Support My Blog

Tuesday, February 3, 2026

IKAN BILUT - KENALI DIA?

IKAN BILUT
(Phalacronotus sp) ialah sejenis ikan air tawar yang kurang di kenali di Malaysia sebab populasinya sudah agak berkurangan. Apa pun dilaporkan yang n
ama saintifik Ikan Bilut ini bergantung kepada spesiesnya akan tetapi jenis yang sering dikaitkan dengan genus Phalacronotus seperti Phalacronotus bleekeri atau spesies dalam genus dikenali Kryptopterus seperti Kryptopterus cryptopterus yang merujuk kepada jenis ikan air tawar menyerupai belut akan tetapi ia adalah bukan belut sebenar (Anguilliformes). Ikan ini juga adalah sejenis ikan catfish (ikan keli) tanpa sisik yang hidup di air tawar. Ia dikenali sebagai ikan Bilut dan uniknya ia di beberapa tempat jenis ikan ini ialah sejenis ikan lele (catfish) atau nama lainnya Kryptopterus cryptopterus dimana ikan ini popular di Malaysia sebab di kaitkn dengan salah satu projek FELDA terawal di Malaysia iaitu 'Lurah Bilit' yang juga ada di buat filem mengenainya. Bagi penulis blog yang banyak kali lalulalang dan masuk FELDA Lurah Bilut yang dibuka pada tahun 1958 dan merupakan rancangan pembangunan tanah secara berkelompok untuk pertanian yang pertama ditubuhkan seumpamanya di Malaysia dan di seluruh dunia. Uniknya dalam Felda Lurah Bilut merupakan kawasan FELDA yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Penempatan penduduk dibahagikan mengikut kawasan asal penduduk yang datang. Contohnya penduduk yang berasal dari Pulau Pinang dikumpulkan penempatan mereka di Jalan Pulau Pinang. Kegiatan pertanian utama ialah penanaman getah dan kelapa sawit. Penduduk terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Berbalik kepada ikan bilut dimana ada yang sering dikelirukan dengan ikan bilut dengan jenis ikan Begahak atau ikan tapah walau pun ia sebenarnya ia berbeza. Ikan ini terkenal dengan mulutnya seperti itik dan tiada sirip dorsal (punggung) dimana ia biasanya hidup di sungai seperti Sungai Bilut di Pahang dan memang amat disukai ramai kerana rasanya. Dilaporkan walau saiznya boleh pelbagai ukuran dimana jenis seperti Phalacronotus bleekeri di Semenanjung adalah yang paling popular dan ada di dapatkan. Penulis blog cuma dua kali dapat melihat ikan bilut ini semasa bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang dalam membuat tinjauan ke projek-projek tanaman di seluruh negeri masa itu. Artikel pada pagi Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" dengan ilham baik mengupas akan apakah dia ikan bilut dan fakta menarik sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


