lembap dengan tekstur seperti pasir basah dan rasa karamel yang kuat kerana kandungan molases yang sangat tinggi. Terdapat produk jeni Gula Panela atau ia juga dikenali sebagai 'Piloncillo' yang mana ia adalah gula tebu padat yang diproses secara minimum dan sering digunakan dalam masakan lazim di kawasan Amerika Latin. Meneliti ciri Gula Tebu Mentah (Raw)
dimana jenis gula ini melalui proses pembersihan minimum untuk membuang sebahagian molases, menghasilkan kristal berwarna keemasan. Bag jenis Gula Demerara pula ia memang di katahui mempunyai kristal besar berwarna kuning keemasan dengan tekstur yang rangup, sering digunakan sebagai hiasan atas pastri atau dalam kopi. Ada jenis Gula Turbinado yang mana ia mirip dengan Gula Demerara akan tetapi diproses dengan teknik stim untuk membuang lapisan molases luar; ia sering dipasarkan sebagai 'Sugar in the Raw'. Dalam pada itu ciri Gula Tebu Ditapis (Refined) apabila gula ini telah dibersihkan sepenuhnya daripada molases dan semua bendasing lain dan menghasilkan warna putih bersih atau perang yang seragam. Bagi jenis Gula Pasir (Granulated Sugar) dilaporkan ia adalah jenis yang paling biasa digunakan dalam masakan harian dan minuman. Terdapat juga Jenis Gula Kaster (Caster Sugar) iaitu jenis gula pasir dengan butiran yang lebih halus yang akan menjadikannya mudah larut dan sesuai untuk pembuatan kek atau merengue. Gula Aising (Powdered/Icing Sugar): Gula yang telah dikisar menjadi debu halus dan biasanya dicampur dengan sedikit tepung jagung untuk mengelakkannya daripada berketul. BAgi ciri jenis Gula Perang Komersial (Brown Sugar) selalunya ia akan dihasilkan dengan mencampurkan semula molases ke dalam gula putih yang telah ditapis untuk mendapatkan kelembapan dan warna perang yang konsisten. Industri membuat gula tebu akan menghasilkan produk sampingan iaitu Tebu Molases (Titis Tebu) atau sirap pekat dan gelap yang merupakan hasil sampingan daripada proses dalam penghabluran gula tebu dimana 'jenis blackstrap molasses' adalah yang paling pekat dan kaya dengan mineral.

Apa pun menarik mengetahui akan proses penghasilan gula daripada pokok tebu melibatkan beberapa peringkat utama iaitu daripada penuaian di ladang sehinggalah menjadi kristal gula di kilang. Berikut adalah langkah-langkah proses tersebut dimana yang pertama adalah Proses Penuaian Tebu (Harvesting) dimana selalunya pokok tebu matang (biasanya berumur 12 -18 bulan) akan ditebang secara manual atau menggunakan mesin. Seterusnya batang tebu dibersihkan dan perli ia dihancurkan menggunakan penggelek besar untuk proses bagi mengeluarkan jus atau air tebu asli. Kedua adalah proses Pembersihan (Clarification) dimana jus tebu akan ia dipanaskan dan dicampur dengan kapur (lime) untuk mendap dan menapis bendasing seperti serat atau lilin. Ketiga pula adalah Proses Penyejatan (Evaporation) dimana air jus yang telah bersih dimasak dalam alat penyejat untuk membuang kandungan air sehingga menjadi sirap yang pekat seperti sirap (Sila lihat foto disebelah). Keempat pula adalah Proses Penghabluran (Crystallization) dimana sirap pekat tadi dimasak dalam vakum dan dicampur dengan 'benih' gula untuk membentuk kristal gula. Ke lima adalah Proses Pemutaran (Centrifugation) dimana ia dicampuran kristal dan sirap (molasses) diputar dengan laju dalam mesin emparan (centrifuge) untuk memisahkan kristal gula daripada cecair pekat. Keenam pula adalah Proses Pengeringan dan Pembungkusan dimana produk kristal gula dikeringkan dengan udara panas dan kemudian ia disejukkan dan ahirnya ia akan dibungkus untuk pasaran. Di pasaran Malaysia ada banyak jenama dan syarikat yang menjual pelbagai jenis produk berasaskan kepada permintaan tetapi harga runcit masih di kawal kerajaan.
