Burung terkukur paling sedap dimasak secara adalah Resepi Burung Terkukur Digoreng Berempah dimana ia memang enak dan rangup di makan sehinga boleh kunyah tulangnya yang enak. Burung ini di goreng sama dengan hidangaj jenis burung seperti Burung Puyoh yang paling mudah dibuat perbandingan. Bahan rempah yang perlu disediakan seperti jenis kunyit atau kari untuk mendapatkan tekstur rangup di luar dan empuk di dalam. Teknik utama adalah sebaiknya daging burung terkukur ini di rebus dulu dan d bubuh ramuan sesuai atau bumbu terlebih dahulu untuk menghilangkan bau hanyir dan ini akan juga melembutkan daging sebelum digoreng. Perlu di sediakan bahan dimana disiapkan beberapa ekor Burung terkukur yang siap di sembelih dan dibersihkan dan ditoskan kering, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup (dikisar halus), rempah kari daging, serbuk jintan manis atau jintan putih, ketumbar, daun kari, tepung jagung (untuk kerangupan), telur (sebagai pengikat), garam dan gula secukup rasa. Cara membuatnya dengan memerap dulu seua daging burung ini dengan menggaulkan daging burung terkukur ini dengan bahan kisar, rempah ratus, garam dan gula. Perap sekurang-kurangnya 1-2 jam (atau semalaman) untuk rasa meresap. Kemudian boleh ia di salut dengan tepong dan sebelum digoreng, masukkan telur dan tepung jagung ke dalam perapan burung dan di gaul rata. Proses menggoreng dengan memanaskan minyak yang banyak. Kemudian menggoreng burung dengan api sederhana sehingga garing dan berwarna coklat keemasan. Apabila masak di angkat dan di toskan dan boleh di bubuh daun kari ketika hampir garing untuk aroma wangi. Setelah di angkat mesti di toskan minyaknya dan enak di makan semasa masih panas lagi bersama nasi putih atau di ratah begitu sahaja. Tips yang dikongsikan dimana jika daging liat, rebus dulu (ungkep) dahulu burung dengan serai, daun salam dan lengkuas sehingga empuk sebelum digoreng.
Dalam portal hmetro dilaporkan kisah bagaimana 'Lima jam jinak tekukur' oleh peminatnya bernama Nazri yang menjadikan kerja memikat burung tekukur sebagai sumber pendapatan utama. DI Seremban dimana aktiviti memikat burung tekukur bukan mudah kerana ada ketika memerlukan sehingga lebih lima jam untuk mendapatkan seekor burung. Namun, ia tidak mematahkan semangat Nazri Hassan (42) kerana kerja itu menjadi sumber pendapatan utama lelaki berkenaan menyara keluarga. Pada mulanya dimana aktiviti memikat dan menjual burung dilakukan secara sambilan sejak 2009 namun dia mengambil keputusan menjadikannya sumber pendapatan tetap selepas kilang paip tempatnya bekerja di Nilai ditutup tiga tahun lalu. Dia yang lebih dikenali sebagai Amat Tekukur berkata, permintaan terhadap burung tekukur sentiasa ada dalam kalangan peminat tempatan atau luar negara seperti Singapura, Thailand dan Kemboja. Biasanya burung yang dipikat habis dijual kerana mendapat permintaan ramai pembeli tempatan dan luar negara dimana ada ketika dia terpaksa mendapatkan bantuan rakan yang juga pemikat burung kerana stok burung tidak mencukupi. Kini walaupun pendapatan tidak lumayan berbanding perniagaan lain akan tetapi dia masih bersyukur dan puas hati mampu menyara keluarga. Bapa kepada empat anak berusia tiga hingga 12 tahun itu berkata, dia sudah menjual 120 tekukur termasuk kepada pembeli luar sejak Januari lalu. Harga burung tekukur atau pemikat lebih tinggi dan mampu mencecah RM1,500 seekor berbanding burung biasa yang dijual antara RM400 sehingga RM1,000. Dalam bulan Januari 2026 ini dia sudah menjual empat burung dengan dua dibeli peminat dari Kemboja dan selebihnya pelanggan tempatan. Dia pergi ke kampung dan pinggir bandar di sekitar daerah ini serta Rembau, malah pernah ke Bera, Pahang dan Tangkak, Johor semata-mata untuk memikat burung. Selalu juga dia sering menyertai pertandingan memikat tekukur di negeri ini termasuk di Sabah dan Sarawak serta beberapa kali memenangi pertandingan berkenaan. Apa pun melalui aktiviti berkenaan peminatnya akan dapat berkumpul dan merapatkan hubungan silaturahim antara peminat dan pengumpul burung tekukur di seluruh negara.