Apa yang penting dalam kaedah atau cara bagaimana hendak mendapatkan ikan bilut liar di sungai adalah kaedah memancing, menjaring atau mungkin kaedah lain. Apa pun cara mem
ancing ikan bilut ialah aktiviti memancing spesies ikan berbentuk seperti ikan unik dimana ia adalah jenis ikan yang sangat jarang ditemui dan agak jarang dikenali bila uniknya mulutnya bermuncung seperti mulut itik. Apa pun sering dilaporkan jika Sungai Pahang memang kaya dengan pelbagai spesis ikan dimana ada jenis ikan yang tiada ditempat lain pun ada disungai Pahang juga. Belajar cara bagi Ikan Bilut ada pelbagai cara dimana secara asasnya perlu cari tahu dimana keberadaan ikan ini atau lubuk yang sesuai. Mungkin ikan ini berada di sungai berarus atau juga mungkin di anak sungai atau di tepi air yang berair agak keruh sedikit  atau sedikit berlumpur. Bagi tujuan memancing ada pemancingyang akan menggunakan umpan cacing tanah atau menggunakan umpan isi ikan atau umpan perut ayam yang masih baru. Teknik memancing dengan bubuh umpan di mata kain dan kemudian di campakkan tali pancing ke kawasan yang di kenalpasti ada ikan bilut walaupun selalunya akan ada ikan jenis lain yang lebih cepat menyambar umpan. Aktiviti untuk memancing ikan bilut adalah tentang mencabar diri dengan spesis ikan yang agak unik ini menggunakan taktik tertentu sebabnya ia  bukan sekadar aktiviti pancingan iaitu ia biasa bagi spesis Phalacronotus sp. yang dikenali sebagai ikan Bilut. Apa pun di kalangan penduduk tempatan di Sungai Pahang mereka sudah mahir dan tidak keliru lagi dengan spesis ikan bilut yang selalu menjadi perdebatan di dalam masyarakat tentang identitinya kerana ada yang keliru di antara Jenis Ikan Bilut, Begahak (Belodontitchys dinema) dan juga Jenis Ikan Tapah (Wallagonia leerii) sebab cirinya kesemuanya hampir sama. Apa pun sebenarnya keluarga ikan Tapah (keluarga Siluridae) ini saiznya ia lebih besar dari apa yang di kenalpasti di Malaysia dimana memangada pelbagai spesies di bawah beberapa genus yang berbeza jenis ikan ini termasuklah Jenis Ikan Senggarat, Jenis Ikan Lais, Jenis Ikan Tapah Bemban dan pelbagai ikan lian seumpamanya lagi. Cuma ikan Bilut ini sebenarnya agak senang untuk dibezakan dengan ikan Begahak atau Tapah dimana antara kelainannya adalah dimana bahagian mulut ikan Bilut kelihatan seperti mulut itik dan ia tidak memiliki sirip dorsal seperti yang lain.
Di Malaysia ada beberapa spesies ikan Bilut di semenanjung dan juga Borneo diman apembaca blog anim agro technology boleh merujuk dalam internet. Du ulang lagi dimana ikan Bilut bukan spesies Begahak mahu pun ikan Tapah kerana ia berada di bawah genus yang berbeza namun kesemuanya berada di dalam keluarga yang sama. Penampilannya dilihat ikan bilut mempunyai bentuk badan lebih lurus dan kurus, kepala lebih panjang dan mulutnya menyerupai itik (seperti paruh itik). Selain itu ia tidak mempunyai sirip dorsal (punggung) seperti ikan lain dalam keluarga ikan Tapah dimana paling terkenal di Malaysia adalah Phalacronotus bleekeri. Jika hendak dibandingkan dengan jenis Ikan Senggarat dilihat yang ikan Bilut lebih kurus dan panjang, manakala Senggarat (juga dalam keluarga Tapah) badannya lebih lebar dan kurang daripada sekilo biasanya. Apa pun perlu di fahami jika ikan Bilut adalah ikan air tawar yang unik kerana rupa mulutnya dan ketiadaan sirip dorsal dimana ciri ini menjadikannya mudah dibezakan oleh peminat ikan air tawar walaupun sering disalah anggap sebagai spesies lain.


Mempelajari akan spesis ikan bilut dimana ia dilaporkan berkhasiat iaitu kaya dengan zat protein, Omega-3, vitamin (A, B12, D, E), mineral (zat besi, zink, selenium, fosforus) dan asid amino, yang membantu menguatkan sistem imuniti pemakannya. Apa pun dilaporkan yang khasiatnya juga ia mampu untuk dapat menambah tenaga dan stamina, menjaga kesihatan jantung, otak, tulang dan gigi, mencegah anemia serta dapat meningkatkan daya ingatan. memakan ikan air tawar termasuk ikan bilut didakwa akan mempercepatkan proses pemulihan luka dan regenerasi tisu. Zat protin yang tinggi pada ikan bilut ini akan membantu pembinaan otot, penyembuhan luka dan fungsi organ. Ia juga akan dapar meningkatkan Tenaga dan juga stamina sebab mempunyai zat yang lengkap termasuk zat iaitu Vitamin B12 yang akan membantu metabolisme menjadi tenaga. Ikan ini sesuai di makan untuk meingkat kecerdasan otak dan kesihatan jantung sebab bahan Omega-3 dan zat kolin meningkatkan fungsi kognitif, daya ingatan dan melancarkan aliran darah. Baik untuk mencegah Anemia apabila zat besi bersama Vitamin B12 adalah ia penting untuk pembentukan sel darah merah. Ia mampu untuk menguatkan tulang dan gigi dari zat kalsium dan fosforus dalam usaha memastikan tulang dan gigi sihat. Memakan ikan ini akan menyihatkan mata sebab zat Vitamin A yang baik bantu dalam mencegah masalah penglihatan. Khasiat ikan ini seterusnya adalah ia akan menyokong tahap kesuburan: Zink dan protein menyokong fungsi hormon dan kesuburan lelaki dan juga sesuai untuk kalangan wanita lepas bersalin dengan adanya zat Vitamin: A, B12, D, E, Zink, Selenium, Zat Besi, Fosforus serta asid lemak Omega-3, asid Amino, Isoleucine, Lysine, Tryptophan dan sebagainya. Cara memakan yang sihat adalah dengan disediakan dalam pelbagai jenis-jenis hidangan tradisional seperti Ikan Bilut masak kicap, Ikan Bilut Gulai atau ada yang suka di stim sahaja. Apa pun perlu di bersihkan dan dimasak dengan betul dari sumber makanan sihat dari ikan bilut iaitu sejenis ikan air tawar yang dipercayai.


