Support My Blog

Thursday, February 19, 2026

BURUNG BANGAU DAN FAKTANYA

BURUNG BANGAU
(Bulbucus spp) merupakan sejenis burung daripada keluarga Ardeidae yang sering dijumpai dikawasan sawah dan kawasan hutan simpan tepi laut. Biasanya kita kenal burung bangau dikenali dengan bulunya yang berwarna putih. Panjangnya dari hujung paruh ke hujung ekor lebih kurang 51 cm (20 inci) dimana ia juga mempunyai struktur paruhnya yang panjang itu berwarna kuning manakala kakiknya berwarna kehitam-hitaman. Apa yang penulis blog nampak mengenai burung bangau adalah ia akan dilihat hisup berkumpulan atau berkelompok dikawasan sawah atau dimana ada sumber makanan banyak untuk burung ini. Dala kes lain ada jenis burung bangau yang suka berghijrah dengan terbang mengikut musim. Bangau adalah burung penghijrah yang berasal dari hemisfera utara ketika negara-negara Asia di sana mengalami musim sejuk. Burung ini lazimnya akan berhijrah ke Semenanjung Malaysia daripada September hingga April setiap tahun. Ketika inilah burung ini kelihatan berbulu putih melepak akan dilihat terbang berkumpulan dan berkumpul diatas pokok atau tanah. Bagaimanapun dikaji dimana ada sekali-sekala burung ini tinggal terus di negara ini hingga musim panas untuk membiak. Ketika ini akan berlaku keadaan dimana warna bulunya berubah menjadi jingga di kepala dan dada. Kini hanya terdapat satu rekod mengenai cara pembiakannya di negara ini iaitu di utara Kelantan. Burung bangau gemar bertenggek di atas lembu atau kerbau atau berada tidak jauh dari mamalia ini untuk mencari makanan seperti kutu atau tempiras yang berada pada badan kerbau dan lembu serta belalang dan serangga lain yang bertempiaran lari apabila kerbau dan lembu meredah rumput-rumpai di sawah. Dari tabiat inilah lahirnya burung bangau juga yang gemar mencari ikan di kawasan berair cetek seperti lopak dan kubang di sawah padi didapati. Burung bangau mendapat tempat yang baik dalam masyarakat Melayu daripada ia dinyanyikan semenjak kanak-kanak lagi dengan lagu tradidional 'Bangau Oh Bangau' sehingga kepada peribahasa 'Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau' jua yang di bincangkan dalam blog ini. Artikel malam sunyi ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta penting burung bangau yang terdapat di Malaysia untuk bahan rujukkan semua.


Burung bangau ialah sejenis burung air berleher dan berkaki panjang daripada keluarga Ardeidae yang sering dijumpai di kawasan sawah padi, paya atau tepi parit di Malaysia. Ia terkenal dengan bulu yang berwarna putih dimana  cara pemakanan adalah jenis ikan dan serangga serta ia ada tingkah laku migrasi dari kawasan sejuk untuk mencari makanan. Ciri utama burung ini ia mempunyai kaki dan leher panjang, paruh besar dan kuat, tinggi antara 60 cm hingga lebih 150 cm. Kebanyakannya berwarna putih namun ada yang berubah warna untuk memikat pasangan dimana habitatnya adalah disawah padi, kawasan berair, dan sering dilihat bersama lembu/kerbau untuk memakan kutu. Ia merupakan haiwa pemburu yang tenang (solo hunter) kan tetapi kadang-kadang berkumpulan. DIbanyak bahagian dunia burung bangau di Malaysia adalah burung migrasi yang singgah sementara untuk mencari makan pada musim sejuk. Mengenali akan beberapa jenis burung ini yang selalu di lihat termasuk Jenis Bangau Kendi (Cattle Egret) yang ia sering dilihat di kawasan ternakan dimana ia s
ering dilihat mengikut kerbau atau lembu di padang untuk memakan serangga yang terganggu oleh haiwan tersebut.. Ada juga Jenis Bangau Besar (Bersaiz lebih besar dengan paruh kuning dan kaki hitam).atau Jenis Bangau Kecil (Great atau Little Egret) yang mana ia selalu di lihat di kawasan iaitu  sawah atau parit dan ia mempunyai dua bulu pelepah panjang di belakang kepala semasa musim membiak. Apa pun di laporkan burung bangau khususnya spesies tertentu, adalah hidupan liar yang dilindungi di Malaysia. Perlu tahu fakta jika burung bangau sejenis haiwan karnivor yang memakan ikan kecil, katak, serangga dan krustasea. Bangau bertindak sebagai pemangsa semula jadi yang membantu mengawal populasi serangga perosak dan haiwan kecil di kawasan pertanian. Sesetengah spesies seperti Bangau Kendi juga merupakan burung migrasi yang singgah di Malaysia mengikut musim. Habitat utama burung bangau ialah kawasan perairan cetek, sawah padi, paya bakau, dan pesisir pantai.  Ia juga sering ditemui berkumpulan di kawasan tanah lembap yang kaya dengan sumber makanan. Burung bangau akan membina sarang di kawasan hutan paya atau tepi sungai, dan beradaptasi dengan baik di ekosistem lembap yang kurang pencemaran. Burung bangau memerlukan habitat yang mempunyai sumber air dangkal dan banyak hidupan akuatik untuk kelangsungan hidup. Habitat utama burung bangau adalah di Pesisir Pantai dan Paya Bakau iaitu ia tempat kegemaran untuk mencari makanan dan berlindung. Di Sawah Padi pula burung ini sering kelihatan di kawasan pertanian untuk mencari serangga dan haiwan kecil. Kawasan air tawar yang kaya dengan ikan dan kawasan Padang Ragut biasanya di jumpai jenis seperti Bangau Kendi (Cattle Egret) sering  bersama haiwan ternakan seperti lembu untuk memakan serangga yang terganggu oleh pergerakan haiwan tersebut.


