Support My Blog

Monday, February 9, 2026

JAMBU BOL DAN FAKTANYA

BUAH JAMBU BOL
(Syzygium malaccense) atau juga ia dikenali sebagai jambu jamaika, jambu kepal atau Malay Apple adalah sejenis buah nadir tropika bertekstur lembut dan padat, berbeza daripada jambu air biasa. Bentuk buahnya ia adalah berbentuk bujur, berwarna merah gelap atau merah jambu serta ia empunyai aroma harum dan rasanya manis apabila cukup masak serta mempuyai biji. Mengenali akan Jambu Bol dimana buahnya bersaiz kira-kira 5 cm, mempunyai kulit nipis, dan isinya berwarna putih dengan mempunyai rasa manis dimana bagi penulis blog suka memakan segar dan lebih enak kalau ianya dicecah dengan serbuk asam boi, kulit limau masin, gara, sambal kicap pedas atau paling seronok kalau dapat dijadikan salah satu bahan dijadikan rojak. Ada juga yang menggunakan jambu bol ini di jadikan minuman jus air jambu bol yang enak dan menyegarkan atau membuat sebagai produk jem. BUah tropika yang berkhasiat ini ia di laorkan memag kaya dengan air, vitamin C dan antioksidan yang baik untuk sistem imuniti pemakannya serta dapat menjaga aspek kesihatan kulit dan kesihatan mata. Melihat akan pokoknya dimana ia empubyai jenis pokok malar hijau, boleh mencapai ketinggian 15- 20 meter jika tidak di buat cantasan selalu dimana ia juga mempunyai bunga berwarna merah jambu yang menarik. Apa pun di laporkan buah unik ini ada di gunakan dalam kaedah perubatan tradisional iaitu caranya air rebusan daun dan akarnya akan digunakan untuk merawat masalah pencernaan dan merawat kes demam panas. 
Apa yang penulis suka mengenai pokok jambu bol adalah apabila ia mempunyai bunga yang bermarna merah atau pink serta cantik dan akan berguguran diatas tanah semasa musim ia berbunga. Pokok Jambu Bol dikategorikan sebagai Jenis Buah Nadir kerana pokok ini kini agak jarang ditemui. Dalam membuat beberapa rujukkan dengan Jabatan Pertanian, penulis tidak dapat maklumat mengenai keluasan tanaman jambu bol di Malaysia kerana mungkin ia terlalu sedikit (scarce) atau sebab lain. Terdapat seluas 2,192 hektar tanaman jambu batu di Malaysia dengan jumlah pengeluaran sebanyak 40,495 metrik tan (Sumber : Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2025) dan kemungkinan ia tidak termasuk akan keluasan tanaman jambu bol. Ini kerana tanaman jambu batu kebanyakannya adalah ditanam secara monokrop dan komersil terutama di Johor, Melaka, Selangor, Perak dan Pahang. Penulis pernah makan dan kutip buah jambu bol masa kecil dulu di kampong dari pokok yang berdekatan sekolah rendah ketika itu. Memang seronok dapat makan buah jambu bol yang masam dan manis bersama-sama rakan sekolah. Buah jambu bol yang matang dipetik menggunakan galah atau dibaling dengan kayu sahaja dan jatuh ketanah sebelum dikutip, dibasuh dan dimakan segar. Itu berlaku sekitar tahun 1970'an dan kini tinggal kenangan. Artikel ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting jambu bol untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Jambu Bol merupakan sejenis buah tropika yang juga  mempunyai tekstur isi yang lebih padat, lembut dan ada rasa sedikit 'berkapas' berbanding jambu air biasa yang lebih rangup. Buahnya yang mana ia berbentuk seakan-akan telur atau loceng dengan saiz yang lebih besar (5 - 8 cm diameter). Kulitnya berwarna merah gelap atau burgundy apabila matang. Rasa & Isi: Isinya berwarna putih, tebal, dan mempunyai rasa manis yang lembut dengan sedikit rasa masam. Bunga: Mempunyai bunga yang sangat cantik berwarna merah jambu terang atau ungu kemerahan yang kelihatan seperti 'berbulu'. Bagi penulis blog dimana p
okok jambu bol dilihat ia mempunyai batang kayu yang kuat dan mampu tumbuh dan membesar sehingga 20-25 meter tinggi. Ia mempunyai banyak dahan yang kukuh kayunya (jenis kayu keras) yang boleh dipijak ketika memanjat tanpa patah. Batang pokok yang besar dan kuat membolehkan ia sesuai dijadikan kayu keras untuk dibuat pelbagai kraftangan. Daunnya berwarna hijau gelap dan tebal dengan berukuran 30 cm panjang serta 15 cm lebar. Apa yang saya teliti adalah dimana ia selalunya ada bintil-bintil yang jelas terkeluar dari lai daun terutama dibahagian bawah (Sila lihat foto di sebelah). Bintil-bintil daun ini banyak didapati pada pokok tua yang kurang sihat. Bunga jambu bol selalu ia  mempunyai jambak berwarna merah ungu, pink dan cantik jika diteliti. Buah jambu bol muda berwarna hijau dan akan menjadi merah ungu bercampur hijau apabila masak. Rasa buah jambu bol sangat masam semasa muda dan bertukar daripada rasa masam manis apabila masak. Isinya yang berwarna putih krim dan 'spongy' serta berair (juicy). Biji jambu bol lazimnya berbentuk bulat sebesar buah pingpong (jenis besar) dan strukturnya keras. Biji ini berwarna coklat gelap yang sesuai digunakan sebagai biji benih dengan menyemainya dahulu. Belum ada kajian mengenai khasiat dan kegunaan biji jambu bol selain daripada untuk dijadihan bahan tanaman. Berat buah lingkungan 200-400 gram sebiji yang berangkai antara 6-10 biji satu tangkai. Jika tidak dituai buah jambu bol akan gugur ketanah bersama biji dan akan tumbuh jadi anak pokok. Belum banyak buah jambu bol yang diproses untuk dijadikan produk selain daripada halwa dan jus minuman sehingga kini. Daun muda atau pucuk jambu bol pernah digunakan sebagai ulam makan dengan nasi seperti rasa daun pokok gajus dengan dicicah pada sambal belacan atau sambal lain.


