Menarik bagaimana cara yang paling biasa dan berkesan untuk menangkap burung murai adalah adalah dengan menggunakan kaedah pancingan iaitu seperti menggunakan sangkar pikat yang dilengkapi dengan burung pikat (murai jinak) atau makanan (seperti ulat roti atau cengkerik) di kawasan yang mana ia sering dikunjungi burung liar. Teknik ini memerlukan sifat kesabaran, penempatan sangkar yang strategik dan kadang-kadang penggunaan bunyi rakaman murai batu untuk menarik perhatian. Teknik Menggunakan Sangkar Pikat adalah yang paling popular di gunakan peminat dan pemburu burung murai dimana teknik ini ia menggunakan sangkar yang mempunyai ruang untuk burung pikat dan menggunakan satu mekanisma perangkap automatik apabila burung liar masuk kedalamnya dan pintunya tertutup. Teknik kedua adalah dengan cara Teknik Pancingan Makanan dimana pemburu meletakkan ulat roti atau cengkerik di dalam perangkar pancing iaitu ia termasuk jenis jerat atau sangkar gantung di letakkan di lokasi yang strategik ada tinjauan ada burung murai liar. Ketiga adalah dengan Teknik Bunyi Pikat Menggunakan Audio dimana cara ini pemburu menggunakan rakaman suara burung murai batu untuk menarik perhatian burung liar ke arah perangkap yang di pasang dan kaedah ini di laporkan sangat baik dan praktikal juga. Apa pun faktor paling utama adalah bagaimana mencari lokasi strategik untuk menempatkan perangkap seperti lokasi di pilih adalah di tempat yang teduh, tenang dan disekitarnya ada dahan pokok yang biasanya ia akan dihinggapi jenis burung. Peringatan penting kepada pemburu dimana pastikan aktiviti menangkap burung murai ini ia mematuhi peraturan dan undang-undang akta perlindungan hidupan liar tempatan. Dilaporkan aktiviti menangkap burung murai (seperti Murai Batu atau Murai Kampung) memerlukan teknik yang betul untuk memastikan burung tidak tercedera dan pemburunya mesti mematuhi peraturan undang-undang perlindungan hidupan liar. Secara ringkasnya menangkat burung Murai boleh di bahagikan dengan Menggunakan Perangkap (Jebak) dimana ini adalah cara yang paling popular dan berkesan untuk menangkap murai tanpa ianya mencederakannya. Jenis Jebak Rama-Rama atau Jebak Cacing sesuai digunakan yang direka khas untuk murai. Apa pun jenis umpan hidup selalu ia digunakan umpan yang disukai murai seperti ulat hidup, cacing atau belalang untuk menarik perhatiannya masuk ke dalam jebak. Kini ada yang akan memasang kaset Suara (Pikat) yang dimainkan rakaman suara burung murai (suara pikat) untuk memancing burung liar mendekati kawasan perangkap. Cara Menangkap Murai yang Terlepas dimana jika burung peliharaan anda terlepas tekniknya lebih kepada memujuk iaitu dengan cara penting menggunakan Jenis Sangkar Asal iaitu meletakkan sangkarnya di kawasan terbuka dengan pintu terbuka dan bekalan makanan kegemarannya di dalam. Pilih jenis Burung Pikat dan Pasangan sesuai diletakkan burung murai lain atau pasangannya dalam sangkar berhampiran untuk menariknya kembali ke kawasan rumah. Cara Menjerat sealu juga ia ada digunakan di dalam hutan oleh mereka yang berpengalaman iaitu dengan gunakan Jenis Jerat Tali atau Jerat Nilon yang sesuai di pasang pada dahan atau kawasan yang sering dihinggapi burung tersebut. Penulis blog di zaman remaja dulu memang pakar menggunakan Cara Getah Burung (Pulut) iaiatu dengam menyapu getah pokok yang sangat melekit pada ranting tempat burung hinggap. Walau pun cara ini kurang disyorkan kerana boleh merosakkan bulu burung jika tidak dibersihkan dengan betul tetapi di kampong dulu ini sahaja yang mudah di lakukan. Pastikan sentiasa pastikan anda mempunyai lesen yang sah sebelum melakukan aktiviti menangkap atau memelihara burung murai untuk selalat dan mengelakkan tindakan undang-undang di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar.
