Dilaporkan dimana Burung Serindit juga dikenali dengan nama 'Malay Hanging-Parrot' adalah spesis kakak tua bersaiz kecil yang hidup di kawasan tropika Asia Selatan dimana penulis blog yang beberpa kali ke Sabah di beritahu jika disana burung ini dikenali dengan nama 'Teripus' untuk Sabah Barat manakala bagi kawasan Sabah Timur masih tetap menggunakan nama Burung Serindit. Bagi suku kaum lain (Ida'an) atau dusun dimana burung ini akan kenali sebagai 'Silong'. Apa pun burung serindit ini boleh didapati di banyak tempat berlainan negara dimana disetiap jenis itu memiliki ciri-ciri unik tersendiri terutama pada warna dan saiznya. Bagi jenis BUrung Serindit Biasa (Loriculus galgulus) adalah yang biasa terdapat di banyak lokasi di Malaysia dan Indonesia. Memang secara umumnya burung ini berwarna hijau akan tetapi untuk dapat mengenali jantina Serindit aatau burung Teripus ini agak mudah iaitu pada jantina burung jantan terdapat warna biru pada dahinya dan warna merah pada leher dan kuning pada punggung dimana ciri ini adalah untuk memikat burung serindit betina. Manakala burung betina warnanya tidak terang dan kebiasaannya hanya hijau sahaja. Burung Serindit menjadi kegilaan peminat burung adalah kerana kicaunya yang amat di sukai peminatnya dan biasanya digunakan untuk menjadi 'master player' kepada jenis Burung Murai Batu dan juga burung kicau yang lain. Kalangan pembaca blog dan orang kebanyakan mungkina pada mulanya akan mendengar ia memang berdesing ditelinga tapi kalau dan biasa akan menjadi sedap pulak jadinya. Ramai kurang tahu jika uniknya burung ini adalah apabila tidur atau berehat akan terbalik macam kelawar dimana kaki di atas atau tidur terbalik. Dilaporkan dimana burung serindit jantan pada usia muda hanya berwarna hijau akan tetapi bila ia semakin matang maka mulalah munculnya warna biru dan merah di tempat tertentu (ekornya) dan bila semakin dewasa warna ini akan lebih terang. APa pun kalangan peminat burung serindit dimana warna merah tersebut akan semakin terang dan besar selari dengan umurnya dan ia menjadi satu perhatian bila warna merah itu telah melilit di leher yang bergabung dengan warna biru di dahi. Didakwa dimana bila burung ini tua ia akan bertukar warna kepada warna kuning seluruh badan dan ciri ini kalangan peminatnya akan menjadi kegilaan dan mahal sebabnya susah hendak dapatkannya. Kalangan mereka yang ada bela di laporkan makanan bagi burung serindit ini mudah saja iaitu di berika buah pisang sebagai salah satu makanan kegemarannya.
Mengenali burung serindit ini boleh tengok youtube dan mudah memahaminya. Apa pun kebiasaan habitat serindit yang mana bagi burung serindit biasa boleh ditemui msih banyak disekitar hutan, belukar, kampung atau di kawasan perumahan luar bandar. Ini kerana selalunya burung serindit tidak hidup sendiri dan ia biasanya akan ada koloni besar dan akan menetap di satu pokok besar. Biasanya ia dilihat cuma nampak 2 - 3 ekor yang berterbangan dari arah yg sama kerana ianya berasal dari koloni yang sama. Dalam satu kumpulan atau sebuah koloni ia boleh mencapai 10 ekor dan lebih. Cuma ia tidak bergerak secara kumpulan bila keluar mencari makan seperti memakan buah mangga di Melaka (Sila lihat foto di sebelah). Burung Serindit akan keluar secara pasangan atau berkumpulan skala kecil(2 - 4 ekor) dan ia memang bersifat pemalu dan bergerak dengan cara akat berhati-hati yang sangat tinggi dimana ini juga menyebabkan gerakan berkumpulan itu seolah-olah mereka akan terlindung seperti yang pemikat selalu nampak serta menganggap ianya bergerak solo. DIlaporkan gerakan burung paling maksima yang terbanyak dalam kumpulan adalah sekitar 7 ekor bergerak berkumpulan yang amat jarang di lihat pemburunya. Sebenarnya burung serindit ini seakan bermusim sebab ia akan selalu bergerak dalam kumpulan dimana ia juga spesis berpindah pindah mengikut keadaan sesuatu tempat (atau mengikut musim buah atau sumber makanan didapatkan). Ciri ini yang mungkin memyebabka ia kadangkala disangka hanya ada burung serindit bermusim dan sebenarnya ia memang tidak bermusim dan sentiasa ada sepanjang tahun. Hasil kajian dimana diantara faktor burung serindit berpindah randah adalah disebabkan oleh faktur sumber makanan, cuaca yang ekstrim, berpunca dari ancaman pemangsa seperti burung helang, burung enggang, ancaman beruk dan sebagainya. Ia juga akan berpindah apabila jumpa habitat sesuai yang lebih memikat dan selesa seperti ada kawasan hutan lapang atau di disempadan pokok kelapa sawit atau ada rumah (pemikat burung serindit yang tinggal dikampung) atau kawasan yang berbukit atau kawasan yangberlembah. Kalangan peminat burung serindit akan mencari lokasi seperti dikawasan berbukit kerana sebab pemburunya tidak perlu memasang jebak tinggi dan dapat melihat secara jelas burung serindit masuk ke jebak semasa menangkapnya.