Dalam beberapa aporan di laporkan dimana Jambu Bol ini ada mempunyai beberapa varieti dan nama panggilan tempatan yang berbeza mengikut keadaan warna, saiz dan bentuk buahnya. Penulis blog tahu jika ada beberapa jenis-jenis yang biasa ditemui walau pun masih tidak di daftarkan di bawah Senarai Varieti Taaman Buah-buahan di Jabatan Peranian Malaysia dengan jelas. Pertama ada Jenis Jambu Bol Jamaika iaitu satu varieti yang sangat popular kerana saiznya yang besar dan warna merah tua yang pekat. Melihat akan isinya putih, tebal dan mempunyai tekstur yang lebih padat berbanding jambu air biasa (Sila lihat foto disebelah). Malumat nilai nutrisi jambu bol ini setiap berat dimakan sebanyak 
100 gram mengandungi sejumah tenaga 49 kcal, protein (2.3 g), lemak (0.2 g), zat karbohidrat (9.6 g), serat (3.5 g), kalsium (8 mg), Posforan (8 mg), zat besi (0.3 mg), kalium (14 mg), zat beta karoten (92 mcg), Vitamin B1 (0.13 mg), vitamin B2 (0.01 mg), vitamin C (22 mg) dan niasin (0.5 mg). Kedua adalah Jenis Jambu Susu atau ia dikenali dengan warna kulitnya yang putih atau merah jambu pucat. Buah ini sering dianggap sebagai buah yang jarang dijumpai dan mempunyai rasa lemak manis yang unik. Paling penulis blog sua adalah Jenis Jambu Bol Merah iaitu varieti standard yang paling kerap ditemui di Malaysia dengan warna kulit merah cerah dan berbuah ikut musimnya. Seterusnya keempat adalah Jenis Jambu Kepal yang mana ia merupakan nama lain bagi jambu bol di sesetengah tempat, merujuk kepada bentuk buahnya yang bulat dan boleh ianya digenggam. Kelima ada Jenis Jambu Bol Putih iaitu jenis jambu bol yang yang mempunyai kulit berwarna putih sepenuhnya. Dalam beberapa tinjauan di laporkan dimana jambu bol juga dikenali dengan pelbagai nama mengikut kawasan seperti Jambu Keling, Jambu Melaka dan Jambu Botol. Walaupun rasanya manis akan tetapi ia sering di laorkan ada mempunyai sedikit rasa masam dan tekstur isinya lebih lembut atau berkapas (spongy) berbanding jambu air yang lain yang agak kering.