Selalunya jenis gula tebu terutamanya dalam bentuk jus asli atau gula tebu organik memang ia amat kaya dengan antioksidan, mineral (Kalsium, Magnesium, Zat besi) dan asid glikolik yang baik untuk kegunaan kulit, tenaga segera, serta kesihatan ginjal. Ia sejak dulu didakwa akan dapat membantu menyeimbangkan gula darah (tebu hitam), mengatasi badan berangin, merawat batuk dan mengurangkan panas badan. Bahan kandungan gula semulajadi memberikan tenaga segera kepada tubuh dimana memang ia mengandungi asid glikolik yang melindung kulit daripada radikal bebas dan memperbaiki tampilan kulit menyebabkan proses awet muda. Air tebu dan gula tebu di laporkan ia bersifat diuretik yang melancarkan kencing dan mencegah jangkitan saluran kencing juga. Gula tebu yang kaya antioksidan dapat bentu melawan sel kanser (seperti kanser prosta atau pun kanser payudara) dan mencegah aterosklerosis (penyumbatan pembuluh darah). Dilaporkan ada beberapa alternatif lebih sihat seperti gula tebu organik atau gula tebu original adalah ia lebih baik daripada gula putih kerana tidak melalui proses pemutihan kimia dan mengekalkan nutrisi. Apa pun faktanya walaupun gula tebu ini berkhasiat akan tetapi jika pengambilan air tebu berlebihan tetap perlu dikawal, terutamanya bagi penghidap diabetes kerana ia tetap tinggi kandungan gula. Gula tebu kalau ia diambil dalam bentuk asli atau organik memang ia mempunyai pelbagai khasiat yang lebih baik berbanding gula pasir putih yang telah diproses secara berlebihan. Fakta khasiat utama gula tebu pertama ia Membekalkan Tenaga Segera sebab kandungan gula semula jadi seperti fruktosa dan glukosa mudah diserap oleh badan untuk memberikan tenaga segera tanpa menyebabkan lonjakan gula darah yang terlalu ekstrem seperti gula pasir. Gula tebu kaya dengan mineral dimana ia tidak seperti gula putih yang kosong nutrisi, gula tebu asli masih mengekalkan mineral penting seperti kalsium (Ca), Magnesium (Mg), kalium (K) dan zat besi (Fe) yang diperlukan untuk kesihatan tulang dan fungsi saraf. Gula tebu memunyai nilai Indeks Glikemik Lebih Rendah dimana air tebu mempunyai indeks glikemik (IG) sekitar 43 iaitu nilai yang jauh lebih rendah berbanding gula pasir (IG 68). Ini bermakna ia meningkatkan paras gula darah secara lebih perlahan. Dilaporkan juga air tebu akan Menjaga Kesihatan Buah Pinggang sebab tebu bersifat diuretik semula jadi yang membantu melancarkan pembuangan air kecil dan menjaga fungsi buah pinggang agar tetap prima. Gula tebu akan Meningkatkan Kesihatan Pencernaan bila bahan kandungan serat dan sifat alaminya membantu mencegah sembelit dan melancarkan sistem pencernaan. Ia juga Menjaga Kesihatan Mulut dengan cara mengambil tebu secara semula jadi boleh membantu memperkuat gusi dan gigi.
Harga gula tebu di Malaysia pada masa ini dikawal oleh kerajaan dengan harga siling bagi gula pasir kasar ialah pada RM2.85/kg manakala bagi gula pasir halus ialah RM2.95/kg. Bagaimana pun hebatnya fakta di Malaysia apabila harga Runcit Terkawal Di Malaysia dijelaskan dimana harga bagi gula putih bertapis (sama ada dari tebu atau bit) adalah antara yang terendah di rantau ASEAN kerana ia merupakan barangan harga terkawal di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Gula Pasir Kasar (Coarse Sugar) di laorkan ia di jual pada harga siling sudah ditetapkan pada RM2.85 per kilogram. Sementara itu juga dilaporkan bagi Gula Pasir Halus (Refined/Fine Sugar) dimana ia di jual ada harga siling ditetapkan pada RM2.95 per kilogram. Dalam pada itu bagi jenis Gula Premium yang di jual di Malaysia seperti disesetengah varian seperti Jenama Gula MSM Prai Gula Pasir Kasar Super Premium boleh didapati pada harga yang lebih tinggi mengikut kualiti sebagai contoh adalah dijual sekitar harga RM106.80 untuk satu karton (24 pek x 1kg). Di Malaysia diantara beberpa jenama atau produk Gula Tebu Popular termasuk Jenama MSM Prai Gula Pasir Kasar iaitu produk keluaran FGV yang meluas di kedai runcit dan pasar raya. Kedua adalah produk jenama CSR Gula Kasar yang dilaporkan ia kini menjadi pilihan utama untuk kegunaan harian dan masakan yan sering dijual dalam pek paling popular iaitu 1kg satu pek. Terdapat juga produk seperti Gula Tebu Organik (Organic Cane Sugar): Jenama seperti NOW Foods Organic Cane Sugar dijual sebagai pilihan lebih sihat dalam saiz 1.13kg. Dalam pada itu ada di jua produk seperti Gula Merah Tebu (Cane Brown Sugar) dimana produk ini selalunya ia digunakan khusus untuk pembuatan kuih-muih dan minuman yang di jual di kedai runcit, pasaraya dan juga boleh di beli secara atas talian. Walaupun harga global gula mentah telah meningkat akan tetapi harga runcit di Malaysia tetap dikekalkan melalui mekanisme kawalan harga. Walau bagaimanapun sudah terdapat cadangan daripada pihak industri untuk menaikkan harga bagi menampung kos pengeluaran yang semakin tinggi.

