Support My Blog

Thursday, February 26, 2026

BURUNG KASUARI DAN FAKTA PENTING

BURUNG KASUARI 
(
Casuarius casuarius) yang juga di panggil sebagai 'Cassowary' dalam bahasa Inggeris atau  'Kesuari' atau 'Suari' adalah sejenis burung dalam genus Casuarius, yang merupakan salah satu dari dua genus yang masih wujud dalam keluarga Casuariidae. Burung kasuari ini ia merupakan burung yang berasal dari hutan tropika di pulau Irian serta beberapa pulau-pulau berdekatan dengannya dan daripada timur laut Australia. Bagi Jenis Burung 
Kasuari  Selatan dimana ia dilihat mempunyai dua pial atau ia juga dikenali sebagai Jenis Burung Kasuari Australia dengan cirinya adalah sejenis burung kasuari berwarna hitam yang tidak boleh terbang dimana ia juga adalah jenis burung kasuari yang paling biasa ditemui. Ia jenis relatif dari kumpulan yang sama dengan burung jenis emu, burung unta dan rea. Dilaporkan ada terdapat tiga spesies yang masih wujud pada hari ini iaitu KASUARI SELATAN, KASUARI UTARA dan KASUARI KERDIL dimana jenis yang paling biasa ditemui adalah Jenis Kasuari Selatan yang mana adalah burung hidup ketiga tinggi dan kedua berat, kecil sedikit daripada burung unta dan emu. Penulis beberapa kali dapat melihat burung ini di Zoo dimana mendapati burung kasuari ialah burung besar yang tidak boleh terbang yang berasal dari hutan hujan dikkelaskan sebagai sebagai salah satu burung paling berbahaya di dunia. Ia mempunyai bulu hitam, tanduk keras (jambul) di kepala dan sepasang kaki yang sangat kuat dengan ciri cakarnya tajam dan panjang serta jika menendang mangsa (manusia) ia boleh menyebabkan kematian. Sebagai jenis burung yang kedua terberat di dunia (selepas burung unta) dimana Burung Kasuari ialah salah satu burung yang ketiga terbesar dan terberat di dunia yang tidak boleh terbang iaitu dengan ketinggian mencapai 1.5 - 2 meter dengan purata ketinggiannya adalah 1.8 meter sementara beratnya pula adalah 60 - 78 kilogram (burung dewasa) selepas Burung Unta dan Burung Emu. Hebatnya burung ini sebab ia berupaya untuk berlari selaju 50 km sejaam dan boleh melompat tinggi di udara terutama jika ada ancaman. Burung ini di laporkan berkemampuan untuk berenang dalam air dengan baik. Apa pun di kongsikan fakta dimana makanannya terdiri daripada buah-buahan (frugivor) di habitatnya dimana ini menjadikan burung kasuari ini sebagai agen penting untuk penyebaran biji benih di hutana atau digelar sebagai 'petani hutan' dalam menyebarkan benih tumbuhan. LAzimya burung kasuari betina biasanya berukuran lebih besar dan berwarna lebih terang daripada burung jantan. Artikel pada petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis fakta penting tentang burung kasuari yang kurang di kelani untuk bahan rujukkan semua pembaca bog ini.


