Support My Blog

Friday, February 6, 2026

MICIN - APA FAKTANYA?

MICIN atau nama saintifiknya Monosodium Glutamat (MSG) adalah bahan penyedap makanan berbentuk kristal putih yang digunakan untuk memberikan rasa enak atau lebih sedap. Ia dihasilkan melalui proses fermentasi bahan seperti tebu, bit, atau molase dimana walaupun sering dikaitkan dengan kesan negatif sebenarnya bahan MSG dianggap selamat oleh badan kesihatan jika digunakan secara sederhana atau tidak juga berlebihan. Bagi penulis blog yang sejak dulu memang tidak menggunakan bahan micin (MSG) ini dalam masakan mudah merasa 'pening kepala' apabila menjamah makanan yang di bubuh micin didalamnya. Mengetahui akan fakta utama Micin (MSG) dimana fungsinya ia adalah untuk menambah cita rasa keenakan dan memperkuatkan lagi rasa asli masakan semasa di makan atau dikunyah dalam mulut. Dilaporkan dimana bahan kandungan micin ini adalah ia terdiri daripada Natrium (sodium), Asid amino dan Glutamat. Ramai orang masih fobia untuk mengambil micin sebab ada banyak 'Mitos' yang dakwa dimana micin membuatkan orang jadi 'bodoh' atau ia akan mengurangkan fungsi otak tidak terbukti secara saintifik sehingga kini dan masih ada dijual di pasaran di seluruh dunia. Perlu di awasi dimana akan ada kesan sebab ambil micin secara berlebihan yang boleh menyebabkan kesan sampingan seperti pening, sakit kepala, tekanan darah meningkat atau alahan terutamanya bagi golongan sensitif. Apa pun di laporkan dimana micin adlah sebagai bahan alternatif dimana bahan MSG ini memang ia mempunyai kandungan bahan natrium kira-kira 28-30% lebih rendah daripada garam dapur. Apa pun sudah ada di beritahu akan isu Had atau Batas Penggunaan dimana menueut WHO dan pakar kesihatan menyarankan penggunaan micin secara sederhana dalam masakan harian. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya mengupas mengenai MIcin atau MSG untuk di jadikan bahan rujukkan semua.


Dilaporkan dimana Micin atau MSG atau Monosodium Glutamat ialah bahan penambah perisa yang memberikan rasa umami (sedap) pada makanan. Jenis utamanya ialah bentuk kristal putih MSG dimana dalam kebanyakan produk iaitu micin ini ia juga dikenali sebagai Monosodium L-Glutamate, Mononatrium L-Glutamate, ekstrak ragi, protein nabati terhidrolisis, atau perasa alami. Di kongsikan fakta mengenai jenis-jenis micin yang mungkin di jumpai di pasaran di Malaysia seperti Jenis MSG Komersial (Kristal Putih) dimana ia adalah sejenis produk utama seperti AJI-NO-MOTO®, Vetsin dan Ac'cent yang digunakan untuk memasak (Sila lihat foto disebelah). Dalam pad itu dilaporkan ada jenis micin dalam Makanan Terproses (Nama Lain) seperti bahan Monosodium L-Glutamate atau Mononatrium L-Glutamate, Ekstrak Ragi (Yeast Extract) dan juga produk Hidrolisat Ragi. Terdpat juga produk Protein Nabati Terhidrolisis (Hydrolyzed Vegetable Protein) termasuk juga Ekstrak Kacang Soya, Isolat Protein yang di gunakan sebagai bahan perasa semulajadi. Apa pun bahan Asid glutamik yang wujud secara semulajadi dalam makanan seperti tomato, keju dan cendawan juga memberikan kesan rasa yang sama seperti micin. Sehingga kini bahan  dilaporkan micin umumnya dianggap selamat oleh badan kesihatan jika diambil dalam kadar yang dibenarkan. Proses pembuatan micin atau Monosodium Glutamat (MSG) secara komersial melibatkan teknik fermentasi yang serupa dengan cara membuat tempe, yogurt atau cuka. Pertama adalah proses Penyediaan Bahan Asas utama biasanya berasal dari sumber tumbuhan yang kaya gula atau kanji, seperti tetes tebu (molase), jagung, atau ubi kayu (tapioka). Kedua adalah Proses Fermentasi dimana bahan bahan baku tersebut dicampur dengan mikroba khusus (seperti Corynebacterium glutamicum) dalam tangki fermentasi. Mikroba ini akan menukarkan gula menjadi asam glutamat. Seterusnya ke tiga adalah Proses Peneutralan (Neutralization) dimana Asid glutamat yang terhasil kemudian dicampur dengan natrium (biasanya dalam bentuk natrium hidroksida atau natrium bikarbonat) untuk membentuk larutan monosodium glutamat. Keempat adalah Proses Pembersihan dan Penghabluran dimana larutan cecair tersebut ditapis, dinyahwarna dengan karbon aktif dan dipekatkan melalui proses penguapan sehingga membentuk kristal putih yang kita kenali sebagai micin. Kelima adalah Proses Pengeringan dan Proses Pembungkusan dimana produk kristal yang terhasil yang dikeringkan dengan udara panas dan diayak mengikut saiz sebelum dibungkus untuk pasaran. Dilaporkan dimana selain memproses micin secara komersil di kilang ada juga mereka yang membuat micin sendiri di rumah menggunakan bahan yang kaya dengan glutamat seperti udang kering, ikan bilis, atau cendawan yang dikeringkan dan dikisar halus.