Faktanya dimana gula tebu ialah pemanis asli utama yang digunakan dalam masakan, pembuatan kuih-muih dan juga produk minuman. Selain memberikan tenaga segera melalui kandungan sukrosa dan fruktosa, ia kaya dengan antioksidan, mineral (kalsium, magnesium, zat besi), dan membantu melancarkan pencernaan. Air tebu juga bertindak sebagai agen penghidratan dan menyokong kesihatan fungsi hati. Berikut adalah kegunaan utama gula tebu pertama sebagai Bahan Pemanis Semulajadi yang digunakan banyak dalam masakan, minuman dan pembuatan kuih-muih. Gula tebu dijadikan sebagai Sumber Tenaga Segera apabila kandungan gula dalam air tebu memberikan tenaga cepat kepada tubuh. Ia juga bagus untuk Kesihatan Tubuh sebab mengandungi antioksidan yang melawan radikal bebas dan membantu mencegah penyakit. Dalam proses Penghidratan dimana air tebu membantu mengatasi dehidrasi, terutamanya ketika cuaca panas. Baik untuk Kesihatan Pencernaan dan Hati dimana kandungan serat dan nutrien membantu melancarkan pencernaan serta menjaga fungsi hati. Dalam industri ini ada produk Hampas tebu (bagasse) yang selalu ia digunakan dalam penghasilan biofuel dan kertas. Gula tebu, terutamanya dalam bentuk gula merah atau sirap gula tebu, merupakan bahan asas yang memberikan rasa manis berlemak dan aroma karamel yang unik dalam banyak hidangan tradisional. Berikut adalah antara resepi popular yang menggunakan gula tebu iaitu Makanan Kuih-Muih Tradisional seperti Kuih Ondeh-Ondeh iaitu bebola tepung pulut yang diisi dengan ketulan gula tebu (atau gula melaka) dan disalut dengan kelapa parut. Apabila digigit, gula yang cair di dalamnya akan 'meletup' di dalam mulut. Jenis Kuih Kasui pula ia adalah jenis kuih kukus yang lembut dan kenyal, diperbuat daripada campuran tepung beras dan tepung ubi yang diwarnakan serta diperisakan dengan sirap gula tebu pekat. Kuih Cucur Jawa (Penyaram) adalah jenis kuih cucur tradisional yang memang ia menggunakan gula tebu untuk mendapatkan warna coklat keemasan dan tekstur tepi yang garing serta bahagian tengah yang lembut. Makanan Kuih Serabai pula adalah sejenis lempeng tepung beras yang biasanya dihidangkan bersama kuah manis yang diperbuat daripada santan dan gula tebu. Gula Tebu juga di jadikan Pencuci Mulut seperti makanan Bubur Sagu Gula Melaka dimana biji butiran sagu yang dimasak sehingga jernih ia akan dihidangkan sejuk bersama curahan santan pekat dan sirap gula tebu yang wangi. Bagi makanan Bubur Pulut Hitam iaitu bubur manis yang mesti ia menggunakan gula tebu sebagai pemanis utama untuk membangkitkan rasa semula jadi pulut hitam. Gula Tebu pasti di gunakan dalam Hidangan Moden dan Minuman Sirap dimana ia boleh disediakan dengan memasak gula tebu bersama air dan simpulan daun pandan sehingga larut dan sedikit pekat. Sirap ini sangat sesuai dijadikan 'topping' untuk pankek, tau fu fah, atau dicampur ke dalam minuman. Bagi kuih tart nanas dimana ada sesetengah resepi inti nanas menggunakan campuran gula tebu organik atau gula perang untuk mendapatkan warna jem yang lebih gelap dan kaya rasa. Semuga tulisan artikel ini memberi ilmu berguna kepada semua pebaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!..
BERMACAM JENIS... IKUT CARA GUNA...
HARGA DI KAWAL..MURAH DI MALAYSIA...
BANYAK KHASIAT... AWAS DAN WASPADA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Syaaban 1447H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.