Melihat akan burung kasuari yang mana ia mempunyai saiz b
adan besar dimana uniknya burung ini memunyai 'Tanduk' iaitu di atas kepalanya yang membantu burung ini sewaktu berjalan di habitatnya di hutan tebal (Sila lihat foto disebelah). Ia adalah sejensi tulang selangka bentuknya sekan merosot terdiri dari tulang-tulang lelangit dan tengah tengkoraknya menyentuh. Tulang-belulang ini membantu badan burung ini yang berbentuk baji menepis daripada gangguan terhadap ancaman pergerakan dari pokok menjalar, pokok berduri dan daun pokok bergerigi semasa ia  cepat lari di hutan hujan. Melihat akan bulu pelepah burung kasuari terdiri daripada batang dan ruit halus yang longgar dengan mempunyai ekor burung yang 'dogel' dan tidak ada kelenjar khusus seperti burung lain. Meneliti lanjut bila memeriksa kepaknya ia memang berukuran kecil dengan ukuran cuma 5 - 6 bulu terbang yang besar dan ini memang tidak membolehkan burung besar ini untuk dapat terbang sebaliknya ia mampu bergerak dengan larian yang sangat laju. Melihat struktur kakinya dimana kaki burung kasuari hanya mempunyai tiga jari yang sangat kuat dan berkuku tajam. Jari kaki kedua yang tengah mempunyai kuku seperti pisau yang berukuran 12.5 cm panjang dengan kemampuan ia boleh berlari sehingga 50 km/jam dan melompat setinggi 1.5 meter dan dilaporkan ia memang pandai berenang menyeberangi sungai dan laut. Dilaporkan yang burung Kasuari adalah haiwan pemalu meskipun jika ia diganggu oleh musuhnya akan menendangnya dimana ini ia boleh mendatangkan kecederaan serius kepada manusia dan anjing yang menganggunya. Burung ini kerap juga ia dipanggil sebagai jenis 'burung yang paling berbahaya di dunia'. Walau pun di laporkan yang makanan utama kasuari adalah buah-buahan dikelaskan sebagai burung jenis omnivor sebenar dan diet sehariannya terdiri daripada pucuk pokok, biji rumput dan kulat selain dari serangga kecil. Fakta tentang pembiakannya dimana oa mempunyai musim bertelur kausari dari Mei hingga Jun setiap tahun. Burung Kasuari betina bertelur 3 - 8 biji telur besar berwarna hijau terang atau biru hijau pucat berada diatas selonggok daun kering dikumpulkan oleh burung betina. Sebiji telur burung ini berukuran 9 x 14 cm iaitu lebih kecil daripada telur burung unta dan emu. Kini Burung Kasuari dilaporkan ia juga merupakan burung purba endemik Papua dan Maluku yang telah hidup lebih dari 60 juta tahun lalu. Melihat sejarahnya dimana nama 'kasuari' berasal dari bahasa Papua yang berarti 'Kepala bertanduk' yang mana ia adalah mengingatkan pada kewujudan haiwan Dinosaurus yang bertanduk tinggi.  Beratanya adalah dua kali berat kambing.   


Mengenali akan fakta 3 jenis Burung Kasuari dilaporkan ada 3 spesis iaitu terdiri Jenis Burung Kasuari Selatan 
(Casuarius casuarius) dimana ia adalah jenis kasuari yang terbesar iaitu dengan ciri-cirinya mempuyai tanduk besar, gelambir ganda berwarna merah dengan leher berwarna biru. Jenis Burung Kasuari Utara (Casuarius unappendiculatus) yang mana ia berukuran lebih kecil dengan gelambir tunggal berwarna merah dan leher juga berwarna biru. Jenis Burung  Kasuari Kerdil (Casuarius bennetti) dalah spesis kerdil yang berukuran paling kecil dimana ia ada tanduk yang juga kecil berwarna gelap (Sila lihat foto disebelah). Fakta dari negara jiran Indosia melaporkan jika habitat burung kasuari meliputi pulau Seram (Maluku), di Seluruh Papua termasuk pulau Yapen dan pulau Aru dan Australia Timur Laut. Burung Kasuari menyukai hutan hujan tropika yang lebat atau dalam hutan mangrove namun ia juga juga terlihat berada di kawasan yang dekat kawasan kebun pertanian penduduk. Apa pun dilaporkan kebwradaan burung kasuari di habitat asalnya semakin pupus atau sukar di jumpai di sebabkan kekurangan sumber makanan akibat pembalakan hutan, berpindah dan juga aktiviti pemburuan manusia. Lazimnya burung yang tidak boleh terbang ini memakan dengan menelan 'bulat-bulat' sebiji pelbagai jenis buah yang jatuh di atas tanah dalam hutan dimana biji yang ikut tertelan kemudian keluar bersama najisnya dan kemudian tumbuh di kawasan yang tanah yang jauh daripada pokok induk atau pokok asalnya dimana ini membantu penyebaran pokok di hutan. Dilaporkan cara ini juga memberi kesempatan kepada pelbagai jenis pokok hutan untuk disebarkan dan memenuhi seluruh pulau Papua dan sekitarnya. Tanpa kehadiran kasuari ada kemungkinan yang  hutan hujan Papua barangkali tidak selebat seperti sekarang. Dalam kajian lain dilaporkan burung ini juga suka makan buah keluarga Palma atau Arecaceae untuk di sebarkan. Lazimya ada kaitan diantara populasi burung kasuari dengan kadar naungan kanopi tebal, ketinggian pokok dan panjang dahan pokok di hutan. Ini kerana selain menyediakan buah-buahan besar, hutan primer dalam hutan tebal ini juga ia akan menyediakan air sebab keberadaan air sungai ini akan menyababkan ia sesuai dalam hutan tebal. Ini bertentangan dengan habitat dalam hutan sekunder apabila keadaan kanopi yang mulai terbuka telah membawa masuk sinar matahari ke atas tanah bawah hutan yang menyebabkan sebahagian tempat air hilang. Gangguan oleh manusia di dalam hutan tebal ini dilaporkan turut menghilangkan sumber air semulajadi untuk kegunaan burung kasuari. Kajian juga mendapati dari najis yang di analsia ada sebanyak 78 jenis tumbuhan yang dimakan burung ini. 