Mengupas akan fakta dimana bahan micin atau Monosodium Glutamat (MSG) tidak hanya berguna di dapur akan tetapi ia juga punya manfaat menarik untuk tanaman. Penggunaan micin paling terkenal adalah ia di gunakan Sebagai Bahan Penyedap Masakan dengan cara meningkatkan Rasa Umami atau Rasa Enak kepada makanan setelah di tambah bahan micin. Bahan ini juga ia dapat membemberikan rasa gurih yang alami pada makanan. Bahan minin ini di laporkan ia akan dapat berikan sumber tenaga dimana organ usus dapat menguraikan MSG menjadi sumber energi bagi tubuh melalui perubahan menjadi asam amino. Bagi penulis blog yang menulias ribuan artikel (ini adalah artikel ke 8,568) dimana micin ini ada yang guna di jadikan Bahan Baja Tanaman. Ini kerana bahan micin yang kaya dan ia mengandungi unsur nutrien seperti nitrogen (N), natrium (Na) dan kalium (K) merupakan bahan yang didakwa ia bermanfaat bagi proses pertumbuhan tanaman. Bahan ini memang ia mampu untuk bantu Menyuburkan Daun dimana kandungan baha Asid glutamat membantu dalam proses pembentukan klorofil sehingga daun menjadi lebih hijau dan segar. Ia akan mempercepatkan lagi proses pertumbuhan serta dapat merangsang pertumbuhan batang, tunas dan dahan baru terutama pada tanaman masih muda. Apa pun di laporkan dengan menggunakan micin juga ia akan memicu pembungaan dan pembuahan iaitu dengan membantu tanaman berbunga lebih cepat dan meningkatkan kualiti buah. Dilaporkan juga jika micin akan meningkatkan daya tahan pokok dimana zat Kalium dan natrium di dalamnya membantu metabolisme tanaman sehingga lebih kuat terhadap serangan penyakit. Kajian menyatakan jika micin akan menjaga Kadar Air apabila zat natrium dalam micin membantu mengikat air agar tanaman tidak mudah layu atau kekurangan air. Perlu tahu cara menggunakan micin dengan betul dan antara petua yang perlu di kongsikan faktanya dengan guna dos yang tepat. Caranya dengan melarutkan sekitar 1/2 sudu teh micin ke dalam 1 liter air dan di aplikasi dengan menyiramkan larutan tersebut ke tanah di sekitar akar dan bukan sembur langsung ditaburkan pada tanaman. Kekerapan menyiraman sekali sebulan untuk hasil optimal tanpa risiko overdos.