Burung Bangau yang terdapat di Malaysia ada banyak jenis dimana Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya 'Mega diversity' daripada segi bilangan dan kepelbagaian alam faunanya.  Burung bangau adlah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang dilitupi bulu pelepah dan mempunyai paruh tanpa gigi. Bangau membiak dengan cara bertelur dan telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras. Burung bangau di antara burung-burung yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia. Jenis Burung Bangau Besar biasanya hidup bersendirian atau dalam kumpulan kecil di sawah atau di paya dan hutan bakau kerana makanan mudah dicari di sana di samping mudah membuat sarang untuk bertelur. Burung bangau besar lebih lumrah dijumpaï di Semenanjung Malaysia daripada di Sabah dan Sarawak (Sila lihat foto disebelah). Di Semenanjung Malaysia, jenis burung bangau besar terdapat dengan banyaknya di pantai negeri Perak dan Selangor terutamanya Pulau Ketam kerana terdapat hutan dan paya bakau yang luas di sana. Justeru itu burung ini sering kelihatan bertenggek di celah semak bakau sambil berehat atau membersihkan bulunya. Burung bangau besar memburu ikan kecil, ketam, dan haiwan air yang kecil yang dijumpaïnya di dalam lumpur paya bakau atau sawah.  Meskipun burung bangau besar tidak selumrah burung bangau biasa, ia tetap membiak di negara ini iaitu pada bulan Ogos atau September setiap tahun. Tempat pembiakan burung bangau besar yang terkenal di Semenanjung Malaysia ialah di pantai paya bakau di Selangor dan Perak. Sarangnya dibina secara longgar daripada ranting mati di atas pokok bakau setinggi 1.5 m hingga 6 m dari permukaan air. Sarangnya lebih kecil daripada sarang burung pucung dan tidak dilapisi daun seperti sarang burung pucung yang dilapisi daun bakau segar. Telurnya sebanyak tiga biji dan ia berwarna biru tua. Paling popular adalah Jenis Bangau Kendi (Bubulcus ibis) dimana ia adalah salah satu daripada burung bangau yang boleh didapati di Malaysia. Ia memiliki taburan di bandar dalam keluarga heron Ardeidae, dan terdapat di kawasan tropika dan subtropika dan zon serdahana panas. Ia satu-satunya ahli monotaip dalam genus Bubulcus, sungguhpun sesetengah pihak menganggapnya sebagai spesies penuh, Burung Bangau Kendi Barat dan Burung Bangau Kendi Timur. Apa pun dilaporkan yang bangau kendi tidak banyak pemangsa, tetapi burung lain atau mamalia mungkin menyerang sarangnya, dan anak burung mungkin mati akibat kebuluran, kekurangan kalsium, atau gangguan dari burung besar yang lain. Spesies ini membuang kutu dan lalat dari lembu, tetapi ia merupakan burung ancaman di lapangan terbang, dan telah dikaitkan dengan penyebaran penyakit haiwan bawaan kutu. Ada juga burung Jenis Burung Bangau Kerbau (Engretta intermedia) dimana ia ditemui di kawasan sawah padi atau kawasan rumput berpaya yang mana terdapat lembu atau kerbau di situ. Seperti spesis bangau kendi dimana ia juga membuang kutu dan lalat daripada lembu atau kerbau tersebut. Bagi Jenis Burung Bangau Paya atau Purple Heron (Ardea purpurea) dimana ia dikenali juga sebagai ‘Pucung Serandau’ yang banyak ditemui di kawasan paya atau tasik. Makanan utama adalah ikan dan serangga. Burung bangau dikenali dengan sifat fizikal berleher dan berkaki panjang, sering mencari makanan di kawasan air cetek atau sawah dengan berdiri diam menghendap mangsa seperti ikan dan serangga. Mereka bersifat karnivor, setia kawan, suka bertenggek di atas kerbau, dan hidup bermigrasi di kawasan berair atau paya.