Dalam pada itu di rujuk satu portal lain dimana harga ikan bilut ini sekitar RM88 - RM100 sekilogram terutama ikan segar dari perairan liar. Kalau hendak kenal sebelum membelinya perlu di lihat iaitu ikan ini uniknya adalah pada bahagian mulutnya iaitu ia bermuncung seperti mulut itik. Penulis blog yang lama bertugas di Pahang juga ada bertanya kepada pemandu khas saya (orang asal Temerloh Pahang) dimana ia hanya ada didapatkan dalam musim tertemtu sahaja setiap tahun. Apa pun dilaporkan yang 
Ikan Bilut (juga dikenali sebagai Ikan Sengarat) adalah sejenis ikan air tawar yang mempunyai bentuk badan yang agak panjang, hampir menyerupai ikan belut tetapi ia sebenarnya dalam kategori ikan yang berbeza. Oleh kerana tekstur isi dan bentuknya dimana ia sering dimasak dengan cara yang sama seperti ikan air tawar yang lain bergantung kepada citarasa. Antara resepi masakan popular termasuk Resepi Ikan Bilut Masak Lemak Cili Api (Gaya Negeri Sembilan) yang mana ia adalah cara paling popular untuk mengekalkan kelembutan isi ikan bilut. Bahan-bahan disediakan termasuk Ikan bilut segar yang kemudian perlu dicuci bersih dengan asam jawa atau gunakan tepung gandum untuk membuang lendirnya, santan pekat, cili padi, kunyit hidup, serai (dititik) dan asam keping. Cara memasaknya adalah dengan menumbuk cili padi dan kunyit hidup sehingga lumat. Kemudian dimasukkan bahan tumbuk tadi ke dalam periuk bersama santan dan serai dan perlu sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak. Setelah mendidih barulah boleh di masukkan ikan bilut dan asam keping dan akhir sekali diperasakan dengan garam dan masak sehingga ikan empuk. Tutup api dan sedia di hidangkan dimakan dengan nasi putih (Sila lihat foto disebelah). Resepi kedua sesuai di kongsikan Resepi Ikan Bilut Goreng Berlada yang bagi penulis blog amat sesuai bagi mereka yang menggemari rasa pedas dan tekstur ikan yang sedikit garing. Bahan-bahan disediakan adalah ikan bilut, serbuk kunyit, garam, cili merah atau cili padi yang dikisar kasar, bawang merah dan bawang putih. Cara untuk memasaknya dengan melumurkan ikan bilut dengan garam dan kunyit dan ia kemudian digoreng sehingga garing. Dalam kuali di tumis bahan kisar (bawang dan cili) sehingga pecah minyak dan garing da kemudian boleh dimasukkan sedikit air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali kemudian dimasukkan ikan bilut yang telah digoreng tadi dan gaul rata sebelum dihidang. Resepi yang ketiga adalah Resepi Ikan Bilut Masak Taucu dimana resepi ini memberikan rasa masam, masin dan manis yang seimbang. Apa pun bahan-bahan perlu disediakan adalah Ikan bilut, taucu, bawang besar (dihiris), bawang putih (dihiris), halia (dihiris), dan cili hijau atau cili merah. Cara memasaknya dengan menggoreng ikan bilut terlebih dahulu. Dalam kuali di tumis bawang, halia, dan cili sehingga naik bau. Kemudian boleh di masukkan taucu dan sedikit air dan dibiarkan hingga mendidih. Akhir sekali dimasukkan ikan goreng dan kacau seketika agar kuah meresap. Sebagai ingatan dimana ikan jenis ini biasanya dipastikan anda mencuci ikan bilut dengan tepung gandum atau perahan limau nipis sebelum dimasak untuk menghilangkan bau kurang enak tersebut. Semuga tulisan ini memberi info menarik kepada semua para pembaca blog anim agri technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN BILUT... JARANG DI TEMUKAN...
ADA YANG KELIRU...DI LAPANGAN...
HARGA MAHAL...SUSAH DAPATKAN...
PELBAGAI RESEPI...DISESUAIKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(1 Rejab 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...