Fakta utama dimana burung murai yang pembaca blog anim agro technology perlu di ketahui makanan utama burung murai batu adalah serangga hidup (extra fooding) dan voer berkualiti tinggi. Makanan terbaik termasuk cengkerik atau Jangkrik (Jawa) adalah makanan kegemaran utamanya, Ulat Jerman (untuk tenaga dan bulu berkilat), ulat hongkong, cacing tanah dan kroto (telur semut). Selalunya campuran cengkerik hidup dengan minyak ikan juga baik untuk kesihatan bulu burung jika di amalkan. Apa pun Cenkerik merupana kegemaran utama burung murai sebab ia berikan sumber protein utama yang wajib diberikan dan burung ini sangat sukanya dan sebaiknya berikan jenis cengkertik warna putih (lebih lembut) dan pastikan cengkerik diberi makan sayuran seperti lobak atau kobis sebelum diberikan kepada murai. Makanan seperti Ulat Jerman dan Ulat Hongkong dilaporkan ia sangat baik untuk meningkatkan stamina, mempercepat proses mabung dan membuat bulu lebih berkilat. Memberikan makan burung murai dengan Telur Kerengga atau Telur semut (Kroto) akan berikan sumber mineral seperti kalsium dan nutrisi penting lain iaitu diberikan terutamanya untuk peringkat anak-anak murai atau semasa proses pembiakan. Di pilih makanan voer berkualiti tinggi yang sesuai untuk burung pemakan serangga sebagai makanan harian (pellet). Sebagai makanan tambahan sesuai diberikan cacing tanah boleh diberikan untuk menyejukkan badan burung dalam masa terutamanya jika cuaca panas. Pemberian makanan yang konsisten dan seimbang dengan bersama suplemen jika perlu adalah ia amat penting untuk menjaga kesihatan dan suara kicauan murai batu. Burung Murai (terutamanya Murai Batu) memerlukan diet yang tinggi protein untuk kekal aktif dan rajin berkicau. Berikut adalah jenis makanan utama untuk burung murai: Memberikan Jenis Makanan Hidup (Extra Fooding) adalah cara sumber protein utama yang paling digemari seperti memberikan cengkerik sebagai makanan ruji yang membekalkan tenaga dan membantu pertumbuhan bulu. Dilaporkan memberikan Kroto (Telur Kerengga) adalah ia sangat bagus untuk kecerdasan burung dan merangsang suara supaya lebih nyaring. Ada yang suka memberikan minyak Ikan sebab ia boleh dicampurkan dengan cengkerik untuk membantu penyerapan kalsium bagi dapat menguatkan tulang dan mencantikkan bulu. Cara degan memberikan suplemen cecair organik dimana ia juga boleh membantu menjaga sistem kekebalan tubuh supaya burung tidak mudah sakit. Tips Penjagaan agar jangan beri makanan secara berlebihan (terutamanya campuran berminyak) kerana boleh menyebabkan kegemukan atau masalah kesihatan seperti tumor. Pastikan burung mendapat air bersih yang sentiasa ditukar setiap hari.