Mungkin kalangan peminat bela burung akan membeli burung serindit sebagai salah satu haiwan peliharaan di rumah. Memang sesapa yang ada minat bela burung akan sanggup membelanjakan wang untuk hobi kegemarannya dan tidak takut berbelanja. DIlaporkan dimana harga burung serindit (Blue-crowned Hanging Parrot) di Malaysia bergantung kepada status burung tersebut iaitu sama ada ia adalah adalah dari Jenis Burung Serindit Hutan yang baru ditangkap atau Jenis Burung Serindit moden yang sudah naik taraf sebagai jenis Burung Serindit Pemikat yang hebat sebagai 'Burung Pikat' untuk di gunakan semasa berburu. Dilaporkan anggaran harga pasaran terkini pada Febuari 2026 dimana bagi jenis Burung Serindit Hutan atau Burung Serindit Liar dimana harganya jualannya adalah disekitar RM30 - RM80 seekor. Harga ini biasanya adalah untuk burung serindit yang belum jinak atau belum mahir berkicau dan masih belun dapat dipastikan akan ciri-ciri kehebatannya kelak. Berlainan pula dengan Jenis Burung Serindit yang sudah dikenalpasti sebagai 'Burung Serindit Pemikat' yang handal dimana harganya ia boleh mencecah sehingga RM300 ke atas bergantung kepada kualiti suaranya, gaya permainan dan tahap kejinakannya. Dalam pada itu ada juga ketegori ketiga mengenai harga burung serindit iaitu Jenis Burung Serindit Anak (Hand-raised) dimana ia biasanya dijual pada harga yang lebih tinggi kerana sifatnya yang jinak dan mesra manusia, seringkali dalam julat RM150 hingga RM250 keatas (Sila lihat foto disebelah). Ada kalangan peminat burung lebih suka membeli jenis ini sebab ada masa untuk dia menjinakan burung serindit tersebut sehingga menjadi burung dewasa kelak. DIkongsikan akan beberapa maklumat penting mengenai undang-undang akta perhilitan di Malaysia. Apa pun memang Burung Serindit merupakan spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Sesiapa yang ingin terlibat perlukan ambil Lesen Perhilitan dan wajib mempunyai lesen atau permit sah iaitu daripada Jabatan PERHILITAN untuk menyimpan atau memelihara burung ini. Apa pun risiko memelihara tanpa lesen boleh menyebabkan burung dirampas dan pemilik sesiapa memang dia boleh didenda ribuan ringgit atau dipenjarakan.
Dalam portal hmetro.com dilaporkan kes 'Bela burung makan diri' apabila ada burung bayan serindit yang dirampas dari seorang lelaki tempatan susulan serbuan dilakukan pegawai Perhilitan di Kahang, Johor. Hobi yang akhirnya mengundang bala. Itu yang terjadi apabila seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun diberkas pihak berkuasa kerana memelihara tiga ekor burung bayan serindit secara haram. Kegiatan suspek memelihara hidupan liar dilindungi itu dibongkar susulan tindakan sepasukan lapan anggota Subtak Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Zon Selatan Siri 11/2025 memeriksa kediaman suspek oleh pihak PERHILITAN Semenanjung Malaysia dimana dalam operasi jam 11.30 pagi dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan penyimpanan burung liar tanpa dokumen sah. Ketika pemeriksaan dimana para pegawai penguatkuasa menemui tiga ekor burung bayan serindit dalam sangkar di kediaman itu. Kemudian pemilik premis gagal menunjukkan sebarang lesen pemilikan sah daripada PERHILITAN, sekali gus melanggar peruntukan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) pindaan 2022. Dilaporkan susulan itu tiga ekor burung serindit dan dua unit sangkar burung dianggarkan bernilai hampir RM700 itu disita. Kemudian suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang untuk tindakan lanjut. Semua burung dan barang rampasan dibawa ke Pejabat PERHILITAN Daerah Kluang untuk tindakan susulan, manakala siasatan diteruskan bagi mengenal pasti kemungkinan rangkaian atau pembekal lain yang terbabit dalam permintaan burung hiasan eksotik ini. Dilaporkan dimana harga burung seperti serindit meningkat di pasaran gelap berikutan permintaan pengumpul dan pemilik yang sanggup membayar mahal untuk spesies itu. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.