Menarik fajkta dimana burung bangau tidak dijual secara sah sebagai sejenis haiwan peliharaan di Malaysia kerana ia merupakan spesies hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Semua aktiviti seperti memburu, menyimpan, atau menjual burung ini tanpa lesen khas adalah satu kesalahan jenayah dan boleh di hukuk. Walau bagaimanapun jika merujuk kepada barangan berkaitan bburung bangau (bukan burung hidup) ia ada di jual di pasaran antaranya adalah Produk Patung Hiasan Bangau iaitu dijual untuk jadi barang hiasan taman atau replika bangau biasanya bermula dari RM15 - RM60 seunit dimana ia akan bergantung kepada saiz dan bahan (di buat dari bahan plastik atau simen). Bagi produk Lukisan Bangau iaitu karya seni bertemakan burung bangau boleh mencecah harga dari RM50 sehingga ratusan ringgit mengikut kualiti dan nilai artistik. Kini bangau adalah bernilai sebagai Spesies Terancam dimana jika adak kes perdagangan haram yang melibatkan spesies burung bangau memang ia sangat jarang wujud akan tetapi juga harganya pernah dilaporkan boleh mencecah nilai yang amat tinggi di pasaran gelap namun ini adalah aktiviti yang menyalahi undang-undang. Sesiapa pembaca blog anim agro technology yang berminat untuk melihat burung bangau secara dekat di habitat asalnya maka ia boleh datang atau mengunjungi lokasi seperti Kuala Gula, Perak, yang mana ia merupakan destinasi terkenal bagi burung migrasi.


Menarik kes dalam portal bharian.com bertajuk 'Jangan ganggu burung bangau cari makan di sawah padi Kampung Sungai Rengas' di Kuala Terengganu sebab semmua diminta tiada pihak mengganggu atau memburu ribuan burung hijrah spesies bangau yang datang ke sawah padi di situ. Pesawah bernama Mohd Nor Yusof dakwa burung bangau bersaiz ayam jantan berwarna hitam putih itu berterbangan dan berkumpul di kawasan sawah padi seawal jam 7 pagi. Kumpulan burung liar ini datang di kawasan sawah padi Kampung Kubang Tangga tetapi tahun ini beralih ke tanah sawah kampung ini. Saya datang ke sini awal pagi semata-mata untuk melihat kumpulan burung hijrah. Penduduk kampung akan m
erasa tenang melihat ribuan burung bangau itu berterbangan di kawasan sawah sambil mencari makanan. Justeru, diharap tiada pihak yang memburu atau mengganggu burung itu. Kehadiran burung itu tidak mendatangkan sebarang masalah malah ia menjadi tarikan baru di kampung. Sebelum ini burung bangau yang sering berhijrah dari satu tempat ke tempat lain tidak pernah datang ke kawasan kampung dan spesies burung bangau itu hanya boleh dilihat dari jarak dekat di zoo sahaja. Dilaporkan yang burung ini hanya datang untuk makan siput dan ikan kecil di kawasan sawah yang sudah dibajak dan apabila petani mula menjalankan kerja semaian benih padi ia akan berhijrah ke tempat lain. Pemerhati akan datang ke kawasan sawah itu untuk melihat burung bangau selepas diberitahu penduduk kampung dimana burung bangau dalam kumpulan yang besar seperti ini berikan satu pemandangan burung bangau yang berkumpul dalam jumlah yang banyak seperti itu jarang berlaku. Burung ini jinak kerana selama ini haiwan itu tidak diancam pemburu kerana ia spesies burung yang tidak dimakan di kampung ini. Biasanya burung itu mencari makanan di kawasan itu sehingga jam 12 tengahari sebelum ke tempat lain dan datang semula pada lewat petang. Selalu ramai orang luar yang mengetahui mengenai kehadiran burung itu sanggup datang ke kampung itu untuk melihat burung bangau malah petani yang mengusahakan sawah padi di situ sehingga kini tidak menyuarakan kebimbangan mengenai kehadiran burung itu. Kehadiran burung bangau di situ hanya sementara dan dalam tempoh terdekat burung itu akan berhijrah ke tempat atau negeri lain pula sebagai sejenis burung hijrah spesies bangau di sawah padi Kampung Sungai Rengas, Kuala Terengganu menjadi tarikan orang ramai. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BURUNG BANGAU... ADA DI MALAYSIA...
BANYAK JENIS... SELALU PUTIH WARNA...
BERKAKI PANJANG... KARNIVOR CIRINYA...
MEMBACA ARTIKEL... MEMAHAMI JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(1 Ramadan 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...