Support My Blog

Sunday, February 22, 2026

INDUSTR BURUNG PUYOH DAN FAKTANYA (Part 1)

INDUSTRI BURUNG PUYOH
di Malaysia merupakan salah satu industri ternakan yang terus berkembang dengan baik dalam membekalkan Daging Burung Puyoh dan Telur Burung Puyoh. Penulis blog merujuk kepada 
data dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi tahun 2024,ada sejumlah ternakan puyuh di Malaysia direkodkan adalah sebanyak 5,116,911 ekor (Sumber: Laporan Buku Perangkaan Ternakan JPV 2025, Malaysia). Di nyatakan dimana aktiviti penternakan paling banyak berada di Perak dengan sebanyak 1,220,138 ekor diikuti dengan Johor sebanyak 1,185,502 ekor, Selangor sebanyak 827,330 ekor dan ada juga di Sabah (67,901 ekor) serta di Sarawak (26,000 ekor). Penulis blog dapati dimana industri ini terus berkembang dengan permintaan yang tinggi untuk daging dan telur puyuh. Apa pun rekod ini merangkumi keseluruhan populasi puyuh di Malaysia (sama ada ladang komersial atau kecil-kecilan). Dilaporkan dimana burung puyuh di Malaysia terdiri daripada spesies liar dan ternakan. Antara yang umum ialah Jenis Puyuh Jepun (Coturnix japonica) yang diternak untuk telur dan untuk daging, serta spesies liar yang dilindungi seperti Jenis Puyuh Tanah (Turnix suscitator). Dalam pada itu ada Jenis Puyuh Gonggong (Arborophila javonica) dan Jenis Puyuh Mahkota atau Puyoh Sengayan (Rollulus rouloul) yang terancam. Dilaporkan iaitu ada pula Jenis Puyuh Batu (Coturnix chinensis) iaitu spesies kecil yang juga terdapat di Malaysia tetapi ia jarang di kenali ramai. Apa yang penullis blog banyak kali membuat tinjauan dalam industri ini dimana di Malaysia Jenis Puyuh Ternakan (iaitu Jenis Puyuh Jepun atau Coturnix japonica adalah yang paling banyak diternak untuk mendapatkan telur dan daging dimana burung ini ia bersaiz kecil dan banyak diusahakan di kampung. Dalam pada itu penulis blog juga selalu memang ada terserempak denan Jenis Puyuh Tanah (Turnix suscitator) semasa melawat kebun sayuran dan buah-buahan di seluruh negara diman jenis ini adalah spesies liar yang dilindungi dimana ia juga sering ditemui di kawasan semak dimana ia memerlukan lesen jika diburu. Asasnya habitat asli puyuh di Malaysia merangkumi kawasan semak belukar, sawah padi kering dan hutan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" say akupas dan kaji berkaitan burung puyuh serta status industri dan faktanya untuk bahan bacaan dan rujukkan semua. 