Mengetahui akan fakta harga burung murai di Malaysia dilaporkan yang ia sangat bergantung kepada jenis, kualiti suara (kicauan) dan panjang ekornya. Anggaran harga pasaran semasa bagi Jenis Burung Murai Batu (White-rumped Shama) yang mana jenis ini adalah spesies paling popular dan paling mahal kerana suaranya yang merdu. Bagi Burung Pada Umur Anak atau Remaja oa berharga bermula dari RM300 - RM800 satu ekor bergantung kepada baka. Dalam pada itu bagi burung murai batu dewasa yang mampu berkicau dimana jualan harnga di tawarkan boleh mencecah RM1,500 - RM5,000 keatas seekor. Bagaimana pun bagi menentukan harga burung ini perlu ada kepakaran sebab hanya mereka yang kenal sahaja akan beli dan bayar dengan harga premium. Selalunya bagi menentukan gred semasa Aktiviti dalam Pertandingan atau cara tentukan Kualiti Tinggi burung murai adalah dari jenis burung yang mempunyai 'Suara Emas' atau ekor yang sangat panjang boleh dijual antara RM10,000 hingga RM200,000 seekor dalam pasaran tertentu. Penulis blog juga ada buat tinjauan mengenai harga bagi Jenis Murai Kampung (Oriental Magpie-robin) atau ia juga dikenali sebagai Jenis 'Murai Cacing' dimana harga biasanya lebih murah iaitu ia dijual sekitar RM50 - RM200 seekor yang bergantung kepada kejinakan dan kerancakan kicaunya. Beberapa faktor yang akan menentukan atau mempengaruhi harga burung murai adalah Kualiti Suara dimana bagi jenis burung murai yang 'rajin dan merdu' berkicau dan mempunyai variasi bunyi yang banyak akan lebih mahal. Faktur kedua adalah bergantung kepada Panjang Ekor dimana bagi Jenis Burung Murai Batu, semakin panjang ekornya maka akan semakin tinggi nilainya. Ketiga adalah faktur Status Perlindungan sebab burung murai batu merupakan spesies yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Pemilik wajib mempunyai lesen yang sah daripada Jabatan PERHILITAN untuk mengelakkan denda atau rampasan.
Dalam portal sinarharian.com dilaporkan 'Rumah pengumpul murai kampung diserbu' dimana ada seorang pengumpul pelbagai spesies burung liar hasil pemburuan dipercayai untuk dijual dan dijadikan haiwan peliharaan sudah terbongkar selepas serbuan di sebuah rumah di Kampung Baru Broga, Negeri Sembilan. Dalam serbuan Op Bersepadu Khazanah (OBK) itu dijalankan sepasukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah. Pihak Jabatan Perhilitan, berjaya membuat pemeriksaan dijalankan kira-kira jam 12.25 tengah hari dan menangkap tiga lelaki termasuk seorang warga Vietnam untuk disiasat berkaitan burung serindit, burung murai batu dan seekor rapang duit (red wattled lapwing) selain seekor kera telah disita hasil pemeriksaan di rumah itu. Nilai rampasan dianggar berjumlah RM5,000 dan kesemua tangkapan diberi jamin polis, manakala barang kes dibawa ke Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan. Suspek disyaki merupakan pengumpul murai kampung untuk pasaran tujuan tempatan. Terdapat murai kampung dalam simpanan mereka dan suspek dipercayai turut menjalankan aktiviti penjualan spesies berkenaan. Jabatan masih menjalankan siasatan dan berkemungkinan suspek mempunyai kaitan dengan sindiket penjualan murai kampung yang mana spesies berkenaan tidak disenaraikan dalam jadual Akta Pemuliharan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Perhilitan juga turut menyiasat sama ada sekiranya terdapat spesies hidupan liar lain yang turut menjadi mangsa kegiatan suspek. Kes dan kegiatan mengumpul pelbagai spesies burung liar terbongkar di Kampung Baru Broga setelah serbuan dilakukan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara bersama Batalion 4 Pasukan Gerakan Am. Kejadian ini menjadi kes menarik bila ada tiga lelaki termasuk seorang warga Vietnam telah disiasat. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ADA MURAI KAMPONG...HITAM PUTIH DIA...
MURAI BATU... DIJUAL MAHAK HARGANYA...
MENULIS ARTIKEL..DI TAHUN BARU CINA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(29 Syaaban 1447H).






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.