Fakta menarik mengenai burung kasuari ini dimana b
urung kasuari tidak dijual secara terbuka di pasaran haiwan peliharaan biasa di Malaysia kerana ia diklasifikasikan sebagai hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya. Memiliki atau menjual burung ini tanpa permit khas daripada pihak berkuasa seperti Jabatan PERHILITAN adalah satu kesalahan jenayah dan jika ditangkap serta sabit kesalahan ia boleh di hukum. Apa pun disebabkan ada status perlindungannya dilaporkan harga pasaran tempatan tidak dapat dinyatakan secara rasmi. Walau bagaimanapun, maklumat daripada sumber antarabangsa dan konteks pasaran eksotik adalah dilaporkan Bagi Jenis Anak Burung Kasuari (Southern Cassowary) merujuk sumber pihak  Cassowary Conservancy dimana dipasaran anak burung kasuari yang sedia untuk dijual (di luar negara) boleh mencecah harga sekitar USD5,000 (kira-kira RM22,000) seekor dimana pembeli perlu sediakan deposit diperlukan sebanyak USD2,500 dahulu. Selain daripada itu perlu disediakan akan semua kos bahan peralatan dan kos untuk proses penjagaan dimana dilaporkan pakej penjagaan atau sumbangan pemuliharaan kasuari di platform antarabangsa seperti pihak Rainforest Rescue sering ditawarkan dalam bentuk perkhidmatan 'e-kad' bernilai adalah bernilai diantara antara USD10 - USD1,000. Status Undang-undang mengenai perindungan haiwan di Malaysia atau mengikut Akta Bagi Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) iaitu BUrung Kasuari adalah haiwan yang memerlukan Kawalan Ketat dan Permit Khas dalam aktiviti pemilikan memerlukan kelulusan menteri dan permit khas daripada pihak iaitu Ketua Pengarah PERHILITAN. Apa pun akan di kenaka denda berat dimana sesiapa individu yang didapati menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa lesen boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga tiga tahun. Untuk spesies yang dilindungi sepenuhnya dimana ada kawalan dan hukuman denda boleh meningkat sehingga RM500,000 jika sabit kkesalahan yang menunjukkan bertapa seriusnya ancaman burung ini. Dalam kes lain aspek Keperluan Sangkar kepada sebarang pemilik burung kasuari yang diluluskan mesti menyediakan kawasan kurungan yang luas dan menyediakan rancangan penjagaan veterinar dan dokumentasi penggunaan tanah yang lengkap. Bagaimana pun di jelaskan fakta akan Risiko dan Bahaya dari Burung Kasuari yang dikenali sebagai antara 'Burung yang paling berbahaya di dunia' sebab ia mempunyai di bahagian kaki 'Cakar Tajam' iaitu dilaporkan setajam belati sepanjang 12 cm yang boleh merobek kulit manusia dengan satu tendangan. Kedua ia bersifat Agresif dimana ia jadi sangat agresif jika didekati atau merasa terancam dimana ia pernah dilaporkan menyebabkan 'kematian manusia'. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BURUNG KASUARI... JARANG JUMPA...
SAIZ BESAR..TIDAK TERBANG DIANYA...
BURUUNG AGRESIF...ADA MANUSIA...
JIKA DI RENDANG...BOLEH MATI JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Ramadan 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...