Burung puyuh di Malaysia merujuk kepada kumpulan burung bersaiz kecil yang sering dikaitkan dengan industri ternakan dan hidangan tempatan. F
akta utama mengenai burung puyuh di Malaysia dimana burung ini adalah spesies diternak dimana paling popular adalah dari Jenis Puyuh Jepun (Coturnix japonica) sebab ciri ia dilaporkan berkeupayaannya bertelur dengan banyak dan pertumbuhan daging yang cepat. Sekarang ini aktiviti pententernakan puyuh sangat popular kerana modal pusingan yang kecil dan ia akan menghasilkan pulangan yang cepat (hanya perlukan masa sekitar 30 - 40 hari untuk pengeluaran daging). Dipasaran dimana antara produk utama adalah daging puyuh yang segar atau daging puyoh sejukbelu yang sering digoreng kunyit atau krispi dan kuliner ini ada banyak di masak di rangkaian Restoren Ala-Thai. Seterusnya aktiviti penternakan ini juga ia akan menghasilkan telur puyuh yang digunakan dalam pelbagai masakan seperti masakan sambal, steambot atau mee rebus dan sebagainya. Bagi penulis blog memang suka membeli daging siap proses puyoh sejukbeku di pasaraya dan ia menjadi a
lternatif sumber protin selain daripada jenis daging lain dimana ia dianggap sebagai antara pilihan kepada daging ayam kerana tekstur daging yang lebih pejal dan rasa yang unik serta tulangnya boleh di ratah. Apa pun ia selalu ada dijual dimana harga daging burung puyuh segar di Malaysia umumnya berlegar sekitar RM38.00 - RM40.00 per kilogram dimana harga ini mungkin ia berbeza bergantung kepada lokasi, pembekal (segar atau sejuk beku), dan saiz puyuh dan bekalan sentiasa ada sebab burung puyuh yang diternak matang dalam masa sebulan setengah (45 hari sahaja) untuk dijadikan produk daging puyoh (Sila lihat foto disebelah). Mengenali akan ciri fizikal burung puyoh dimana burung ini ia berbadan bulat dan gempal dengan bentuk ekor yang 
sangat pendek serta ia mempunyai corak bulu yang membantu penyamaran di atas tanah untuk burung puyoh liar.Burung liar juga ia lebih banyak menghabiskan masa berjalan di atas tanah berbanding terbang tinggi. Berlainan dengan jenis burung puyoh di ternak komersil dimana ia di letakkan dalam reban atau sangkar dengan pergerakan terbatas dan di beri makanan burung komersial yang khusus mengandungi zat untuk pembentukkan daging atau penghasilan telur.


Menurut laporan sumber kajian potensi penternakan burung puyoh dari JPV dan tinjauan peribadi penulis blog dimana ment
ernak burung puyuh ialah satu bidangusaha pertanian yang dilaporkan ia menguntungkan dan mudah sama ada menumpukan kepada penghasilan telur puyoh (burung petelur) atau tujuan bagi menghasilkan daging (Puyoh pedaging) dengan tempoh pulangan modal yang cepat. Cara ternak melibatkan proses penyediaan sangkar berperingkat (starter/layer), pemberian dedak (20-25g sehari), penjagaan kebersihan, kawalan suhu, dan pemberian vaksin. Cara bagi menternak burung puyuh pertama dengan membuat persiapan reban atau kandang dan semua jenis peralatan. Di Malaysia ada banyak jenis sangkar yang digunakan antaranya Jenis Sangkar Bateri (bertingkat) untuk menjimatkan ruang. Saiznya di kita agar ia boleh untuk memuatkan kira-kira 25-30 ekor puyuh apabila sudah dewasa. Lokasi mebuat sangkar ini kritikal dan ia perli ditempatkan di kawasan yang tenang (jauh dari kebisingan sebab ia akan menganggu), kawasan kering, teduh dan mempunyai sistem pengudaraan baik. Penting untuk menyediakan sistem penyediaan anak puyoh untuk di jadikan perindukan (Brooder) dimana bagi anak puyuh (umur 1 - 14 hari) ia perlukan suhu tinggi (pada minggu pertama) diman penternak perlu untuk menggunakan lampu khusus. Kelengkapan peralatan termasuk bekas makanan dan minuman automatik atau disediakan palung agar makanan sentiasa mencukupi agar ia membesar cepat. Bagi penyediaan anak puyuh (D.O.Q) baka Ikta umumnya dijual pada harga sekitar 80 -  90 sen seekor dimana ia sesuai untuk puyoh pedaging dan penelur dengan keperluan penjagaan intensif pada 1-3 minggu pertama seperti haba cukup dan dedak berprotein. Lazimnya sebanyak anggaran 1,000 - 2,000 ekor di sediakan atau di hantar dalam seminggu bagi sesetengah pembekal. Anak puyoh ini perlu diletakkan dalam kepungan bulat (brooder) dengan lampu pemanas yang cukup. Dipasaran ada jenis anak puyuh umur sehari (DOQ) atau puyuh dara. Sesetengah penternak akan sediakan jenis Baka Ikta merupakan salah satu pilihan popular untuk penternakan. Anak pusuh baik adalah dengan meneliti cirinya dari baka yang lincah, tidak murung dan saiz seragam. Sebaiknya bagi baka petelur di pastikan dari jenis baka berkualiti (contoh: Coturnix coturnix japonica). Ada juga cara dimana kalangan penternak pemula (baru memulakan projek) mereka disyorkan membeli pulet (puyuh dara) berumur 30 hari untuk mengurangkan risiko kematian anak puyuh.