Fakta mengenai jambu bol yang ingin di kongsikan ada khasiatnya dimana ia 
kaya dengan vitamin C, A, serat dan juga bahan antioksidan yang tinggi. Khasiat utamanya termasuk meningkatkan sistem imun, melancarkan proses pencernaan, mengawal gula darah, menyihatkan kulit, menguatkan tulang dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular serta jangkitan. Jambu Bol bagus dala Meningkatkan Sistem Imunti sebab kandungan vitamin C yang tinggi membantu melawan jangkitan, ulser mulut dan meningkatkan daya tahan tubuh. Ia juga dapat membantu dalam Melancarkan Pencernaan dari bahan serat yang terkandung di dalamnya membantu mengatasi sembelit dan melancarkan buang air besar. Ia dilaporkan juga mam pu untuk Menjaga Kesihatan Mata sebab ia kaya dengan zat seperti beta-karoten yang ditukarkan kepada vitamin A yang mana ia penting untuk kesihatan mata dan boleh mencegah kerosakan sel. Baik dalam menjaga Kesihatan Tulang dan Jantung seba ada kandungan zat besi dan kalsium membantu mencegah osteoporosis. Ia juga membantu Meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan menurunkan risiko serangan jantung jika diambil dalam kekerapan sesuai. Jambu bol di laporkan ia mampu Mengawal Diabetes dan ia dipercayai boleh membantu mengawal kadar gula dalam darah. Ada yang dakwa jika jambu bol bermanfaat Ibu Hamil dengan cara membantu mengawal tekanan darah, melegakan kram otot, dan mengurangkan mual. Sebai buah yang mengandungi bahan antioksidan yang tinggi seperti Flavonoid dan Fenolik dimana ia dapat membantu melawan tekanan oksidatif yang boleh menyebabkan penyakit kronik. Bagi penulis blog yang suka belu jambu ini ia enak dimakan terus (tanpa dikupas) dan sangat menyegarkan, terutamanya ketika cuaca panas. Bincang mengenai jenis kuliner jambu bol umumnya berupa hidangan segar dimakan seperti rojak, jeruk atau manisan karena rasanya yang unik dengan perpaduan manis, masam, dan kadang sedikit kelat. Buah ini jarang dimasak menjadi hidangan berat melainkan dinikmati sebagai pencuci mulut.  Apa pun ada beberapa jenis kuliner Jambu Bol seperti Resepi Rojak Jambu Bol yang dipadankan dipadukan dengan pes sambal rojak yang pedas dan manis seperti Pes Rojak Buah Adabi. Tekstur daging buahnya yang lembut dan berair sangat sesuai di kombinasikan dengan timun, engkuasng, nanas, jambu batu, taugeh, tempe goreng dan sebagainya. Ia sedui juga di buat Resepi Acar Jambu Bol dengan memotong buah kecil-kecil, membuang bijinya, lalu disiram dengan kuah yang terbuat dari air, gula pasir, cili padi dan dicampur air limau nipis untuk rasa asam yang segar. Hidangan ini paling enak untuk dinikmati atau disajikan dingin setelah disimpan dalamm peti sejuk dahulu. Jambu bol sesuai juga di jadikan Resepi Halwa Jambu Bol iaitu dengan cara melibatkan pengawetan buah dalam larutan gula untuk menciptakan produk halwa yang tahan lebih lama dengan rasa manis yang enak dimakan. Ada juga Resepi Sambal Jambu Bol walau pun penulis blog belum pernah ujirasa. Cara buatnya buah ini di cincang halus dan di perah airya sedikit untuk mengurangkan rasa masamnya dan kemudian ia dicampur dengan bellacan bakar, cili padi, garam, dan gula. Sambal ini dilaporkan enak di makan dengan nasi yang masih manas lagi. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA JAMBU BOL...BANYAK JENISNYA...
ISINYA MANIS... BERKAPAS DIDALAMNYA...
BERBUAH BERMUSIM... KEA BELIBYA...
BANYAK KHASIAT.. PERLU IA DI BACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai PAnjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(19 Syaaban 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...