Dalam portal nstp.com pula di laporkan fakta bagaimana 'Pikat burung cara dulu-dulu' apabila peminat burung bernama Hafzul dan rakan meronda sekeliling kampung mencari tempat meletakkan galah khas menangkap merbuk da burung tekukur. Kisah dari Kota Bharu, Kelantan ini laporkan hobi memikat burung merbok dan tekukur akan ia mendorong peniaga ikan menghabiskan wang beratus ringgit menempah sebatang galah khas yang digunakan untuk memikat unggas itu. Bagi Hafzul dimana dia berbelanja RM400 menempah alat galah jebak burung itu daripada pembuat galah tempatan. Dia akan menggunakan seekor burung pemikat dan akan membawa galah itu ke sekeliling kampung menaiki motosikalnya untuk mencari pokok yang sesuai bagi meletakkan galah itu. Apa pun bapa kepada dua anak itu kebiasaannya melakukan aktiviti berkenaan pada hujung minggu bersama tiga rakan karib. Mereka akan mula melakukan aktiviti memikat burung merbok dan tekukur sejak beberapa bulan lalu. Ada ramai yang kurang mengetahui cara memikat burung merbok dan tekukur menggunakan cara lama ini iaitu meletakkan seekor burung pemikat di dalam sangkar kecil di hujung galah dan kemudian meletakkan galah berkenaan di atas pokok. Dia sanggup menghabiskan wang beratus ringgit hanya untuk menempah sebatang galah `khas' yang digunakan memikat unggas itu dengan meletakkan seekor burung penjinak di dalam sangkar kecil di hujung galah itu ketika ditemui di Kampung Raja Dewa. Burung pemikat akan memikat burung lain dan apabila burung ini mendekatinya, ia akan melekat pada gam yang diletakkan berhampiran sangkar berkenaan yang tinggak di Kampung Raja Dewa, Kota Bharu. Dia yang berniaga ikan secara bergerak antara kampung berkata, mereka biasanya mendapat 10 - 12 burung merbok atau tekukur sehari dan akan melakukan aktiviti ini sebagai hobi pada hujung minggu kerana masing-masing sudah ada pekerjaan tetap. Selain memikat burung merbok dan tekukur, burung pemikat ini juga boleh menarik perhatian burung liar lain. Sementara itu, ramai kaki burung yang ditemui mengaku boleh membuat sendiri peralatan memikat burung seperti racik, jebak, bakul burung dan tali pengikat. Walaupun jenis dan peralatan itu boleh dibeli dan harganya tidak mahal, namun ramai memilih untuk membuatnya sendiri mengikut kesesuaian serta kehendak mereka.
Portal sama juga melaporkan 'Tekukur makan RM4 sehari' memang wakar dokongsikan faktanya. Bagi Abdul Malek dimana dia akan menyediakan kambu (millet) untuk tekukur peliharaannya di Kampung Lekok, Masjid Tanah, Melaka. Aaa pun di laporkan makanan ruji burung tekukur dan merbuk saya lebih mahal daripada belanja seharian makanannya. Dia akan memberikan burungnya makan nasi dengan beras harga RM2.50 sekilogram (kg) sedangkan burung tekukur dan merbuk peliharaannya makan kambu (bijirin) harga RM4 kg. Dia juga adalah tuannya tetapi ia (burung) makan makanan lebih mahal daripada dirinya sebag ini semua adalh demi minat dan cinta terhadap kedua-dua jenis burung itu apabila dia sanggup berbelanja lebih membeli bahan makanan yang seakan-akan bijan itu daripada sekadar memberikan makanan biasa seperti padi. Kerjanya sebagai petani di Kampung Lekok, Masjid Tanah di sini memang dia tiada apa yang mampu dan dapat menghalangnya daripada membelanjakan RM40 untuk mendapatkan kambu seberat 10kg yang diimport dari negara Thailand semata-mata untuk memastikan lapan tekukur dan lima merbuk peliharaannya sentiasa kenyang. Makanan Kambu 10kg itu mampu menampung makanan 13 burung saya selama tiga bulan. Ia tidak makan beras, nasi atau gandum. Dakwanya cuma kambu dan padi yang boleh dimakan tetapi sekarang sukar mendapatkan padi kerana kebanyakan sawah bertukar menjadi taman perumahan. Dakwanya kalau tiada kambu maka dia akan rasa amat bimbang burung peliharaan jatuh sakit kerana enggan makan beras atau jagung yang diberikan. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Seuga tulisan ini memberi naklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...







No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.