 

Memang bahan Micin (Monosodium Glutamat / MSG) didakwa ia memang berkhasiat sebagai penyedap rasa umami yang meningkatkan selera makan, membantu mengurangkan penggunaan garam (natrium) dalam masakan serta menjadi sumber tenaga penting dari makanan. Ia juga sering digunakan sebagai baja organik untuk tanaman, menyuburkan tanah, mempercepat pembungaan dan membuat daun lebih hijau. Khasiat Micin untuk Masakan antaranya adlah ia akan dapat meningkatkan Rasa Umami atau Rasa Enak kepada makanan dimasak dan sebagai pengganti garam (salt) dimana ini akan membantu mengurangkan pengambilan natrium sebab bahan micin mengandungi natrium lebih rendah jumlah daripada garam meja. Penggunaan micin ini akan mampu untuk meningkatkan Selera Makan dan ia sesuai untuk warga emas atau orang sakit yang mengalami penurunan selera makan. Micin sebagai salah satu sumber tenaga dimana organ usus boleh menguraikan MSG menjadi tenaga. Khasiat Micin untuk Tanaman sebagai 'Baja Organik' memang ia akan dapat menyuburkan tanaman sebab ia mengandungi nitrogen dan natrium yang mempercepat pertumbuhan, mempercepat pembuahan, dan menyuburkan tanaman. Ini akan menjadikan yang daun akan lebih hijau dan ia membantu meningkatkan proses fotosintesis dalam klorofil dan tanaman dilihat segar dan hijau. Micin akan mempercepat proses pembungaan sesuai untuk tanaman hiasan agar berbunga lebih cepat. Ia di dakwa juga dapat menyuburkan tanah dengan cara membantu mikroorganisme tanah untuk memperbaiki struktur tanah. Tips penting dimana walaupun bermanfaat, penggunaan micin dalam masakan sebaiknya tidak berlebihan untuk tujuab bagi mengelakkan kesan sampingan iaitu dos untuk tanaman dengan cara melarutkan 5 gram micin dengan 1 liter air dan perlu di kawal meyiram 7 hari sekali sahaja.


Ada ancaman pula memakan micin (MSG) secara berlebihan berbahaya kerana kandungan natrium dan glutamat tinggi boleh menyebabkan sakit kepala, hipertensi, peningkatan berat badan (obesiti) dan risiko kerosakan sel saraf. Walaupun dianggap aman dalam takaran wajar jika ambil degan cara berlebihan sering memicu masaalah seperti apa yang di kenali sebagai 'Chinese Restaurant Syndrome' seperti dada sesak, leher kaku, pening dan mual selepas memakannya. Antara isu ancaman makan micin ini secara berlebihan adalah Kesan Sakit Kepala dan Migrain sebab bahan MSG boleh memicu sakit kepala atau migrain bagi individu yang sensitif terhadap kandungan tersebut. Kedua ia boleh menyebabkan isu seperti Hipertensi dan Jantung sebab bahan Natrium dalam micin dapat meningkatkan tekanan darah yang berisiko bagi aspek kesihatan kardiovaskular. Ketiga dimana micin boleh juga ia menyebabkan Obesiti dan Gangguan Metabolisme sebab mengambil micin berlebihan dapat meningkatkan selera makan yang secara tidak langsung menyebabkan berat badan naik dan berisiko obesiti. Menyentuh mengenai isu 'Gejala Chinese Restaurant Syndrome' dimana dilaporkan yang gejala ini muncul sekitar 30 minit setelah makan iaitu termasuk rasa tebal di muka, baal (mati rasa), pening dan leher terasa panas. Boleh menjadi ancaman juga micin ini bila boleh berlaku kejadian seperti Gangguan Sel Saraf dimana ada beberapa kajian menunjukkan kandungan glutamat dosis tinggi berpotensi merosakkan sel saraf,terutama pada otak. Apa pun dilaporkan mici boleh Memicu Asma terutama bagi mereka yang sensitif, micin dalam kadar berlebih dapat memicu kambuhnya asma. Micin sebenarnya tidak akan ia menyebabkan anak bodoh atau penurunan tatap kecerdasan dimana kajian dapati ada kesan negatif lebih sering dikaitkan dengan konsumsi makanan ringan tinggi natrium dan rendah nutrisi yang mengandungi banyak micin iaitu berlaku bukannya micin itu sendiri. FDA dan BPOM mengklasifikasikan MSG masih selamat dimakan asalkan digunakan dalam dos dan frekunsi sesuai. Harga micin (MSG) jenama Sasa berbeza mengikut saiz, dengan anggaran RM1.50 - RM3.50 untuk pek kecil (250g) hingga sekitar RM15 untuk pek besar (1kg). Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalam!!..

NAMANYA MICIN...MSG IA SAMA...
PERISA MAKANAN..ENAK JADINYA...
ADA YANG PENING...LEPAS AMBILNYA...
BANYAK KEBAIKAN...ANCAMAN JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman BAlai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Syaaban 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...