Dalam penternakan dimana aspek Pengurusan Pemakanan dan Minuman serta penjagaan ancaman penyakit amat perlukan perhatian. Biasanya bagi permulaan akan di berikan Jenis Makanan Starter (bagi umur 0 - 2 minggu), Jenis Makanan Grower (umur 2 - 4 minggu) dan Jenis Makanan Layer (4 minggu ke atas). Dari segi teknikal dimana kuantiti makanan bagi seekor puyuh dewasa perlu makan sekitar 20 - 25 gram dedak sehari. Periksa agar kualiti makanan perlu ada zar yang mengandungi protein kasar minima 20% untuk penghasilan telur yang baik. Dalam aspek pembekalan air bersih mesti sentiasa ada dan ia mesti ditambah vitamin dalam air dengan jangkamasa iaitu 2 hari sekali. Antara aspek penting dalam penternakan burung puyoh adalah aspek penjagaan harian dan kebersihan dimana najis puyuh perlu dibersihkan secara rutin untuk mengelakkan bau amonia dan punca penyakit. Dari segi pencahayaan perlu disediakan cahaya lampu (Kekuatan sekitar 40 - 100 watt) selama 14-17 jam sehari untuk ia mampu dalam merangsang pengeluaran telur. Burung puyoh memang perlu untuk divaksinasi atau diberikan vaksin setiap 3 bulan untuk mencegah ancaman penyakit dan lalukan 'pengasingan' bagi burung puyuh yang sakit dengan segera. Penting di lakukan cara pengurusan hasil ternakan sama ada untuk daging atau untuk telurnya. BurungPuyuh mula bertelur pada umur 40 - 42 hari sejak mula dimana semua telur dikutip setiap 1 - 2 kali sehari dan biasanya pada waktu petang. Dalam pada itu bagi pengeluaran daging diambil jenis puyuh jantan atau betina yang sudah tua (umur 6 - 7 bulan) dimana pada waktu ini ia sesuai atau boleh dijual sebagai daging puyoh dan mendapatkan hasil kedua. Antara faktur kejayaan dalam menternak puyoh adalah aspek kebersihan dikawasa reban bagi mencegah penyakit serta faktur jenis baka yang di beli dan elakkan membeli baka atau anak puyoh 'inbreeding' (perkahwinan sedarah). Perlu di rekodkan akan kerja aktiviti harian dan jumlah pengeluaran telur sebab dengan penjagaan yang betul dimana penternakan burung puyuh lazimnya ia boleh menghasilkan telur sehingga 90% hasil setahun dan pulangan modal boleh dicapai lebih cepat berbanding pprojek  ternakan jenis lain. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (2) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang disyorkan untuk sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel pada 3 Ramadan 1447 (2026) subuh ini memberi ilmu dan pengetahuan berguna kepada pembaca blog semua. Wasallam!!!...
BURUNG PUYUH... INDUSTRI DI MALAYSIA....
HASILKAN DAGING... TELUR PUYUH JUGA....
ADA LEBIH 5 JUTA... DI TERNAK BERJAYA...
IA MENGUNTUNGKAN...IA CEPAT HASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(3 Ramadan 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...